Tuesday, May 27, 2014

Anekdot Kehidupan

Setiap detik, masa dan ketika,
Ummi dan abah  sentiasa menasihati dan mengingatkan akan besarnya tanggungjawab yang bakal aku pikul nanti,
Bila aku melihat mereka,
Aku bersyukur dikurniakan Ibu bapa yang hebat,
Tak mustahillah mereka berjaya melepasi segala cabaran dan alhamdulillah bahagia sehingga kini ,
Pabila mendengar setiap bait kata dan nasihat mereka,
Aku sering bertanya pada diriku,
" Mampukah aku ? "
Jujur, aku takut.

Kerana aku sedang memilih untuk memikul sebuah tanggungjawab.

Perkahwinan itu bukan hanya pentas untuk bersuka ria sahaja,
Akan tetapi ia ibarat sebuah kapal yang berada ditengah lautan ,
Adakalanya ia kan bergerak dengan tenang seiring dengan tenangnya bayu angin dan indahnya pelangi,
Adakalanya ia terumbang ambing dek besarnya ombak yang menghempas,
Segalanya terletak pada sang nakhoda dan pembantunya,
Jika mereka berjaya mengharungi segala rintangan dan cabaran,
Maka mereka akan sampai ke destinasi dengan selamat bersama penumpang-penumpang kapal.

Destinasi haqiqi kita akhirat bukan,
Jannaturr Firdaus cita-cita kitakan,
Redho Allah  adalah ghayah kita,
Maka , ayuhlah berlari bersama,
Kadang aku akan jatuh dan melambatkan perjalanan,
Dek kerana membawa kesan-kesan jahiliyyah yang sedang berusaha aku pudarkan,
Kadang-kadang engkau pula yang akan jatuh,
Dan aku akan setia menunggu,
Janganlah kita sangka manusia itu kuat, hebat dan sentiasa sempurna,
Hakikatnya kita lemah, faqir dan tidak berdaya tanpa-Nya,
Allah lah yang Maha kuat, Maha memberi rezeki, Maha kasih dan Maha mendengar,
Maka marilah pinta kekuatan dan berharap pada-Nya.

Sesungguhnya Allah Maha menerima Taubat,
Astaghfirullah hala'dzhim.

---------------------------------------------------

Ya Allah,
Sekiranya esok Kau masih mengurniakan nafas dan kehidupan padaku,
Kau tambahakanlah keyakinan pada hatiku dan kekuatan pada jiwaku.



#Insya Allah dengan izin-Nya suatu hari nanti



- Al-alifat -

No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai