Tuesday, May 27, 2014

Anekdot Kehidupan

Setiap detik, masa dan ketika,
Ummi dan abah  sentiasa menasihati dan mengingatkan akan besarnya tanggungjawab yang bakal aku pikul nanti,
Bila aku melihat mereka,
Aku bersyukur dikurniakan Ibu bapa yang hebat,
Tak mustahillah mereka berjaya melepasi segala cabaran dan alhamdulillah bahagia sehingga kini ,
Pabila mendengar setiap bait kata dan nasihat mereka,
Aku sering bertanya pada diriku,
" Mampukah aku ? "
Jujur, aku takut.

Kerana aku sedang memilih untuk memikul sebuah tanggungjawab.

Perkahwinan itu bukan hanya pentas untuk bersuka ria sahaja,
Akan tetapi ia ibarat sebuah kapal yang berada ditengah lautan ,
Adakalanya ia kan bergerak dengan tenang seiring dengan tenangnya bayu angin dan indahnya pelangi,
Adakalanya ia terumbang ambing dek besarnya ombak yang menghempas,
Segalanya terletak pada sang nakhoda dan pembantunya,
Jika mereka berjaya mengharungi segala rintangan dan cabaran,
Maka mereka akan sampai ke destinasi dengan selamat bersama penumpang-penumpang kapal.

Destinasi haqiqi kita akhirat bukan,
Jannaturr Firdaus cita-cita kitakan,
Redho Allah  adalah ghayah kita,
Maka , ayuhlah berlari bersama,
Kadang aku akan jatuh dan melambatkan perjalanan,
Dek kerana membawa kesan-kesan jahiliyyah yang sedang berusaha aku pudarkan,
Kadang-kadang engkau pula yang akan jatuh,
Dan aku akan setia menunggu,
Janganlah kita sangka manusia itu kuat, hebat dan sentiasa sempurna,
Hakikatnya kita lemah, faqir dan tidak berdaya tanpa-Nya,
Allah lah yang Maha kuat, Maha memberi rezeki, Maha kasih dan Maha mendengar,
Maka marilah pinta kekuatan dan berharap pada-Nya.

Sesungguhnya Allah Maha menerima Taubat,
Astaghfirullah hala'dzhim.

---------------------------------------------------

Ya Allah,
Sekiranya esok Kau masih mengurniakan nafas dan kehidupan padaku,
Kau tambahakanlah keyakinan pada hatiku dan kekuatan pada jiwaku.



#Insya Allah dengan izin-Nya suatu hari nanti



- Al-alifat -

Friday, May 9, 2014

Muhammad 'Abduh

Kisah Muhammad 'Abduh dalam melakukan pengislahan di Al-Azhar,
Beliau telah melakukan perubahan  yang memberi impak yang hebat dalam tradisi keilmuan islam.
Tambahan,  hasil daripada  Idea Muhammad 'Abduh dan cara pemikiran beliau , beliau telah mencipta silibus dan sistem penbelajaran di Al-Azhar dan ternyata silibus Al-Azhar pada era 'Abduh telah terbukti mencapai klimaks pembangunan sebuah tamadun dan kebudayaan.

Syukran pada yang berkongsi kerana membawaku mengenali Tokoh yang hebat ini :)
So, sekaranng nak menyelami lagi siapakah Muhammad 'Abduh ?



Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu yang timbul,
Kadang-kadang tak paham juga dengan fenomena yang timbul,
Susah nak tahu mana hitam dan yang mana putih,
Banyaknya berwarna kelabu.

Jawapan, hanya hati yang ikhlas mampu memahami.

Ya Allah, janganlah dikau tarik kembali kefahaman ini setelah engkau kurniakan.

- Al-alifat -

Tuesday, May 6, 2014

Thank You Allah



La yukallifullahu nafsan illa wusa'ha

Allah will never give us a challenge that we cannot overcome.
Every difficulty we face is custom tailored to our capacity to handle it.

Counting the day , huuuu

Smile

-----------------------------------------------------------



Suka sangat dengar bunyi daun kering bila dipijak,
Satu ketenangan dan kegembiraan bagiku,
Kadang-kadang sanggup berhenti diliku-liku jalan yang dipenuhi dengan daun-daun kering semata-mata nak dengar bunyi daun - daun itu bila dipijak.

Pelik,

Ma ajmala Khaliq!
Betapa hebat dan indahnya ciptaan Allah,
Dengan hanya daun kering yang sudah gugur , mampu memberi ketenangan dan kegembiraan.

----------------------------------------------------------




Optimis dan yakin pada takdir-Nya

Pepatah arab pesan,
Kegembiraan dan harapan itu ada pada hati orang-orang yang redha pada ketentuan Allah
dan Alhamdulillah, aku tahu  dan aku yakin Allah ingin mencorakkan kehidupan yang lebih baik daripada apa yang aku rancang.

Aku tahu, aku bukan yang terbaik
Dan aku tahu, Allah sedang meletakkan diriku pada tempat yang aku mampu untuk berusaha yang terbaik kerana-Nya.

Kita semua ada kisah silam,
Aku, dia , mereka pasti tidak akan terlepas dari kisah silam yang sebenarnya sedang membentuk diri kita pada saat ini,
Jadi mengapa kita ingin kalah dengan kisah silam yang lalu  sedangkan  ada pelangi yang indah sedang menyinari  dihadapan.

Kalau ingin tahu yang sebenar,
Jangan hanya dengar-dengar,
Jumpa dan tanya,
Barulah jadi manusia yang benar.

------------------------------------------------------

Antara persiapan penting sebelum berumah tangga adalah lebih kerap berqiamullail.

Peluh besar. -APG-



Allah...Allah
Pimpin langkahku

- Al-alifat -