Tuesday, December 29, 2009

Bidadari Dari Timur ^_^


assalamualaikum...




BIDADARI DARI TIMUR


Terlihat sahaja aku akan ayat itu...
Terasa ingin mengetahui apa kah makna disebalik ayat itu...
Tersirat sungguh makna nya.."detik hatiku"
"Timur"..adakah dari perkataan itu menyebabkan aku tertarik untuk mengetahui nya??..









BIDADARI DARI TIMUR

Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi..


Bila dihayati dari kata-kata itu..hati kecil ku berbisik 'bertuahnya sang isteri itu'kerana dia yang dipilih untuk dibawa ke "negeri abadi"
Kerna apa dia yang dipilih???

MAKA..apa lagi baca lah novel itu..
Karya: Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri


Novel ini adalah sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka. Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya. Novel sulung terbitan Anbakri Publika sdn bhd bakal menemui penikmat karya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.

Moga kita perolehi ibrah dari novel ini untuk dijadikan pedoman hidup ..pada masa akan datang nanti...aminn.

p/s:tadi aku pon berjalan2 ke blog kawan2 ..maka terjumpalah akan novel terbaru ini..
maka pabila ku lihat semua comment2 dr yang sudah membaca nye ..semua kata best sangat2 ..maka aku pon terasa nak bace juga lah..sebenarnya aku ini ..bukan lah minah novel..hehe..tetapi setelah aku terbaca sebuah novel..yang dikaramg oleh habiburrahman el-shirazy..minat ku pun berputik..tp novel yang dikarang oleh beliau sahaja lah..so nak bace pulak novel ini..nak merasai dan mengetahui kehidupan isteri seorang pejuang..tp sayang buku nya di malazia..kempunan laa..nak baca..huhu^_^

No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai