Wednesday, March 17, 2010

WIKIPEDIA



Program wikiPEdia*

Tarikh : 20 Mac 2010
Masa : 7.00 pg - 2.30 ptg
Tempat : Jerash

"MUSLIMAH CEMERLANG PEMANGKIN UMMAH GEMILANG"


Tentatif :

7.00pg - Berkumpul di Bayt Amzar

7.15pg - Bertolak ke Jerash

8.00pg - Sampai di tempat program + LDK 1

9.00pg - Ceramah : 'Muslimah Cemerlang Pemangkin Ummah Gemilang'
Oleh : Ustaz Mohd Ridzu...an Khalin

10.30pg - LDK 2

11.30pg - Solat Zohor + Makan tengah hari

12.15tgh - LDK 3

1.15ptg - Resolusi : 'Perencanaan Muslimah Dalam Misi Dakwah'

2.00ptg - Bersurai

2.30ptg - Tiba di Sweileh


Pakaian:
1) pakaian yang sesuai untuk aktiviti lasak ( seperti jubah seluar dan sebagainya) dan menutup aurat
2) kasut sport

Peralatan-peralatan yang diperlukan sepanjang program:
1) Pen
2) Air untuk berwudhuk
3) Tisu atau wet tissue ( bergantung kepada masing-masing)
4) Air untuk minum

Makluman:
1) Tandas di Jerash hanya terdapat di pintu masuk sebelum 'penjelejahan' Jerash dimulakan, jadi antum digalakkan untuk mempersiapkan diri dengan keadaan yang bersih untuk menunaikan solat.
2) Air untuk berwudhuk yang antum bawa sendiri boleh digunakan untuk berwudhuk bagi yang tidak berwudhuk.

Sekian.
JZKK



jomm kita WIKIPEDIA! imbas kambali sejarah kecemerlangan muslimah zaman zilam, serap segala durus wa ibrah, bangkit dan sedar menjadi Muslimah cemerlang, PEMANGKIN UMMAH GEMILANG!!

PESERTA DARI IRBID DIALU-ALUKAN SERTAI BERSAMA, penyertaan terhad! 15 orang sahaja. daftar segera kepad AZIMAH NORDIN!

syukran,atas kerjasama yang diberikan..^_^

Thursday, March 11, 2010

Syeikhul Azhar Prof Dr. Sayyid Tantawi Dalam Kenangan


Syeikhul Azhar Prof Dr. Sayyid Tantawi Dalam Kenangan 28 Oktober 1928-10 Mac 2010

(ikhlaskan hatiku)
Assalamualaikum..

Sheikhul al Azhar, al Imam Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi meninggal dunia pada pagi Rabu di Arab Saudi akibat serangan jantung yang begitu kritikal, di waktu usianya menjangkau 82 tahun.

Serangan mengejut telah menimpa Sheikhul Azhar sepanjang keberadaan beliau di Lapangan Terbang al Malik Khaled Antarabangsa, Riyadh untuk melakukan perjalanan pulang ke Kaherah. Ketika Allahyarham berangkat segera menuju ke hospital beliau telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Makluman lebih lanjut sila lihat disini.

Dunia islam telah digemparkan dengan berita kematian seorang tokoh ulama' yang sungguh berjasa pada agama ALLAH .Bisakah kita temui tokoh islam yang sepertinya lagi..Terkejut aku pabila mendengar berita ini daripada sahabatku..lantas terlintas di fikiran..akan sebuah hadith riwayat Al-bukhari..

(matannya akak ku edit kemudian dalam proses mencari,^_^ )
Maksudnya:
Daripada Abdullah Bin Amru Bin Al-'as رضي الله عنهما katanya:
Beliau mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:'Sesungguhnya ALLAH tidak akan menghilangkan ilmu pengetahuan daripada hamba begitu sahaja ,tetapi ALLAH akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama' sehingga tiada lagi seorang 'alim , orang ramai akan melantik ketua yang jahil , maka apabila ditanya , mereka berfatwa tidak berdasarkan ilmu perngetahuan , maka mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain.

Kehilangan ilmu itu bukanlah dengan cara ALLAH menghilangkan ilmu daripada dada manusia tetapi, melalui kematian ulama'. Maka oleh kerana ketiadaan ulama' mereka akan melantik pemimpin dari kalangan orang yang jahil.Pemimpin yang jahil akan memberi atau mengeluarkan fatwa tidak berasaskan ilmu meneyebabkan diri dan oorang lain menjadi sesat.

Selepas membaca hadith ini timbul rase gerun dan takut dalam benak hatiku apa yang akan terjadi pada dunia nanti kelak..Bagaiman pemerintahan dunia pada masa itu nanti?..Apakah yang akan terjadi?..soalan yang belum ku temui jawapan nya.

Kesannya sedikit sebanyak telah dapat kita lihat di negara kita sendiri ,Malaysia..
Apakah hadaf pembangunan kerajaan kita sekarang..Adakah kerana pangkat , harta, dan wanita atau syiar islam?.
Adakah pemerintahan di negara kita dipimpin oleh seorang yang 'alim?
Bagaimanakah pergerakan ummah islam di negara kita?

