Monday, December 26, 2011
Saturday, November 19, 2011
Warna -warni Kehidupan
Di imbas kembali susah payah Rasulullah dan para sahabat menerangkan kembali kegelapan jahiliyyah menjadi sinar islam yang sangat Megah... tegakah kita membiarkan ia menjadi gelap , dan terus terus dalam kegelapan. Sampaikah hati kita memusnahkan segala susah payah, penat lelah Mereka dalam menegakkan syariat islam hatta sanggup mengadaikan nyawa dan harta. Tegakah? Ayuh kita sama-sama bangkit meneruskan perjuangan INI.Assalamualaikum...
Aduh dah lama rasa tak menulis,
Aku menulis blog ini sebagai satu jalan untuk aku mengenali diriku, pabila saat aku menjauh aku kan tatap semula mencari post-post menguatkan diriku kembali .Saat aku jatuh akukan menulis untuk meningkatkan kembali kekuatan ini mengharap dan memohon daripada Illahi.
Aku menulis blog ini sebagai satu jalan untuk aku mengenali diriku, pabila saat aku menjauh aku kan tatap semula mencari post-post menguatkan diriku kembali .Saat aku jatuh akukan menulis untuk meningkatkan kembali kekuatan ini mengharap dan memohon daripada Illahi.
Alhamdulillah sehingga saat dan detik ini aku bisa lagi bernafas dengan oxygen yang dipinjamkan Allah dan bergerak dengan anggota yang dihadiahkan untuk aku terus beribadah mengabdikan diri kepadaNYA, menjalankan tugas-tugas dan amanah yang diberikan.
Tarbiyah Illahi
Setiap apa yang terjadi didalam hidup kita segalanya daripada ALLAH, kehidupan kita semuanya berada dibawah penguasaaNya, apa yang terjadi pada kita ALLAH Maha Mengetahui. Maka Pada siapa lagi untuk kita mengadu dan berharap kalu bukan kepadaNYA, jika kita mengharapkan manusia, Sesungguhnya qudrat mereka terbatas, hati kita pun mereka kadang-kadang susah untuk mentafsir, lihat sahaja dimuka kita wajah kegembiraan senyum gembira, mereka katakan kita sedang dalam kegembiraan, walhal pada masa itu kita sedang dalam kesedihan , hanya sukar dan tidak mampu untuk mempamerkan kedukaan di hadapan manusia. Maka pada siapa lagi yang ingin kita mengadu kalau bukan kepada ALLAH yang Mengetahiu segala tentang diri kita hingga kedasar hati yang sangat-sangat dalam.
_______________________________
Aku ditarbiyah merasai kemanisan dan kepahitan dalam kehidupan, agar aku terus kuat menghadapai kehidupan yang kian mencabar. Hanya kepadamu YA Allah tempatku berharap.
Mekanik dan wanita
Huuuh...mengeluh aku sendirian, sudah banyak mentol kami beli tiap kali pasang pasti akan meletup, sinki pula tersumbat, tombol pintu rosak. Kadang-kadang tersenyum sendirian memikirkan masalah-masalah yang datang tanpa pergi ini. Puas sudah aku dan rakan serumah menjadi mekanik sebelum kami menjemput mekanik sebenar, bukan tidak mahu panggil tapi kesibukan dan sering pulang dari jamiah lewat yang menjadi penghalang. Semalam kami kembali ke abad 20-an rumah kami terputus bekalan elektrik dek kerana terjentak, puas dicari punca kenapa berlaku...tak jua-juaku jumpa..hari ini aku ada exam..terpaksalah aku belajar bertemankan torchlight battery. Ya ALLAh memang sangat indah pentarbiyahanMu.
Persatuan dan Belajar
Kira-kira kat jari ni, sudah 8 bulan , aku bergelar Timb.setiausaha MPPMJ, pengurusan masa yang efektif sangat penting apabila kita bergelar mahasisiwa yang berjawatan dalam persatuan, Masa persatuan kita, belajar kita dan yang penting Tarbiyah (DnT) kita semua ini sangat memerlukan penyusunan masa yang betul dan berkesan. Tambahan pula, aku sebagai seorang akhawat, pengurusan emosi yang stabil sangatlah penting, keadaan emosi kita akan mempengaruhi seluruh aspek kehidupan kita muamalah dengan kawan-kawan, ketua, belajar dan lain-lain lagi. Kadang-kadang kita perlu kuat dan berlapang dada dengan apa jua perkara dan masalah yang datang menjenguh.
