Thursday, February 11, 2010

Didikan Syam

Blog ni agak2 rosak ..untub baca post pergi ke "blog archieve " dan tekan tajuk diatas..tq

Bumi Urdun yang gersang itu, hanya mampu dihuni oleh manusia pahlawan

(Ustaz Hasrizal Abdul JAmil)

Pertama kali aku melihat ayat ini..terdetik di hati ku adakah aku tergolong dalam "pahlawan" itu..
sunguhnya mengembara di negeri orang bukan mudah..banyak yang perlu kita sedia baik dari segi fizikal dan mental..pengalaman yang mengajar aku untuk berkata sebegitu "bukan senang untuk menjadi senang tapi bukan susah untuk menjadi jadi senang"

Sebenarnya ..tidak pernah terdetik di fikiranku aku dapat menlanjutkan pelajaran di Jordan..Alhamdulillah ALLAH memilih aku kerna ALLAH tahu apa yang terbaik untuk ku..ALLAH tahu aku boleh menghadapai cabaran-cabaran dan rintangan..hanya aku perlu sedar dari tidur yang panjang,,BANGUN!! jihad ku belum tamat lagi..

Di bumi sahara'
Di bumi syam lah yang mengajarku :
Mengajarku bersusah-susah dahulu..
Menngajarku Apa itu Kehidupan?..
Mengajarku menjadi"orang"..
Mengajarku Apakah itu air mata yang bermakna?..
Mengajarku menjadi kuat..
Mengajarku sabar..
Mengajarku memasak .. (^_^)

Aku bersyukur pada-Mu Tuhan kerna memilihku..KU pohon bantuku untuk berjihad
aku insan yang lemah..

Aku bersyukur pada-Mu Tuhan kerna dulu angan-anganan yang tidak pernah ku fikirkan menjadi realiti..Telah pon menjadi Realiti..

Aku dapat bercakap dan memahami bahasa-MU
Aku dapat melihat sendiri LAut mati ..dapat merasai kemasinan nyer..
Aku dapat melihat dan duduk di dalam gua dimana Ashabul kahfi berlindung..
Aku dapat bermain salji..melihat permata-permata salji turun dari langit-Mu..
Aku dapat melihat antara 7 tempat keajaiban dunia..Petra..
Aku dapat kawan-kawan dari bermacam-macam negara..
Aku dapat mersai perasan seorang perantau yang rindukan kampung halaman nya..
Aku dapat belajar berdikari..
Aku dapat belajar memasak..

dan yang paling penting
aku dapat pengalaman hidup dan kenangan yang tidak semua manusia boleh merasainya

SYUKRAN ya Rob..

Sabarlah adik-adikku, Urdun memang misteri,
Semasa menghuninya, tak sabar-sabar hendak lari;
Selepas berpisah baru tahu hikmahnya bumi Isra’ ini,
Dapat cium tanah pun, terasa memadai.

(Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)
Bekas Mahasisiwa Bumi Urdun.

NANTI satu masa akan ku rindu saat ku dididik oleh bumi sahara'
bumi syam

Al-alifat
maasalama..

P/s: tempat comment ..rosak x leh nak comment..T_T..cmner nk betulkan ehh..?

Tuesday, February 9, 2010

jamak ketika hujana (siri Akhir)

Jamak Ketika Hujan : Antara 2 Pilihan ( Siri Akhir )



Selain daripada Hadith ibnu Abbas tadi ( siri 1 ), ada beberapa dalil petunjuk bahawa diharuskan jamak ketika hujan seperti:-

1.Dalam kitab muwato’, Imam Malek meriwayatkan bahawa Ibnu Umar ketika imam menjamakkan solat takala hujan, beliau turut bersama mereka.

2.Kata-kata daripada seorang tabien Abi Salamah Bin Abdul Rahman“ Antara sunnah pada hari hujan adalah menjamakkan antara solat magrib dan juga isyak “

Penilaian terhadap 2 dalil:-

1.Perbuatan Ibnu Umar merupakan perbuatan sahabat bukanlah hujjah.

2.Kata-kata Tabien juga bukanlah hujjah.

Bukanlah kita menolak hadith ibnu Abbas ( siri 1 ), perbuatan Ibnu Umar dan kata-kata Abi Salamah, namun yang menjadi masalahnya dalil tersebut bertentangan dengan dalil yang lebih kuat.

Terutamanya..

“Sesungguhnya solat adalah fardhu yang telah ditetapkan waktunya”. surah al-Nisaa : ayat 103.

Ayat yang jelas menyebut bahawa solat mestilah pada waktunya. Jika ada dalil yang mengkhususkannya mestilah datang dengan bentuk yang sahih dan sorih ( jelas ).

Bahkan dalam sahih Bukhari ada menyebut:-

Nafi' berkata bahwa Ibnu Umar pernah azan ketika shalat di waktu malam yang dingin dan berangin. Kemudian beliau mengatakan 'Alaa shollu fir rihaal' ( hendaklah kalian solat di rumah kalian ). Kemudian beliau mengatakan, "Dulu Rasulullah s.a.w memerintahkan mu'adzin ketika keadaan malam dingin dan hujan, untuk mengucapkan 'Alaa shollu fir rihaal' ( hendaklah kalian shalat di rumah kalian )”

Maka jelas kepada kita bahawa sunnahnya jika hujan adalah keringanan solat di rumah dan meninggalkan jemaah bukannya menjamakkan solat.

Kesimpulan yang jelas dalil berkenaan keharusan jamak ketika hujan adalah lemah, tidak jelas dan bertentangan dengan dalil yang menyatakan tidak perlu jamak.

