Saturday, October 16, 2010

Ubat untukku

Imam al-Haddad pernah ditanya mengenai ubat bagi orang yang merasa berat untuk melakukan kebajikan dan cenderung mengikut hawa nafsu.

Beliau menjawab:-
Ketahuilah bahawa malas beribadah dan cenderung mengikut hawa nafsu ini disebabkan oleh 4 perkara.

(1) kejahilan, cara mengatasinya ialah dengan menuntut ilmu yang bermanfaat;

(2) lemah iman, cara mengatasinya ialah dengan bertafakkur mengenai kekuasaan Allah di langit dan bumi serta tekun beramal sholeh;

(3) panjang angan-angan, cara mengatasinya ialah dengan ingatkan mati dan menyedari bahawa kematian dapat datang setiap saat; dan

(4) makan sesuatu yang syubhat, cara mengatasinya ialah dengan bersikap warak dan sedikit makan.

syukran,
Al-alifat

Wednesday, October 13, 2010

Jangan TIDUR Lagi

Assalamualaikum,

Kita telah ketahui bersama bahwa waktu pagi adalah waktu yang penuh berkah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Tidak aku nafikan perkara seperti ini sering terjadi pada musim SHITA'...he2
Mungkin dengan berada di dalam selimut kita berasa lebih panas dan tenteram .Tapi akhirnya tertewas juga dengan kepanasan dan alasan yang dibuat ..tidur jugak..sedar2 matahari dah dia atas kepala..

Di sini, diterangkan antara sebab dan langkah nak mengelak perkara ini terjadi,

(Sebab kosong), di musim sejuk daripada duduk dalam selimut ,apakata duduk depan sobah(heater)kan2...^^

[Sebab pertama] Tidak shalat malam

Tidak solat malam dapat menyebabkan malas di pagi harinya. Cara mengatasi hal ini adalah dengan mengerjakan solat malam kerna dengan melakukan hal tersebut akan terlepaslah daripada ikatan-ikatan setan.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


عَقِدَ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ ، يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ ، فَإِنِ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ ، فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ ، فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ ، وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ

"Setan membuat tiga ikatan di tengkuk (leher bagian belakang) salah seorang dari kalian ketika tidur. Di setiap ikatan setan akan mengatakan, "Malam masih panjang, tidurlah!". Jika dia bangun lalu berdzikir pada Allah, lepaslah satu ikatan. Kemudian jika dia berwudhu, lepas lagi satu ikatan. Kemudian jika dia mengerjakan sholat, lepaslah ikatan terakhir. Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika tidak melakukan seperti ini, dia tidak ceria dan menjadi malas." (HR. Bukhari no. 1142 dan Muslim no. 776)

[Sebab kedua] Sering berjaga malam

berjaga malam tanpa faedah boleh menyebabkan lelah dan ngantuk di pagi harinya.
Cara mengatasinya adalah dengan tidur di awal malam.
(I will try..no more facebook dah malam-malam buta ,aishh..tapi sering kalah dengan facebook..adehh)

Diriwayatkan dari Abi Barzah, beliau berkata,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - كَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membenci tidur sebelum solat Isya' dan berbual-bual setelahnya.” (HR. Bukhari no. 568)

[Sebab ketiga] Terpengaruh dengan teman yang punya kebiasaan tidur pagi

Ingatlah kerana tinggal dengan teman atau tetangga yang sering malas-malasan, kita juga boleh terpengaruh.

Cara mengatasi hal ini adalah dengan memilih teman yang rajin, yang selalu menjaga waktunya di pagi hari, sehingga kita terikut dengan kerajinannya.IN SYA ALLAH^^


[Sebab keempat] Kebiasaan

Ini juga adalahantara sebab orang sering tidur pagi kerana kebiasaannya memang seperti ini. Selepas solat subuh, biasanya dia akan menghampiri katil , mengambil selimut dan bantal, dan sambung tidur hingga matahari meninggi lalu terus bersiap sedia untuk ke kerja atau kuliah. Orang yang punya kebiasaan seperti ini telah hilang keberkahan dari dirinya di waktu pagi.(nauzubillah..tak nak..tak nak)

Cara mengatasinya dengan bersungguh-sungguh menghilangkan kebiasaan buruk tersebut dan senantiasa diiringi dengan meminta tolong pada Allah. Allah Ta'ala berfirman,

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِين

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di dalam jalan Kami, maka sungguh akan Kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (QS. Al 'Ankabut [29) : 69)


