Tuesday, November 18, 2014

you 'Zack'-ed me doctor

Matanya semakin lama semakin berat dan akhirnya tertutup rapat.

Keeseokan harinya, seperti biasa tepat pukul 8:45 pagi dia sudah keluar dari rumah, menahan coaster di persimpangan jalan besar dan turun di Bab Athar, Jamiah Yarmouk. Turun sahaja dari coaster dia membetul-betulkan kain baju kurung yang sudah mula senget. Memandangkan hari ni, cuaca tidak terlalu sejuk, angin pun tidak terlalu kuat, dia keluar ke clinic tanpa menyarungkan sweater.

*         *        *

"boshh"

Disandarkan badannya di tiang katil. Lab coat masih di tangan. Pengalamannya di clinic hari ni, luar biasa! Matanya dilelapkan, kemudian dia menghela nafas panjang. Bersyukur di atas segala apa yang terjadi. perlahan-perlahan Shaima bangun menuju ke meja belajarnya. ditarik keluar salah satu laci yang ada, lalu dikeluarkan sebuah buku berwarna coklat. tangan kirinya pantas mencapai sebatang pen biru sebelum dia duduk semula di tebing katil.


8:45am
18/11/2014

Pagi ni sebelum keluar ke klinik, aku sempat menoleh ke arah kertas-kertas nota A4 yang berselerak di atas meja kayu di hadapan katil dan kemas ala kadar. Semalam mengantuk sangat sampai tidak sempat hendak mengemas meja, Bila mata dah tertumpu ke arah katil besi di sebelah, akhirnya, aku mengaku kalah pada pukul 12 suku pagi.

Today I have conservative clinic. and to make it even interesting Dr, Zacharia was in charged of supervising my cubicle.

Hmm