Tuesday, May 7, 2013

people change

-people change-


Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself.”
― Leo Tolstoy  (okey nanti  baca ye War and peace)

Jika kita tidak mengubah cara pemikiran kita, kita tida akan dapat buat  apa-apa perubahan pon.
oleh sebab itu,

Aku sangat-sangat sedang berusaha untuk bermujahadah membuat perubahan terutama pada diriku,
Setiapa kali bulatan gembira, aku selalu kata pada mereka , adek-adekku " hari ini kita dah berkata banyak , maka Jom lah! kita beramal sama banyak dengan apa yang kita perkatakan". Malu sangat kalau jadi daie yang takulu ma la tafa'lun, Betulkan.


____________________________

"Tingkatan tanggungjawab",
 bagi aku umur bukanlah kayu ukur menandakan seseorang itu sudah matang, akan tetapi kesediaan dan keyakinan untuk memikul tanggungjawab yang menentukan.

Persiapsediakan lah, dengan segala kelengkapan, agar bila tiba masanya, engkau tidak mudah melatah atau lemah.

Dan juga , kerana tingkatan tanggungjawab ini asasnya adalah Dakwah dan tarbiyah, maka akulah yang terlebih dahulu perlu didakwahi dan ditarbiyahi , mana mungkin bangunan yang tampak gah dan kukuh dibina dari tiang yang rapuh.

Aiwah! , Individu muslim baik, kacak lagi bergaya in progress ( bak kata pakcik APG, erkk)

Note: terasa pembaharuan pada tulisanku sejak kebelakangan ini, nampak serius jee.
Note 2: jeles sangat dia dah khatam Hadith 40, aku pula pasti akan menyusul okey bintu Ayub!


-Al-alifat si perindu syahid-

Keluarga pokok itu Kawan

As sisters
(click here)

We've come through a lot together.
We've laughed and argued and sometimes
driven each other crazy-but we've survived.
We wouldn't be family if we got along perfectly.
And we still may not always
see eye to eye on things, but that's okay, because we understand each other.

What is important is something we both know in our hearts we love each other
and  we're here for each other...
No matter what.

A sister is a friend who lives in the same family tree.

Note: Walauapapon ateh kan kakak, so adik kene selalu bergalah dengan kakak :p, erkk


-Al-alifat-

Saturday, May 4, 2013

Bukan alasan tetapi kekuatan



Ketika ditanya kepada Dr. Yusuf Qardhawi apakah rahsia beliau boleh menguasai ilmu dan mengeluarkan pendapat-pendapat yang hebat, beliau menjawab bahwa selama ini dia tidak memperlajari sesuatu untuk manfaat terhadap dirinya sendiri, tetapi untuk ummat.


Wahai Daie, 
Tiada apa yang lebih berharga melainkan Tugas menyampaikan Syahadatul Haq yang dikau pikul ini,
Jika engkau merasakan ia sangat berat bagimu, 
Yakinlah Ummat terdahulu telah membuktikan tiada yang mustahil jika engkau berusaha yang terbaik dan meletakkan tawakalmu pada Tuhan yang Maha Esa.

Wahai Daie,
Singkaplah jendela, perhatikanlah langit ciptaan Tuhan,
Di waktu kegelapan malam ini, pejamkan mata mu, tenangkan jiwamu,
Dan ucapkanlah ,

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir. (Q.S. al-Baqarah [2]: 286)”

Bukankah dengan mengingati ALLAH hatikan menjadi tenang, besarkan jiwamu wahai Daie, Allah pasti akan memberi apa yang terbaik untukmu..



لاَ يُسْتَطَاعُ العِلْمِ بِرَاحَةِ الْجِسْمِ
“Tidaklah diperolehi ilmu dengan jasad yang santai.”

__________________________________________________
Ya Rab, permudahkan, saat terasa waktu begitu sangat berharga, 
Tahun akhir yang mentarbiyah jiwa, 
DnT bukan alasan, akan tetapi jadikan ia sebagai kekuatan,

Note: Perasaan ini selalu datang , selepas aku tamat bermeeting atau bersyura, sangat terasa tugas Daie ini bukan tugas yang mudah, sangat-sangat memerlukan kekuatan.( rasa ada batu besar kat belakang bahu, huhu)

PRU 13, semakin memuncak kuatkan usaha dan keterikatan pada Tuhan yang Maha Esa


-Al-alifat-

Friday, May 3, 2013

PKS

Assalamualaikum,

Alhamdulillah berkesempatan juga daku mendengar kata-kata taujihat bapak Anis Matta, kata-katanya hidup dan membara, mungkin kerana beliau tidak bersifat " Taqulu ma la tafa'lun", ( huhu, sangat terasa diri ini)




Perkongsian bersama Pak Anis Matta

Kita sebagai mahasiswa islam, pertamanya perlu dibina dan membina dengan pemikiran “ عقلية هندسية “ iaitu pemikiran mencorak dan “ design” bukan hanya duduk dan  menadah akan tetapi berani mencorak perubahan terutamanya pada diri kita dan masyarakat sekeliling sehingga Negara dan seterusnya Ustaziyatul Alam.

Yang kedua, “عقلية تسخيرية “ , mindset penakluk, memandang apa jua masalah, cabaran dan tentangan sebagai wilayah taklukan, tiada apa yang mustahil jika kita tekad dan berusaha. ( aktivis islam itu mestilah mempunyai semangat, visi dan misi yang luar biasa”.

Yang ketiga, “ عقلية تجريبية “ , mindset experiment, berani memcuba sesuatu yang baru, belajar dari sejarah, tak mengapa jika kita salah atau kalah, akan tetapi semangat mencuba itulah yang sangat penting bagi aktivis islam, jika kita salah atau kalah mesti ada sebabnya, maka belajarlah dari kesalahan dan kekalahan itu, tambahan Bapak Anis matta  mengalakkan  kita banyak menjelajah bumi ciptaan Tuhan, luaskan pengalaman dan pengetahuan , lihat sejarah dan geografi sesuatu tempat , dua ilmu ini ( tambah satu lagi, ilmu adab dan sastera) sangat penting jika kita ingin menakluk Bumi, bukankah tujuan hidup kita adalah abid dan Khalifah maka inilah permulaan usaha-usaha kita kearah itu.

Dan akhir sekali, “عقلية ابداع “ , mulakan langkah , masa hadapan kita adalah daripada cita-cita kita. Maka binalah cita-cita yang besar untuk menghasilkan masa hadapan yang unggul.

( semoga bermanfaat)


*Currently di mantiqah Mutah, bersama akhawat :)

-Al-alifat-