Tuesday, April 30, 2013

Bapak Anis Matta




'' Mahasiswa, Generasi Membangun Peradaban '' bersama Bapak Anis Matta, Presiden PKS.

Alhamdulillah tak sangka di Bumi Syam Jordan ana berpeluang berjumpa dan bersua muka dengan Bapak Anis matta, sejujurnya ana sangat kagum dengan semangat, pemikiran islam yang dibawa oleh Anis Matta. In sya ALLAH nanti kalau berkesempatan  ana akan share setiap ibrah yang ana perolehi nanti ye :)

------------------------------------------------------------------

Antara Idola ku, selepas Zainab Al-Ghazali ,

Teringat ayat surah Al-Insyirah yang dihuraikan Dr solah Al-khalidi, seorang Mufassiran era kini:

Allah menenangkan hati-hati sang pejuang dakwah..jalan ini bukan jalan yang mudah, ia susah dan payah kerana kesenangannya di sana nanti...selepas kesukaran itu pasti ada kemudahan...Di akhir ayat pula, kepada Tuhammu tempat berharap dan meminta, setelah penat lelah berjuang, kutiplah semula semangat dan senjata2 dlm jln dakwah dari Tuhanmu dgn bertawajjuh kpd ALLAH..

. Disinilah dikau akn mendapat bekalan utk menempuhi jln dakwah.
. Disinilah dikau akan mendapat alat2 senjata utk kelengkapan berjihad.
. Disinilah dikau akan temui kesenangan dn kemudahan setiap kali engkau menempuh kesukaran dan kesulitan.
. Inilah jalan perjuangan dakwah.

~Dibalik Debu Perjuangan 






* lagi 3 subjek lagi, ummi kuat!!!, akan tetapi ia tidak berhenti setakat Degree , in sya ALLAH master sedang menanti. yeah!
* sebenarnya program bersama Anis Matta bertembung dengan rehlah ana bersama kawan-kawan arab, memangdangkan mungkin ini kali terakhir ana dapat spent time dengan mereka, huhu (memilih antara dua)
* Aishh tak tetap pendirian pulak rasa, sekejap ana, kejap saya, kejap aku..tapi penggunaan ini digunakan berdasarkan struktur ayat dan situasi...* tak boleh lari*


-Al-alifat-

Sunday, April 28, 2013

Bukan sayang "plastik"



Ummi , Abah, Along, Angah, Alang, Bicik, Uda, Bcu , Kakak...

'Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.' (64:11)

Abah, baik-baik ye disana,
Teringat sehari sebelum abah kemalangan daku menghantar pesanan ringkas SMS


Diriku: Assalamualaikum, Ummi abah, doakan ateh , hari ni ateh dah mula imtihan, doakan ateh dapat jawab dengan tepat dan berjaya

Abah membalas :   Waalaikumussalam Abah dan Ummi doakan agar dimudahkan Insya ALLAH ( pukul 9 pagi), SMS kedua, Ameeen
SMS ketiga,  Mudah-mudahan ALLAH permudahkan ( pukul 12 tengah hari)

Pelik juga sampai tiga mesej abah hantar, itu tandanya abah sangat-sangat mengambil berat dan care pada anaknya. Terima kasih ABAH


Abah lah ayah yang terbaik, tiada siapa boleh menggantikan ABAH.

----------------------------------------

Abah, sedar sahaja dari kemalangan abah bagitahu ummi.

Abah: Jangan bagitahu anak-anak, abang kemalangan, nanti mereka risau. Anak-anak tengah Imtihan ni.

Abah jangan risau, abah kuatkan semangat, Kekuatan Abah adalah kekuatan KAMI semua, 

Jangan kata dirimu beriman sebelum datang kepadamu Ujian, ini mungkin ujian bagi kami anak-anakmu, setakat mana kebergantungan dan tawakal kami kepada ALLAH.

-----------------------------------------

Abah, saat ateh mendapat berita abah kemalangan , terus terfikir dibenak pemikiran dan hati, sebanyak mana ateh sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada ummi dan abah. 

Birru walidain

Banyak ALLAH sebut di dalam AL-Quran antaranya , Surah Luqman,




“ Dan Kami perintahkan kepada manusia ( berbuat baik ) kepada dua orang ibu bapa; Ibu yang telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu…”
( Surah Luqman: 14 )


Birru walidain lebih tepat maksudnya, berbaktilah kepada kedua ibu bapa kita, dari  segala aspek, termasuk agama perkara yang paling besar  hingga perkara  yang paling kecil sekali. ( paling penting doa seorang anak yang soleh)

Tapi sekarang ini kita banyak  Hubbu walidain tanpa dibuktikan dengan Birruwalidain
Kita kata kita sayang mereka sangat-sangat, akan tetapi berbakti pada mereka tidak pula.