Bagiku orang yang tidak tidur pagi mukanya kan berseri-seri dan awet muda (^_^)..kerana dia memperolehi keberkatan di pagi itu .
Kalau tak nanti muka nampak sembab n bengkak..
(-_-)( contoh muka mcm nie..he3)

Langkah-langkah yang aku buat nak mengelak semua ini terjadi amik kelas pukul 8..confirm tak boleh tidur pagi..tapi penat sikit lah nak cari bas ,doktor pulak nk sharp sampai kol 8 kalau tak..(no entry).huhuhu

P/s: semua ini ku tulis memang nasihat untuk diriku..^_^

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Diedit sikit-sikit oleh : Al-alifat^^

Abah U always in my Heart



Abah..

Abahlah anugerah yang terindah Yang diberikan dari Allah pada kami.Terima kasih abah kerana menerima diriku seadanya.Tidak pernah abah mengeluh ,tidak pula abah merungut..Aku tahu aku tidak yang terbaik untukmu.Anakmu ini sering tersungkur dipertengahan jalan, TApi abah berlari menghampiriku,membantuku,memberiku semangat.

Abah..
Anakmu ini lemah ...sering sahaja mengalirkan airmata dihadapanmu..tapi abah balas dengan senyuman yang menenangkan hati dan jiwaku..kata-kata yang menaikkan semangatku..
Terima Kasih Abah.

Abah..
Tidak akan anakmu lupa mesej yang diberi olehmu..di bulan yang mulia..
In syaa ALLAH doakan Anakmu in yaa..

Abah selalu di hati kami.
Terima kasih Ummi kerna Bersama-sama Kami dan abah

Yang merindui,
Anakmu.

Tuesday, October 12, 2010

Aku menulis untuk diriku yang lalai.

Aku menulis untuk diriku yang lalai.
Tidak aku tulis untuk mereka yang baik di luar sana.
Diriku yang perlu diingatkan dan terus diingatkan.
Tuhan ampuni diriku yang serba kurang ini.


Aku ingin meminta maaf jika aku banyak melakukan kesilapan.
Aku hamba yang lemah dan sering alpa.
Bantu aku .
Aku ingin berubah.
Menjadi.
Hamba yang setia dan bersyukur pada pencipta-NYA.
Menjadi makhluk yang disenangi oleh makhluk yang lain.

Aku insan yang tidak sempurna.
Sering saja melakukan kesilapan.
Kadang-kadang.
Tidak terdetik aku ingin melakukan nya.
Tapi.
Apakan daya sering sahaja hati ini tertewas dengan Nafsu yang meraja.
Duhai hati .


Ampun maaf diriku pinta.
Al-alifat.

Wednesday, October 6, 2010

Cerita lagi

Assalamu'alaykum. Bismillah walhamdulillah. Kali ini tiba2 saya ingin buat posting yang banyak gambar. Saya selalu terkesima melihat pemandangan alam yang cantik. Saya save gambar ni tanpa saya tahu dari mana web sitenya. Sambil2 buat posting gambar tu saya akan bercerita. Cerita2 yang saya petik dari Ustaz Nursi dan kawan2 saya Tulab Nur.

Sahabat2 sekalian, cuba renung ke dalam diri, apakah yang kita rasa sekarang ini? Mungkin kita rasa gembira, tenang, tenteram, suka, kuat, sihat, puas hati, cinta, sayang, kasihan. Dan di dalam keadaan yang lain mungkin kita rasa marah, takut, sedih, terkilan, benci, dendam, kecil hati, lemah, sakit, kecewa. Dan mungkin ada masa pula, seolah kita tidak rasa apa2. Ketahuilah itulah kita. Dalam diri yang unik ini, ada ribuan rasa yang tidak dapat diungkap dengan kata, dilakar dengan tinta. Allah maha kuasa menjadikan ribuan rasa dalam makhluk bernama manusia. Dalam masa yang sama manusia itu adalah hamba dan khalifah.

Sahabat2 semua, mungkin di waktu ini kalian ada yang menderita sakit. Mungkin yang sedang tertekan. Saya yakin ada juga yang tengah risau. Ada yang keliru, ada yang marah. Mungkin ada sahabat yang tengah bersedih, mungkin ada yang cemburu. Di waktu ini, ada yang sedang bergembira, dan tersenyum riang. ada yang sedang menangis pilu. Ada juga yang tertanya-tanya dan hairan. terserahlah apa sahaja.... Tetapi saya ingin mengajak kalian semua memerhati alam.



