(Anak dan ummi)
Ummi kalau sesuatu perkara yang sedang kita lakukan dibawah pengetahuan kita, akan tetapi kita tidak tahu lagi pengakhirannya bagaimana , ummi rasa apa yang patut kita buat :) ?
Ermm, kita usaha buat yang terbaik sehingga selesai , then selepas itu, jika kita peroleh kejayaan baru kita khabarkan pada manusia sekeliling agar mereka mendoakan semoga Allah meredhoi dan melimpahkan keberkatan diatas kejayaan kita ini supaya ia berterusan.
Aiwahhh!, tersenyum dan berharap semoga ummi memahami disebalik kata-kata yang tersirat ini . Rabbi yassir wa la tua'ssir , Ya Karim.
[Inginku kata]
" Selamat Hari Murobbi "
3 Tahun bersama Madrasah Tarbiyah, Alhamdulillah.
-Al-Alifat-
Thursday, May 16, 2013
Monday, May 13, 2013
Humaira : Lipatan kertas
( di bilik study)
Tadi berborak dan bercerita dengan salah seorang housemateku, umurnya 15 tahun mak dan ayahnya amanahkan kami untuk menjaganya.Namanya Mawaddah, akan bersekolah di sini nanti.
Tadi berborak dan bercerita dengan salah seorang housemateku, umurnya 15 tahun mak dan ayahnya amanahkan kami untuk menjaganya.Namanya Mawaddah, akan bersekolah di sini nanti.
Kak, boleh saya amik masa akak sekejap, aku yang baru pulang dari jamiah dalam kepenatan sambil mengangguk.
Ye Mawaddah, sambil tersenyum menyembunyikan wajah kepenatanku.
Akak ada tak kertas kosong yang tidak digunakan.
Aku tersengih cuka sambil berkata , ada-ada.
Okey,kejap lagi Adah datang balik ehh, nak tunjuk sesuatu kat akak.
Okeyyy, apalah tu, jawabku.
( seminit berlalu )
Akak mana kertas tadi, okehh akak tadi Adah dapat sesuatu, sambil melipat-lipat kertas A4 yang aku berikan, Dia terus menerus melipat kertas itu hingga akhirnya menjadi satu perkataan "ISLAM & SYURGA", akak Islam itu agamanya bersifat fitrah, kalau kita buat baik Allah kurniakan Syurga, tapi kalau kita malas dan buat jahat selalu Nerakalah jawabnya.
Okeh akak, jaditak Adah buat huruf dari kertas, senang je segalanya di jarimu, hehe.
Aku tersenyum hilang kepenatan , sucinya mereka tidak ternoda dengan permainan dunia, aku yang kini sudah semakin bertambah usia, kembalilah menghisab diri, layakkah Syurga dikurniakan untukku. Sudah segigih mana aku menyampaikan Risalah Syahadatul Haq ini.
Tiba-tiba percikan air bawang yang dipotong Ikrimah didapur terkena mataku, aishh pedih betul.
Jangan dipersiakan masa bersama mereka, bagi mereka itulah perkara paling menarik yang dipelajari hari ini, walaupun hanya melipat kertas A4, belajarlah untuk menghargai.Ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
Yang muda menghormati yang Tua, yang tua menghargai yang muda.
Okey setakat ini, :)
Sincerly,
diary Humaira.
Bersambung...
Bersambung...
-Al-Alifat-
Saturday, May 11, 2013
Humaira: Al-waqiah
( hutan rimba )
Burung-burung berterbangan riang,
Sejuk angin bayu mengusap kalbu,
Deru air mengalir laju,
Memberi ketenangan pada jiwa yang mahu,
Bunga orkid berkembang mekar
Terulik kekiri dan kanan,
Arnab kecil berlari-lari,
Cengkerik berbunyi dicelahan rerumput.
"Ya Allah, dimanakah aku sekarang, sungguh indah bagaikan syurga idaman gayanya." monolog Humaira pada dirinya.
Tiba-tiba, alunan ayat-ayat Al - Waqiah menyelinap masuk ke gegendang pendegarannya, lalu Humaira tersedar sambil terukir senyuman dibibir, "ohh! , aku bermimpi rupanya, sangkakan aku sudah menjadi bidadari kayangan. Ehh terperasantan pula, beramal masih seciput ada hati mahu jadi bidadari kayangan", tegur Humaira pada dirinya.
Lantas humaira bingkas bangun mengalihkan selimut yang menutupi tubuhnya dan menggapai telefon samsung Nexus hadiah pemberian dari abah tersayang, "pukul berapa sekarang ,ohh 3.30 pagi, aiwah sempat lagi ni, Subuh masuk pukul 4.15 "
Selesai berwudhu' Humaira menggerakkan sahabatnya, Atiqah, Ikrimah...jom! bangun, kata semalam ada temujanji, kau suruh aku kejutkan.
"Temujanji dengan sapa pula, sambil menggosok- gosok matanya yang tidak gatal", ujar Ikrimah.
"Dengan Allah, hehe, kata semalam dah baca buku berkali- kali tapi tak paham-paham so, jomlah kita ngadu pada-Nya, sharing- maring",sambil tersengih, Humaira.
" kau ni ada-ada jelah umai, syukran!!!! Kejutkan" , ujar Atiqah.
Humaira lantas bergerak ke ruang solat, bertahajud pada pencipta-Nya memohon keampunan dan kekuatan untuk berjihad dipentas dunia ciptaan Tuhan Rabbal a'lamin.
