Saturday, December 15, 2012

Berlari menggapai CITA



Mengembara Dirantau Orang,
Menyeduk pengalaman dan juga pandangan,
Terasa berkobar untuk kembali menyeberang,
Suatu hari ia kanku tawan.

Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur kepada ALLAH Rabbula'lamin, kerana masih memberi kesuburan pada hati ini untuk sentiasa mengingati, dan berharap kepadaMU, Kadang-kadang terjatuh juga, kena bangun kembali.

Semalam Call ummi, belum sempat sampaikan rasa hati ini, ummi dah berikan jawapan dan semangat, " Ateh kuat Ateh lagi Sikit lagi, in sya ALLAH, "Seorang" itu bukan bermaksud tidak kuat, KUAT! " Tiba-tiba lahir dari mulut ummi Go2 Chaiyok!, aikk pelik juga bila ummi tengok cerita Korea nie. Selagi kaki ini masih bisa berdiri dan berlari , tubuh ini masih boleh memberi jasa, aku kan terus berlari.

Plannya aku ingin Sambung Master dalam bidang Usul Feqh, Demi DnT juga, kerana sekarang ini agak kurang wanita yang pakar dalam bidang Feqh, Kesian juga pada Ustazah Maznah setiap kali berjumpa dengan beliau kami sering ditanya " Siapakah yang akan menggantikan saya" Bermula pada Kali pertama aku mendengarnya sehingga kini, In sya ALLAH aku berazam,akukan berusaha untuk itu.:)


Buat masa sekarang, inilah perancangan yang telah kususun, Individu muslim itu  semestilah mempunyai perancangan yang tersusun  " kita menyusun ,ALLAH menentukan" dan aku yakin ALLAH pasti akan menyusun yang terbaik untukku.

okey back to the point, sebenarnya aku teringat Pada Bumi Subur itu , Turkey, aku teringin sangat  dapat kembali menjejakkan kaki di bumi itu, tapi kali ini aku ingin berjalan , mentadabburi dan mentafsir, bukan seperti Tahun 1dahulu, aku hanya berjalan ,dan mengambil gambar sahaja, walaupun adalah juga faham n kaji sikit-sikit. Aku ingin menyingkap sejarah Mujaddid Islam di turkey Said Badiuzzaman An-Nursi, Dan menyelosori tanah-tanah dan bumi tarbiyah disana, bersama hidup dan merasai adat dan cara mereka , tambahan ada kisahku disana. 

Kagum dengan Anak muda itu, dari kecil di didik dengan rapi, disematkan nilai-nilai islam, sehingga bisa menakluki kota Besi itu , Kostantinopal.

Selagi ada harapan kita berharap dan Usaha, JIka ALLAH izinkan, in sya ALLAH dapatlah diri ini menjejakkan kaki kesana.

________________________________________

DnT, Sedang berusaha membina QS dibumi AMMAN ini, 
Pahat dalam hati tidak sama As-sabiqun Al-awwalun, dengan mereka yang sudah FREE2  merasai nikmat tarbiyah itu, Ganjaran nya juga berbeza kerna cabarannya juga berbeza, luruskan niat dan berusaha ikhlaskan kan hati, tentera ALLAH pasti akan membantu. yakin Akulah Ansarullah itu..TAKBIR!!!


~Ya Muqallibal Qulub Thabit Qulubana a'la dinik wa'la Toa'tiq~

Ummu Fateh
3.35 p.m

Sunday, December 2, 2012

Tunjukkan Aku Arah ~



KEMATIAN , terdiam seketika YA ALLAH.
Semoga ALLAH akhirkan nafas ini dengan Husnul Khatimah..Ameen YA Rab.

Ana Atamanna SYAHID, Ya ALLAH Izinkanku mati bukan seperti manusia yang biasa ku inginkan kematian yang luar biasa  kerana memperteguhkan AD-DEENMU Ya RAB.

__________________________________________________________________


Okey , Bintu Ayub sekarang ini Dirimu telah sah bergelar Tahun 4 takhasus Feqh wa Usuluhu, Apa perancanganmu ? Sebelum itu, Alhamdulillah dan Terima kasih YA RAB berikan aku kekuatan mengharungi kehidupan di bumi Anbiya' bukan senang nak-nak lagi sekarang Senior yang sentiasa bersamau ku pon dah balik Malaysia, Tinggallah aku Umme Ayman  satu-satunya Pelajar Malaysia tahun 4 Di University Of Jordan. Bukan senang " YA ALLAH Hamba-Mu ini tahu ini adalah salah satu bentuk Tarbiyah-Mu, selepas ini, Ya Rahman Ya Rahim  bolehtak hamba dah tak nak keseorangan lagi. "

In sya ALLAH selepas ni plan nak sambung Master, tapi Abah cadang untuk sambung lagi di Jordan, " Abah , kat cni ramai Student Perempuan  selepas habis Degree balik Malaysia, nanti ateh seorang-seorang lagi abah, Ateh Boleh in Sya ALLAH tapi Ateh tak larat dah keseorangan bah, T_T " Abah diam berfikir, Abah paham Bukan senang , Abah n Ummi lah penguat semangatku untuk terus berjuang Di Bumi Barakah ini.

Dalam setiap  Doaku, Ku pinta Ya ALLAH jadikan aku wanita yang KUAT, dan ku sedari ini adalah salah satu bentuk TArbiyah-Mu, Setiap orang mesti ada Impian dan Cita-cita, Dan Impian aku adalah ingin menjadi seorang Ibu yang akan melahirkan Mujaddid islam seperti Salahuddin Al-ayubi, Abdul Aziz Ar-RAntisi, Syeikh Ahmad Yassin Sultan Muhammad Al-Fateh , Ermm besarnya cita-citaku...In sya ALLAH mungkin sekarang nampak kecik ...USAHA LAGI !!! .

~ La Takulu ma La Taf'alun ~

Jangan cakap-cakap kosong atau Cita-cita kosong Bintu Ayub, JIhad IN sya ALLAH tiada yang Mustahil , Tinggal kita YAkin PAda ALLAH dan Usaha Giga-giga.



note: Penulisan tak Formal nyer, OKeylah *_*
Ar-Rumaisa.