Thursday, February 25, 2010

pesanan dari abah



Abah~Sg.Nil~Sudan

To,
princesses of abah ^-^


We go to school to learn and gain new knowledge. Getting A’s in the test is just the topping. Don’t feel like you are a failure because you fail in the exam. Just remember that at least you gain new knowledge in your life. Don’t bother about the examination because it make you feel stress.
From now onwards
My AIM going to school is to gain new knowledge and apply it in my life, not because I want to score straight A’s in any exam.

Never ever blame the teachers if you are the one who never study and revise you knowledge. Never ever insult your teachers because he/she doesn’t know how to teach, because they will never become a teacher if they don’t know how to teach.

It’s your fault if you keep forgetting your knowledge given by your teachers. Not because of the teacher doesn’t know how to teach.


The teachers’ job are to deliver the knowledge and your job is to accept the knowledge. Always remember that teachers always try their best to make you understand and if you don’t they are ready to answer your questions.


Those who always blame the teachers will never ever succeed in their life. Barakah will never with them.

Do your best and leave the rest to Allah. Allah knows the best for you. If you get bad results take it as a lesson for you.

^_^

umme ayman ayub & umme-shaima' ayub ^_^

I miss the time me and my sisters had together... a memorable memories that i will never ever forget.....^-^

Tuesday, February 23, 2010

wahai puteriku..

Assalamualaikum ..

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajamatau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jamu2 menyerlahkan senyuman manis,atau yang sekali sekala mamberikan kucupan mesra di dahi ibu juga ayah ,suami dan pipi mungil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh memukau sekaligus melembutkan parasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan wanita .
Malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendifinasikan tentang keindahan wanita.
Andalah wanita itu.
PUTERI-PUTERI ISLAM .
Panjatkan kesyukuran kehadrat ALLAH kerana menjadikan anda wanita dan memberikan keindahan -keindahan itu .
Namun, betapa pun dijaga,dipelihara,dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban waktu ,
TIBA MASANYA segala akan pergi jua.
Wajah akan suram ,
mata akan kelam ,
bibir akan gersang,
lipatan kedut dipipi semakin jelas,
rambut diwarnai keputihan uban,
gigi yang tersusun indah semakin tiada ,
langkahmu semakin lemah,
NAMUN,satu sahaja yang tidak akan dimamah manusia,sifat kewanitaan yang dipupuk dengan
IMAN.IBADAH,TAQWA...

dipetik dari (puteriku)..~_^

P/S: don't judge the book by its cover...^_^
Biarlah luarannya biasa saje..tp dalam nye indah bak bunga yang mekar ditaman..hehe..^_^
Walaupun ..dia adalah sejahat2 nye manusia,,tp akan ada satu y baik pada diri nya..Maka amiklah
yang baik itu dan pupuklah is agar menjadi insan yang berguna...Aminnn..^_^





hamba ALLAH
nasihat ini.. ku tujukan wat umme-ayman binti ayub..


maassalama ,
Al-Alifat


Sunday, February 21, 2010

the days in future


saya ingin mencari satu hari

dimana hari itu

semua orang senyum

tanpa memikirkan masalah

semua orang senyum

tanpa berpura-pura

semua orang senyum

tanpa agenda tersembunyi

semua orang senyum

dan senyumannya ikhlas

hari itu mungkin tidak kunjung tiba

tetapi saya akan tetap menunggu !!

dari..
~blank~


maassalama
AL-ALIFAT ^_^

Thursday, February 18, 2010

Bagaimana Syariat Islam Membebaskan Wanita Dengan Menutup Aurat


Assalamualaikum..


Bagaimana Syariat Islam Membebaskan Wanita Dengan Menutup Aurat

Saat ini merupakan satu detik dan ketika yang amat tepat untuk Muslimah menghentikan perdebatan dan berbagai rupa serangan ke atas cara pemakaian Muslimah. Sememangnya sudah tiba masanya kita mendedahkan segala pembebasan palsu keatas wanita Muslimah yang didakwa oleh konsep kebebasan ala Barat. Serangan-serangan oleh para pemimpin dan politikus Barat ke atas pemakaian hijab, jilbab(jubah) dan niqab (purdah) menunjukkan mereka sebenarnya menggunakan ‘purdah’ mereka untuk menutup kegagalan mereka dalam meyakinkan wanita Muslimah tentang cara hidup sekular.


