Tuesday, December 15, 2009
dalam kenangan..
video nie saje2 jee..coz best sangat lagu nyer ..hehe..
tribute to allahyarham ammar
JIWA MEREKA YANG HANGAT CINTA NYA MENCARI AKHIRAT
LAKSANA ANAK-ANAK AKHIRAT
MELIHAT DUNIA DARI JENDELA AKHIRAT
walaupun x kenal org nyer..tp aku begitu terasa kehilangan seorang mujahid muda ini...
semoga beliau di cucuri rahmat ..dan berada bersama org yang beriman dan beramal soleh..
AL-FATIHAH
Sunday, December 13, 2009
a letter from sudann..^_^hehe

assalamualaikum...
bersyukur kita kehadrat illahi..kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas..
sebenar nya 2 ke 3 hari kebelakangan ini aku sering mendengar berita kematian...semalam aku baru pulang dari majlis soalat jenazah ustaz arman...semoga roh nya dicucuri rahmat..serta keluarga nyer tabah menghadapi ujian ini..semalam ustaz arman telah dipanggil untuk menghadap sang pencipta nanti esok lusa akan tiba juga masa kita untuk berjumpa-NYA..tapi apa persiapan kita?? tepuklah dada tanya iman mu...peristiwa kebelakangan ini menyebabkan aku tersingkap akan memori ngeri yang tidak pernah kan ku lupa hingga akhir hayat ku... ..hanya kepada ALLAH sahaja tempat kami mengadu...akan tetapi pabila ku lihat smlm..isteri dan anak2 ustaz Arman kesedihan hati mereka hanya ALLAH sahaja yang tahu...BERAT MATA YANG MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL...
ALLAH akan mengunji manusia itu mengikut kemampauan dah tahap keimanan hamba nya...
oleh itu kita yang masih hidup ..berpesan-pesan lah kepada kebaikan...beringat2-ingatlah kepada keburukan
cukuplah mati itu sebagai peringat...
huhhh...
heheh..panjanglak intro..
actually i got a letter from my sis in sudan..heheh..
so pas pikir2 nak letak kat blog laa..
dalam surat die ade ceritakan about sudan..n suasana kat ctu..
ingat blog al-alifat jee nak citer pasal sudan die pon nak jugak..*_*
so..selamat membaca...
|
actually i'm quiet busy..imtihan u know..so i dont have a time posting a post bcoz of murojaah..hehe..betul kee..heheh*_*
-setiap ape yangtertulis kat letter itu adalah sangat benar..kebenaran nya..hahah :d..>:)
okek..
maasalama
al-alifat :d
Thursday, December 10, 2009
haishhh ape nak jadi nie....$_$
Wednesday, December 9, 2009
nota hati seorang isteri *_*
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah orang yang paling berbuat baik untuk keluargaku!” (Hadith Riwayat Tirmidzi)
Berbuat baiklah kepada setiap insan, sesama manusia, tidak kira siapa kita dan ianya melatih diri bermula dari peringkat institusi keluarga lagi. Dalam segala kualiti yang boleh diukur pada jati diri seorang muslim, manusia yang dianggap terbaik oleh seorang Nabi, utusan Allah, adalah manusia mukmin yang berlaku baik kepada keluarganya.
Kebaikan adalah lawan setiap kejahatan, keburukan, atau kekurangan. Baik dalam erti kata sabar, ikhlas dan redha dalam menangani segala masalah, dugaan yang mendatang dalam melayari kehidupan yang fana ini.
Setiap sesuatu yang terjadi di dalam kehidupan ini adalah atas ketentuan-Nya bagi menguji kesabaran dan keikhlasan kita kepada tujuan hidup utama sebelum mati. Mati bererti berhenti, henti dari menikmati dan mengecapi kehidupan sebagai hamba-Nya yang sentiasa diuji.
Manusia yang sekeras batu pun hatinya, pasti akan lentur lembut dengan kebaikan. Batu yang mengalir padanya air walaupun setitis demi setitis akan terhakis sedikit demi sedikit sifat kerasnya. Jangan batu dibalas batu, nanti berkecai jadinya, harus ada sifat sabar.
