Tuesday, July 23, 2013

Hadid 20-21




Kehidupan  ini hanyalah permainan dan senda gurauan,
Janganlah terpedaya,
Sesungguhnya org beriman itu tahu memilih diantara dunia dan akhirat iaitu  kebahagiaan yang abadi,
Bagi yang terus leka, di akhirat azabnya sangat keras,
Kehidupan di dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang Palsu.

Bulan Barakah,
Berlumba-lumbalah mendapatkan ampunan dari Tuhan
Agar kamu bertaqwa
Dulu , kini dan selamanya.


The three Knots




Alkahf : 110.......... maka barangsiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya.

Ya Allah bantu aku menjadi Hamba yang lebih baik,
Ameeen Ya Rabbala'lamin.

Ramadhan 16
Agar kamu berTAQWA.


Wednesday, July 17, 2013

Berlari dan terus berlari





Ramadhan ke-7

Aku bersegera kepadaMu ya Rab, agar engkau Redho kepada aku ( Toha : 83-84 )

Pecut laju-laju, kalau berlengah nanti takut-takut ketinggalan.

Bulan Ramadhan , bulan mengenal Diri,
Jangan lagi menyalahkan syaitani,
Kalau diri yang tidak mahu berjihad melawan nafsu yang terang tang-tang merajai.

JUHUD ! 

Please Diri.
In sya Allah BOLEH !

"Allahu Ghayatuna"

-Al - alifat -

Saturday, July 13, 2013

Tamparan yang berterusan

Ramadhan Ke-4

Alhamdulillah sangat bersyukur hari ini,
Mungkin ini hadiah, Rahmat dan Kasih sayang Allah S.W.T.

Dan Alhamdulillah juga, hari ini balik rumah tak perlu berjalan kaki mendaki bukit nan tinggi,
Aku dihantar oleh seorang adik yang sangat-sangat baik hati dan osem,
Walaupun ada imtihan masih tak keberatan untuk menghantarku.

Semoga Ramadhan kali memberi kita kesan dan impak yang sangat besar,
Tak nak bermain-main lagi dah,
Umur semakin meningkat,
Kematangan  dan kefahaman semakin berkembang.

Maka, Amal juga juga sepatutnya sejajar.

Jazakillahukhairul jaza'

Okey,

Eh, kenapa pula tajuk "Tamparan yang berterusan"

Sebenarnya, ia adalah kerana ini, setiap kata-kata beliau ibarat sebuah tamparan yang sangat - sangat menyakitkan.

Aku tahu beliau sedang bercakap dengan golongan seperti diriku ,
Dan aku sebenarnya sedang berusaha ,
Lebih terasa  aku agak menguasai dua elemen terpenting yang diperkatakan walaupun masih merangkak-rangkak dan bertatih-tatih.

Teringat pula pada UkhtikuFillah Sundus, anak kepada ayah angkatku,
Seminggu yang lepas kami berjumpa,
Lama juga kami tidak bersua dan bercanda bersama.
Mungkin nak dekat sebulan.
Ummi pun  sering bertanya dimanalah Umme Ayman ni, tak datang-datang pun pergi menjenguk dirinya, huhu.
Hari itu Sundus bagitahu dia telah diterima untuk sambung  PHD dalam bidang Syariah di Turkiye, Istanbul.

Ya Allah rasa sangat gembira hari tu kerana aku tahu Sundus sangat-sangat berharap dan  bercita untuk mendalami ilmu di Bumi Al-Fateh itu, walaupun sedih untuk berpisah, In sya Allah, Allah tahu apa yang lebih baik.

Selepas itu, kami sempat lunch bersama-sama  dan berqodoya mengenai keadaan Saudara kita di Mesir, Ermm memang sangat dahsyat konspirasi yang dirangcang oleh pihak Kuffar dan tali barut mereka sanggup mereka ( Emirates, saudi dan Kuwait ) menjadi penyumbang utama kepada pemberontak yang menentang Morsi dengan sogokan duit. Selagi mereka terus menerus menyogok selagi itu pemberontakan akan terus berlaku, kesian mereka menjadi mangsa keadaan kerana ketidak fahaman tentang konsep Islam yang Syumul ( tiada sekular didalam Islam ), maknanya disini KITA kena berusaha lebih gigih lagi! .

Sebelum pulang, Sundus seperti biasa akan mengajak dan memujukku untuk sambung Master bersama-sama dengannya di Turkiye, ermm banyak perkara yang perlu aku pertimbangkan, hanya senyuman sebagai jawapan, huhu.

"Umme Ayman, nanti kalau awak duduk dengan dengan saya, Kita belajar bahasa Arab sama-sama, awak masih perlu perkukuhkan lagi  penguasaan bahasa Arab dan ilmu Syariah ini, sayangnya, kalaulah saya dapat kenal awal lebih awal" .

"In sya Allah, saya pun masih berfikir lagi, betul apa yang awak kata tu, kadang-kadang saya rasa macam tak ada apa-apa pula, asalnya saya berhasrat untuk pergi mengukuhkan bahasa Arab di Mesir, cuma sekarang faktor keselamatan tak mengizinkan".