Sayang itu mestilah di lahirkan dari perbuatan bukan kata-kata sahaja.

Astagfirullahal A'zim,

Marilah-marilah....
kita jaga mereka, jaga hati mereka, ajari islam pada mereka, call mereka, hormat pada mereka, menjaga tingkah laku kita, melayani mereka dengan baik, kita buat kebaikan agar mereka juga mendapat saham dari seorang anak yang Soleh dan Solehah dan berbagai-bagai lagi cara untuk kita berbakti pada mereka , bukan sahaja sayang.

Bukan sayang Plastik.

----------------------------------------

Syukran kepada sahabat seperjuangan, banyak sokongan moral dan kata-kata semangat antunna lontarkan pada diri ini dan doakan untuk abah.

Sahabat seperjuangan , adalah sahabat yang mengingatkan kita tentang ALLAH, pada saat kita Lemah, Syukran sahabat. 

Teringat, pagi sebelum mendapat berita abah, aku dan sahabatku bercurhat,

"Daie dan futur perkara biasa, kerna iman kita yazid wa yanqus akan tetapi Murobbi yang meninggalkan Mutarobbinya kerana Futur bukan perkara yang biasa."

Check balik hati dan keikhlasan kita dijalan ini.

AstagfirullahalA'zim wa nauzubillahiminzalik

-------------------------------------------

Senyum :)
Tenanglah menghadapi Musibah itu tanda orang yang beriman
Habiyallhiwanikmal wakil.
-Al-alifat-

Thursday, April 11, 2013

Surah kesembilan, ayat seratus dua puluh satu

وَلَا يُنْفِقُونَ نَفَقَةً صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً وَلَا يَقْطَعُونَ وَادِيًا إِلَّا كُتِبَ لَهُمْ لِيَجْزِيَهُمُ اللَّهُ أَحْسَنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
And whenever they spend anything [for the sake of God], be it little or much, and whenever they move on earth [in God's cause] - it is recorded in their favour, and God will grant them the best reward for all that they have been doing (9:121).
( terjemahan english zouq lagi bila baca, kadang-kadang)

Alhamdulillah,

Semoga  kita terus diberi kekuatan untuk Thabat,

Cerita 1,

Alhamdulillah dan Alhamdulillah, semalam baru dapat result Madah Qodoya Mustajidah Fil Ibadah, ( masalah-masalah baru dalam ibadah ) jujurnya subjek ini agak gerun juga, banyak qaedah-qaedah baru dan qawaid fiqhiyah yang daku kena  hafal dan belajar untuk aplikasikan ia. Tambahan soalan Doktor yang agak berpeluh jugalah nak jawab. Allah sahajalah yang tahu, dah masuk Tahun akhir ni, disamping  ilmu yang ingin didalamai , pointer juga kenalah di jaga. Harapnya madah-madah yang  lain nanti akan dapat natijah yang terbaik. " jika kita berusah yang terbaik , Allah akan beri yang terbaik juga"


Cerita 2,

Ya Allah, minggu lepas sejurus selepas tamatnya exam, petang itu aku harus ke irbid berjumpa dengan akhawat-akhawat disana, ada daurah dan munaqoshah yang aku wajib hadiri, terfikir juga banyak urusan rumah tidak selesai lagi untuk diuruskan, basuh baju ( nak-nak air hanya masuk hari sabtu ). kemas rumah, masak-masak untuk ahli rumah, tapi bagaimana? ada kewajipan yang lebih aula untuk aku penuhi, maka aku bercadang untuk pulang awal pada hari sabtu itu. Siap dah plan dalam bas , and buat checklist. Akan tetapi setibanya aku dirumah, segala yang ingin aku selesaikan semuanya sudah tersusun rapi, baju-baju ku habis dibasuh, diampai dan dilipat..rumah tersusun kemas, tambahan makanan yang enak susuah terhidang. Siapalah yang tak terkesima dengan keakhawatan mereka, tenangnya hati ini "merekalah Qurratu 'ayuunku"

