Sunday, November 24, 2013

Baby khalifah

Assalamualaikum,

Terserlah kebulatan dan kebambaman

Alhamdulillah,
Baby Along dan kak ina selamat dilahirkan kedunia,
Semoga menjadi Mujahid, pembina Ummah,
Rijal harapan Agama,
Anak yang berbakti kepada ibu dan bapa.

Ameen.


Note : perasaan kali pertama menjadi "ibuteh" , happynya , Alhamdulillah, SubhanAllah

 - Makcik al-alifat -


Sunday, November 10, 2013

Langit itu

Pagi-pagi subuh,
Naik atas bumbung rumah.

Cantik,
Bintang begemerlapan,
Suasana gelap yang mendamaikan,
Angin bayu yang membelai.

Manusia,
Fitrahkan,
Mesti suka benda yang cantik,
Yang sempurna,
Yang tenang,
Hakikatnya kita tak akan pernah sempurna.
Kecuali Pencipta kita,
Allah Rabbula'lamin.

Bila berdoa pada Allah,
Selalu mengharapkan Allah bagi yang Terbaik.
Kadang-kadang apa yang kita nampak buruk,
Sebenarnya yang paling cantik Allah hadiahkan untuk kita,
Cuma kita kena belajar satu benda je,

(  Apa ? )

Bersyukur :)

Cuba tenung  kearah langit ,
Cantikkan,
Bersyukurlah,
Jika tida kerana nikmat penglihatan yang dikurnikan ini,
Kita tak tahu pun cantiknya bintang,
Terangnya bulan.

( Jika kamu bersyukur , akan-Ku tambahkan nikmat kepada kamu )

Pasti kan kurindui~



Monday, November 4, 2013

“Tidaklah engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah kecuali Allah akan mengganti bagimu sesuatu yang lebih baik daripada apa yang engkau tinggalkan.” (HR Abu Qatadah)