Namun, mengapa wujud dalam mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali?

Sebab itu dinyatakan dalam kesimpulan tadi ( siri 1 ), jika ingin jamak juga ketika hujan hendaklah mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh mazhab:-

1.Hujan yang turun sangat lebat sehingga pakaian basah kuyup.

2.Jamak hanya dilakukan di masjid yang mana bagi mereka yang tinggal jauh dan sukar untuk datang kembali jika pulang.

3.Hujan yang turun hendaklah berterusan hingga selesai solat pertama.

4.Bagi mazhab Hanbali meletakkan syarat hanya pada solat waktu malam ( Magrib dan Isyak ) bukannya waktu siang kerana tiada kesukaran.

Itu semua adalah ijtihad ulama berdasarkan jamak mestilah dilakukan dalam keadaan kesempitan bukannya sekadar hujan renyai-renyai.

Bukankah islam itu mudah?

Benar, mudah namun bukan boleh dipermudahkan tanpa kesempitan dan mestilah bersandarkan dalil.

1.Kita menerima rukhsoh qasar dan jamak ketika musafir kerana terdapatnya dalil dan wujudnya kesempitan.

2.Kita menerima tayamun ketika ketiadaan air kerana wujudnya dalil.

3.Kita menerima sapu pada khuf kerana wujudnya dalil.

Dalam jamak ketika hujan apa kesempitannya? Bagaimanakah kekuatan dalilnya? Jelaskah perbuatan jamaknya?

Maka, ada 2 pilihan.
1.Tidak menjamakkan solat berdasarkan sunnah tersebut tidak kuat.

2.Boleh menjamakkan solat namun mengikut syarat ketat yang disebut oleh ulama mazhab.

Solat itu tiang agama..

Solat itu ibadat yang mula-mula dihisab..

Berhati-hatilah.

dipetik dari bayu timur

maasalama
al-alifat ^_^

jamak ketika hujan. siri (1)

Jamak Ketika Hujan : Antara 2 pilihan ( siri 1 )



Lama sudah terdetik dalam hati ini untuk menulis berkenaan solat jamak ketika hujan. Sebelum saya masuk kepada perbahasan, artikel ini masih lagi santai bertujuan membuka minda. Bagi yang ingin mengkaji lebih dalam selamilah khazanah turath ulama kita pelbagai mazhab.

Saya mulakan dengan kesimpulan ringkas terlebih dahulu dalam masalah ini:-

1.Ada yang berpendapat tidak wujud apa yang dinamakan sebagai jamak ketika hujan. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi.

2.Ada yang berpendapat, dibolehkan jamak ketika hujan dengan syarat-syarat yang ketat. Ini adalah pendapat jumhur ulama mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali.

3.Ada yang berpendapat boleh melakukan jamak ketika hujan tanpa syarat.

Pendapat yang ketiga sangat syaz walaupun masih dibawah ijtihad ulama tertentu. Bukanlah begitu mudah untuk menyatakan bid’ah kepada mereka yang berpegang dengan pendapat ini. Namun yang menjadi masalah apabila mereka berkata:-

“ Kami lebih mengamalkan sunnah”

“ Ulama-ulama yang meletakkan syarat hanya pendapat mereka, sunnah tidak menyatakan demikian”

" Islam itukan mudah"

Baiklah jika ingin mengkaji tentang dalil sunnah. Kita akan membincangkan bersama, adakah pendapat ini benar-benar kuat?

Secara jelas tidak wujud hadith yang sorih ataupun jelas bahawa diharuskan jamak ketika hujan. Yang ada hanyalah beberapa hadith berikut:-

Hadith riwayat Ibnu Abbas:-
“Rasulullah S.A.W telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan.

Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya”.

Kefahaman hadith ini:-

Jika nabi s.a.w. jamak ketika tidak hujan, maka ketika hujan tentulah dibolehkan jamak. Kaedah istidlal ini dipanggil mafhum mukhalafah. Kefahaman sebaliknya terhadap nas.

Penilaian :-
1.Hadith ini direkodkan oleh Imam Muslim. Terdapat 3 hadith yang serupa lafaznya. 2 hadith berbunyi “ tidak kerana ketakutan dan tidak kerana musafir” dan 1 hadith berbunyi “ tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan”. Ketiga-tiga hadith tersebut diriwayatkan oleh ibnu Abbas.

Maka tidak hairan lafaz yang berbunyi “hujan itu” syaz ( ganjil ) bertentangan dengan 2 riwayat yang tadi yang menyebut “ musafir”.

2.Dalam kaedah usul fiqh, kaedah pendalilan mafhum mukhalafah sangat lemah. Hadith tersebut tidak jelas hingga terpaksa ditafsirkan dengan mafhum mukhalafah ( kefahaman tersirat atau terbalik )

3.Hadith tersebut sangat mujmal ( tidak jelas ), perlukan penafsiran mengapakah Ibnu Abbas meriwayatkan lafaz tersebut. Apatah lagi bertentangan dengan banyak dalil yang lebih kuat dan jelas bahawa solat mestilah dilakukan pada waktunya :-

“Sesungguhnya solat adalah fardhu yang telah ditetapkan waktunya”. surah al-Nisaa : ayat 103.

Bersambung…

dipetik dari bayu timur

(^_~) peace

sem 2 dah start ..
do the best..^_^


p/s: widget sume dah hilang..x der dah.. layout pon dah x leh buka..hilang..(T_T)
x pe lah..mungkin ade hikmah nye..