Cerita 3,

Semalam bicik viber, dia dah dapat schedule trip ke Turkey. Aishh siapalah yang tak jeleous, ikutkan hati nak berjaulah bersama, tapi cuti bulan 6 nanti banyak perkara yang aku kene settlekan, Dnt dah urusan-urusan belajar. Tak pa-takpa in sya Allah lepas ini ada rezeki dapat berjaulah ke tempat lain, China ke, Spain ke, Morocco ke ( tak apa2 tunggu dah kerja nanti, boleh kumpul duit dapat jumpa akhwat sambil berjaulah, kena gantikan ustazah Maznah, kesian ustazah? Aina syabab! ), *Nanti nak pesan bicik belikan Kitab Rasail An-Nur, said Badiuzzaman An-Nursi, mujaddid islam di Turkey )


Cerita 4,

"Ummi, semoga cepat sembuh dan dipermudahkan semuanya, jaga diri baik-baik, ateh and bicik selalu doakan semoga keluarga kita diberkati dan dilimpahkan mawaddah dan Sakinah , Ameen."





Note: PRU 13, jom kita cakna pada negara kita demi Islam tercinta

-Al-alifat-

Tuesday, April 9, 2013

Da'ie "Exclusive"

Ya Ayyuha Syabab, Qum Faanzir!!,
Wahai para Du'at berdiri tegak!!,

Berdesing telinga mendengar panggilan panglima itu, bukan itu sahaja bulu roma juga turut sama tertegak beiringan dengan kata-kata panglima  itu.

Sayap kiri dan kanan adakah kamu semua sudah bersedia!, dalam 700 meter lagi kita akan bertemu dengan Pihak kuffar, banyakkan beristighfar dan laungkan kalimah 'Allahuakbar" sekuat keimananmu, Semoga ALLAH mengurniakan pada kita kemenangan dunia dan akhirat.

Sedang semangat jihad dilaungkan oleh mujahid dan mujahdah di dalam sof-sof yang tersusun tegak , terdapat seorang pemuda sedang melihat dari jarak yang tidak berapa jauh, langkahnya tidak dapat bergerak samada ke kiri ataupun kanan, walau ia menjerit sekuat hati, ia tetap tidak dapat didengari oleh mereka, lantas pemuda itu menangis sekuat hati, mungkin kerana ketakutan atau kekuatan.

( sambil bermonolog hati)
Siapakah mereka? Dimanakah aku sekarang? panglima itu?, arghh.

Tiba-tiba! ada seorang lelaki lengkap berbaju besi , berpedang samurai menepuknya dari belakang.
( terkejutnya bukan kepalang)

wahai pemuda, apakah yang sedang engkau kakukan ini, pergilah! kejari mereka, tidakkah engkau mahu menjadi sebahagian dari pemuda-pemudi syurga?

(pemuda itu masih didalam kekeliruan)
Aku keliru, dimanakah akau sekarang ini, sebelum ini aku hidup seperti biasa, susanana sekelilingku berbeza, ya! aku akui , aku berazam ingin menjadi seorang Da'ie lillah, akan tetapi ini bukan dunia ku!!!

Arghh, ini yang engkau katakan , engkau ingin menjadi Da'ie Lillah, masih mahu lagi bersenang-senangan dengan gelaran Da'ie "exclusive" dan berpura-pura. Kalau begitu, pergilah dikau, hiduplah dalam dunia mu!. Kita sekarang dalam Era jihad mencapai ustaziyatul 'alam, sirah nabi berulang kembali.

Terimalah ini peringatan dariku, ( lalu lelaki itu terus berlari pecut menuju ke arah sof-sof yang sedang bergerak menuju ke medan peperangan)

(Sebuah botol yang didalamnya terdapat shelai kertas)
Oleh kerana itu wahai saudara-saudaraku kaum muslimin, berangkatlah kalian untuk berjihad dan janganlah kalian menjadi golongan khowalif ,Berangkatlah berjihad dan janganlah kalian menjadi golongan qo'idun (orang-orang yang duduk-duduk tidak berjihad). Berangkatlah berjihad dan janganlah kalian menjadi golongan orang-orang yang merasa berat untuk berangkat.

(Amirul Mukminin Kerajaan Islam Kaukasus)


Tiba..tiba.. Dummmmm!..Dummm!
Bunyi dentuman dan gegaran yang sangat kuat hingga terlepas botol ditangan pemuda itu, jari jemarinya masih mengenggam kertas itu, kakinya pula luka parah kerana tidak sempat mengelak dan bersedia.

