Sunday, October 17, 2010

Ubat untukku

Imam al-Haddad pernah ditanya mengenai ubat bagi orang yang merasa berat untuk melakukan kebajikan dan cenderung mengikut hawa nafsu.

Beliau menjawab:-
Ketahuilah bahawa malas beribadah dan cenderung mengikut hawa nafsu ini disebabkan oleh 4 perkara.

(1) kejahilan, cara mengatasinya ialah dengan menuntut ilmu yang bermanfaat;

(2) lemah iman, cara mengatasinya ialah dengan bertafakkur mengenai kekuasaan Allah di langit dan bumi serta tekun beramal sholeh;

(3) panjang angan-angan, cara mengatasinya ialah dengan ingatkan mati dan menyedari bahawa kematian dapat datang setiap saat; dan

(4) makan sesuatu yang syubhat, cara mengatasinya ialah dengan bersikap warak dan sedikit makan.

syukran,
Al-alifat

Thursday, October 14, 2010

Jangan TIDUR Lagi

Assalamualaikum,

Kita telah ketahui bersama bahwa waktu pagi adalah waktu yang penuh berkah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Tidak aku nafikan perkara seperti ini sering terjadi pada musim SHITA'...he2
Mungkin dengan berada di dalam selimut kita berasa lebih panas dan tenteram .Tapi akhirnya tertewas juga dengan kepanasan dan alasan yang dibuat ..tidur jugak..sedar2 matahari dah dia atas kepala..

Di sini, diterangkan antara sebab dan langkah nak mengelak perkara ini terjadi,

(Sebab kosong), di musim sejuk daripada duduk dalam selimut ,apakata duduk depan sobah(heater)kan2...^^

[Sebab pertama] Tidak shalat malam

Tidak solat malam dapat menyebabkan malas di pagi harinya. Cara mengatasi hal ini adalah dengan mengerjakan solat malam kerna dengan melakukan hal tersebut akan terlepaslah daripada ikatan-ikatan setan.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


عَقِدَ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ ، يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ ، فَإِنِ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ ، فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ ، فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ ، وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ

"Setan membuat tiga ikatan di tengkuk (leher bagian belakang) salah seorang dari kalian ketika tidur. Di setiap ikatan setan akan mengatakan, "Malam masih panjang, tidurlah!". Jika dia bangun lalu berdzikir pada Allah, lepaslah satu ikatan. Kemudian jika dia berwudhu, lepas lagi satu ikatan. Kemudian jika dia mengerjakan sholat, lepaslah ikatan terakhir. Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika tidak melakukan seperti ini, dia tidak ceria dan menjadi malas." (HR. Bukhari no. 1142 dan Muslim no. 776)

[Sebab kedua] Sering berjaga malam

berjaga malam tanpa faedah boleh menyebabkan lelah dan ngantuk di pagi harinya.
Cara mengatasinya adalah dengan tidur di awal malam.
(I will try..no more facebook dah malam-malam buta ,aishh..tapi sering kalah dengan facebook..adehh)

Diriwayatkan dari Abi Barzah, beliau berkata,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - كَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membenci tidur sebelum solat Isya' dan berbual-bual setelahnya.” (HR. Bukhari no. 568)

[Sebab ketiga] Terpengaruh dengan teman yang punya kebiasaan tidur pagi

Ingatlah kerana tinggal dengan teman atau tetangga yang sering malas-malasan, kita juga boleh terpengaruh.

Cara mengatasi hal ini adalah dengan memilih teman yang rajin, yang selalu menjaga waktunya di pagi hari, sehingga kita terikut dengan kerajinannya.IN SYA ALLAH^^


[Sebab keempat] Kebiasaan

Ini juga adalahantara sebab orang sering tidur pagi kerana kebiasaannya memang seperti ini. Selepas solat subuh, biasanya dia akan menghampiri katil , mengambil selimut dan bantal, dan sambung tidur hingga matahari meninggi lalu terus bersiap sedia untuk ke kerja atau kuliah. Orang yang punya kebiasaan seperti ini telah hilang keberkahan dari dirinya di waktu pagi.(nauzubillah..tak nak..tak nak)

Cara mengatasinya dengan bersungguh-sungguh menghilangkan kebiasaan buruk tersebut dan senantiasa diiringi dengan meminta tolong pada Allah. Allah Ta'ala berfirman,

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِين

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di dalam jalan Kami, maka sungguh akan Kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (QS. Al 'Ankabut [29) : 69)


Bagiku orang yang tidak tidur pagi mukanya kan berseri-seri dan awet muda (^_^)..kerana dia memperolehi keberkatan di pagi itu .
Kalau tak nanti muka nampak sembab n bengkak..
(-_-)( contoh muka mcm nie..he3)

Langkah-langkah yang aku buat nak mengelak semua ini terjadi amik kelas pukul 8..confirm tak boleh tidur pagi..tapi penat sikit lah nak cari bas ,doktor pulak nk sharp sampai kol 8 kalau tak..(no entry).huhuhu

P/s: semua ini ku tulis memang nasihat untuk diriku..^_^

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Diedit sikit-sikit oleh : Al-alifat^^

Wednesday, October 13, 2010

Abah U always in my Heart



Abah..

Abahlah anugerah yang terindah Yang diberikan dari Allah pada kami.Terima kasih abah kerana menerima diriku seadanya.Tidak pernah abah mengeluh ,tidak pula abah merungut..Aku tahu aku tidak yang terbaik untukmu.Anakmu ini sering tersungkur dipertengahan jalan, TApi abah berlari menghampiriku,membantuku,memberiku semangat.

Abah..
Anakmu ini lemah ...sering sahaja mengalirkan airmata dihadapanmu..tapi abah balas dengan senyuman yang menenangkan hati dan jiwaku..kata-kata yang menaikkan semangatku..
Terima Kasih Abah.

Abah..
Tidak akan anakmu lupa mesej yang diberi olehmu..di bulan yang mulia..
In syaa ALLAH doakan Anakmu in yaa..

Abah selalu di hati kami.
Terima kasih Ummi kerna Bersama-sama Kami dan abah

Yang merindui,
Anakmu.

Aku menulis untuk diriku yang lalai.

Aku menulis untuk diriku yang lalai.
Tidak aku tulis untuk mereka yang baik di luar sana.
Diriku yang perlu diingatkan dan terus diingatkan.
Tuhan ampuni diriku yang serba kurang ini.


Aku ingin meminta maaf jika aku banyak melakukan kesilapan.
Aku hamba yang lemah dan sering alpa.
Bantu aku .
Aku ingin berubah.
Menjadi.
Hamba yang setia dan bersyukur pada pencipta-NYA.
Menjadi makhluk yang disenangi oleh makhluk yang lain.

Aku insan yang tidak sempurna.
Sering saja melakukan kesilapan.
Kadang-kadang.
Tidak terdetik aku ingin melakukan nya.
Tapi.
Apakan daya sering sahaja hati ini tertewas dengan Nafsu yang meraja.
Duhai hati .


Ampun maaf diriku pinta.
Al-alifat.