Monday, April 8, 2013

TansurullAllaha yansurkum



Umaira sedang duduk bersendirian mengamati tenangnya biru langit,

“ uhh cepat masa berlalu, pejam celik – pejam celik sudah hampir 4 tahun aku berjuang di Bumi Barakah Syam ini, teringat mula-mula aku menjejakkan kaki di Jamiah ini, berseorangan aku kehulu hilir mencari dimanalah dewan kuliahku, sudahlah tidak  fasih berbahasa arab aishh..umaira..umaira nasib baik ada Batul klo tidak ke planet plutolah kau sampai nanti. Alhamdulillah ,  sekarang semua selok – belok bangunan syariah engkau sudah ketahui. (monolog hati)

Semoga ALLAH berkati !

Umaira!…umaira!, (Batul kawan rapat umaira , dia berwarganegara palestin)

Umaira , maza taf3lin ?
Kuntu ufakkir an ahwalul madhi,
Umaira, ana uhibbuki, jiddan-jiddan, akbar min hazihi dunia,  hubbi li3anna ALLAH, ya tara 3indama enti tarji3 ila Malazia , ana saabqi kullu yaum.. huhu..huhu
Ya Batul, la tahzan, Allah yajzikil Khair.

Tanpa disangka, menitis permata kaca ini, Semoga ALLAH Berkati !

(di dalam bahasa melayu)
Umaira dengarlah kata-kataku ini,
Bila awak balik Malaysia nanti awak tetap hamba ALLAH sama seperti awak menjadi hambanya di Bumi Syam ini, sejujurnya jauh dari lubuk hati ini, saya sungguh gembira  melihat diri awak  sekarang .

Eh kenapa , ada beza ke Batul?

Tak lah, bukan ke dulu kita sama-sama berjanji dan berazam ingin menjadi Da3iah Lillah , Khalifatullah dan 3ibadullah.

Aah, Alhamdulillah , syukran Batul awak banyak membantu saya waktu susah dan senang, bersyukur sangat Allah mempertemukan kita , Semoga kita dapat bertemu kembali di Syurga nanti ( sambil terukir senyuman)

Aiwah, Jom JUmpa  Ayahanda Dr. Sharaf Qudoh, kita sharing maring yee.

Masyi, Yallah!

****************

(Umaira sedang menulis)

 “ Sahabat,Syukran aku ungkapkan kerana membawa aku mengenali Erti menjadi seorang Daie “

Daie ohh daie islam, mari kita duduk bersama sejenak, kita beriman kembali memuhasabah diri , menambah ilmu dan himmahnya. Apalah erti kita menjadi Singa di jalan ini sedangkan hati kita dipenuhi dengan debu-debu kealpaan tanpa kita sedari, ayuh! Kita sucikan kembali.

Syair ana murid Abu ‘Abdullah :

Ketika Tuhan berkata                             Takkah kau malu bermaksiat kepadaku?
Kau sembunyikan dosa dari makhlukku    Tapi dengan penuh noda kau menghadapku?

Daie, tahukan ummat ini sudah tenat, siapa lagi yang akan menyelamatkan Agama Al-Haq ini , jika bukan insan bernama Daie, Aiwah kita mesti bersedia…ya kita mesti,

Sediakan hati yang Suci dan ikhlas kepda-Nya
Akal yang tajam
Jasadi yang qawiy

Oleh itu utama sekali,

“Jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama islam”


Jika kita tidak memilih kanan,  maka kita akan memilih kiri, jika kita tidak penuhi masa kita dengan kebaikan, maka kejahatan akan menggantikannya.

“ kalau sekiranya  al-haq mengikut  al-hawa mereka, nescaya binasalah langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalam keduanya” ( Al-mukminun:71)

Daie, nampakkan betapa bahayanya al-hawa ini, tiada jalan tengah untuk kita memilih. Ia samada Jalan ALLAH atau jalan musuh-Nya.

Bagaimana kita nak merawat ummat ini sedangkan kita juga masih bermandi dengan noda-noda jahiliyyah, walaupun ia susah dan payah , paling tidak pon kita berusaha untuk “tajarrud”.

Agar nanti , tidaklah kita tergolong antara mereka yang “Taqulu ma la taf3alun”.

Wahai Daie, perjalanan yang kita pilih ini bukanlah jalan mudah yang ditaburi dengan bunga mawar putih atau carpet merah nan tersergam indah, ini adalah sebuah jalan perjuangan yang yang memerlukan pengorbanan , pengorbanan  jiwa , harta dan dunia demi Keredhaan-Nya.

Maka, jika dengan bekalan minyak petrol, kereta akan bergerak memecut laju,
Daie pula dengan bekalan iman dan taqwa ia akan terus kukuh dan thabat diatas jalan ini.

Dengan bekalan iman dan taqwa, ia akan memastikan Daie itu, terus bersemangat menegakkakn kalimah al-haq dimuka bumi ini, tambahan ia akan mengelakkan daie itu dari terbabas memasuki selekoh jahiliyyah yang gelap dan menjadikan daie manusia yang kebal menghadapi mehnah dan tribulasi yang bertubi-tubi.

Daie, ingat tak kembali, sewaktu kita mula mengenali Dakwah dan tarbiyah ini, waktu itu kita merasakan kitalah insan yang paling rugi di dunia ini, kita bazirkan belasan umur kita tanpa menyedari  tugas kita dimuka bumi, sejak dari itu kita berusaha untuk berubah dan berubah , sedikit demi sedikit kita mula memahami erti “seorang da3iah Lillah” hammasah kita mengunung tinggi, bergerak laju merentasi bumi.

Akan tetapi, Daie, waktu semakin berlalu, kita terus berkerja dan berkerja sampai detik kita terlupa niat asal kita ,  maka “Futur” datang menghampiri mencairkan hammasah dan iman dihati, syaitan pula mula datang menghasuti.

Maka! apakah yang harus kita lakukan, adakah terus membiarkan ia mencair hingga kita tega “ hantar surat perletakan jawatan” aku tidak mampu lagi menjadi seorang Daie.

Tidak...Tidak

"Umaira,  dengar yee “ wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Muhammad:7)

"Apakah yang ingin awak sedihkan bukankan Allah akan sentiasa bersama kita, sudahlah pergi ambil wudhu’ dan tenagkan dirimu, pintalah kekuatan pada Allah" , Batul

Pada waktu itu , Sahabat sepeti Batul lah yang akan menjadi penawarnya, carilah mereka dan jangan mempersiakan sahabat seperjuangan kita.

Merekalah yang akan memberi ubat pada penyakit ini, penawar menambahkan bekalan iman dan taqwa agar kita terus sama-sama berpimpinan tangan membina tangga-tangga  hingga Islam menjadi Ustaz kepada Alam ini.

SYUKRAN SAHABAT! Kerna sentiasa bersama dengan ku , membawa aku mengenali dunia sebenarku, mempimpin aku mencapai REDHO Tuhanku.

Syukran Batul, Dikau sahabatku dunia akhirat, semoga kita bertemu kembali, jika tidak didunia, In Sya ALLAH di Syurga nanti, Ameeen.

Yang benar,
Umaira
Da3iah Lillah

-Al-alifat-

Sunday, March 10, 2013

MamDE



"Nikmat Tuhan-Mu yang mana ingin dikau dustakan"

Takkala sehat bersenang gembira, kadang-kadang teralpa, kini terasa nikmat kesihatan yang diberikan.

Mungkin perubahan cuaca yang tak menentu, sekejap sejuk sangat-sangat selepas itu panas pula.
Badan kuatlah bertahan, exam pula lagi dua minggu, ya Allah permudahkan.