(sedang menahan kesakitan pemuda itu teringat kata-kata Naqibnya sambil berteriak sekuat hati)

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُون
”Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” [QS. At-Taubah : 41].
Arghh, aku selama ini berpura-pura menjadi da'ie sejati, mereka lihat aku berlari kencang, aku aktif membawa Usrah, sedangkan didalam hatiku, aku sering berlengah-lengah, mutabaah 'amalku, jarang aku penuhi, hatiku sering melebihkan hawa dari kebaikan, adakah aku bersedia menghadapi saat jihad yang sebenar memanggilku. Ya ALAAH! ampunkan hamba-Mu ini., kini aku telah diuji adakah aku ikhlas atau tidak di jalan-Mu Ya Rabb .

Ya Allahhh, !!!!

(rupa-rupanya, Ali sedang bermimpi, lalu sahabatnya Abu yang mendengar teriakan Ali lantas mengejutnya)
Abu: Ali, Ali..Kenapa dengan anta ni menjerit-jerit sampai menangis?.
Ali: Abu..Abu, kita kat mana ni? ( Sambil menangis)
Abu: kita kan kat Mabit, semalam antakan yang bagi  daurah dan taujihat pada adik-adik.
Ali: Ya Allah! ana taknak dah jadi Da'ie yang berpura-pura.Tak nak dah Abu..
Abu: ya..ya Ali, anta mimpi yee, tenang...tenang, Allah sedang mengajarkan  sesuatu pada anta dan
kita semua supaya tidak menjadi Da'ie-Nya yang "Taqulu ma la taf'alun", Ali ana ada
terdengar perbualan anta tadi, dengar siapa anta bercakap? ( sambil menyapu air mata di wajah
sahabatnya)
Ali: yee...Abu ingatkan ana ye bila ana alpa , ana bercakap dengan dia...huhuhu ( sambil teresak-
esak menangis)
Abu: tak apa..tak apa, take ur time...mengadulah pada Allah, Jom!..Jom! kita  ready pergi masjid nanti azan Subuh masuk, selepas baca mathurat anta share dengan ana yee.
 
Semoga Allah meredhoi,
 
“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (As Shaff:2-3)”
 
 
-Al-alifat-

Sunday, April 7, 2013

TansurullAllaha yansurkum



Umaira sedang duduk bersendirian mengamati tenangnya biru langit,

“ uhh cepat masa berlalu, pejam celik – pejam celik sudah hampir 4 tahun aku berjuang di Bumi Barakah Syam ini, teringat mula-mula aku menjejakkan kaki di Jamiah ini, berseorangan aku kehulu hilir mencari dimanalah dewan kuliahku, sudahlah tidak  fasih berbahasa arab aishh..umaira..umaira nasib baik ada Batul klo tidak ke planet plutolah kau sampai nanti. Alhamdulillah ,  sekarang semua selok – belok bangunan syariah engkau sudah ketahui. (monolog hati)

Semoga ALLAH berkati !

Umaira!…umaira!, (Batul kawan rapat umaira , dia berwarganegara palestin)

Umaira , maza taf3lin ?
Kuntu ufakkir an ahwalul madhi,
Umaira, ana uhibbuki, jiddan-jiddan, akbar min hazihi dunia,  hubbi li3anna ALLAH, ya tara 3indama enti tarji3 ila Malazia , ana saabqi kullu yaum.. huhu..huhu
Ya Batul, la tahzan, Allah yajzikil Khair.

Tanpa disangka, menitis permata kaca ini, Semoga ALLAH Berkati !

(di dalam bahasa melayu)
Umaira dengarlah kata-kataku ini,
Bila awak balik Malaysia nanti awak tetap hamba ALLAH sama seperti awak menjadi hambanya di Bumi Syam ini, sejujurnya jauh dari lubuk hati ini, saya sungguh gembira  melihat diri awak  sekarang .

Eh kenapa , ada beza ke Batul?

Tak lah, bukan ke dulu kita sama-sama berjanji dan berazam ingin menjadi Da3iah Lillah , Khalifatullah dan 3ibadullah.

Aah, Alhamdulillah , syukran Batul awak banyak membantu saya waktu susah dan senang, bersyukur sangat Allah mempertemukan kita , Semoga kita dapat bertemu kembali di Syurga nanti ( sambil terukir senyuman)

Aiwah, Jom JUmpa  Ayahanda Dr. Sharaf Qudoh, kita sharing maring yee.

Masyi, Yallah!

****************

(Umaira sedang menulis)

 “ Sahabat,Syukran aku ungkapkan kerana membawa aku mengenali Erti menjadi seorang Daie “

Daie ohh daie islam, mari kita duduk bersama sejenak, kita beriman kembali memuhasabah diri , menambah ilmu dan himmahnya. Apalah erti kita menjadi Singa di jalan ini sedangkan hati kita dipenuhi dengan debu-debu kealpaan tanpa kita sedari, ayuh! Kita sucikan kembali.

