Friday, June 29, 2012

Cemburu dengan meeka yang belari kencang

ISLAM pasti akan menang , itu janji ALLAH cuma KITA,
samada kita  berusaha untuk sama-sama berjuang mencapai kemenangan atau duduk diam je sambil melihat.


Assalamualaikum,

Beza antara Bumi Jordan dan Malaysia.
Mungkin ini Ujian untuk aku menjadi lebih Kuat dan tabah,
Jika di Jordan  petik Jari je aku dan berada di irbid, atau di mantiqah lain, bersama sahabat untuk berlari kencang dalam tarbiyah ini,semakin lama aku semakin  paham dan kenal akan kepentingan dan kemanisan tarbiyah. Bagitau Homemate " ana keluar dulu yee, in sya ALLAH esok balik :) ", Mereka senyum dan mendoakan keselamtan aku agar selamat sampai ke destinasi.

TAPI,

Berbeza pula pabila aku pulang bercuti ke Malaysia,  masa kita perlu dibahagi dan diluangkan bersama keluarga, dan lain2,  cuti diharapkan sepanjang masa bersama mereka...Aku sebagai anak paham akan perhatian mereka kerisauan mereka  mengenai keselamatan seorang anak perempuan yang akan bergerak diluar sana, akulah yang perlu membahagikan masa Giga-giga sebaik mungkin  dan berusaha bina kepercayaan mereka pada diriku ( In sya ALLAh ummi abah kat luar sana selamat , ALLAHkan ada untuk jaga anakmu ini ) .Kadang-kadang  hati rasa tak senang duduk jika tak mendapat keizinan untuk kemana- mana, rasa nak menangis , bila tak dapat  ikut berdaurah, ber Df bersama adik-adik dan pakcik makcik...Once kalau dapat attend rasa nak menangis , betul2 merasai kenikmatan MASA yang ALLAH berikan , perlu sangat aku gunakan sebaik mungkin,  Once kita diberi chance untuk buat kebaikan , buatlah dan gunakanlah sebaik mungkin, kita tak tahu kita akan ada masa lagi tak untuk digunakan pada waktu yang lain.

So, solution kena jadi creative , Tarbiyah mengajar kita untuk kreatif demi Islam, macamana nak sampaikan SH dengan cara yang berlainan dan berbeza.

 Apa-apa pon diri Take it positive, nak menjadi Muslim yang qawiy  bukan mudah, Syurga ALLAH sangat Special, Do as best as u can,  ALLAh maa'ki  .

Jangan pernah berhenti  berusaha, So far,  makin lama Ummi abah semakin paham, dan sejuk hati  bila  nak beri kebenaran untuk anaknya keluar, tapi aku kena banyak berusaha beri kepahaman dan QUDWAH is the most important, okey umme ayman ayub.

Semoga ALLAh memberkati setiap usahaku, aku masih lemah  , usaha ku masih kecil ...jangan pernah berasa Cukup umme untuk berlari demi Islam.

Allahghayatuna
^______________^


Saturday, May 19, 2012

Kerana aku seorang kakak



Kerana aku seorang kakak,
Memegang amanah yang besar untuk adik-adiknya,
Tak pernah walaupun sedetik berhenti memikirkan adik-adiknya,
Adik-adik adalah tangunggjawab , yang akan dipertanyakan di sana nanti.

Setiap kali telefon keluarga di Malaysia takkan lepas untuk aku bertanyakan khabar adik-adik sihat tak, solat sudah ke, Mengaji dah, baca buku ke belum ,tolong ummi tak buat kerja..
Kadang-kadang rasa nak balik malaysia ingin bersama membesar hidup bersama mereka, sama-sama  belajar mengenali dan menjelajah kehidupan bersama-sama.

Menitis air mata memikirkan tentang mereka, adakah aku sudah menjadi kakak terbaik untuk mereka, setiap perancangan hidup , kehadiran mereka sentiasa ada dalam kamus hidupku,  Dulu aku sentiasa membilang hari bilakah bisa aku kembali hidup seperti dulu, hidup bersama mereka, solat sama-sama, ngaji sama-sama, belajar sama-sama...Aku lah yang bertanggungjawab mencorak keindahan islam didalam hati mereka, agar suatu hari nanti pabila tiba saat aku harus meninggalkan mereka, Aku bisa pergi dengan tenang, Mereka sudah bisa dan melihat sesuatu dengan kaca mata ISLAM. Itulah harapanku sebagai seorang kakak sejak saat kali pertama aku meningglkan mereka sebelum melangkah ke bumi Anbiya' ini, Aku harus kembali pulang untuk mendidik mereka...

Semakin banyak kita melalui sungai-sungai kehidupan semakin  banyak juga batu-batu ujian yang akan kita harungi agar kita menjadi manusia yang kuat

Tadi seorang adikku, bila aku bertanya khabar, dia diam seribu kata, rupa-rupanya sedang menangis, Aku dah berjanji ingin membelikan dia Jam , duit tabungnya habis guna untuk merawat kaki dia yang terkoyak terlanggar batu minggu lepas, biciklah yang bawa ke Klinik, Ummi n abah tak ada rumah pula masa tu, Dia seorang yang sangat lemah lembut dan Independent. " Bitaufiq Wannajah dalam SPM nanti"

Rabiatul seorang yang periang, Siti hajar garang  dan kelakar, Shaima' bertanggungjawab dan banyak bercakap.

Menjadi seorang kakak ibarat permulaan " trainning" untuk menjadi Ibu nanti,  bukan senang tapi sangat indah, Susah senang yang dihadapi  bersama mereka banyak mengajar diri ini menjadi manusia yang perlu banyak bersabar, bersyukur, berkasih sayang, bertoleransi. Ummi salu pesan " Kakak kena banyak bergalah, adik tu tak tahu lagi, kakak lah yang kene ajar"  walaupun kadang kita tak puas hati , berebut-rebut tapi dari sudut hati kita nakkan yang terbaik untuk mereka.