Allah bagi peringatan ini, " Wahai umme-Ayman anak kepada Encik Ayub go back to ur track yee, dah tersasar sikit dah tu, balik...balik "

Walaubagaimanapon, ia berbalik pada diri kita semula, mantapkan TZ dan mutabaah a'mal, orang mukmin yang berjaya adalah mukmin yang berusaha untuk bertaqwa kepada ALLAH.

Peringat sejenak.

-Al-alifat-

Monday, February 18, 2013

Setiap hari-hari ku adalah hari-hari mu..


Setiap hari-hari ku adalah hari-hari mu..

Abah umi anakmu ini ingin mengucapkan ribuan, berjuta-juta, infinity terimakasih...tanpa abah dan umi, tidak wujudlah diriku di bumi ini..Mengenangkan susah payah, ketabahan dan kekuatan mu mendidik dan mentarbiyah diriku dan adik beradik, menjadikan aku terus bersemangat untuk berjuang di tanah syam ini...memang perit pabila duduk berjauhan, tp inilah kekuatan untuk diriku memahani rencah kehidupan...

Teringat malam-malam sebegini..abah memberikan peringatan dan cerita mengenai asam garam kehidupan...agar aku manjadi anaknya yang solehah..

Ummi, seorang wanita yang sangat gagah, kuat tapi mempuyai hati yang sangat lembut anakmu ini banyak belajar darimu..daku sangat mengkagumi kekuatanmu..


Singkap kembali,
Di dalam kitab Kabair (antara dosa-dosa besar) nombor yang kelapan adalah menderhakai IBUBAPA...ini menunjukkan betapa pentingnya menghormati dan mengkasihi ibu bapa dan melayani mereka dengan baik..

Ummi, Abah diwaktu saat begini...
Doakan Anakmu...

Wednesday, February 6, 2013

Peladang Pilihan


Bersyukur dahulu, baru kamu nanti akan tahu menghargai,
Thiqah binafsi dahulu, baru kamu nanti akan berani dan yakin menghadapi.

Kehidupan banyak mengajar kita menaiki tangganya dari satu tahap ke tahap  seterusnya 
Dan daripada saat ke saat, hingga ke akhirnya , 

Biar payah dan susah, Biar jatuh bangun , inilah nilai  sebuah Kehidupan.

Dunia ini ibarat penyinggahan, kita hanya merasa nikmat yang sementara,
Sebenarnya ada kehidupan yang lebih abadi dan bahagia iaitu di Akhirat sana.
Hanya orang-orang yang bijak, pandai memilih kehidupan yang sebenar.



Mereka adalah manusiawi yang menjadikan Dunia sebagai ladang Akhiratnya. Eh macam mana?
Maca nie, kita bercucuk tanam  pucuk amal islami dan benih-benih pahala, nanti kita kutip dan makan hasilnya di akhirat sana.

Jika seorang itu Muslim, maka dia sudanh tergolong di dalam golongan peladang Pre- Bijak , kerana dia telah memilih kehidupan yang bahagia di akhirat sana walaupun tak ada ladang yang berekar-ekar at least ada Rumah  dan taman halaman ke ? kan :)

Okey tapi, ada lagi satu golongan Peladang yang super duper bijak dan baik,
iaitu mereka yang Muslim dan mengamalkan islam sebagai cara hidupnya dan menyampaikan apa yang di fahami.

Maksudnya, dia memilih untuk menjadi peladang yang terbaik dan bersungguh-sungguh dalam bercucuk tanam serta ajak sekali orang lain merasai kenikmatan bercucuk tanam serta hasil yang diperolehi di kongsikan pada orang lain, supaya orang lain rasa dan ingin sama-sama berusaha menjadi seperti dia.

Inilah Rahsia kejayaan Rasulullah, As-sabiqun Al-awwalun , dan para sahabat 
Mereka adalah Generasi Al-quran yang Super Duper Muslim yang telah memilih untuk menjadi peladang  terbaik yang akan mengutip hasil yang terbaik di akhirat sana.