Syair ana murid Abu ‘Abdullah :

Ketika Tuhan berkata                             Takkah kau malu bermaksiat kepadaku?
Kau sembunyikan dosa dari makhlukku    Tapi dengan penuh noda kau menghadapku?

Daie, tahukan ummat ini sudah tenat, siapa lagi yang akan menyelamatkan Agama Al-Haq ini , jika bukan insan bernama Daie, Aiwah kita mesti bersedia…ya kita mesti,

Sediakan hati yang Suci dan ikhlas kepda-Nya
Akal yang tajam
Jasadi yang qawiy

Oleh itu utama sekali,

“Jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama islam”


Jika kita tidak memilih kanan,  maka kita akan memilih kiri, jika kita tidak penuhi masa kita dengan kebaikan, maka kejahatan akan menggantikannya.

“ kalau sekiranya  al-haq mengikut  al-hawa mereka, nescaya binasalah langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalam keduanya” ( Al-mukminun:71)

Daie, nampakkan betapa bahayanya al-hawa ini, tiada jalan tengah untuk kita memilih. Ia samada Jalan ALLAH atau jalan musuh-Nya.

Bagaimana kita nak merawat ummat ini sedangkan kita juga masih bermandi dengan noda-noda jahiliyyah, walaupun ia susah dan payah , paling tidak pon kita berusaha untuk “tajarrud”.

Agar nanti , tidaklah kita tergolong antara mereka yang “Taqulu ma la taf3alun”.

Wahai Daie, perjalanan yang kita pilih ini bukanlah jalan mudah yang ditaburi dengan bunga mawar putih atau carpet merah nan tersergam indah, ini adalah sebuah jalan perjuangan yang yang memerlukan pengorbanan , pengorbanan  jiwa , harta dan dunia demi Keredhaan-Nya.

Maka, jika dengan bekalan minyak petrol, kereta akan bergerak memecut laju,
Daie pula dengan bekalan iman dan taqwa ia akan terus kukuh dan thabat diatas jalan ini.

Dengan bekalan iman dan taqwa, ia akan memastikan Daie itu, terus bersemangat menegakkakn kalimah al-haq dimuka bumi ini, tambahan ia akan mengelakkan daie itu dari terbabas memasuki selekoh jahiliyyah yang gelap dan menjadikan daie manusia yang kebal menghadapi mehnah dan tribulasi yang bertubi-tubi.

Daie, ingat tak kembali, sewaktu kita mula mengenali Dakwah dan tarbiyah ini, waktu itu kita merasakan kitalah insan yang paling rugi di dunia ini, kita bazirkan belasan umur kita tanpa menyedari  tugas kita dimuka bumi, sejak dari itu kita berusaha untuk berubah dan berubah , sedikit demi sedikit kita mula memahami erti “seorang da3iah Lillah” hammasah kita mengunung tinggi, bergerak laju merentasi bumi.

Akan tetapi, Daie, waktu semakin berlalu, kita terus berkerja dan berkerja sampai detik kita terlupa niat asal kita ,  maka “Futur” datang menghampiri mencairkan hammasah dan iman dihati, syaitan pula mula datang menghasuti.

Maka! apakah yang harus kita lakukan, adakah terus membiarkan ia mencair hingga kita tega “ hantar surat perletakan jawatan” aku tidak mampu lagi menjadi seorang Daie.

Tidak...Tidak

"Umaira,  dengar yee “ wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Muhammad:7)

"Apakah yang ingin awak sedihkan bukankan Allah akan sentiasa bersama kita, sudahlah pergi ambil wudhu’ dan tenagkan dirimu, pintalah kekuatan pada Allah" , Batul

Pada waktu itu , Sahabat sepeti Batul lah yang akan menjadi penawarnya, carilah mereka dan jangan mempersiakan sahabat seperjuangan kita.

Merekalah yang akan memberi ubat pada penyakit ini, penawar menambahkan bekalan iman dan taqwa agar kita terus sama-sama berpimpinan tangan membina tangga-tangga  hingga Islam menjadi Ustaz kepada Alam ini.

SYUKRAN SAHABAT! Kerna sentiasa bersama dengan ku , membawa aku mengenali dunia sebenarku, mempimpin aku mencapai REDHO Tuhanku.

Syukran Batul, Dikau sahabatku dunia akhirat, semoga kita bertemu kembali, jika tidak didunia, In Sya ALLAH di Syurga nanti, Ameeen.

Yang benar,
Umaira
Da3iah Lillah

-Al-alifat-