Friday, August 16, 2013

Kerana aku

Kerana aku ingin menjadi anakmu yang Solehah,
Kerana aku sangat-sangat Mencintaimu kerana Tuhanku,
Kerana Tarbiyah ini ingin menghasilkan Manusia yang Faham dan berAmal,
Kerana itu Redholah akanku kerana Tuhanmu.

Kerana aku sangat menghormatimu,
Kerana aku tidak mahu mengguris hatimu,
Kerana aku sangat-sangat inginkan kamu memahami sebuah perjuangan Dakwah dan tarbiyah ini,
Memerlukan pengorbanan dan keterbukaan,
Kerana itu Redholah akanku kerana Tuhanmu.

Akan aku berusaha dan tidak akan pernah berhenti, kerana dirimu sangat berharga buatku. Tanpa kamu tiada aku disini.

Hingga nafas terakhirku.

Ya Allah Redholah keatas diriku.
Thabatkan Hatiku kerana agamaMu dan ketaatan kepadaMu.

- Andai kamu mengetahui -

Wednesday, August 14, 2013