Tuesday, May 10, 2011

Forgiveness

Ttidak tahu mengapa setiap kaliku melihat warna merah rasa tertarik




Brothers and sisters,




Let us raise our hands and put our hearts down upon the forgiveness from Allah,
“May Allah put us among the Mu’minin, Mukhlisin and Solihiin. May Allah helps our brothers and sisters in this world, May Allah put us under His bless and protection”




(Dua) Amma ba’du
Ittaqullah.. Usikum wa iyyaya bittaqwallah.. Faqad faazal muttaqun



(Berjalan-jalan timba pengalaman)



Al-alifat


Note 1: Life is like a Flower it has a smell that takes you to an imaginary world but its thorn would bring you back to reality (.^_^.)

Sunday, May 8, 2011

Thiqah Binafsi

"If you treat people as they are, they will remain as they are. If you treat people them as they ought to be and could be, they will become as they ought to be and could be"



AND


How about ourselves?




Thiqah Binafsi








semuanya bisa (kak naz kata ni bahasa indon, yeke?) kita capai dengan Thiqah Binnafsi (yakin diri)! sepertimana kita yakin untuk belajar berjalan ketika kecil dahulu, sepertimana kita yakin untuk mengayuh basikal tanpa jatuh, sepertimana kita yakin untuk menaiki pentas dan bercerita tentang cita-cita saya sewaktu kecil dahulu, seperti itulah kita mahu buat sekarang! treat ourselve seperti yang sepatutnya Islam mahu. jadilah daie yang thiqah, tidak goyah dan penakut untuk membawa semboyan dakwah..



Al-alifat




note 1 : Selepas aku berfikir, merenung dan mengimbas, ini mungkin satu penterbiyah dari ALLAh untuk diriku, agar menjadi manusia yang thiqah binafsi.


note 2 :Buah cempedak diluar pagar,Ambil galah tolong jolokkan,


Saya budak baru baru sangat belajar,Kalau salah tolong tunjukkan.


note 3: luar nampak tenang , tp siapa yang tahu apa di dalamnya.


note 4: daku mengambil jalan agar update sikit2 dr x update terus..^^


note 5: tadi exam ,x sampai 10 minit je masa tuk jawab adeiii...banyak nak tulis, dr pulak dan panggil2.^^

Friday, May 6, 2011

Temujanji


Align Center




Temujanji








note 1 : Erk, wahai umme ayman , temujanji mna ya dikau lebihkan...peringatan untuk diriku..

note 2 : serba x kena...=_='

note 3 : Preparation harus mantap, sebelum menjadi tetamuNYA, Insya ALLAH



Al-alifat


Thursday, May 5, 2011

Perempuan di hati Nursi





Wanita...lembut dalam pandangan mata...tapi bisa menggugat isi dunia"

"Wanita...kerananya lelaki menerobos tembok besi, gagah menjulang risalah Nabi.... Wanita...kerananya lelaki terjerumus ke lembah kibir firauni, melapah manusiawi..."










Ustaz Nursi pernah menceritakan, betapa pentingnya seorang perempuan. Hinggakan dikhususkan sebuah risalah di dalam Rasail al-Nur bertajuk "Murshid al-Akhawaat". Semasa saya membaca Sirah Zaatiyah yang disusun oleh Ustaz Ihsan Qasim al-Salihi, saya begitu terharu dengan penghargaan tinggi Ustaz Nursi terhadap bondanya. Bonda Nursi bernama Nurriyye.

Ustaz Nursi menukilkan, segala ilmu dan kelebihan yang dimilikinya adalah berpunca daripada bazrah (benih) yang telah disemai oleh bondanya itu. Tanpa bondanya menyemai benih yang baik sejak kecil, mana mungkin hatinya cenderung untuk berada di lebuhraya yang terus menghala ke akhirat ini. Faktor primernya adalah asuhan dan didikan bondanya yang sungguh tinggi taqwa dan wara'nya. Guru-guru dan masyaikhnya pula bertanggungjawab menyuburkan benih hasil semaian bondanya itu. Tapak kukuh dibina oleh bondanya Nursi sendiri, tidak orang lain.

Semasa Nursi masih kecil, kelebihannya begitu terserlah di kalangan teman sebaya malah yang lebih besar dibanding Nursi. Kelebihan Nursi terserlah dari sudut kecerdasan dalam pelajaran, mahupun kekuatan fizikalnya. Gurunya pernah menziarahi keluarga Nursi untuk melihat faktor yang membentuk peribadi unik Nursi ini. Masya Allah...kawan-kawan nak tahu, bila ditanya pada Nurriyye bonda Nursi itu, apakah rahsia di sebalik kelebihan anak-anaknya itu? Nurriyye penuh tawadhuk menjelaskan, "saya tidak meninggalkan solat malam sejak dahulu, kecuali ketika uzur syar'ie...dan saya tidak akan menyusukan anak-anak tanpa ada wudhuk"

Tahulah gurunya...tidak mustahil ibu seperti ini, akan melahirkan anak seperti Nursi. Ketaqwaan dan kewara'an ayahanda Nursi juga tidak terkecuali. Ayahandanya yang dikenali sebagai Sufi Mirza tidak akan memberi makan keluarganya dari sebarang unsur syubahat. Hatta ternakannya dipastikan tidak memakan rumput-rumput milik orang lain, beliau akan mengikat mulut lembu-lembunya sehingga sampai di ladangnya sendiri baru dilepaskan. Ini semata-mata, memastikan hasil susu dan daging yang akan dijamu pada keluarganya tidak tercemar dengan harta orang lain. Masya Allah, Tabarakallah.

Sejak berusia, sembilan tahun, Nursi telah terpisah dari bondanya. Ketika mendengar berita bondanya telah kembali ke rahmatullah, menangislah Nursi yang ketika itu dalam buangan jauh sama sekali dari keluarga dan kampung halaman. Pemergian bondanya diumpakan seolah hilanglah separuh dari dunianya...Ya Baqi, Anta al-Baqi, Ya Baqi, Anta al-Baqi.. Hasbunallahhu wa ni'mal wakil, ni'mal mawla wa ni'man nasir.

Nursi sangat menghargai makhluk yang bergelar perempuan. Beliau mengingatkan makhluk yang begitu cantik kejadiannya ini supaya tidak sampai menjadi bidadari Jahannam. Lantaran tenggelam dalam arus dunia yang penuh tipu daya. Mempergunakan segala kelebihan kurniaan Allah untuk merosakkan lelaki dan membawa fitnah dahsyat di akhir zaman. Hati-hatilah wahai wanita...

Nursi mempertegaskan, wanita adalah hulubalang atau perwira kepada tajalli sifat Jamal Allah. Wanita adalah hero kepada sifat rahmah, ra'fah, hanan dan syafaqah. Sifat-sifat ini guna untuk mendidik keluarga, suami dan anak-anak. Bukan guna buat merosak lelaki. Bukan pula memburu persamaan hak. Lelaki dan perempuan punya tanggungjawab yang berbeza, sebab itu dikurnia fisiology dan psychology yang juga berbeza. Lelaki dan perempuan tidak pernah ada persaingan atau perlumbaan dalam dunia ini, kerana tidak akan ada sesiapa yang menang. Dua makhluk ini tidak perlu bersaing sama sekali, malah perlu lengkap melengkapkan. Allah menjadikan lelaki dan perempuan adalah untuk saling menyempurnakan. Masing-masing punya tugas dan tanggungjawab. Masing-masing punya taklif.

Gambar tu dari web Kesif YolculuklariLink

(Posting ni saya selongkar dalam arkib bertarikh 27 Mei 06)


From Al-bazrah


Al-alifat

note1 :Saya sangat sukakan penulisan said nursi, lembut dan berkhemah.

note2: Imtihan final dekat dah, doakan saya , especially Ummi, abah n whole of my family. Ingat daku dlm doamu

note3: ^_^