Tanggunhjawab kita pada ummah sangat besar Akan tetapi tanggungjawan pada mereka juga tidakkan terlepas, Kerana aku seorang akak, Aku sentiasa inginkan yang terbaik buat mereka.

Teringat kata-kata seorang Tokoh wanita, pabila ditanya tentang rahsia kejayaan dia dan penyelesaian masalah sosial pada zaman sekarang, dia menjawab pulang dan kembalilah ke rumah kamu semua, bahagiakan dan binalah  keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan mawaddah.

Keluarga adalah Institusi yang sangat penting, jangan pernah abaikan kewajipan ini, Banyak mutiara-mutiara islam yang terbilang lahir daripada keluarga yang penuh dengan keindahan islamiyah.

Semoga kita semua sentiasa menjadi Hamba ALLAh yang sentiasa taat pada perintahnya , Ameen.

Jordan,
4.45 p.m
19 Mei 2012

Wednesday, May 2, 2012

Smile


Lihat Rasulullah walaupon ditolak dicaci dan dihina, Baginda tetap membalas dengan senyuman, ambillah ibrah dan dan hayati akhlak Baginda.

" Ma ajmala Islam"

Kata Dr. Rayyan yang sentiasa murah dengan senyuman.

Apa lagi yang akan membezakan kamu dengan yang lain, jika kamu tidak berusaha menjaga diri dan berakhlak mulia. Bukankah daie itu dirinya mesti dihiasi dengan keindahan akhlak. Lihat sahaja Rasulullah hatta dengan musuh yang mencaci dan menghinanya pun baginda tetap berakhlak dan berlapang dada serta sedia untuk memaafkan dan bertolak ansur .

Janganlah kamu cepat melenting, berusahalah untuk mengawal emosi, in sya ALLAH ini juga adalah jihad, Jihad menundukkan dan melawan Nafsu Kita sendiri.

" Ma ajmala Islam " 
_________________________

Aduhh, Muhasabah balik diri Ini ~ 
OK, ready 4 Imtihan~



Jom baca Blog nie,  Kita tersedar sama 


~Al-alifat~

Monday, March 12, 2012

Dakwah + Pemuda = Daei


Tahu vs tak tahu atau tahu vs tak mahu
Dakwah itu mengajak umat islam merasai tanggungjawab besar yang diletakkan dibahu mereka apabila mereka mendakwa mereka beriman dengan Allah dan hari akhirat dan apabila meraka mengaku dan akur dengan segala perintah Allah dan rasulnya. Tidak mungkin mereka boleh berpeluk tubuh daripada memikul tanggungjawab ini dengan hanya mengaku beriman dan mendakwa diri mereka sebagai muslim dalam erti kata lain “cakap-cakap kosong” .
Pemuda sekalian,
Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai tuhan dan Islam sebagai agama kemudian kita lafazkan syahadah , kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja kita melafazkan syahadah ini. Kita juga perlu fikirkan apakah yang dapat kita lakukan untuk menunaikan tugas penting ini. Jika kita tidak laksanakan kewajipan kita ini atau kita tidak berusaha untuk melaksanakannya kita sebenarnya menempah akibat buruk akibat perbuatan kita dan kita akan rugi didunia dan akhirat.
Mungkin kitakan tertanya-tanya apakah tanggungjawab itu sehingga boleh membawa akibat yang buruk jika diabaikan.
Suatu yang perlu kita fahami, bahawa islam ini bukanlah semata-mata hanyalah solat puasa zakat dan haji, nikah kemudian kita boleh berpeluk tubuh tanpa menitiskan setitik peluh dan kita tidur lena berangapan aku sudah melaksanakan semua hak-hak dalam Islam.
كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُم‌ۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَڪۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (١١٠)
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. [ Al-Imran : 110 ]
Tidak, Bukan sedemikian sahabatku ada satu tanggungjawab yang jauh lebih besar dan sangat penting untuk kita semua sama-sama lakukan. Sedarlah kita sudah lama berehat, sudah lama kita bergoyang kaki terus hidup dalam keadaan “comfort Zone” sedangkan masih ramai lagi manusia yang dahagakan sentuhan iman daripada kita maksiat pula terus berleluasa. Tugas ini bukan semata-mata perlu digalas dan ditanggung oleh orang agamawan sahaja malah doktor, jurutera hatta tukang penyapu sampah juga turut bertanggungjawab. Percayalah jika kita dapat mengetuk dan membuka hati-hati menusia untuk beriman dan mentauhidkan Allah serta memahamkan mereka akan tujuan hidup yang sebenar iaitu khalifah dan ibadah tidak mustahil untuk daulah islam tertegak semula.
Pemuda + Dakwah = Daie
Pemuda itu "Hammasah"nya tinggi, Bila dicabar tak akan menngundur diri, Pemuda, hammasah dan Islam jika seiringi, Pasti gemilang kalimah ILLAHI.
Pemuda itu tiada had umurnya selagi qudrat masih kuat tenaga masih banyak berangkatlah baik dalam rasa ringan mahupun rasa berat, gunakanlah hammasahmu pada jalan Islam. Ummat-ummat terdahulu telah membuktikan kuasa pemuda bisa menggongcang dunia mencapai puncak memakmurkan bumi. Jangan bertangguh yang kuat tidak akan kuat selama-lamanya, sesungguhnya masa tidak lagi cukup dan kita tidak selamanya kuat dan memiliki jiwa pemuda ajal pula akan datang menjemput tanpa menyapa.
Umme Ayman Binti Ayub
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
Sesi 2011/2012