Wednesday, February 17, 2010

Tetamu Di Dataran Syam..

assalamualaikum..

Sebelum daku memulakan penulisanku..hehe..
Aku ingin berterima kasih banyak2 to kak AISHAH ..syukran jazilan ya ukhti..

Akhirnya blog kembali sehat semula..gembira x terkata..ingat kan nak kene tukar blog baru..rupa2nya dapat direpair..huhu

SYUKRAN JAZILAN ( ^_^)


Pada minggu yang lepas aku mengikuti satu program yang dinamakan PERTAMA..

satu program yang sungguh berkesan hingga menyusuk ke kalbu..jujur aku katakan sedikit banyak aku terkesan dengan program itu..semangatku untuk terus berjihad di bumi syam ini semakin bergelora..

Apa tak nya penceramah-penceramah yang dijemput bukan calang-calang orang ..Mereka ialah ustaz Hasrizal dan ustaz Maszlee serta ustaz Heizal

sungguh aku kagum dengan ilmu-ilmu mereka dan semangat untuk berjuang demi agama islam tercinta..

PABILA SATU PENYAMPAIAN ITU DISAMPAIKAN MELALUI HATI yang suci dan bersih MAKA, AKAN SAMPAI JUGAKLAH KE HATI-HATI PENDENGARNYA..(^_^)

ustaz hasrizal sentiasa mengigatkan akan maksud "ERTI HIDUP PADA MEMBERI"
betul la tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..

Pada suatu masa nanti apabila di imbas kembali susah payahnya kita mencari ilmu di bumi syam ini..ia akan bertukar menjadi sebuah kenangan yang terindah..

Sebelum program ini tamat ..kami disajikan dengan sebuah persembahan yang sungguh menyentuh jiwa...dari ustaz Hasrizal n the geng..





TETAMU DATARAN SYAM

Tetamu di Dataran Syam ini,
Harus gagah seperti Abu Ubaidah,
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan

Di celah pohon yang zaitun yang rendang,
Bersemadi syuhada’ pahlawan Islam,
Menanti dan terus menanti,
Hadirnya barisan waris perjuangan.

Medan ini medan yang susah dan payah,
Sesusah medan Mu’tah di puncak sana,
Dan penghuninya juga harus gagah,
Segagah Kota Karak perakam sejarah,

Di sini lah kau akan membina jiwamu,
Jiwa pembela maruah agama,
Berbekalkan ilmu,berpandukan iman,
Islam pasti akan kau merdekakan.

Ketibaanmu adik-adikku,
Ku sambut dengan seribu pengharapan,
Agar kau menjadi insan berilmu,
Dan pembela nasib agamamu.

Hatimu perlu cekal dan tabah,
Sesabar tiga sahabat Rasulullah,
Jiwamu perlu subur dengan iman,
Sesubur Dataran Syam bertuah.

Kita diajar cintakan kematian,
Bagai musuh kita cinta kehidupan,
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya,
Kau mengenal jihad dan perjuangan.

Tetamu DataranSyam, engkaulah harapan,
Untuk ummah melihat masa depan,
Sebagai ulama’ sebagai pejuang,
Islam pasti akan kau merdekakan,

Selamat datang Tetamu Dataran Syam!

Lagu / Lirik / Nyanyian : Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Gemilang 1995


maassalama..

AL-Alifat..^_^

Segala yang baik itu datang dari ALLAH dan salah dan silap dtg dari diri ku sendiri yang lemah dan hina..

Thursday, February 11, 2010

Islam Dilihat Pelik

Bismillahirahmanirrahim...
seperti biasa blog ini agak rosak ingin melihat post ini secara lengkap sila click blog acheive dan tekan tajuk ini..tq.


on the plane they pray without shame
on the streets of landon they pray



kataqwaan kepada ALLAH



عَن اَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : بَدَأَ اْلِاسْلَامُ غَرِيْباً
وَسَيَعُوْدُ كَمَا بَدَأَ غَرِيْباً فَطُوْبَى لِلغُرَبَاءِ


Maksud:Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing).Dan ia akan kembali dagang. Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang”. (Hadith riwayat Muslim
Ketika Islam mula-mula tersebar dulu, ia dilihat sebagai sesuatu yang pelik. Apabila manusia sudah terlalu jauh daripada fitrah, manakala Islam pula datang membawa manusia kembali kepada fitrah, ia akan dilihat pelik. Namun apabila Islam telah diterima ramai, ia tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik
Namun, benarlah hadith Rasulullah, apabila masa berlalu nanti, Islam akan kembali dilihat pelik. Kita dapat lihat hari ini, bagaimana orang yang tidak melakukan dosa dianggap sebagai orang yang pelik. Orang yang melakukan kebaikan akan dianggap pelik. Orang yang menolak hiburan melampau akan dilihat sebagai jumud. Umat Islam sendiri sekarang tidak malu lagi untuk melakukan dosa. Malah orang yang tidak melakukan dosa dianggap sebagai orang yang pelik. Dan bermacam-macam lagi
Namun ingatlah hadith Rasulullah, "berbahagialah orang yang bersama Islam ketika Islam itu dianggap sebagai satu benda yang pelik." Moga aku dimasukkan ke dalam golongan yang berbahagia
maasalama
Al-alifat...

Didikan Syam

Blog ni agak2 rosak ..untub baca post pergi ke "blog archieve " dan tekan tajuk diatas..tq

Bumi Urdun yang gersang itu, hanya mampu dihuni oleh manusia pahlawan

(Ustaz Hasrizal Abdul JAmil)

Pertama kali aku melihat ayat ini..terdetik di hati ku adakah aku tergolong dalam "pahlawan" itu..
sunguhnya mengembara di negeri orang bukan mudah..banyak yang perlu kita sedia baik dari segi fizikal dan mental..pengalaman yang mengajar aku untuk berkata sebegitu "bukan senang untuk menjadi senang tapi bukan susah untuk menjadi jadi senang"

Sebenarnya ..tidak pernah terdetik di fikiranku aku dapat menlanjutkan pelajaran di Jordan..Alhamdulillah ALLAH memilih aku kerna ALLAH tahu apa yang terbaik untuk ku..ALLAH tahu aku boleh menghadapai cabaran-cabaran dan rintangan..hanya aku perlu sedar dari tidur yang panjang,,BANGUN!! jihad ku belum tamat lagi..

Di bumi sahara'
Di bumi syam lah yang mengajarku :
Mengajarku bersusah-susah dahulu..
Menngajarku Apa itu Kehidupan?..
Mengajarku menjadi"orang"..
Mengajarku Apakah itu air mata yang bermakna?..
Mengajarku menjadi kuat..
Mengajarku sabar..
Mengajarku memasak .. (^_^)

Aku bersyukur pada-Mu Tuhan kerna memilihku..KU pohon bantuku untuk berjihad
aku insan yang lemah..

Aku bersyukur pada-Mu Tuhan kerna dulu angan-anganan yang tidak pernah ku fikirkan menjadi realiti..Telah pon menjadi Realiti..

Aku dapat bercakap dan memahami bahasa-MU
Aku dapat melihat sendiri LAut mati ..dapat merasai kemasinan nyer..
Aku dapat melihat dan duduk di dalam gua dimana Ashabul kahfi berlindung..
Aku dapat bermain salji..melihat permata-permata salji turun dari langit-Mu..
Aku dapat melihat antara 7 tempat keajaiban dunia..Petra..
Aku dapat kawan-kawan dari bermacam-macam negara..
Aku dapat mersai perasan seorang perantau yang rindukan kampung halaman nya..
Aku dapat belajar berdikari..
Aku dapat belajar memasak..

dan yang paling penting
aku dapat pengalaman hidup dan kenangan yang tidak semua manusia boleh merasainya

SYUKRAN ya Rob..

Sabarlah adik-adikku, Urdun memang misteri,
Semasa menghuninya, tak sabar-sabar hendak lari;
Selepas berpisah baru tahu hikmahnya bumi Isra’ ini,
Dapat cium tanah pun, terasa memadai.

(Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)
Bekas Mahasisiwa Bumi Urdun.

NANTI satu masa akan ku rindu saat ku dididik oleh bumi sahara'
bumi syam

Al-alifat
maasalama..

P/s: tempat comment ..rosak x leh nak comment..T_T..cmner nk betulkan ehh..?

Tuesday, February 9, 2010

jamak ketika hujana (siri Akhir)

Jamak Ketika Hujan : Antara 2 Pilihan ( Siri Akhir )



Selain daripada Hadith ibnu Abbas tadi ( siri 1 ), ada beberapa dalil petunjuk bahawa diharuskan jamak ketika hujan seperti:-

1.Dalam kitab muwato’, Imam Malek meriwayatkan bahawa Ibnu Umar ketika imam menjamakkan solat takala hujan, beliau turut bersama mereka.

2.Kata-kata daripada seorang tabien Abi Salamah Bin Abdul Rahman“ Antara sunnah pada hari hujan adalah menjamakkan antara solat magrib dan juga isyak “

Penilaian terhadap 2 dalil:-

1.Perbuatan Ibnu Umar merupakan perbuatan sahabat bukanlah hujjah.

2.Kata-kata Tabien juga bukanlah hujjah.

Bukanlah kita menolak hadith ibnu Abbas ( siri 1 ), perbuatan Ibnu Umar dan kata-kata Abi Salamah, namun yang menjadi masalahnya dalil tersebut bertentangan dengan dalil yang lebih kuat.

Terutamanya..

“Sesungguhnya solat adalah fardhu yang telah ditetapkan waktunya”. surah al-Nisaa : ayat 103.

Ayat yang jelas menyebut bahawa solat mestilah pada waktunya. Jika ada dalil yang mengkhususkannya mestilah datang dengan bentuk yang sahih dan sorih ( jelas ).

Bahkan dalam sahih Bukhari ada menyebut:-

Nafi' berkata bahwa Ibnu Umar pernah azan ketika shalat di waktu malam yang dingin dan berangin. Kemudian beliau mengatakan 'Alaa shollu fir rihaal' ( hendaklah kalian solat di rumah kalian ). Kemudian beliau mengatakan, "Dulu Rasulullah s.a.w memerintahkan mu'adzin ketika keadaan malam dingin dan hujan, untuk mengucapkan 'Alaa shollu fir rihaal' ( hendaklah kalian shalat di rumah kalian )”

Maka jelas kepada kita bahawa sunnahnya jika hujan adalah keringanan solat di rumah dan meninggalkan jemaah bukannya menjamakkan solat.

Kesimpulan yang jelas dalil berkenaan keharusan jamak ketika hujan adalah lemah, tidak jelas dan bertentangan dengan dalil yang menyatakan tidak perlu jamak.

Namun, mengapa wujud dalam mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali?

Sebab itu dinyatakan dalam kesimpulan tadi ( siri 1 ), jika ingin jamak juga ketika hujan hendaklah mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh mazhab:-

1.Hujan yang turun sangat lebat sehingga pakaian basah kuyup.

2.Jamak hanya dilakukan di masjid yang mana bagi mereka yang tinggal jauh dan sukar untuk datang kembali jika pulang.

3.Hujan yang turun hendaklah berterusan hingga selesai solat pertama.

4.Bagi mazhab Hanbali meletakkan syarat hanya pada solat waktu malam ( Magrib dan Isyak ) bukannya waktu siang kerana tiada kesukaran.

Itu semua adalah ijtihad ulama berdasarkan jamak mestilah dilakukan dalam keadaan kesempitan bukannya sekadar hujan renyai-renyai.

Bukankah islam itu mudah?

Benar, mudah namun bukan boleh dipermudahkan tanpa kesempitan dan mestilah bersandarkan dalil.

1.Kita menerima rukhsoh qasar dan jamak ketika musafir kerana terdapatnya dalil dan wujudnya kesempitan.

2.Kita menerima tayamun ketika ketiadaan air kerana wujudnya dalil.

3.Kita menerima sapu pada khuf kerana wujudnya dalil.

Dalam jamak ketika hujan apa kesempitannya? Bagaimanakah kekuatan dalilnya? Jelaskah perbuatan jamaknya?

Maka, ada 2 pilihan.
1.Tidak menjamakkan solat berdasarkan sunnah tersebut tidak kuat.

2.Boleh menjamakkan solat namun mengikut syarat ketat yang disebut oleh ulama mazhab.

Solat itu tiang agama..

Solat itu ibadat yang mula-mula dihisab..

Berhati-hatilah.

dipetik dari bayu timur

maasalama
al-alifat ^_^