Soalan yang telah aku jumpa jawapannya,akan tetapi apa yang harus aku lakukan?.
Adakah dengan hanya mendiamkan diri?.
Atau kita bersama-sama maju kehadapan menegakkan kebenaran.

Semoga ALLAH memelihara kita dan memberi kekuatan dan keteguhan hati.
AMINN..

Kepupusan ilmu berlakunya dengan,
Kematian ulama' dan cendikiawan islam,
Tidak mengamalkan ilmu yang dimiliki,
Orang islam kurang minat mempelajari ilmu pengetahuan,
Menjual ayat ALLAH untuk kepentingan duniawi semata-mata.

MAKA,

Kesan ketiadaan ulama' akan meyebabkan,
Masyarakat akan hidup dalam kejahilan ilmu,
Lahir pemimpin yang jahil2 ilmu agama,
Keluarnya fatwa-fatwa yang mengelirukan,
Wujudnya pelbagai ajaran sesat,
Kemungkaran berlaku tanpa batasan.

YA ALLAH bantu lah kami..jauhkan lah kami dari kejahilan, kefasadan dan kemungkaran yang berlaku diatas muka bumi ini..AMINN YA ROB.

Moga-moga Syaikhuna ditempatkan bersama para Anbiya’, Auliya’, Syuhada’ dan Solihin di sisi Allah taala kelak.
Al-Fatihah buat Syaikhuna al-Allamah Syaikhul Akbar Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah.
sumber rujukan,
Spm fokus U Al-quran dan As-sunnah
web ini.(^_^)

"Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan"
Maassalama,
AL-ALIFAT.







Wednesday, March 10, 2010

valentine

Assalamualaikum..
walaupun..valentine day sudah lama pergi..harap aku sempat untuk menyampaikan sesuatu..mengenainya..
post nie adalah nasihat kepada hamba-hamba ALLAH khas nya kepada diriku..
Siapa yang pernah jatuh cinta, di cintai atau mencintai?...Bila disebut tentang CINTA seringkali manusia akan terus merujuk kepada cinta sesama manusia...ya benar, tidak dinafikan itu juga sebahagian dari cinta...Banyak terlakar tentang kisah cinta sebegini di dalam hasil-hasil pengkarya sama ada yang terkenal dan tidak terkenal..orang sering teruja apabila kisah cinta dijadikan bahan karya seni. Instrumental Music

http://www.imeem.com/people/yGFAC/music/zGLBXyE2/winter_sonata_first_time_piano/

http://www.imeem.com/mcbdlm/music/6XN4hBrB/winter_sonata_classics_ws_love_is_blue/

Tetapi sedarkah kita bahwa CINTA seperti itu adalah satu ujian dan perjalanan hati di dalam mengapai CINTA HAKIKI?...CINTA HAKIKI dan TERAGUNG iaitu CINTA pada Allah SWT.

Sering manusia tersasar di dalam mengapai cinta hakiki bilamana CINTA di hatinya menjadi hijab kepada dirinya untuk mengapai cinta ILAHI...ramai yang terjun ke lembah dosa kerana tidak pandai mengutamakan CINTA ILAHI sebagai cinta yang paling agung.

CINTA kepada sesama insan itu UJIAN buat kita. Ramai orang yang kecundang dengan cinta sebegini, hingga melupakan syariat dan melanggar hukumNya. Bagi mereka, cinta yang tumbuh di dalam hati perlu disertakan dengan pemilikan, lalu timbullah rangsangan nafsu dan ketamakan, dan membuat manusia tertipu dengan makna CINTA itu sendiri.

Jika kita mencintai seseorang atau kita menyayangi sesuatu benda atau perkara, kita perlu sentiasa mengingatkan diri bahawa kita tidak memilikinya secara mutlak tetapi yang memilikinya secara mutlak adalah penciptaNya iaitu Allah SWT. Kita hanya dipinjamkan sesuatu itu untuk sementara, dan ia adalah hiburan dari Allah SWT kepada hambaNya.

Allah SWT maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.Jika kita kehilangan sesuatu yang kita cintai atau sayangi, itu adalah hakNya untuk mengambali kembali pemberianNya. Memang fitrah manusia itu akan sedih kerana kehilangan dan perpisahan tetapi janganlah sampai kita menjadi tidak redha dan tidak sabar atas kehilangan tersebut.

Cinta perlukan pengorbanan, mengorbankan sesuatu yang disayangi adalah lambang dan bukti sebuah cinta. Nabi Ibrahim AS sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail kerana kecintaan dan ketaatan pada Allah SWT. Itulah bukti cinta para rasul Allah. Ujian bagi mereka amat hebat, kerana ketinggian kecintaan mereka pada Allah SWT.

Itulah lambang pengorbanan cinta ILAHI. Tetapi ramai sekali manusia hari ini lebih memikirkan kepentingan diri dan rasa kerakusan ingin memiliki hingga sanggup mengorbankan maruah diri, jati diri, malah agama sendiri hanya kerana cinta PALSU yang dirangsang oleh nafsu-nafsi.

Maka berbahagialah orang yang pandai meletakkan CINTA di HATinya tepat ditempatnya.

semoga ALLAH sentiasa memeliharaku, org2 yang aku sayang, serta sahabat-sahabatku...Aminn

dipetik dari blog sahabatku..^_^
syukran..

Al-alifat..