Friday, December 3, 2010

Keunikan Sebuah HATI


Assalamaualaikum,

Dikesejukan pagi sweileh yang amat perit, tp terselit kedamaian,ohhh aku tidak tahan sekali akan kesejukan ini, aku adalah seorang wanita yang baru bertatih-tatih untuk menyesuaikan diri akan fenomena 4 musim ini.Aku fikir ,kita ini hebat kenapa??,baru sahaja menjejakkan kaki dibumi urdun sudah perlu berhadapan dengan ujian kesejukan, aduhh bayangkan dipagi subuh kita harus bangun, mengagahkan diri menyentuh air mutiara mengambil wudu' untuk bertemu illahi.Ohh hebatkan kita, bukan ingin Perasan tapi ingin Menghargai diri ini.Bukankah orang mukmin itu perlu hebat. jikalau ujian ini pon kita sudah rebah apatah lagi jihad yang besar nanti. Ohh tuhan Perkuatkan HATI kami.

Ermm,,,

Aku ingin bertanya? Apakah benar wanita itu lemah?

YA..memang benar wanita itu lemah jikan dibandingkan dengan qudrat lelaki yang sungguh gagah.Iyalah memang pasti aku kalah jika aku sengaja beradu nasib dengan sang lelaki.Akan tetapi ,seandainya aku pula yang menang,pasti ada yang tidak kena dengan lelaki itu.. ^^

Katanya wanita itu lemah, tapi ternyata dia kuat, lebih kuat dari terjangan ombak.

Memang benar, yang kuat itu ialah HATI wanita, hati yang sentiasa memberi semangat agar terus kuat dan gagah menghadapi segala onak duri , HATI yang tidak pernah berhenti mendidik wanita Engkau tidak lemah dan HATI yang bisa menukar airmata menjadi terjangan ombak.

Wanita itu sungguh unik penciptaannya,

Dijadikan bahunya cukup kuat utk menopang dunia, namun perlu lembut untuk untuk memberi kasih sayang.

yaa, cukup gagah untuk melahirkan si anak bahkan, cukup lembut untuk memberi kasih sayang pada si anak itu.

TETAP, Aku sungguh sedih MENGAPAKAH?? ada juga yang menjadikan wanita seperti bukan manusia, didera tanpa belas kasihan, dipukul, disepak, diterajang, dipekeik .. Heyy!! wanita itu memang sungguh lemah qudratnyar, memang dia tidak dapat menghalang mu, dimanakah sifat insan kamu, janganlah bersikap begitu, fikirkanlah akan pengorbanan si wanita itu.

Wanita itu janganlah dipermainkan hatinya,kerna hatinya itu sungguh unik

Ehh, Bukankah engkau bilang tadi HATI wanita itu GAGAH sekali.??

Betul, memang hati wanita itu gagah, Akan tetapi disebalik kegagahan tersimpan sebuah hati yang sangat lembut dan lemah, daripada hati itulah wanita mendidik si anak agar bisa mengegarkan dunia, memberi semangat pada si lelaki yang tersungkur, menangis atas setiap kesakitan .

Wahai wanita , jangan sedih, kita ada HATI yang lembut dari hati itu akan terhasil airmata, dari air mata itu akan memperkuatkan jiwa, Hatta bisa bertukar menjadi terjangan ombak.

wanita menagis bukan kerana chegeng(lemah) tp kerana menangis ,wanita bisa peroleh kekuatan agar tida menjadi chegeng(lemah).

Syukran pada Sang lelaki yang mengerti,

Dikau juga ada ibu , kakak, dan adik,

Layanlah mereka seperti insan biasa penuh dengan kasih dan sayang

BUKAN disebaliknya.

Terimakasih Abah dan Abang-abangku.

From.

Little of Al-Alifat

2 comments:

  1. frm what i hv read...
    u need some treatment n help frm doc.
    i suspect that u hv suffered frm dangerous week liver disease..
    better go for medical check up.. as soon as possible!
    at the nearest hospital...
    before it become worst and affect yr life..
    jaga diet...amalkan hidup sehat!

    hehehe

    ReplyDelete
  2. AIKK..alng..ni comment lari tajuk name nyer...
    adesss..lom pass ni..haha...

    mmg ateh jaga diet pon..hik2

    ReplyDelete

suaramu amat ku hargai