Assalamualaikum,
Alhamdulillah berkesempatan juga daku mendengar kata-kata taujihat bapak Anis Matta, kata-katanya hidup dan membara, mungkin kerana beliau tidak bersifat " Taqulu ma la tafa'lun", ( huhu, sangat terasa diri ini)
Perkongsian bersama Pak Anis Matta
Kita sebagai mahasiswa islam, pertamanya perlu dibina dan membina dengan pemikiran “ عقلية هندسية “ iaitu pemikiran mencorak dan “ design” bukan hanya duduk dan menadah akan tetapi berani mencorak perubahan terutamanya pada diri kita dan masyarakat sekeliling sehingga Negara dan seterusnya Ustaziyatul Alam.
Yang kedua, “عقلية تسخيرية “ , mindset penakluk, memandang apa jua masalah, cabaran dan tentangan sebagai wilayah taklukan, tiada apa yang mustahil jika kita tekad dan berusaha. ( aktivis islam itu mestilah mempunyai semangat, visi dan misi yang luar biasa”.
Yang ketiga, “ عقلية تجريبية “ , mindset experiment, berani memcuba sesuatu yang baru, belajar dari sejarah, tak mengapa jika kita salah atau kalah, akan tetapi semangat mencuba itulah yang sangat penting bagi aktivis islam, jika kita salah atau kalah mesti ada sebabnya, maka belajarlah dari kesalahan dan kekalahan itu, tambahan Bapak Anis matta mengalakkan kita banyak menjelajah bumi ciptaan Tuhan, luaskan pengalaman dan pengetahuan , lihat sejarah dan geografi sesuatu tempat , dua ilmu ini ( tambah satu lagi, ilmu adab dan sastera) sangat penting jika kita ingin menakluk Bumi, bukankah tujuan hidup kita adalah abid dan Khalifah maka inilah permulaan usaha-usaha kita kearah itu.
Dan akhir sekali, “عقلية ابداع “ , mulakan langkah , masa hadapan kita adalah daripada cita-cita kita. Maka binalah cita-cita yang besar untuk menghasilkan masa hadapan yang unggul.
( semoga bermanfaat)
*Currently di mantiqah Mutah, bersama akhawat :)
-Al-alifat-
Friday, May 3, 2013
PKS
Labels:
Mengembara,
Tarbiyah,
urduni
Wednesday, May 1, 2013
Bapak Anis Matta
'' Mahasiswa, Generasi Membangun Peradaban '' bersama Bapak Anis Matta, Presiden PKS.
Alhamdulillah tak sangka di Bumi Syam Jordan ana berpeluang berjumpa dan bersua muka dengan Bapak Anis matta, sejujurnya ana sangat kagum dengan semangat, pemikiran islam yang dibawa oleh Anis Matta. In sya ALLAH nanti kalau berkesempatan ana akan share setiap ibrah yang ana perolehi nanti ye :)
------------------------------------------------------------------
Antara Idola ku, selepas Zainab Al-Ghazali ,
Teringat ayat surah Al-Insyirah yang dihuraikan Dr solah Al-khalidi, seorang Mufassiran era kini:
Allah menenangkan hati-hati sang pejuang dakwah..jalan ini bukan jalan yang mudah, ia susah dan payah kerana kesenangannya di sana nanti...selepas kesukaran itu pasti ada kemudahan...Di akhir ayat pula, kepada Tuhammu tempat berharap dan meminta, setelah penat lelah berjuang, kutiplah semula semangat dan senjata2 dlm jln dakwah dari Tuhanmu dgn bertawajjuh kpd ALLAH..
. Disinilah dikau akn mendapat bekalan utk menempuhi jln dakwah.
. Disinilah dikau akan mendapat alat2 senjata utk kelengkapan berjihad.
. Disinilah dikau akan temui kesenangan dn kemudahan setiap kali engkau menempuh kesukaran dan kesulitan.
. Inilah jalan perjuangan dakwah.
