Wednesday, December 9, 2009

nota hati seorang isteri *_*


hehe..^_^ x tahu nak cakap ape *_*..


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah orang yang paling berbuat baik untuk keluargaku!” (Hadith Riwayat Tirmidzi)

Berbuat baiklah kepada setiap insan, sesama manusia, tidak kira siapa kita dan ianya melatih diri bermula dari peringkat institusi keluarga lagi. Dalam segala kualiti yang boleh diukur pada jati diri seorang muslim, manusia yang dianggap terbaik oleh seorang Nabi, utusan Allah, adalah manusia mukmin yang berlaku baik kepada keluarganya.

Kebaikan adalah lawan setiap kejahatan, keburukan, atau kekurangan. Baik dalam erti kata sabar, ikhlas dan redha dalam menangani segala masalah, dugaan yang mendatang dalam melayari kehidupan yang fana ini.

Setiap sesuatu yang terjadi di dalam kehidupan ini adalah atas ketentuan-Nya bagi menguji kesabaran dan keikhlasan kita kepada tujuan hidup utama sebelum mati. Mati bererti berhenti, henti dari menikmati dan mengecapi kehidupan sebagai hamba-Nya yang sentiasa diuji.

Manusia yang sekeras batu pun hatinya, pasti akan lentur lembut dengan kebaikan. Batu yang mengalir padanya air walaupun setitis demi setitis akan terhakis sedikit demi sedikit sifat kerasnya. Jangan batu dibalas batu, nanti berkecai jadinya, harus ada sifat sabar.

Isteri dan anak adalah amanah yang mesti dipelihara dengan baik. Kesilapan dan kekurangan mereka hendaklah dipantau. Hubungan yang kukuh di antara imam dan makmum, membolehkan proses membetulkan itu dilakukan dengan baik oleh imam.

Begitulah perihalnya dengan bapa atau suami dengan isteri dan anaknya. Mulakan kewajipan membetul itu dengan membina hubungan terlebih dahulu. Sebagaimana jemaah menolak untuk dipimpin oleh imam yang dibenci, begitu jugalah isteri dan anak akan menolak nasihat dari seorang lelaki ‘asing’ bernama suami dan ayah.




PERANAN SUAMI DAN ISTERI

Tugas mendidik, mengurus rumahtangga, dan menyiapkan rohani anak-anak bukan sahaja terletak pada bahu si isteri sahaja, tapi suami yang lebih daya kekuatan berbanding perempuan. Ramai lelaki terlepas pandang perkara ini kerana alas an sibuk.

Bila kita tengok zaman sebelum 70-an atau 80-an, memang kebanyakan wanita adalah suri rumah sepenuh masa. Kaum lelaki merupakan satu-satunya sumber kewangan keluarga. Masa itu mungkin susah benar kita hendak dengar suami tolong buat kerja rumah apatah lagi turun ke dapur.

Namun keadaan telah berubah di atas faktor pendidikan, sosio-ekonomi dan politik, wanita telah terjun ke bidang pekerjaan masing-masing. Malah ada di antara mereka yang menerajui sumber kewangan keluarga. Namun begitu, wanita tetap setia dengan kerja rumah dan dapur. Para suami masih lagi ditermakan sebagai membantu isteri di rumah dan bukannya isteri yang membantu suami.

Adakah memang fitrah wanita itu dijadikan untuk menguruskan rumah, memasak, menyidai kain dan sebagainya? Manakala lelaki pula hanya diciptakan untuk bekerja atau cari nafkah keluarga semata-mata?

Dari zaman Nabawiyah lagi wanita sudah menjadi usahawan yang berjaya, berperang bersama lelaki di medan perang dan menjadi ahli ilmu dan periwayat hadith. Oleh itu, tidak tepat untuk mengatakan kaum Hawa telah berevolusi untuk mampu melakukan apa yang tidak mampu dilakukan sebelum ini. Soal kemampuan dan pencapaian wanita dalam mana-mana masyarakat harus dilihat dan dibincangkan berdasarkan latar masa dan sejarah masyarakat ketika itu.

Dalam konteks Malaysia, bukankah dari dulu lagi lelaki dan wanita sudah bekerja bersama-sama di sawah-sawah padi dan bendang. Ibu-ibu juga menjadi pendidik dengan mengajar anak-anak agama dan mengaji. Semua ini sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi masyarakat waktu dahulu berdasarkan pertanian dan unit-unit sosial yang tertumpu di kampung dan luar bandar.