Muslimah di Britain juga memainkan peranan untuk membuktikan kepada sebahagian besar masyarakat bahawasanya hukum buatan manusia dan kehendak manusia yang sebenarnya menindas golongan wanita – bukannya Islam. Seandainya ada tudung ataupun kerudung yang perlu disingkap, ianya tak lain tak bukan adalah tudung penipuan dan fitnah yang menyelubungi isu pemakaian menutup aurat dan perlakuan sebenar Islam ke atas wanita.


“Dan siapakah yang lebih baik perkataannnya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)?” [TMQ Al Fussilat (41) : 33]


Dengan demikian, apabila ada golongan yang berkata, pakaian yang menutup aurat ini menindas wanita, respon yang sepatutnya adalah, TIDAK! Pakaian inilah yang menceritakan semula bagaimanakah hubungan lelaki dan wanita di dalam sebuah masyarakat, iaitu bukan sebagai satu objek pemuas nafsu serakah manusia, tetapi sebagai satu makhluk yang mempunyai sumbangan penting dalam pembinaan individu-individu yang membentuk halatuju sebuah masyarakat.


Pada ketika terdapat golongan yang berkata, wanita dipaksa oleh kaum lelaki untuk memakai pakaian yang menutup aurat, jawapannya –TIDAK! Sebenarnya kaum lelaki lah yang dipaksa oleh pakaian ini untuk menghargai wanita sebagai warga masyarakat yang mempunyai taraf yang sama dengan mereka dan bukannya sebagai satu boneka pemuas nafsu ghairah mereka.


Begitu juga apabila terdapat golongan yang berkata, pakaian menutup aurat ini merampas kebebasan wanita, respon yang sepatutnya adalah “ Apa masalahnya??! – Mengapakah kita perlu untuk menerima “nilai kebebasan” yang telah membawa seribu satu macam penyeksaan kepada sebahagian besar wanita ini. Nilai-nilai yang kononnya dikatakan sebagai kebebasan ini, telah di zahirkan dengan jelas oleh negara-negara Barat dengan pengharaman hijab – iaitu ianya ternyata sebuah “kebebasan yang datang pada hari ini dan pergi keesokan harinya!”


Seperkara lagi yang perlu diperjelaskan adalah, sesungguhnya kaum Muslimah tidak berpakaian kerana mereka bebas memilih apa yang ingin di pakai – kerana sekiranya kita menerima idea kebebasan memilih cara pemakaian sesuka hati, ini bermakna kita juga menerima kebebasan untuk golongan wanita bebas tidak berpakaian mengikut sesuka hati mereka. Sudah tentu kita sebagai seorang yang beriman tidak akan melakukan perkara sebegini.


Hakikatnya, sebagai Muslimah, berpakaian menutup aurat semata-mata kerana ianya adalah satu Perintah dari Maha Pencipta. Cara pemakaian Islam (menutup aurat) dan undang-undang sistem sosial Islam yang lain seperti larangan ikhtilath(percampuran) antara lelaki dan wanita, larangan pornografi dan pelacuran dalam masyarakat, larangan sumbang mahram dan berzina adalah hukum-hukum syarak yang yang diturunkan Allah untuk menjamin martabat wanita tidak dihina. Ianya juga adalah hukum-hakam yang benar-benar memastikan hubungan seksual dan yang sepertinya hanya dibenarkan dengan ikatan perkahwinan yang sah. Inilah juga hukum-hakam yang memelihara interaksi diantara lelaki dan wanita di dalam masyarakat di mana sebarang perasaan ataupun emosi yang mungkin wujud di antara kedua-dua jantina ini semasa berinteraksi, disalurkan mengikut hukum syarak dan tidak menghalang hubungan yang sihat untuk kedua-dua jantina ini bekerjasama sebagai satu masyarakat.


