Monday, October 4, 2010

Kasih sayang penciptaku



Assalamualaikum..

semakin bertambah hari semakin lama aku meninggalkan penulisan blog ini..semakin kelu ideaku untuk menulis..ermm apa tidaknya..internet x pasang lagi..huhu atau aku sahaja menyibukkan diri..kadang2 pening jugak kepala nie nak berurusan dengan insan bernama arab..dulu aku hanya bergantung kepada orang lain tapi sekarang orang pula bergantung dengan aku..meminta bantuan...bahasa arabku tidaklah selancar mana..tapi buat masa sekarang ok laa..in syaa ALLAH kalau boleh ku tolong akan ditolong ..

Sekarang sudah masuk tahun kedua aku di jordan..bermacam-macam suka duka aku lalui..bermacam-macam ujian dan rintangan aku lalui..ku lalui semua itu dengan berbekalkan sekeping hati dan selautan nasihat..sungguh cepat masa berlalu pergi meninggalkan diriku..daripada sudan aku berhijrah ke jordan, daripada sebuah negara yang miskin ke sebuah negara yang maju..

Alhamdulillah 'ala kulli hal ..aku mampu mengharunginya..

Dan hari ini aku sungguh-sungguh bersyukur kerana impian aku untuk mendapat yuran A'di telah pon tercapai...hehe..YA allah bukan senang daripada bulan ke bulan aku cuba untuk menyelesaikan berkilo2 meter aku harus berkejar ke qabul tasjil dan alhamdulillah berjaya juga..
atas bantuan rakan2..

TAdi seusai aku menghabiskan kelas..aku terus berlari ke qabul tasjil untuk menyelesaikan masalahku ini..tidak berhenti2 aku berdoa agar semua berjalan lancar..aku estimate 45 minit je..untuk berurusan sebab nanti ada kelas lain pulak..sampai sahaja di pejabat aku terdengar suara org bergaduh...Aduhh..takut2 mood pegawai arab nie in trouble..Aku pon start lah berdoa apa yang patut agar hati die lembut..berharap sangat2 hari ini semua urusan selesai..

Aku pon mengetuk pintu..tiba-tiba die pon memandang ku dengan senyuman yang sangat2 lebar...aikk pelik jugak aku..tadi baru lepas gaduh..die pon terus bertanya ..Awak maliziakan ...aku pon terangkan lah masalahku..die tersenyum dan terus menyelesaikan semuanya ...dan Akhirnya ALhamdulillah..syukur YA Allah..

Aku berharap aku dapat menumpukan pengajianku dengan bersungguh2 ..tidak lagi memikirkan masalah2 lain..

syukran YA Allah atas rahmat dan rahim-Mu..tanpa kasih sayang-Mu ya ALLAh mungkinku masih berlari2 lagi ke qabul tasjil..

Al-alifat..

Thursday, September 30, 2010

Syafakillah ya habibti



Sekarang ini aku berada di jamiah teringat pula akan sahabatku dirumah ,dia sakit terkena demam campak..parah jugak demam campak nya..kasihan aku melihat die..hanya mengalirkan air mata menahan kesakitan..la tahzan sahabatku..Allah sentiasa bersam orang yang bersabar..Aku akan membantu kamu selagi aku mampu..


Saat dikau sihat kita sering bergurau senda..terasa sunyi pula ..apabila dirimu hanya terbaring di atas katil..


Aku sentiasa doakan dirimu cepat sembuh dan kembali bersemangat seperti dulu..

Allah sentiasa bersama kamu ,aku dan kita semua..



Al-alifat

Monday, September 20, 2010

Sultan Muhammad Al Fateh, Pemimpin Yang Dijanjikan

assalamualaikum.


Sultan Muhammad Al Fateh (محمد الفاتح) atau yang disebut juga Mehmed II The Conqueror dilahirkan pada tanggal 29 Maret 1432. Saat kelahirannya pun sudah terdapat isyarat bahwa dia nantinya akan menjadi orang besar yang membuat sejarah besar. Ketika berita kelahirannya disampaikan, ayahnya, Sultan Murad II sedang membaca Al Quran tepat pada Surat Al Fath ayat 1:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan padamu kemenangan yang nyata.”
seorang perjuang yang hanya mengharapkan ke redhoan penciptanya..saat aku mula mengenalinya aku sudah jatuh cinta akan perjuangannya.Penakluk kostantinopel.
Bersambung.
p\s:class dah nak start jup lg x sempat..hehe

Malaysia tinggal kenangan




Assalamualaikum ..
Bersyukur kepada hadrat illahi aku selamat sampai semula ke jordan...
Malaysia tinggal kenangan ,selama 3 bulan aku bercuti ..banyak perkara baru yang aku jumpa kat msia dah semakin maju..segala2 lah maju..


Aku kembali semula ke jordan bg meneruskan perjuangan..tapi tahun nie..aku dapat kawan baru..adik2 junior..in syaa ALLAH doakan mereka dapat meneruskan perjuangan di universiti jordan..klo tidak kesyunyian semula lah kami..tapi klo rezeki mereka bukan di sini bersam2 aku n kak naz..x pe..dah redho awal2 dah..in sya ALLAH khair.

Saat aku tiba di jordan perasaan tidak segembira semasa balik ke msia..x tahulah mungkin sebab dah 2 tahun x balik..lagi2 nak jumpa abah,ummi,adik beradik,nenek,atuk.Tapi semangat untuk belajar mesti dikentalkan.

Setibanya dirumah..x sabar pulak nk tgk cmner muka student baru..come2 belako..ada kelate,pahang,sabah pon ada..happy lah,jadi mcm2 lah ragam nyer..ceria ade..lemah lembut ade,kelakar ade.
Semoga kecerian ini berkekalan dengan redho-MU.
ok lah sampai disini ..in syaa ALLAH ade masa boleh tulis lagi..

Maasalama,
Al-alifat
P\s: Al-fatihah untuk neneku yang sudah pulang ke rahmatullah,semoga ditempatkan bersama org2 solihin.Amin
(17 ramadhan,jumaat)