Tidak dapat ku gambarkan rindu yang lahir dari hati ini,hanya yang mampu aku katakan aku merinduimu,terasa menjauh diri ini... kerna kau tiada disisi bergenang air mataku .bila terkenangkan wajahmu,ayah ibu dari jauh ku pohon restu doamu titian kejayaanku,nasihat darimu ku ingat selalu tersemat di kalbu,oh tuhan berkatilah ku dalam mencari ilmu dengan redho-MU moga ku jejaki tempat yang dituju..
Terlihat sahaja aku akan ayat itu... Terasa ingin mengetahui apa kah makna disebalik ayat itu... Tersirat sungguh makna nya.."detik hatiku" "Timur"..adakah dari perkataan itu menyebabkan aku tertarik untuk mengetahui nya??..
BIDADARI DARI TIMUR
Seandainya direntasi laut segara, Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu, Seandainya gunung dijadikan pasak, Belum tentu seteguh setiamu, Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri, Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi..
Bila dihayati dari kata-kata itu..hati kecil ku berbisik 'bertuahnya sang isteri itu'kerana dia yang dipilih untuk dibawa ke "negeri abadi" Kerna apa dia yang dipilih???
MAKA..apa lagi baca lah novel itu.. Karya: Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri
Novel ini adalah sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka. Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya. Novel sulung terbitan Anbakri Publika sdn bhd bakal menemui penikmat karya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.
Moga kita perolehi ibrah dari novel ini untuk dijadikan pedoman hidup ..pada masa akan datang nanti...aminn.
p/s:tadi aku pon berjalan2 ke blog kawan2 ..maka terjumpalah akan novel terbaru ini.. maka pabila ku lihat semua comment2 dr yang sudah membaca nye ..semua kata best sangat2 ..maka aku pon terasa nak bace juga lah..sebenarnya aku ini ..bukan lah minah novel..hehe..tetapi setelah aku terbaca sebuah novel..yang dikaramg oleh habiburrahman el-shirazy..minat ku pun berputik..tp novel yang dikarang oleh beliau sahaja lah..so nak bace pulak novel ini..nak merasai dan mengetahui kehidupan isteri seorang pejuang..tp sayang buku nya di malazia..kempunan laa..nak baca..huhu^_^
yang bermaksud: Janganlah kamu bersedih dengan apa yang kamu inginkan itu tidak dapat kamu perolehinya, nescaya kamu akan mengetahui bahawa ia tidaklah ditakdirkan untukmu, ini kerana jika ia ditakdirkan untukmu pasti ia takkan terlepas dari genggamanmu walau apa jua keadaan sekalipun.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139