"Eh jangan begitu, Ulama'-ulama' terdahulu mengambil masa berbelasan tahun untuk menguasai bidang ini hatta ada juga puluhan tahun, logiklah, awak pun baru  empat tahun. Tak mengapa yang penting adalah keazaman, semangat  untuk terus mendalami dan memahami serta beramal. Degree ini cumalah permukaan laut sahaja, selepas ini awak kena sambung lagi sampai PHD atau lebih dari itu. Baru awak akan memahami setelah awak selami nanti".

Kalau tak dapat di Mesir, Tunisia, Morocco, Sudan ada hehe, "hendak seribu daya", Sundus berseloroh.

In sya Allah,

Ya Allah Thabit Qulubana a'la dinik wa a'la Thoa'tiq.

Ya Allah kurniakanlah kami kefahaman dalam agama dan tunjukkan kami jalan yang lurus.

Ameen.



- Al- Alifat -

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan

Ramadhan.

Ramadhan.

Allah,

Sesungguhnya Allah sangat dekat dengan kita.

Bukalah hati  dan jawablah salam Hidayah yang mengetuk pintu Hatimu.

“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”. (Al-Baqarah: 186)
Amal itu lahir dari Iman yang mendalam.
 
Muhasabah kembali.
 
 
 
Ya Allah,
 
Pimpin diri ini menjadi hamba-Mu
Hamba yang tahu akan erti Syukur
Bersyukur diatas nikmat-Mu
 
ISLAM
 
 
- Al- alifat -

Monday, July 8, 2013

Pergi yang terdahulu ada ganti yang seterusnya !




Syahdunya, pabila menghayati Kalimah Agung ini dalam keadaan mendengar berita saudara-saudaraku di bumi seberang sana ditembak diperlakukan tanpa perikemanusiaan dalam keadaan sedang mereka bersujud pada Allah Rabbula'lamin.

Sungguh aku keliru, Haq dan Kebatilan sangat jelas perbezaanya, akan tetapi mengapa mereka masih membutakan mata ?.

Kebetulan sem ini, aku mengambil subjek berkenaan dengan pembetukan  Daulah islamiyah , salah satunya Jihad Fi Sabilillah,

Ya Allah sungguh ganjaran bagi Hambanya yang Syahid tidak terbayang dengan akal manusiawiku yang cetek ini.

Selamat berbahagia sang Mujahid di alam sana,
Darahmu kan menjadi saksi sebuah perjuangan,
Walau simusuh islam terus berkonspirasi menjatuhkan agama ini,
Mereka tetap tidak akan dapat menangani kekuasaan dan keAgungan ALLAH
Ini Janji-Nya Islam pasti akan mencapai Kemenangan.

Agama ini, ada pewarisnya,
Tidak akan pernah hilang hingga ke akhir,
Pergi yang terdahuhu ada ganti yang seterusnya,
Inilah Kemulian Agama Al-Haq ini,

Abdul Wahab Azam berkata di dalam Diwan al-Mathani,
Sunnatullah terhadap semua makhluk terus berjalan
Sesaat pun tidak berhenti dan berubah
Mereka yang merdeka terus berjihad di jalan Allah
Kerana Jihad pada kebenaran tidak pernah hilang walau sehari.

walau sehari, Tidak akan pernah.

Muhasabah kembali diri ini, kalaulah masih malas dan berlengah-lengah serta masih bergembira  dengan lautan Jahiliyyah,

Malulah!

Malulah pada mereka yang sedang bekerja.
Malulah pada mereka yang sudah Syahid.
Malulah pada mereka yang sudah terbangun dari tidur dan beramal.

Ingat!

Islam ini akan terus berjalan menuju kemenangan, samada kita bersama di dalam gerabak ini ataupun tidak.

Maka,
Rugilah! bagi mereka yang masih Lalai.

Aduhh, tertembak dengan tulisan sendiri,
Bangkitlah wahai Diri.

Marhaban ya Ramadhan :)

- Al-Alifat -




Wednesday, July 3, 2013

عندما نشترك بأعظم شئ في الوجود.. وهو اﻹسلام.. فكيف لا أحبهم ؟




Saudaraku,
Ikhwah dan Akhawat di Mesir,
Kuat dan terus bertahan,
Jalan Dakwah dan Tarbiyah ini fitrahnya penuh dengan onak dan duri,
Kerna Syurga yang nan Indah sedang menanti.

Ingat!

Tiada apa yang lebih Mulia melainkan kita berusaha dan bersungguh menegakkan Kalimah Hak ini,

Allahu Ghayatuna !

Saudaraku,
Aku sungguh kagum dengan keikhlasanmu, kekuatanmu, tawakalmu,
Semoga hadiah yang terindah yakni Syahid menjadi milikmu dan kita semua
Ameeen .

Allahummansurna Ikhwanana fi Misr wa fi kulli makan wa  kulli zaman.

Uhibbukum Fillah.