Thursday, September 29, 2011

yee atau tidak




Alhamdulillah setelah beberapa bulan akhirnya dapat juga daku bernafas semula di blog ini..meneruskan kembli perjuangan di bumi urdun ini..(hidup lagi tuan blog nie)

Hari ini hari ke-5 aku berada di bumi urdun semula setelah sebulan bercuti di malaysia...hurmm tak sampai seminggu sudah rasa rindu pada keluarga ku di malaysia..kelas pun sudah bermula, semangat baru perlu dikumpul dan tanggungjawab juga semakin bertambah...kadang-kadang rasa tak larat qudrat badanku ,tapi tak apa..bukankah kita ada ALLAH...kembali dan mengadulah kepada-NYA dan ALLAH adalah sebaik2 tempat untuk kita memohon , mengadu, mengharap.

Pejam celik2 dah tahun 3 rupanya aku di bumi barakah ini banyak pengalaman ,asam garam yang aku perolehi, bermacam ragam dan karenah manusia akau temui, tapi inilah kehidupan tak semuanya indah dan tak semuanya suram, tak selalunya diatas dan tak akan selalunya dibawah.

Semalam aku dan sahabat pergi menyambut hari kelahiran seorang adik junior yang baru tiba di bumi sweileh Amman...periang rupa orangnya, akhirnya dapat jugak berjumpa dengan semua akhawat baru, Alhamdulillah semakin bertambah akhawat kat bumi sweileh ini, dulu masa tahun satu akulah orang paling risau, tapi sekarang semakin bertambah tahun ,semakin bertambah penduduk sweileh.


*Sem pertama, tahun 3

-Pilihan

kalau nak kata dalam kehidupan ini tak perlu nak buat pilihan, tu bukan nama kehidupan laa..
Masa kecik2 zaman tadika, buat pilihan nak beli gula lolypop kee atau gula kopiko.

Bila usia semakin bertambah, kena buat pilihan samada nak pilih kawan yang suka main-main atau kawan yang "good friend"

semakin hari semakin umur bertambah semakin banyak pilihan yang perlu dibuat,
perlu seimbang yang mana yang perlu diaulakan dan yang mana perlu diutamakan

"kalau aku diberi pilihan
aku memilih untuk tidak memilih"

teringat kata-kata ini...
ini kata-kata untuk release stress boleh laaa...tapi di alam realiti tak semudah itu...
bagiku pilihan adalah satu proses untuk mematangkan lagi fikiran, semakain rumit pilihan yang perlu dibuat semakin banyak kita akan berfikir dan mengimbangkan, semakin banyak pengalaman dan onak duri yang kita kan tempuhi dan rasa.

Abah kata inilah ilmu kehidupan, kita kan pelajari daripada diri kita sendiri, setiap orang punyai pengalaman dan kenangan yang berbeza, terpulang pada diri kita sendiri untuk menilai keputusan atau pilihan yang kita buat dan apa yang paling penting sentiasalah berlapang dada dan bersifat terbuka.

Dan, akan sampai suatu masa kita akan buat pilihan untuk masa hadapan kita, bagaimana kita nanti, pasangan kita, keluarga kita, anak cucu kita, semua itu terletak pada pilihan dan keputusan kita dimasa kini, siapakah kita pada masa kini.

Akhir sekali ^^, Islam itu indah, dalam islam ALLAH mengajar hambanya agar sentiasa kembali kepada-NYA dalam apa jua keadaan pun, termasuklah dalam membuat pilihan.

"solat istikharah"

Semoga kita semua sentiasa diberkati dan diredhoi ALLAH
hasbiyaallah wanikmal wakil.



sekali sekala wat ayat skema karangan...^^