Monday, March 12, 2012

Dakwah + Pemuda = Daei


Tahu vs tak tahu atau tahu vs tak mahu
Dakwah itu mengajak umat islam merasai tanggungjawab besar yang diletakkan dibahu mereka apabila mereka mendakwa mereka beriman dengan Allah dan hari akhirat dan apabila meraka mengaku dan akur dengan segala perintah Allah dan rasulnya. Tidak mungkin mereka boleh berpeluk tubuh daripada memikul tanggungjawab ini dengan hanya mengaku beriman dan mendakwa diri mereka sebagai muslim dalam erti kata lain “cakap-cakap kosong” .
Pemuda sekalian,
Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai tuhan dan Islam sebagai agama kemudian kita lafazkan syahadah , kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja kita melafazkan syahadah ini. Kita juga perlu fikirkan apakah yang dapat kita lakukan untuk menunaikan tugas penting ini. Jika kita tidak laksanakan kewajipan kita ini atau kita tidak berusaha untuk melaksanakannya kita sebenarnya menempah akibat buruk akibat perbuatan kita dan kita akan rugi didunia dan akhirat.
Mungkin kitakan tertanya-tanya apakah tanggungjawab itu sehingga boleh membawa akibat yang buruk jika diabaikan.
Suatu yang perlu kita fahami, bahawa islam ini bukanlah semata-mata hanyalah solat puasa zakat dan haji, nikah kemudian kita boleh berpeluk tubuh tanpa menitiskan setitik peluh dan kita tidur lena berangapan aku sudah melaksanakan semua hak-hak dalam Islam.
كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُم‌ۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَڪۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (١١٠)
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. [ Al-Imran : 110 ]
Tidak, Bukan sedemikian sahabatku ada satu tanggungjawab yang jauh lebih besar dan sangat penting untuk kita semua sama-sama lakukan. Sedarlah kita sudah lama berehat, sudah lama kita bergoyang kaki terus hidup dalam keadaan “comfort Zone” sedangkan masih ramai lagi manusia yang dahagakan sentuhan iman daripada kita maksiat pula terus berleluasa. Tugas ini bukan semata-mata perlu digalas dan ditanggung oleh orang agamawan sahaja malah doktor, jurutera hatta tukang penyapu sampah juga turut bertanggungjawab. Percayalah jika kita dapat mengetuk dan membuka hati-hati menusia untuk beriman dan mentauhidkan Allah serta memahamkan mereka akan tujuan hidup yang sebenar iaitu khalifah dan ibadah tidak mustahil untuk daulah islam tertegak semula.
Pemuda + Dakwah = Daie
Pemuda itu "Hammasah"nya tinggi, Bila dicabar tak akan menngundur diri, Pemuda, hammasah dan Islam jika seiringi, Pasti gemilang kalimah ILLAHI.
Pemuda itu tiada had umurnya selagi qudrat masih kuat tenaga masih banyak berangkatlah baik dalam rasa ringan mahupun rasa berat, gunakanlah hammasahmu pada jalan Islam. Ummat-ummat terdahulu telah membuktikan kuasa pemuda bisa menggongcang dunia mencapai puncak memakmurkan bumi. Jangan bertangguh yang kuat tidak akan kuat selama-lamanya, sesungguhnya masa tidak lagi cukup dan kita tidak selamanya kuat dan memiliki jiwa pemuda ajal pula akan datang menjemput tanpa menyapa.
Umme Ayman Binti Ayub
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
Sesi 2011/2012

Saturday, March 3, 2012

Tanya pada hatimu

Rasulullah saw bersabda;


"Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan dosa adalah yang meresahkan jiwa dan meragukan hati. Meskipun manusia memberi fatwa kepadamu."


(HR Muslim)