Selesai sajaha menunaikan solat, Humaira teringat kembali mimpinya tadi, syukran Ya Allah tak sangka aku dihadiahkan mimpi seindah itu, tapi apa ehh maksud disebalik mimpi ini.
" pelik tapi benar "
Sementara itu, Humaira menggapai al-quran kesayangannya untuk dibaca sambil menanti Azan Subuh berkumandang.
Dibukanya, tiba-tiba, bibirnya tersenyum dan matanya sedikit bundar, " Ya Allah, Surah Al- waqiah "
Bersambung....
---------------------------
Note: Semoga Allah memberkati Kita semua :)
Note: Tengah study week nie, sempat lagi bintu Ayub , heh.
-Al-alifat-
Thursday, May 9, 2013
Pergabungan dua Dunia
Kamu tahu tak mengapa Allah jadikan manusia itu fitrahnya hidup berpasang-pasangan, Kata Dr. A'baz Albaz di dalam dewan kuliah tadi, dia seorang pensyarah yang sangat aku kagumi. Aku memandangnya sambil tersenyum dan bermonolog "mesti ada sesuatu yang ingin disampaikan "
Cuba kamu lihat lukisan yang aku lakarkan disini, manusia itu sifatnya terbahagi kepada dua, iaitu A'qli dan A'thifi, kebiasaanya lelaki akan lebih cenderung bersifat a'qli dan perempuan bersifat a'thifi (kasih-sayang). Jika kita lebih cenderung bersifat a'qli kita akan kurang bersifat a'thifi, tapi ia bukan bermaksud kita tidak a'thifi cuma akan kurang diaplikasikan didalam kehidupan kita.
Apa yang kita nampak negatif pada sifat seseorang itu ,ia sebenarnya adalah positif. Okey, cuba kamu bayangkan jika seorang anak kecil melakukan kesalahan, kebiasaanya abahlah yang akan marah dan mungkin memukulnya sebagai tanda memberi pengajaran bahawasanya apa yang anak itu lakukan adalah salah sama sekali. Betul tak?, Tapi, ibu pula bagaimana?, dia pasti akan memeluk dan memujuk anak itu supaya berhenti menangis sambil berkata "haa, tengok abah dan marah, ummi tak tahu, okey lain kali jangan buat lagi yaa, kan ummi dah kata sebelum ini jangan, kenapa Uwais buat juga"
Aiwah, nampak tak keseimbangan diantara dua didikan dari sifat yang telah Allah kurniakan pada hambanya.Si abah bertindak dengan a'qli dan ummi pula dengan a'thifi. Cuba bayangkan sekiranya anak kecil itu setelah dimarahi dan di'babab' oleh abahnya, selepas itu umminya pula sambung memarahi dan mem'bababnya' tanpa disertakan sentuhan kasih-sayang iaitu a'thifi, bagaimana pembinaan dan tumbesaran saikologi anak kecil itu, dia pasti membesar dengan sifat yang tidak seimbang, baginya kekerasan dan kegoaan adalah ciri yang perlu ada jika ingin teruskan kehidupan dimuka bumi ini. Setiap apa yang dipandang dan dirasai semuanya bersifat negatif dan kasar.
Sama juga, jika kedua ummi dan abahnya, bersifat sangat-sangatlah a'thifi tanpa disertai dengan a'qli, setiap kesalahan yang dilakukan anaknya, " alaaaa tak apalah , biarlahh, nanti dia dah besar fahamlah tuu, anak nak duit bagi jelah, tak nak belajar, tak apa duduk rumah rehat-rehat ehh" , adeh, sangat belemaklah dan berkolestrol sifat yang akan terbentuk dalam diri anak-anaknya nanti. Manja terlebih dan tidak pandai berdikari, segalanya akan dilihat baik dan tidak ada yang salah sama sekali.
*tersenyum*
Allah SWT berfirman:
“Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat: 49)
Agungkan Pencipta kita, penciptaannya sangat memenuhi fitrah manusia yang bersifat insani, Dia jadikan salah satu sifat diantara pasangan itu ada kurang dan ada lebih, supaya mereka memenuhi diantara satu sama yang lain dan saling berkenal-kenalan.
Maka, anak yang lahir akan membesar dengan seimbang, dia tahu apa yang salah dan apa yang betul, kucing yang jatuh didalam longkang perlu dibantu dan dikasihani, mencuri dan berkata bohong perlu dijauhi dan dihindari. Serta saudara dipalestine yang diseksa perlu disimpati, Isarel perampas negara adalah salah sama sekali.
Nampak tak?
Oleh itu doktor menegaskan pada kami, tempat da suasana yang paling penting untuk mentarbiyah dan membentuk manusia adalah "Usrah" , iaitu daripada keluarganya sendiri yang terdiri daripada ibu dan bapa.
Tambahan bonus, jika ibu dan bapanya lahir dan ditarbiyah dengan fikrah kehidupan islam yang syumul.
Jadi Tidak mustahillah RIJAL seperti Sultan Muhammad Al-Fateh bisa lahir dan wujud dimuka bumi ini.
"Ma ajmala Khaliq!"
*senyum*
Abah dan Ummi Terima kasih, kerana menyakinkan diri ini supaya sambung dan belajar dalam bidang pengajian Islam di Bumi Syam Jordan, walaupun anakmu ini pada masa itu tidak tahu langsung berbahasa arab . hehh ( tawakkal betul masa tu )
Note: saya nak masuk kelas bahasa melayu!!, (sengih nampak gigi)
-Al-alifat-
Subscribe to:
Posts (Atom)