~Dibalik Debu Perjuangan
* lagi 3 subjek lagi, ummi kuat!!!, akan tetapi ia tidak berhenti setakat Degree , in sya ALLAH master sedang menanti. yeah! * sebenarnya program bersama Anis Matta bertembung dengan rehlah ana bersama kawan-kawan arab, memangdangkan mungkin ini kali terakhir ana dapat spent time dengan mereka, huhu (memilih antara dua)
* Aishh tak tetap pendirian pulak rasa, sekejap ana, kejap saya, kejap aku..tapi penggunaan ini digunakan berdasarkan struktur ayat dan situasi...* tak boleh lari*
-Al-alifat-
Sunday, April 28, 2013
Bukan sayang "plastik"
Ummi , Abah, Along, Angah, Alang, Bicik, Uda, Bcu , Kakak...
'Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.' (64:11)
Abah, baik-baik ye disana,
Teringat sehari sebelum abah kemalangan daku menghantar pesanan ringkas SMS
Diriku: Assalamualaikum, Ummi abah, doakan ateh , hari ni ateh dah mula imtihan, doakan ateh dapat jawab dengan tepat dan berjaya
Abah membalas : Waalaikumussalam Abah dan Ummi doakan agar dimudahkan Insya ALLAH ( pukul 9 pagi), SMS kedua, Ameeen
SMS ketiga, Mudah-mudahan ALLAH permudahkan ( pukul 12 tengah hari)
Pelik juga sampai tiga mesej abah hantar, itu tandanya abah sangat-sangat mengambil berat dan care pada anaknya. Terima kasih ABAH
Abah lah ayah yang terbaik, tiada siapa boleh menggantikan ABAH.
----------------------------------------
Abah, sedar sahaja dari kemalangan abah bagitahu ummi.
Abah: Jangan bagitahu anak-anak, abang kemalangan, nanti mereka risau. Anak-anak tengah Imtihan ni.
Abah jangan risau, abah kuatkan semangat, Kekuatan Abah adalah kekuatan KAMI semua,
Jangan kata dirimu beriman sebelum datang kepadamu Ujian, ini mungkin ujian bagi kami anak-anakmu, setakat mana kebergantungan dan tawakal kami kepada ALLAH.
-----------------------------------------
Abah, saat ateh mendapat berita abah kemalangan , terus terfikir dibenak pemikiran dan hati, sebanyak mana ateh sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada ummi dan abah.
Birru walidain
Banyak ALLAH sebut di dalam AL-Quran antaranya , Surah Luqman,
“ Dan Kami perintahkan kepada manusia ( berbuat baik ) kepada dua orang ibu bapa; Ibu yang telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu…”
( Surah Luqman: 14 )
Birru walidain lebih tepat maksudnya, berbaktilah kepada kedua ibu bapa kita, dari segala aspek, termasuk agama perkara yang paling besar hingga perkara yang paling kecil sekali. ( paling penting doa seorang anak yang soleh)
Tapi sekarang ini kita banyak Hubbu walidain tanpa dibuktikan dengan Birruwalidain,
Kita kata kita sayang mereka sangat-sangat, akan tetapi berbakti pada mereka tidak pula.
Sayang itu mestilah di lahirkan dari perbuatan bukan kata-kata sahaja.
Astagfirullahal A'zim,
Marilah-marilah....
kita jaga mereka, jaga hati mereka, ajari islam pada mereka, call mereka, hormat pada mereka, menjaga tingkah laku kita, melayani mereka dengan baik, kita buat kebaikan agar mereka juga mendapat saham dari seorang anak yang Soleh dan Solehah dan berbagai-bagai lagi cara untuk kita berbakti pada mereka , bukan sahaja sayang.
Bukan sayang Plastik.
----------------------------------------
Syukran kepada sahabat seperjuangan, banyak sokongan moral dan kata-kata semangat antunna lontarkan pada diri ini dan doakan untuk abah.
Sahabat seperjuangan , adalah sahabat yang mengingatkan kita tentang ALLAH, pada saat kita Lemah, Syukran sahabat.
Teringat, pagi sebelum mendapat berita abah, aku dan sahabatku bercurhat,
"Daie dan futur perkara biasa, kerna iman kita yazid wa yanqus akan tetapi Murobbi yang meninggalkan Mutarobbinya kerana Futur bukan perkara yang biasa."
