Wednesday, March 4, 2015

Mr. Abah

Jam di dinding sudah hampir 12 tengah malam. 

Semua adik-adik Dhirar sudah tidur. Seusai makan, Dhirar mencuci pinggan dan baru sahaja dia mahu duduk semula di sebelah encik abah, ceramah sudahpun sampai di pengakhirannya. 

"Eh, dah habis eh bah?" encik abah hanya mengangguk.

"Ustaz dah mengantuk lah tu" Dhirar berjenaka. Encik abah tersenyum dan television ditutup. 

"Sayang abah buatkan abah air kopi boleh?" 

Encik abah masih tidak boleh tidur agaknya. 

"okeyy" Dhirar turun ke dapur membuka satu persatu almari mencari di mana puan umi meletakkan kopi 3 in 1. Hanya serbuk kopi yang dijumpainya. 
Dhirar menggaru-garu lengannya yang tidak gatal. 

10 minit kemudian Dhirar naik semula ke ruang tamu, encik abah masih di sofa dengan buku pengembaraan Ibnu Battutah. 

"Bah, tak jumpa la kopi 3 in 1. Serbuk kopi dhirar tak pandai buat. Ni dhirar bawa air kosong. 

Ok?" 

"Haa, boleh je. Letak sini." 

Dhirar tersengih lama. 

Abah.... *senyum* 

Kalau Dhirar yang ada di tempat abah mesti dah berkerut-kerut dahi. Lain yang diminta, lain yang dibawa. 
"Tak lah abah. Dhirar bawak air kopi latte. Tadi ingatkan dah habis, nasib baik jumpa satu lagi packet. 
Encik abah tiba-tiba tertawa. 

"Tau.., abah dari jauh lagi dah tau. Boleh bau kopi tu" 

Dhirar menepuk dahinya. Lupa... Kopi ada aroma yang kuat..
"Mana acii.. Ala, abah dah tauu" untuk seketika, ruang tamu itu riuh dengan gelak tawa Dhirar dan encik abah.

Hebatnya seorang lelaki yang mendidik dan melahirkan cabang-cabang keluarga sakinah di bawahnya walau dengan ketidaksempurnaan dirinya sebagai seorang manusia.
Manusia bernama lelaki ini ramai yang mencintainya,  bukan sahaja dengan wanita bernama isteri tetapi juga puteri-puterinya. Di dunia..

Syurga?

Ada bidadari-bidadari yang menanti penuh cemburu.