Tidak timbul polemik pada zaman itu tentang wanita yang merasakan hidup mereka ditekan dan peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka disekat. Struktur sosial yang sedia ada cukup mencapai tujuan sosial dan permintaan ekonomi waktu itu.

Zaman telah berubah, dan wanita hari ini memainkan peranan yang berbeza dalam sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Seharusnya tidak timbul masalah tentang penyertaan wanita dalam kemajuan masyarakat kerana hak-hak mereka dalam pendidikan, pemilikan harta dan hak di sisi undang-undang semuanya dijamin dan dipertahankan oleh Islam.

Masalah dan polemik yang timbul selalunya berkisar tentang sejauh mana penyertaan wanita dalam ekonomi memberi kesan kepada keluarga dan anak-anak, bagaimana wanita membahagikan masa antara kerjaya dan anak-anak di rumah, dan sebagainya. Terpulang kepada wanita itu untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini.

Pandangan pembaca bagaimana pula?

dipetik dari ^_^

Monday, November 30, 2009

cinta dari illahi

“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah malang menjadi untung, mengubah sedih jadi riang, mengubah setan menjadi nabi, mengubah iblis menjadi malaikat, mengubah sakit menjadi sihat, mengubah bakhil menjadi dermawan, mengubah kandang menjadi taman, mengubah penjara jadi istana, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah… ITULAH CINTA”

“Meskipun lidah ku telah mampu menghuraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta”

“Dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keldai berbaring dalam lumpur, cinta sendirilah yang mengerah CINTA dan TERCIPTA…”

Wednesday, November 25, 2009

awets mudes..sentiasas..,,islam itu indah..^_^

bagus babby nie..kecik2 dah pandai jaga kesihatan..
inilah cara pemakanan yang betul..

haaa..takut tak...oleh itu kan tadi DR ckp aper..jaga kesihatan



bagus mama wa baba baby nie ajar dr kecik supaya jaga gigi..gigi.. kita pakai sampai tua tau..so jaga baik2..kecik2 padai gosok gigi bravo2...



(no comment)



assalamualaikum..





ehem2..tuan2 puan2 .pakcik2.makcik2..dengar pesanan DR..kita perlu menjaga kesihatan..agar ......bla..bla..bla..


entry kali ini mengenai penjagaan kesihatan hehe ^O^..disebabkan pertama kali aku menjejakkan kaki ke tanah arab nie..ramai yang berkata2 ..umme makan jaga2..nanti balik... takut takut jadi cam bantal.. PASTU NANTI BANYAK PENYAKIT MAI KAT HANG....haha tergelak bila kali pertama aku mendengar nyer..tapi pabila dipikirkan ade betul juga ape yang diperkatakan oleh mereka....masalah ini selalu aku dengar ..mahupun dr kawan2 disudan ataupun jordan..mungkin disebabkan satu musim ini..iaitu musim SYITA' hehe...mase musim nie..kita akan rase mcm nk makan jee..walaupon baru lepas makan..heheh..pastu pabila mlm sudah menjadi awal maka mata pon mau tido awal..habislahh...so..bagi mengelakkan perkara ini terjadi.. kenelah menjaga kesihatan..n penuh kan diri kita dgn aktiviti(tak tau nk cakap ape dah hehe..)


dibawah ini antara salah satu cara2 untuk menjaga kesihatan..INGAT..MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DR MENGUBATI


Tahukah anda mengamal minum secawanair teh "O" setiap pagi boleh mengawalberat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akanberkurangan (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelummatahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkanlemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. MujarabnyaInsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujudsekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak darisakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajiankenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telahmenemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala ygtidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampurdengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu,dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yangmenjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakaladalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur denganikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg bolehmerosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklahmenjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzimebanyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalamair liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidakhadam)

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

6. pabila makan ..berhentilah sebelum kenyang..janganlah...makan je keje,,nak2 musim sejuk nie..

7.kurangkanlah pengambilan gula n garam..bukan apa..untuk menjamin mase tua nanti... hehe

8.makan lah ..kurma..kismis..badam..n makanan yang berkhasiat..



NASIHAT INI UNTUK DIRIKU JUGA,,SEMOGA KITA JAUH DR PENYAKIT DAN DIBERKATI ALLAH..^_^



renung2kan dan selamat beramal..

maasalama..
al-alifat.

Saturday, November 21, 2009

heart !!...where are you??..i need you ...



Imam Ghazali: ''Carilah hatimu di tiga tempat.Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat.Jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.Jika tidak kau temui juga,maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru,kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati''(sekadar tazkirah untuk peringatan bersama)