Monday, June 10, 2013

Persediaaan

Assalamualaikum,

Membaca pos Muharikah
ini sahaja sudah meresahkan,
Terbayang keadaan di Malaysia, bagaimana ingin survive ?,
Banyak Faktor perlu diambil kira , dipertimbangkan dan diaulakan,
Dan faktorku yang  agak besar adalah keizinan ummi dan abah untuk anaknya bergerak di luar sana.

Memang benar apa yang diperkatakan Kak Aisyah Z aka Muharikah,
Kali pertama saya berjumpa dengan akak, masa tu saya tahun 2 di Jordan,
Akak seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam, selepas satu ke satu mantiqah akak bergerak, bayangkan dalam satu malam akak sampaikan "sharing" pada dua tempat yang berbeza dan agak jauh. Uishh, speechless.

Selepas baca nukilan akak di Muharikah 2 , Saya pohon Allah Thabatkan kita hingga ke nafas yang terakhir.

Bila berbincang  dengan sahabat di UIA, Masters Al-quran Sunnah,
Katanya tidak sama Jordan atau negara arab yang lain, cara pebelajarannya sangat berbeza,
Sistem pembelajaran di Malaysia sangat menyibukkan manusia,
Katanya lagi, Tunngu dan rasai sendiri !. *Gulp*

---------------------------------------------------

Pesan kak Muharikah,
Bagaimana ingin istiqamah di Malaysia ?

Yakinlah. Ini sahaja kuncinya, Dan anda harus faham dengan hati yang faqih:

i) Iman yang mendalam ( Imanu ameeq)
ii) Pembentukan yang rapi (Takwin Daqeeq )
iii) Amal berterusan ( Amal Mutawasil)

-Al-Alifat-

No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai