Thursday, February 20, 2014

Tahadu Tahabu

Pesan Nabi, berilah hadiah , kamu akan berkasih sayang ,

Tiba-tiba teringat kelas Tausiqat bersama Duktur Abdullah 'Anbar,
Seorang Doktor yang sangat lembut tutur katanya dan disenangi oleh orang sekeliling.

Suatu hati Doktor berpesan,
Binalah suasana harmoni dan kasih sayang diantara kamu dengan saling memberi dan bertukar-tukar hadiah, jangan pandang enteng, memberilah walau hanya sebiji kurma.

Hikmahnya tidak akan dapat dibeli dengan wang ringgit,
Iaitu perasaan bahagia dan ketenangan hati.

"Kita dakwah dengan kasih sayang kan" , Senyum doktor  seketika.

---------------------------------

Dan hari ini, aku dapat hadiah,
Betullah kata doktor ,
Perasaan gembira yang tak dapat digambarkan.

Islam mengajar kita "The way of Life"


Alhamdulillah :)

-Al-alifat -

No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai