Monday, May 16, 2011

التضرع إلى الله




Pengharapan, penyerahan sepenuh jiwa kepada tuhan yang menciptakan hati ini,


At-tadarru'..

10 huruf yang dieja tidak sama maknanya yang meliputi seluruh kehidupan manusia,


Bayangkan kita tersesat di pertengahan laut, berpaut hanya pada sebatang kayu untuk menampung diri,Yang dapat dilihat hanya air laut yang terbentang luas,Berbumbungkan langit seluas mata memandang. Pada ketika itu, jantung pasti tidak henti2 berdengup dan hati hanya menyebut YA ROB...YA ROB..YA ROB.. memohon keselamatan , pelindungan dam berharap pasti ada yang akan membantu diri ini..

INI lah yang dinamakan At-Tadarru'.


Sungguh halus perasaan tadarru' itu,

Adakah kita hanya perlu TAdarru' apabila ditimpa musibah sahaja?..


Semoga kita menjadi hamba yang setiap detik degupan jantung hanya bertawakal, memohon perlindungan, sayang dan cinta pada tuhan PEncipta Seluruh Isi di dalam dunia ini.Ameeeen YA Rob

dipetik dari,

حتى يغيروا ما بانفسهم

(عمرو خالد)

_________________________

TEringat pula akan cerita beberapa tahun yang lepas, sewaktu aku dan keluargaku sedang ditarbiyah dengan Penciptaku yang maha pengasih dan penyayang.

Sedar sahaja aku daripada pengsan, aku melihat abah, berkejar berlari memohon pertolongan, Aku hanya terdiam terbaring di atas rumput hijau sambil mengalirkan air mata seakan tidak percaya akan apa yang terjadi dihadapan mataku ini.

Abangku dari jauh melihatku terpaku, menahan kesakitan,

Ya ALLAH pada ketika itu hanya kepadamu tempatku memohon agar keajaipan akan berlaku.

Sebak hatiku melihat abah berlari seperti tidak keruan , memohon pertolongan, kemudian kembali melihat kami, mulutnya tidak henti Menyebut nama-MU YA ALLAH,

Air mata yang mengalir, air pengharapan pada-MU YA ALLAH.

Ummi duduk sambil memegang adik2ku, terdiam seribu bicara..

YA ALLAH Lindungilah Keluargaku,BErkati dan REdhoi Kami Ya ALLAH.


Terima kasih .

A little of Ibtisam.

______________________________

Layakkah aku menjadi umpama sebiji benih yang mampu menanggung sebatang pohon gagah di kemudian hari? Bagaimana upaya benih kecil yang miskin menghasilkan kejayaan gilang gemilang itu?

Terlintas pesanan dahulu, kalau aku melihat secara keseluruhan ladang teh yang menghijau luas saujana mata memandang, nescaya aku akan lemah dan tidak mampu untuk menghabiskan tuaian. Sepatutnya aku terus memotong dan memotong teh yang ada di depanku, sedikit demi sedikit, lama-lama akan habis keseluruhan ladang teh itu. Aku tidak perlu menakutkan diri dengan perkara hadapan yang tidak aku tahu. Aku pasrah, aku berserah.

Kata-kata sahabatku yang kini sedang berjuang di bumi Sahara Sudan..^^

(Al-Bazrah)




note 1: الجواب الرقيق, يسكت الغضب

Sunday, May 15, 2011

Innallah hamaa'na

Assalamualaikum,


Jangan dilihat pada kelemahan diri kita,

bangun dan bangkitlah dengan kelebihan yang dikurniakan pada kita,

takut kee??,

atau penakut,

Jangan khuatir, gusar dan gementar,

Inallah hamaa'na,

(.^_^.)


(INGATLAH)
Jika kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengusirnya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan ketenangan padanya (Nabi Muhammad) dan membantunya dengan bala tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Al-alifat^^

Tuesday, May 10, 2011

Forgiveness

Ttidak tahu mengapa setiap kaliku melihat warna merah rasa tertarik




Brothers and sisters,




Let us raise our hands and put our hearts down upon the forgiveness from Allah,
“May Allah put us among the Mu’minin, Mukhlisin and Solihiin. May Allah helps our brothers and sisters in this world, May Allah put us under His bless and protection”




(Dua) Amma ba’du
Ittaqullah.. Usikum wa iyyaya bittaqwallah.. Faqad faazal muttaqun



(Berjalan-jalan timba pengalaman)



Al-alifat


Note 1: Life is like a Flower it has a smell that takes you to an imaginary world but its thorn would bring you back to reality (.^_^.)

Sunday, May 8, 2011

Thiqah Binafsi

"If you treat people as they are, they will remain as they are. If you treat people them as they ought to be and could be, they will become as they ought to be and could be"



AND


How about ourselves?




Thiqah Binafsi








semuanya bisa (kak naz kata ni bahasa indon, yeke?) kita capai dengan Thiqah Binnafsi (yakin diri)! sepertimana kita yakin untuk belajar berjalan ketika kecil dahulu, sepertimana kita yakin untuk mengayuh basikal tanpa jatuh, sepertimana kita yakin untuk menaiki pentas dan bercerita tentang cita-cita saya sewaktu kecil dahulu, seperti itulah kita mahu buat sekarang! treat ourselve seperti yang sepatutnya Islam mahu. jadilah daie yang thiqah, tidak goyah dan penakut untuk membawa semboyan dakwah..



Al-alifat




note 1 : Selepas aku berfikir, merenung dan mengimbas, ini mungkin satu penterbiyah dari ALLAh untuk diriku, agar menjadi manusia yang thiqah binafsi.


note 2 :Buah cempedak diluar pagar,Ambil galah tolong jolokkan,


Saya budak baru baru sangat belajar,Kalau salah tolong tunjukkan.


note 3: luar nampak tenang , tp siapa yang tahu apa di dalamnya.


note 4: daku mengambil jalan agar update sikit2 dr x update terus..^^


note 5: tadi exam ,x sampai 10 minit je masa tuk jawab adeiii...banyak nak tulis, dr pulak dan panggil2.^^