Inilah pembebasan sebenar yang bakal dibawa oleh masyarakat Islam dibawah naungan Daulah Khilafah ke atas wanita dan masyarakat. Wallahu 'alam bi shawab




Maasalama
Al-Alifat..
yang baik itu dtgnya dr ALLAH dan salah dan silap itu dtg dr diriku sendiri..

Wednesday, February 17, 2010

Tetamu Di Dataran Syam..

assalamualaikum..

Sebelum daku memulakan penulisanku..hehe..
Aku ingin berterima kasih banyak2 to kak AISHAH ..syukran jazilan ya ukhti..

Akhirnya blog kembali sehat semula..gembira x terkata..ingat kan nak kene tukar blog baru..rupa2nya dapat direpair..huhu

SYUKRAN JAZILAN ( ^_^)


Pada minggu yang lepas aku mengikuti satu program yang dinamakan PERTAMA..

satu program yang sungguh berkesan hingga menyusuk ke kalbu..jujur aku katakan sedikit banyak aku terkesan dengan program itu..semangatku untuk terus berjihad di bumi syam ini semakin bergelora..

Apa tak nya penceramah-penceramah yang dijemput bukan calang-calang orang ..Mereka ialah ustaz Hasrizal dan ustaz Maszlee serta ustaz Heizal

sungguh aku kagum dengan ilmu-ilmu mereka dan semangat untuk berjuang demi agama islam tercinta..

PABILA SATU PENYAMPAIAN ITU DISAMPAIKAN MELALUI HATI yang suci dan bersih MAKA, AKAN SAMPAI JUGAKLAH KE HATI-HATI PENDENGARNYA..(^_^)

ustaz hasrizal sentiasa mengigatkan akan maksud "ERTI HIDUP PADA MEMBERI"
betul la tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..

Pada suatu masa nanti apabila di imbas kembali susah payahnya kita mencari ilmu di bumi syam ini..ia akan bertukar menjadi sebuah kenangan yang terindah..

Sebelum program ini tamat ..kami disajikan dengan sebuah persembahan yang sungguh menyentuh jiwa...dari ustaz Hasrizal n the geng..





TETAMU DATARAN SYAM

Tetamu di Dataran Syam ini,
Harus gagah seperti Abu Ubaidah,
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan

Di celah pohon yang zaitun yang rendang,
Bersemadi syuhada’ pahlawan Islam,
Menanti dan terus menanti,
Hadirnya barisan waris perjuangan.

Medan ini medan yang susah dan payah,
Sesusah medan Mu’tah di puncak sana,
Dan penghuninya juga harus gagah,
Segagah Kota Karak perakam sejarah,

Di sini lah kau akan membina jiwamu,
Jiwa pembela maruah agama,
Berbekalkan ilmu,berpandukan iman,
Islam pasti akan kau merdekakan.

Ketibaanmu adik-adikku,
Ku sambut dengan seribu pengharapan,
Agar kau menjadi insan berilmu,
Dan pembela nasib agamamu.

Hatimu perlu cekal dan tabah,
Sesabar tiga sahabat Rasulullah,
Jiwamu perlu subur dengan iman,
Sesubur Dataran Syam bertuah.

Kita diajar cintakan kematian,
Bagai musuh kita cinta kehidupan,
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya,
Kau mengenal jihad dan perjuangan.

Tetamu DataranSyam, engkaulah harapan,
Untuk ummah melihat masa depan,
Sebagai ulama’ sebagai pejuang,
Islam pasti akan kau merdekakan,

Selamat datang Tetamu Dataran Syam!

Lagu / Lirik / Nyanyian : Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Gemilang 1995


maassalama..

AL-Alifat..^_^

Segala yang baik itu datang dari ALLAH dan salah dan silap dtg dari diri ku sendiri yang lemah dan hina..