Check balik hati dan keikhlasan kita dijalan ini.
AstagfirullahalA'zim wa nauzubillahiminzalik
-------------------------------------------
Senyum :)
Tenanglah menghadapi Musibah itu tanda orang yang beriman
Habiyallhiwanikmal wakil.
-Al-alifat-
Thursday, April 11, 2013
Surah kesembilan, ayat seratus dua puluh satu
وَلَا يُنْفِقُونَ نَفَقَةً صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً وَلَا يَقْطَعُونَ وَادِيًا إِلَّا كُتِبَ لَهُمْ لِيَجْزِيَهُمُ اللَّهُ أَحْسَنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
And whenever they spend anything [for the sake of God], be it little or much, and whenever they move on earth [in God's cause] - it is recorded in their favour, and God will grant them the best reward for all that they have been doing (9:121).
( terjemahan english zouq lagi bila baca, kadang-kadang)
Alhamdulillah,
Semoga kita terus diberi kekuatan untuk Thabat,
Cerita 1,
Alhamdulillah dan Alhamdulillah, semalam baru dapat result Madah Qodoya Mustajidah Fil Ibadah, ( masalah-masalah baru dalam ibadah ) jujurnya subjek ini agak gerun juga, banyak qaedah-qaedah baru dan qawaid fiqhiyah yang daku kena hafal dan belajar untuk aplikasikan ia. Tambahan soalan Doktor yang agak berpeluh jugalah nak jawab. Allah sahajalah yang tahu, dah masuk Tahun akhir ni, disamping ilmu yang ingin didalamai , pointer juga kenalah di jaga. Harapnya madah-madah yang lain nanti akan dapat natijah yang terbaik. " jika kita berusah yang terbaik , Allah akan beri yang terbaik juga"
Cerita 2,
Ya Allah, minggu lepas sejurus selepas tamatnya exam, petang itu aku harus ke irbid berjumpa dengan akhawat-akhawat disana, ada daurah dan munaqoshah yang aku wajib hadiri, terfikir juga banyak urusan rumah tidak selesai lagi untuk diuruskan, basuh baju ( nak-nak air hanya masuk hari sabtu ). kemas rumah, masak-masak untuk ahli rumah, tapi bagaimana? ada kewajipan yang lebih aula untuk aku penuhi, maka aku bercadang untuk pulang awal pada hari sabtu itu. Siap dah plan dalam bas , and buat checklist. Akan tetapi setibanya aku dirumah, segala yang ingin aku selesaikan semuanya sudah tersusun rapi, baju-baju ku habis dibasuh, diampai dan dilipat..rumah tersusun kemas, tambahan makanan yang enak susuah terhidang. Siapalah yang tak terkesima dengan keakhawatan mereka, tenangnya hati ini "merekalah Qurratu 'ayuunku"
Cerita 3,
Semalam bicik viber, dia dah dapat schedule trip ke Turkey. Aishh siapalah yang tak jeleous, ikutkan hati nak berjaulah bersama, tapi cuti bulan 6 nanti banyak perkara yang aku kene settlekan, Dnt dah urusan-urusan belajar. Tak pa-takpa in sya Allah lepas ini ada rezeki dapat berjaulah ke tempat lain, China ke, Spain ke, Morocco ke ( tak apa2 tunggu dah kerja nanti, boleh kumpul duit dapat jumpa akhwat sambil berjaulah, kena gantikan ustazah Maznah, kesian ustazah? Aina syabab! ), *Nanti nak pesan bicik belikan Kitab Rasail An-Nur, said Badiuzzaman An-Nursi, mujaddid islam di Turkey )
Cerita 4,
"Ummi, semoga cepat sembuh dan dipermudahkan semuanya, jaga diri baik-baik, ateh and bicik selalu doakan semoga keluarga kita diberkati dan dilimpahkan mawaddah dan Sakinah , Ameen."
Note: PRU 13, jom kita cakna pada negara kita demi Islam tercinta
-Al-alifat-
Subscribe to:
Posts (Atom)