Kerinduan yang mendalam
Sudah 3 tahun aku bergelar mahasisiwa di University Of Jordan, sudah 3 tahun juga aku meninggalkan bumi Malaysia. Bukan mudah dan bukan jua susah ,kecekalan dan kekentalan serta semangat sangat penting pabila kita belajar jauh daripada keluarga. Hasrat dan harapan ibu bapa dan keluarga sentiasa menjadi penguat untuk meneruskan kehidupan di bumi Anbiya' ini. Tiba masa kita akan diatas, sentiasa tersenyum dan gembira menjalani detik-detik kehidupan, tapi akan tiba masa juga kita akan dibawah, terasa lemah dan kalah. Apapun ini semua adalah lumrah kehidupan teruskanlah berharap pada yang maha Esa. Semoga kelak kitakan berjaya di Dunia dan juga di Akhirat.
Sekian sahaja daripadaku,
Al-alifat
Saturday, November 12, 2011
Aku ingin Kembali

Takdir atau ketentuan Allah Ta'ala kadangkala mempertemukan kita dgn sesuatu yg tidak diundang atau yg tidak diinginkan, memberi apa yang tidak dirancang atau yang dimahukan, hingga memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan dan kedukaan serta membuatkan kita rasa satu kehilangan dan patah semangat dalam kehidupan.
Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti penghargaan..., menanam nilai kasih sayang, menghadiahkan kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih kesabaran serta kekuatan, serta memberi peluang untuk diri menilai erti dan nilai sebenar dunia dan kehidupan..
Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak sesekali menzalimi hamba-hambaNya dengan ketentuanNya kerana hakikat Dia mentakdirkan sesuatu bukanlah berdasarkan sepenuhnya pada kemahuan dan keinginan diri kita, tetapi Dia mengurniakan sesuatu mengikut keperluan kita yakni bersesuaian dengan diri kita.
Ingatlah, kita sebagai hambaNya seringkali lupa dan alpa bahawa permintaan dan kehendak kita termasuklah juga kemahuan diri kita sebenarnya adakalanya didorong oleh nafsu kita. Maka kesimpulannya, bukanlah ia akan menjadi suatu perkara yang baik seandainya didorong oleh nafsu yang seringkali membuatkan manusia itu sendiri terleka. Terimalah seadanya dan hargainya apa yang telah ditentukanNya, semoga kita tergolong dikalangan hamba-hambaNya yang bersabar dan bersyukur sentiasa, insyaAllah..
Marilah kita merenung salah satu firmanNya :
"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." [Ath Thalaaq ayat 3]
We love islam___________________________________________________________________
Aku harus kembali,
Telah jauh aku pergi,
Duhai tuhan ,
Aku lemah,
Ampunkanlah daku,terimalah taubatku,
Sesungguh-Mu YA ALLAH...Maha Pengampun,
Aku ingin kembali,
Kembali padamu.
~YA Rab~
Thursday, September 29, 2011
yee atau tidak

Alhamdulillah setelah beberapa bulan akhirnya dapat juga daku bernafas semula di blog ini..meneruskan kembli perjuangan di bumi urdun ini..(hidup lagi tuan blog nie)
*Sem pertama, tahun 3
kalau nak kata dalam kehidupan ini tak perlu nak buat pilihan, tu bukan nama kehidupan laa..
Masa kecik2 zaman tadika, buat pilihan nak beli gula lolypop kee atau gula kopiko.Bila usia semakin bertambah, kena buat pilihan samada nak pilih kawan yang suka main-main atau kawan yang "good friend"
semakin hari semakin umur bertambah semakin banyak pilihan yang perlu dibuat,
perlu seimbang yang mana yang perlu diaulakan dan yang mana perlu diutamakan"kalau aku diberi pilihan
aku memilih untuk tidak memilih"
teringat kata-kata ini...
ini kata-kata untuk release stress boleh laaa...tapi di alam realiti tak semudah itu...
bagiku pilihan adalah satu proses untuk mematangkan lagi fikiran, semakain rumit pilihan yang perlu dibuat semakin banyak kita akan berfikir dan mengimbangkan, semakin banyak pengalaman dan onak duri yang kita kan tempuhi dan rasa.
Abah kata inilah ilmu kehidupan, kita kan pelajari daripada diri kita sendiri, setiap orang punyai pengalaman dan kenangan yang berbeza, terpulang pada diri kita sendiri untuk menilai keputusan atau pilihan yang kita buat dan apa yang paling penting sentiasalah berlapang dada dan bersifat terbuka.
Dan, akan sampai suatu masa kita akan buat pilihan untuk masa hadapan kita, bagaimana kita nanti, pasangan kita, keluarga kita, anak cucu kita, semua itu terletak pada pilihan dan keputusan kita dimasa kini, siapakah kita pada masa kini.
Akhir sekali ^^, Islam itu indah, dalam islam ALLAH mengajar hambanya agar sentiasa kembali kepada-NYA dalam apa jua keadaan pun, termasuklah dalam membuat pilihan.
"solat istikharah"
Semoga kita semua sentiasa diberkati dan diredhoi ALLAH
hasbiyaallah wanikmal wakil.
sekali sekala wat ayat skema karangan...^^
Subscribe to:
Posts (Atom)