Isteri dan anak adalah amanah yang mesti dipelihara dengan baik. Kesilapan dan kekurangan mereka hendaklah dipantau. Hubungan yang kukuh di antara imam dan makmum, membolehkan proses membetulkan itu dilakukan dengan baik oleh imam.
Begitulah perihalnya dengan bapa atau suami dengan isteri dan anaknya. Mulakan kewajipan membetul itu dengan membina hubungan terlebih dahulu. Sebagaimana jemaah menolak untuk dipimpin oleh imam yang dibenci, begitu jugalah isteri dan anak akan menolak nasihat dari seorang lelaki ‘asing’ bernama suami dan ayah.
PERANAN SUAMI DAN ISTERI
Tugas mendidik, mengurus rumahtangga, dan menyiapkan rohani anak-anak bukan sahaja terletak pada bahu si isteri sahaja, tapi suami yang lebih daya kekuatan berbanding perempuan. Ramai lelaki terlepas pandang perkara ini kerana alas an sibuk.
Bila kita tengok zaman sebelum 70-an atau 80-an, memang kebanyakan wanita adalah suri rumah sepenuh masa. Kaum lelaki merupakan satu-satunya sumber kewangan keluarga. Masa itu mungkin susah benar kita hendak dengar suami tolong buat kerja rumah apatah lagi turun ke dapur.
Namun keadaan telah berubah di atas faktor pendidikan, sosio-ekonomi dan politik, wanita telah terjun ke bidang pekerjaan masing-masing. Malah ada di antara mereka yang menerajui sumber kewangan keluarga. Namun begitu, wanita tetap setia dengan kerja rumah dan dapur. Para suami masih lagi ditermakan sebagai membantu isteri di rumah dan bukannya isteri yang membantu suami.
Adakah memang fitrah wanita itu dijadikan untuk menguruskan rumah, memasak, menyidai kain dan sebagainya? Manakala lelaki pula hanya diciptakan untuk bekerja atau cari nafkah keluarga semata-mata?
Dari zaman Nabawiyah lagi wanita sudah menjadi usahawan yang berjaya, berperang bersama lelaki di medan perang dan menjadi ahli ilmu dan periwayat hadith. Oleh itu, tidak tepat untuk mengatakan kaum Hawa telah berevolusi untuk mampu melakukan apa yang tidak mampu dilakukan sebelum ini. Soal kemampuan dan pencapaian wanita dalam mana-mana masyarakat harus dilihat dan dibincangkan berdasarkan latar masa dan sejarah masyarakat ketika itu.
Dalam konteks Malaysia, bukankah dari dulu lagi lelaki dan wanita sudah bekerja bersama-sama di sawah-sawah padi dan bendang. Ibu-ibu juga menjadi pendidik dengan mengajar anak-anak agama dan mengaji. Semua ini sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi masyarakat waktu dahulu berdasarkan pertanian dan unit-unit sosial yang tertumpu di kampung dan luar bandar.
Tidak timbul polemik pada zaman itu tentang wanita yang merasakan hidup mereka ditekan dan peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka disekat. Struktur sosial yang sedia ada cukup mencapai tujuan sosial dan permintaan ekonomi waktu itu.
Zaman telah berubah, dan wanita hari ini memainkan peranan yang berbeza dalam sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Seharusnya tidak timbul masalah tentang penyertaan wanita dalam kemajuan masyarakat kerana hak-hak mereka dalam pendidikan, pemilikan harta dan hak di sisi undang-undang semuanya dijamin dan dipertahankan oleh Islam.
Masalah dan polemik yang timbul selalunya berkisar tentang sejauh mana penyertaan wanita dalam ekonomi memberi kesan kepada keluarga dan anak-anak, bagaimana wanita membahagikan masa antara kerjaya dan anak-anak di rumah, dan sebagainya. Terpulang kepada wanita itu untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini.
dipetik dari ^_^