Perhatikan sungai2, tasik2 dan lautan. Perhatikan juga awan gemawan. Telitikan hijauan hutan dan tumbuhan. Gunung-ganang yang berdiri gagah, taman2 yang indah. Kita sering terpesona dan terkesima memerhati keagungan Allah yang terpamer di dalam semua makhluknya ini.
Tetapi kawan2, tahu kah kalian, di sebalik keindahan ini ada sesuatu yang menakutkan. Di dalam sungai2 ada buaya yang mengganas. batang2 balak yang merintangi sungai. Ular2 yang berbisa akan mengganas pada bila2. Binatang2 buas yang menjadi penghuni belantara, sungguh menggerunkan. Jurang2 curam yang bisa meragut nyawa. Air2 yang bisa mengganas, tsunami yang mungkin datang. Gempa bumi dan gunung berapi.Juga taufan. Semuanya ini ditutup rapi dengan pakaian keindahan. Di dalam kecantikan ada kesengsaraan.
Apabila kita meneliti, tahulah kita ini lah kehidupan. Air tetap mengalir dari gunung menuju ke muara, walau terpaksa mengharungi kesengsaraan. Akhirnya ia berjaya. Semakin banyak ujian di sepanjang perjalanan sebatang sungai, semakin air tidak berputus asa. Batu2 yang menghalang tidak pernah menyekat kemaraan.





Kawan2, saya terbaca di dalam mathnawi. Ustaz Nursi berpesan, seandainya mata mu terpandang perkara hodoh, buruk dan menyakitkan...cepat2 lah palingkan pandanganmu, melihat kepada sesuatu yang menyenangkan. Kalau kita sakit menanggung sesuatu permasalahan. kecewa dan juga sedih. Cepat2 lah hadapkan pandangan dan hati kepada sesuatu yang menenangkan dan mengubat jiwa. Bukankah hidup ini tempat untuk kita diuji? Kalau tak ada ujian dan tekanan, nescaya sama sahaja arang batu dan juga intan. Tanpa diuji keimanan, sudah tentu Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq tidak ada bezanya dengan Abu Jahal. Saya berpesan untuk semua, terutamanya untuk sahabat2 perempuan, jangan lama2 bersedih, kecewa, marah dan kesal....cepat2 lah mencari hikmah. Ubatlah hati dengan zikrullah. Kumpulkan segala kekuatan kesabaran yang telah Allah bekal. Jangan mudah menghamburkan amarah.

Kalian semua usahlah memikul beban yang tak terdaya, kerana kita lemah. Serahkan segala urusan kepadaNya. Ustaz Nursi bercerita kepada saya lagi, suatu hari ada 2 lelaki. Kedua-duanya membawa barang yang sangat besar dan berat. Kedua2nya ingin menuju ke suatu tempat. Untuk menuju ke sana, mereka perlu menyeberang lautan. Pilihan yang mereka ada hanya menaiki sebuah kapal yang hebat dan besar. Lalu kedua2 lelaki naik atas kapal. Di atas kapal, seorang lelaki meletakkan barangnya. Dia merehatkan badan sambil memerhati pemandangan lautan yang terbentang. Sedangkan seorang lelaki lagi tetap memikul barang tadi, kerana dibimbangi akan ada yang mencuri. Dia begitu sibuk dengan urusan barangnya tanpa sempat merehatkan badan dan melepaskan pandangan ke seluruh alam yang terbentang. Jiwanya begitu risau kalau2 kapal tadi akan karam dan destinasinya tidak berjaya sampai.

Kawan2 semua, pilihlah kita mahu jadi yang mana? Mahukah menjadi lelaki bodoh yang kedua. Yang kurang tawakkalnya, memikul beban yang berat sendirian. Dalam masa yang sama hanya menimbulkan kebencian orang sekeliling dan nakhoda kapal kerana tidak percaya kepada kepimpinannya. Dia telah menyusahkan diri sendiri.

Atau kawan2 memilih menjadi lelaki pertama, yang menyerahkan segala urusan Allah kepada Allah. Dia tidak memaksa taqdir, dia menyerahkan bulat2 kepada Allah. Dia tidak masuk campur dalam urusan Allah. Dia telah menggembirakan hatinya dengan melihat keindahan yang terbentang sambil bersyukur. Dia tidak risau kerana dia tahu, dia menyerahkan urusan yang sangat berat itu kepada Allah yang maha agung. Sudah tentu orang ini sangat dicintai Allah...

Sama2 kita renungkan....
Al-alifat
Pls :diprtik dari blog sahabatku

RAB ku


"Anta Rabbi wa ana al'abd, Anta al-Khaliq wa ana al-makhluq, Anta al-Razzaq wa ana al-Marzuq, Anta al-'Aziz wa ana al-dhalil, Anta al-Ghani wa ana al-faqir, Anta al-Hayy wa ana al-mayyit, Anta al-Baqi wa ana al-fani.."


Makhluk yang kerdil,

Al-alifat

Tuesday, October 5, 2010

Pengubat rindu


Bas yang dulunyer menjadi kenderaanku

Dapurnyer


Dalam Bas nie kebanyakan nyer kawan2ku dari maahad lughah




unta padang pasir



Pyramid






sahara bumi sudan





Assalamualaikum...



Sambil berblog walking..aku bersinggah sekejap ke blog sahabatku di sudan kak khalida..terasa rindu pula pada sebuah negara yang pernah menjadi tempat tinggalku suatu ketika dahulu...TEmpat nyer yang berpasir dan miskin menyebabkan aku sentiasa mengenangnya..ENTAHLAH AKUN PON X TAHU ..mungkin kerana kesusahan dan keceriaan yang aku tempuhi disana menjadi kan aku sentiasa teringat-teringat..





BAgi aku pengalaman itu susah untuk diceritakan ..tapi ia perlu dirasai..





Terpulang pada diri kita sendiri untuk menerimanya ataupon tidak..



Al-alifat
Pls :gambar2 diatas diambil dr blog kak khalida..Syukran ehh..hehe


Sunday, October 3, 2010

Kasih sayang penciptaku



Assalamualaikum..

semakin bertambah hari semakin lama aku meninggalkan penulisan blog ini..semakin kelu ideaku untuk menulis..ermm apa tidaknya..internet x pasang lagi..huhu atau aku sahaja menyibukkan diri..kadang2 pening jugak kepala nie nak berurusan dengan insan bernama arab..dulu aku hanya bergantung kepada orang lain tapi sekarang orang pula bergantung dengan aku..meminta bantuan...bahasa arabku tidaklah selancar mana..tapi buat masa sekarang ok laa..in syaa ALLAH kalau boleh ku tolong akan ditolong ..

Sekarang sudah masuk tahun kedua aku di jordan..bermacam-macam suka duka aku lalui..bermacam-macam ujian dan rintangan aku lalui..ku lalui semua itu dengan berbekalkan sekeping hati dan selautan nasihat..sungguh cepat masa berlalu pergi meninggalkan diriku..daripada sudan aku berhijrah ke jordan, daripada sebuah negara yang miskin ke sebuah negara yang maju..

Alhamdulillah 'ala kulli hal ..aku mampu mengharunginya..

Dan hari ini aku sungguh-sungguh bersyukur kerana impian aku untuk mendapat yuran A'di telah pon tercapai...hehe..YA allah bukan senang daripada bulan ke bulan aku cuba untuk menyelesaikan berkilo2 meter aku harus berkejar ke qabul tasjil dan alhamdulillah berjaya juga..
atas bantuan rakan2..

TAdi seusai aku menghabiskan kelas..aku terus berlari ke qabul tasjil untuk menyelesaikan masalahku ini..tidak berhenti2 aku berdoa agar semua berjalan lancar..aku estimate 45 minit je..untuk berurusan sebab nanti ada kelas lain pulak..sampai sahaja di pejabat aku terdengar suara org bergaduh...Aduhh..takut2 mood pegawai arab nie in trouble..Aku pon start lah berdoa apa yang patut agar hati die lembut..berharap sangat2 hari ini semua urusan selesai..

Aku pon mengetuk pintu..tiba-tiba die pon memandang ku dengan senyuman yang sangat2 lebar...aikk pelik jugak aku..tadi baru lepas gaduh..die pon terus bertanya ..Awak maliziakan ...aku pon terangkan lah masalahku..die tersenyum dan terus menyelesaikan semuanya ...dan Akhirnya ALhamdulillah..syukur YA Allah..

Aku berharap aku dapat menumpukan pengajianku dengan bersungguh2 ..tidak lagi memikirkan masalah2 lain..

syukran YA Allah atas rahmat dan rahim-Mu..tanpa kasih sayang-Mu ya ALLAh mungkinku masih berlari2 lagi ke qabul tasjil..

Al-alifat..