Thursday, February 11, 2010

Islam Dilihat Pelik

Bismillahirahmanirrahim...
seperti biasa blog ini agak rosak ingin melihat post ini secara lengkap sila click blog acheive dan tekan tajuk ini..tq.


on the plane they pray without shame
on the streets of landon they pray



kataqwaan kepada ALLAH



عَن اَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : بَدَأَ اْلِاسْلَامُ غَرِيْباً
وَسَيَعُوْدُ كَمَا بَدَأَ غَرِيْباً فَطُوْبَى لِلغُرَبَاءِ


Maksud:Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing).Dan ia akan kembali dagang. Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang”. (Hadith riwayat Muslim
Ketika Islam mula-mula tersebar dulu, ia dilihat sebagai sesuatu yang pelik. Apabila manusia sudah terlalu jauh daripada fitrah, manakala Islam pula datang membawa manusia kembali kepada fitrah, ia akan dilihat pelik. Namun apabila Islam telah diterima ramai, ia tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik
Namun, benarlah hadith Rasulullah, apabila masa berlalu nanti, Islam akan kembali dilihat pelik. Kita dapat lihat hari ini, bagaimana orang yang tidak melakukan dosa dianggap sebagai orang yang pelik. Orang yang melakukan kebaikan akan dianggap pelik. Orang yang menolak hiburan melampau akan dilihat sebagai jumud. Umat Islam sendiri sekarang tidak malu lagi untuk melakukan dosa. Malah orang yang tidak melakukan dosa dianggap sebagai orang yang pelik. Dan bermacam-macam lagi
Namun ingatlah hadith Rasulullah, "berbahagialah orang yang bersama Islam ketika Islam itu dianggap sebagai satu benda yang pelik." Moga aku dimasukkan ke dalam golongan yang berbahagia
maasalama
Al-alifat...

Wednesday, February 10, 2010

Didikan Syam

Blog ni agak2 rosak ..untub baca post pergi ke "blog archieve " dan tekan tajuk diatas..tq

Bumi Urdun yang gersang itu, hanya mampu dihuni oleh manusia pahlawan

(Ustaz Hasrizal Abdul JAmil)

Pertama kali aku melihat ayat ini..terdetik di hati ku adakah aku tergolong dalam "pahlawan" itu..
sunguhnya mengembara di negeri orang bukan mudah..banyak yang perlu kita sedia baik dari segi fizikal dan mental..pengalaman yang mengajar aku untuk berkata sebegitu "bukan senang untuk menjadi senang tapi bukan susah untuk menjadi jadi senang"

Sebenarnya ..tidak pernah terdetik di fikiranku aku dapat menlanjutkan pelajaran di Jordan..Alhamdulillah ALLAH memilih aku kerna ALLAH tahu apa yang terbaik untuk ku..ALLAH tahu aku boleh menghadapai cabaran-cabaran dan rintangan..hanya aku perlu sedar dari tidur yang panjang,,BANGUN!! jihad ku belum tamat lagi..

Di bumi sahara'
Di bumi syam lah yang mengajarku :
Mengajarku bersusah-susah dahulu..
Menngajarku Apa itu Kehidupan?..
Mengajarku menjadi"orang"..
Mengajarku Apakah itu air mata yang bermakna?..
Mengajarku menjadi kuat..
Mengajarku sabar..
Mengajarku memasak .. (^_^)

Aku bersyukur pada-Mu Tuhan kerna memilihku..KU pohon bantuku untuk berjihad
aku insan yang lemah..

Aku bersyukur pada-Mu Tuhan kerna dulu angan-anganan yang tidak pernah ku fikirkan menjadi realiti..Telah pon menjadi Realiti..

Aku dapat bercakap dan memahami bahasa-MU
Aku dapat melihat sendiri LAut mati ..dapat merasai kemasinan nyer..
Aku dapat melihat dan duduk di dalam gua dimana Ashabul kahfi berlindung..
Aku dapat bermain salji..melihat permata-permata salji turun dari langit-Mu..
Aku dapat melihat antara 7 tempat keajaiban dunia..Petra..
Aku dapat kawan-kawan dari bermacam-macam negara..
Aku dapat mersai perasan seorang perantau yang rindukan kampung halaman nya..
Aku dapat belajar berdikari..
Aku dapat belajar memasak..

dan yang paling penting
aku dapat pengalaman hidup dan kenangan yang tidak semua manusia boleh merasainya

SYUKRAN ya Rob..

Sabarlah adik-adikku, Urdun memang misteri,
Semasa menghuninya, tak sabar-sabar hendak lari;
Selepas berpisah baru tahu hikmahnya bumi Isra’ ini,
Dapat cium tanah pun, terasa memadai.

(Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)
Bekas Mahasisiwa Bumi Urdun.

NANTI satu masa akan ku rindu saat ku dididik oleh bumi sahara'
bumi syam

Al-alifat
maasalama..

P/s: tempat comment ..rosak x leh nak comment..T_T..cmner nk betulkan ehh..?

Tuesday, February 9, 2010

jamak ketika hujana (siri Akhir)

Jamak Ketika Hujan : Antara 2 Pilihan ( Siri Akhir )



Selain daripada Hadith ibnu Abbas tadi ( siri 1 ), ada beberapa dalil petunjuk bahawa diharuskan jamak ketika hujan seperti:-

1.Dalam kitab muwato’, Imam Malek meriwayatkan bahawa Ibnu Umar ketika imam menjamakkan solat takala hujan, beliau turut bersama mereka.

2.Kata-kata daripada seorang tabien Abi Salamah Bin Abdul Rahman“ Antara sunnah pada hari hujan adalah menjamakkan antara solat magrib dan juga isyak “

Penilaian terhadap 2 dalil:-

1.Perbuatan Ibnu Umar merupakan perbuatan sahabat bukanlah hujjah.

2.Kata-kata Tabien juga bukanlah hujjah.

Bukanlah kita menolak hadith ibnu Abbas ( siri 1 ), perbuatan Ibnu Umar dan kata-kata Abi Salamah, namun yang menjadi masalahnya dalil tersebut bertentangan dengan dalil yang lebih kuat.

Terutamanya..

“Sesungguhnya solat adalah fardhu yang telah ditetapkan waktunya”. surah al-Nisaa : ayat 103.

Ayat yang jelas menyebut bahawa solat mestilah pada waktunya. Jika ada dalil yang mengkhususkannya mestilah datang dengan bentuk yang sahih dan sorih ( jelas ).

Bahkan dalam sahih Bukhari ada menyebut:-

Nafi' berkata bahwa Ibnu Umar pernah azan ketika shalat di waktu malam yang dingin dan berangin. Kemudian beliau mengatakan 'Alaa shollu fir rihaal' ( hendaklah kalian solat di rumah kalian ). Kemudian beliau mengatakan, "Dulu Rasulullah s.a.w memerintahkan mu'adzin ketika keadaan malam dingin dan hujan, untuk mengucapkan 'Alaa shollu fir rihaal' ( hendaklah kalian shalat di rumah kalian )”

Maka jelas kepada kita bahawa sunnahnya jika hujan adalah keringanan solat di rumah dan meninggalkan jemaah bukannya menjamakkan solat.

Kesimpulan yang jelas dalil berkenaan keharusan jamak ketika hujan adalah lemah, tidak jelas dan bertentangan dengan dalil yang menyatakan tidak perlu jamak.

Namun, mengapa wujud dalam mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali?

Sebab itu dinyatakan dalam kesimpulan tadi ( siri 1 ), jika ingin jamak juga ketika hujan hendaklah mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh mazhab:-

1.Hujan yang turun sangat lebat sehingga pakaian basah kuyup.

2.Jamak hanya dilakukan di masjid yang mana bagi mereka yang tinggal jauh dan sukar untuk datang kembali jika pulang.

3.Hujan yang turun hendaklah berterusan hingga selesai solat pertama.

4.Bagi mazhab Hanbali meletakkan syarat hanya pada solat waktu malam ( Magrib dan Isyak ) bukannya waktu siang kerana tiada kesukaran.

Itu semua adalah ijtihad ulama berdasarkan jamak mestilah dilakukan dalam keadaan kesempitan bukannya sekadar hujan renyai-renyai.

Bukankah islam itu mudah?

Benar, mudah namun bukan boleh dipermudahkan tanpa kesempitan dan mestilah bersandarkan dalil.

1.Kita menerima rukhsoh qasar dan jamak ketika musafir kerana terdapatnya dalil dan wujudnya kesempitan.

2.Kita menerima tayamun ketika ketiadaan air kerana wujudnya dalil.

3.Kita menerima sapu pada khuf kerana wujudnya dalil.

