Tuesday, May 7, 2013

Keluarga pokok itu Kawan

As sisters
(click here)

We've come through a lot together.
We've laughed and argued and sometimes
driven each other crazy-but we've survived.
We wouldn't be family if we got along perfectly.
And we still may not always
see eye to eye on things, but that's okay, because we understand each other.

What is important is something we both know in our hearts we love each other
and  we're here for each other...
No matter what.

A sister is a friend who lives in the same family tree.

Note: Walauapapon ateh kan kakak, so adik kene selalu bergalah dengan kakak :p, erkk


-Al-alifat-

Saturday, May 4, 2013

Bukan alasan tetapi kekuatan



Ketika ditanya kepada Dr. Yusuf Qardhawi apakah rahsia beliau boleh menguasai ilmu dan mengeluarkan pendapat-pendapat yang hebat, beliau menjawab bahwa selama ini dia tidak memperlajari sesuatu untuk manfaat terhadap dirinya sendiri, tetapi untuk ummat.


Wahai Daie, 
Tiada apa yang lebih berharga melainkan Tugas menyampaikan Syahadatul Haq yang dikau pikul ini,
Jika engkau merasakan ia sangat berat bagimu, 
Yakinlah Ummat terdahulu telah membuktikan tiada yang mustahil jika engkau berusaha yang terbaik dan meletakkan tawakalmu pada Tuhan yang Maha Esa.

Wahai Daie,
Singkaplah jendela, perhatikanlah langit ciptaan Tuhan,
Di waktu kegelapan malam ini, pejamkan mata mu, tenangkan jiwamu,
Dan ucapkanlah ,

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir. (Q.S. al-Baqarah [2]: 286)”

Bukankah dengan mengingati ALLAH hatikan menjadi tenang, besarkan jiwamu wahai Daie, Allah pasti akan memberi apa yang terbaik untukmu..



لاَ يُسْتَطَاعُ العِلْمِ بِرَاحَةِ الْجِسْمِ
“Tidaklah diperolehi ilmu dengan jasad yang santai.”

__________________________________________________
Ya Rab, permudahkan, saat terasa waktu begitu sangat berharga, 
Tahun akhir yang mentarbiyah jiwa, 
DnT bukan alasan, akan tetapi jadikan ia sebagai kekuatan,

Note: Perasaan ini selalu datang , selepas aku tamat bermeeting atau bersyura, sangat terasa tugas Daie ini bukan tugas yang mudah, sangat-sangat memerlukan kekuatan.( rasa ada batu besar kat belakang bahu, huhu)

PRU 13, semakin memuncak kuatkan usaha dan keterikatan pada Tuhan yang Maha Esa


-Al-alifat-

Friday, May 3, 2013

PKS

Assalamualaikum,

Alhamdulillah berkesempatan juga daku mendengar kata-kata taujihat bapak Anis Matta, kata-katanya hidup dan membara, mungkin kerana beliau tidak bersifat " Taqulu ma la tafa'lun", ( huhu, sangat terasa diri ini)




Perkongsian bersama Pak Anis Matta

Kita sebagai mahasiswa islam, pertamanya perlu dibina dan membina dengan pemikiran “ عقلية هندسية “ iaitu pemikiran mencorak dan “ design” bukan hanya duduk dan  menadah akan tetapi berani mencorak perubahan terutamanya pada diri kita dan masyarakat sekeliling sehingga Negara dan seterusnya Ustaziyatul Alam.

Yang kedua, “عقلية تسخيرية “ , mindset penakluk, memandang apa jua masalah, cabaran dan tentangan sebagai wilayah taklukan, tiada apa yang mustahil jika kita tekad dan berusaha. ( aktivis islam itu mestilah mempunyai semangat, visi dan misi yang luar biasa”.

Yang ketiga, “ عقلية تجريبية “ , mindset experiment, berani memcuba sesuatu yang baru, belajar dari sejarah, tak mengapa jika kita salah atau kalah, akan tetapi semangat mencuba itulah yang sangat penting bagi aktivis islam, jika kita salah atau kalah mesti ada sebabnya, maka belajarlah dari kesalahan dan kekalahan itu, tambahan Bapak Anis matta  mengalakkan  kita banyak menjelajah bumi ciptaan Tuhan, luaskan pengalaman dan pengetahuan , lihat sejarah dan geografi sesuatu tempat , dua ilmu ini ( tambah satu lagi, ilmu adab dan sastera) sangat penting jika kita ingin menakluk Bumi, bukankah tujuan hidup kita adalah abid dan Khalifah maka inilah permulaan usaha-usaha kita kearah itu.

Dan akhir sekali, “عقلية ابداع “ , mulakan langkah , masa hadapan kita adalah daripada cita-cita kita. Maka binalah cita-cita yang besar untuk menghasilkan masa hadapan yang unggul.

( semoga bermanfaat)


*Currently di mantiqah Mutah, bersama akhawat :)

-Al-alifat-

Wednesday, May 1, 2013

Bapak Anis Matta




'' Mahasiswa, Generasi Membangun Peradaban '' bersama Bapak Anis Matta, Presiden PKS.

Alhamdulillah tak sangka di Bumi Syam Jordan ana berpeluang berjumpa dan bersua muka dengan Bapak Anis matta, sejujurnya ana sangat kagum dengan semangat, pemikiran islam yang dibawa oleh Anis Matta. In sya ALLAH nanti kalau berkesempatan  ana akan share setiap ibrah yang ana perolehi nanti ye :)

------------------------------------------------------------------

Antara Idola ku, selepas Zainab Al-Ghazali ,

Teringat ayat surah Al-Insyirah yang dihuraikan Dr solah Al-khalidi, seorang Mufassiran era kini:

Allah menenangkan hati-hati sang pejuang dakwah..jalan ini bukan jalan yang mudah, ia susah dan payah kerana kesenangannya di sana nanti...selepas kesukaran itu pasti ada kemudahan...Di akhir ayat pula, kepada Tuhammu tempat berharap dan meminta, setelah penat lelah berjuang, kutiplah semula semangat dan senjata2 dlm jln dakwah dari Tuhanmu dgn bertawajjuh kpd ALLAH..

. Disinilah dikau akn mendapat bekalan utk menempuhi jln dakwah.
. Disinilah dikau akan mendapat alat2 senjata utk kelengkapan berjihad.
. Disinilah dikau akan temui kesenangan dn kemudahan setiap kali engkau menempuh kesukaran dan kesulitan.
. Inilah jalan perjuangan dakwah.

~Dibalik Debu Perjuangan 






* lagi 3 subjek lagi, ummi kuat!!!, akan tetapi ia tidak berhenti setakat Degree , in sya ALLAH master sedang menanti. yeah!
* sebenarnya program bersama Anis Matta bertembung dengan rehlah ana bersama kawan-kawan arab, memangdangkan mungkin ini kali terakhir ana dapat spent time dengan mereka, huhu (memilih antara dua)
* Aishh tak tetap pendirian pulak rasa, sekejap ana, kejap saya, kejap aku..tapi penggunaan ini digunakan berdasarkan struktur ayat dan situasi...* tak boleh lari*


-Al-alifat-