Rujukan mereka adalah Al-quran dan As-sunnah.

So, sekarang ni Kita pon ada rujukan yang sama kan,
Tapi kenapa kita berbeza dengan dia ?

* Wondering tak *

Ok, sebelum tu Al-quran diturunkan untuk hati kan, so salah satu cara untuk kita memenangi hati manusia  mestilah dengan perkara yang berkait rapat dengan Hati juga ,  so one of the answer is Surat Cinta ILLahi ~ Al-Quran~

Aiwah, Jil Qurani in progress --------->

Sekarang kita dah tahu Generasi Al-Quran itu adalah generasi sahabat-sahabat Rasulullah, Apa yang mereka buat sampaikan Allah dan Rasulullah Redho kepada mereka.

Pertama mereka mula menanam azam dan  menyediakan Hati serta fahami tugas mereka dimuka Bumi ini iaitu sebagai A'bid dan Khalifah, Selepas itu, membersihkan hati dan fikiran daripada noda-noda jahiliyyah , dapat sahaja kefahaman dan hidayah Islam, tanpa lengah kaku mereka terus sampaikan tanggungjawab Syahadatul Haq dengan yakinnya, supaya orang lain pon merasai kemanisan Islam yang mereka rasa.

Shahadatul haq ibarat Gula-gula,
Kita sedang memikul berguni-guni gula-gula dibahu kita, ya! memang berat, tapi kemanisan dan kesedapan gula-gula yang sedang kita pikul ini tiada tandingannya. Oleh itu , kita mestilah menyebarkan kemanisan gula-gula yang sedang kita pikul pada manusia-manusiawi di sekeliling kita agar mereka pon rasa apa yang kita rasa sehingga menyebabkan mereka pon ingin bersama-sama kongsi dan bantu kita untuk menyebarkan kemanisan gula-gula yang sedang kita pikul ini ,pada orang lain, Akhirnya bebanan yang kita pikul semakin lama semakin ringan kerana kita bersama-sama bantu membantu menyampaikan kemanisan Syahadatul haq ini. Best tak ? , tak delah kita pikul seorang-seorang akhirnya sampai masa gula-gula itu tampat tempoh , dan kita pula sudah tua dan tidak berdaya sambil menanti ajal.

Amal adalah apa yang lahir dari hati,
JIka hati kita suci, yakin dan bersedia, Maka amal yang kita buahkan sangatlah menakjubkan.

Oleh itu mereka sentiasa berterusan ber"juhud"  melucutkan jahilyyan di dalam diri mereka , dan berusaha untuk memahami Al-quran dalam konteks A'bdi dan A'mali.
Haq dan Batil tidak boleh berjalan seiringan.

Tambahan itu, quote yang telah menjadi darah daging mereka " Hidup Mulia ataupon Mati Syahid" bahagiakan jadi orang muslim tiada rugi pon didalam kehidupan mereka , kita boleh memilih antara dua, inilah jual beli yang menguntungkan . Bukan manusia yang tawarkan pada kita, tetapi RAB kita yang membuka tawaran ini.



Semua ini mereka poroleh adalah Hasil daripada Tarbiyah RASULULLAH,
Tarbiyah adalah sebab mengapa mereka bisa mencabut Jahiliyyan dari akar Umbi,
Tarbiyah adalah sebab mereka menjadi Muslim 24/7
Tarbiyah adalah sebab mereka boleh menjadi Daie dan peladang yang Super Duper Saiya.

Oleh itu Jikalau kita juga ingin menjadi seperti mereka, Kita juga perlu mengikuti Madarasah Tarbiyah seperti  mereka , Tidak mustahil jika kita mahu.

Hendak seribu daya , Kalau tak nak seribu Dalih.

Jom! Kita sama-sam Daftar masuk Madrasah Tarbiyah Yoshh!

Sekian.
Ar-Rumaisa'

Note: Rasa macam susunan ayat keling sikit hehe, Redho je ehh :)