Dalam jamak ketika hujan apa kesempitannya? Bagaimanakah kekuatan dalilnya? Jelaskah perbuatan jamaknya?

Maka, ada 2 pilihan.
1.Tidak menjamakkan solat berdasarkan sunnah tersebut tidak kuat.

2.Boleh menjamakkan solat namun mengikut syarat ketat yang disebut oleh ulama mazhab.

Solat itu tiang agama..

Solat itu ibadat yang mula-mula dihisab..

Berhati-hatilah.

dipetik dari bayu timur

maasalama
al-alifat ^_^

jamak ketika hujan. siri (1)

Jamak Ketika Hujan : Antara 2 pilihan ( siri 1 )



Lama sudah terdetik dalam hati ini untuk menulis berkenaan solat jamak ketika hujan. Sebelum saya masuk kepada perbahasan, artikel ini masih lagi santai bertujuan membuka minda. Bagi yang ingin mengkaji lebih dalam selamilah khazanah turath ulama kita pelbagai mazhab.

Saya mulakan dengan kesimpulan ringkas terlebih dahulu dalam masalah ini:-

1.Ada yang berpendapat tidak wujud apa yang dinamakan sebagai jamak ketika hujan. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi.

2.Ada yang berpendapat, dibolehkan jamak ketika hujan dengan syarat-syarat yang ketat. Ini adalah pendapat jumhur ulama mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali.

3.Ada yang berpendapat boleh melakukan jamak ketika hujan tanpa syarat.

Pendapat yang ketiga sangat syaz walaupun masih dibawah ijtihad ulama tertentu. Bukanlah begitu mudah untuk menyatakan bid’ah kepada mereka yang berpegang dengan pendapat ini. Namun yang menjadi masalah apabila mereka berkata:-

“ Kami lebih mengamalkan sunnah”

“ Ulama-ulama yang meletakkan syarat hanya pendapat mereka, sunnah tidak menyatakan demikian”

" Islam itukan mudah"

Baiklah jika ingin mengkaji tentang dalil sunnah. Kita akan membincangkan bersama, adakah pendapat ini benar-benar kuat?

Secara jelas tidak wujud hadith yang sorih ataupun jelas bahawa diharuskan jamak ketika hujan. Yang ada hanyalah beberapa hadith berikut:-

Hadith riwayat Ibnu Abbas:-
“Rasulullah S.A.W telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan.

Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya”.

Kefahaman hadith ini:-

Jika nabi s.a.w. jamak ketika tidak hujan, maka ketika hujan tentulah dibolehkan jamak. Kaedah istidlal ini dipanggil mafhum mukhalafah. Kefahaman sebaliknya terhadap nas.

Penilaian :-
1.Hadith ini direkodkan oleh Imam Muslim. Terdapat 3 hadith yang serupa lafaznya. 2 hadith berbunyi “ tidak kerana ketakutan dan tidak kerana musafir” dan 1 hadith berbunyi “ tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan”. Ketiga-tiga hadith tersebut diriwayatkan oleh ibnu Abbas.

Maka tidak hairan lafaz yang berbunyi “hujan itu” syaz ( ganjil ) bertentangan dengan 2 riwayat yang tadi yang menyebut “ musafir”.

2.Dalam kaedah usul fiqh, kaedah pendalilan mafhum mukhalafah sangat lemah. Hadith tersebut tidak jelas hingga terpaksa ditafsirkan dengan mafhum mukhalafah ( kefahaman tersirat atau terbalik )

3.Hadith tersebut sangat mujmal ( tidak jelas ), perlukan penafsiran mengapakah Ibnu Abbas meriwayatkan lafaz tersebut. Apatah lagi bertentangan dengan banyak dalil yang lebih kuat dan jelas bahawa solat mestilah dilakukan pada waktunya :-

“Sesungguhnya solat adalah fardhu yang telah ditetapkan waktunya”. surah al-Nisaa : ayat 103.

Bersambung…

dipetik dari bayu timur

Monday, February 8, 2010

(^_~) peace

sem 2 dah start ..
do the best..^_^


p/s: widget sume dah hilang..x der dah.. layout pon dah x leh buka..hilang..(T_T)
x pe lah..mungkin ade hikmah nye..