Wednesday, May 22, 2013

"Erti Hidup kerana mencintai"



Pabila kita sudah mencintai, kita akan banyak memberi, kerana kita banyak memberi, kita akan dicintai.


Ada manusia keran cinta, hidupnya merana,
Ada manusia kerana cinta, hidupnya bahagia,

Maka,

jangan disalahkan cinta , jika kita tidak pandai menggunakannya

-------------------------------

Buku The Art of Loving yang dikarang Erich Fromm, menganggap manusia moden merupakan golongan yang paling menderita.Mereka diajar untuk dicintai bukan untuk mencintai.Kesannya, anak muda menghabiskan masa dan wang berkubang dalam lembah maksiat. Dalam rumahtangga, para isteri bersusah payah menguruskan tubuh badan sehingga sanggup memperjudikan nyawa. Ahli politik tidak segan-silu berdusta dan memanipulasi wang demi cintakan kerusi.

Semua usaha mereka itu masih tidak dapat menghalang diri daripada kekecewaan dan putus asa.

Oleh itu, manusia kini,
"Sudah tiba masanya kita belajar untuk mencintai,"sambung Erich Fromm.
 
( wilayah ilmu )
 
-----------------------------
 
Kita pula ummat islam, dididik dengan aqidah yang Salim, mencintai Pemilik cinta terlebih dahulu sebelum mencintai Makhlunya-Nya. Agar setiap apa yang kita lakukan ada keterbatasan.
 
Dunia jika kita terlebih cinta, akan kecundang di akhirat sana.
Ilmu jika kita terlebih cinta, akan ternoda dengan kesombongannya,
Manusia jika terlebih cinta, akan lemas didalam lautan derita.
 
Akan tetapi Allah,
 
Jika kita lebih mencintai-Nya, akan berbahagia selama-lamaya.
 
 
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
 
 
Orang beriman,
 
"...adalah mereka yang beriman itu bersangatan cinta (mereka) kepada Allah..." (Surah Al-Baqarah : 165)

Mereka yang mencintai Allah SWT sudah tentu mencintai Rasulullah SAW & mengikuti petunjuknya:

"Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."(Surah Ali Imran:31)
 
 
Ummat terdahulu, Rasulullah dan para sahabat, kerana mereka mencintai  mereka berbahagia sehingga abadi.



KITA?
 
"Erti Hidup kerana mencintai"
 
 
Note : Esok saya exam.
 



- Si Al- alifat perindu syahid-

Friday, May 17, 2013

Kami pelindung Dunia

Kami adalah pelindung dunia
Bebas dari kekesalan hari ini dan esok
Kami telah berikrar diri kepada Yang Satu
Kami adalah kesadaran yang tersembunyi di hati Tuhan
Kami adalah pewaris Musa dan Harun.

-Murobbiyah sukses-


Wahai Rijal Dakwah, wahai Da'iah ila Allah,
Ayuh bangkit kita tegakkankan syiar Islam,
Biar susah walaupun payah, 
Asalkan kalimah Haq megah tersergam.


Wahai Jentera Islam, wahai Kader Dakwah,
Libaskan segala kemalasan dan Hawa yang semakin parah,
Maju kehadapan kita pecah tembok kelemahan,
Biar penat walaupun lelah,
Kerana syurga itu tempat  penuh keistimewaan, bagi hamba mukmin-Nya yang terus bertahan.

Jalan ini jalan Barokah, walau apapun yang terjadi ingatlah akan janji Tuhan kita, Allah.


Aiwahhh!!!
Ya Muqollibal Qulub Thabit Qulubana a' la Dinik wa a'la Toa'tiq.


* Mood: selepas berbulatan gembira.

-Al-alifat-



Thursday, May 16, 2013

(Anak dan ummi)


Ummi kalau sesuatu perkara  yang  sedang kita lakukan dibawah pengetahuan kita, akan tetapi kita tidak tahu lagi pengakhirannya bagaimana , ummi rasa apa yang patut kita buat :) ?

Ermm, kita usaha buat yang terbaik sehingga selesai , then selepas itu, jika kita peroleh kejayaan baru kita khabarkan pada manusia sekeliling agar mereka mendoakan semoga Allah meredhoi dan melimpahkan keberkatan diatas kejayaan kita ini supaya ia berterusan.

Aiwahhh!, tersenyum dan berharap semoga ummi memahami disebalik kata-kata yang tersirat ini . Rabbi yassir wa la tua'ssir , Ya Karim.

[Inginku kata]


" Selamat Hari Murobbi "


3 Tahun bersama Madrasah Tarbiyah, Alhamdulillah.


-Al-Alifat-

Monday, May 13, 2013

Humaira : Lipatan kertas

( di bilik study)

Tadi berborak dan bercerita dengan salah seorang housemateku, umurnya 15 tahun mak dan ayahnya amanahkan kami untuk menjaganya.Namanya Mawaddah, akan bersekolah di sini nanti.

Kak, boleh saya amik masa akak sekejap, aku yang baru pulang dari jamiah  dalam kepenatan sambil mengangguk.

Ye Mawaddah, sambil tersenyum menyembunyikan wajah kepenatanku.

Akak ada tak kertas kosong yang tidak digunakan.

Aku tersengih cuka sambil berkata , ada-ada.

Okey,kejap lagi Adah datang balik ehh, nak tunjuk sesuatu kat akak.

Okeyyy, apalah tu, jawabku.

( seminit berlalu )

Akak mana kertas tadi, okehh akak tadi Adah dapat sesuatu, sambil melipat-lipat kertas A4 yang aku berikan, Dia terus menerus melipat kertas itu hingga akhirnya menjadi satu perkataan "ISLAM & SYURGA", akak Islam itu agamanya bersifat fitrah, kalau kita buat baik Allah kurniakan Syurga, tapi kalau kita malas dan buat jahat selalu Nerakalah jawabnya.

Okeh akak, jaditak Adah buat huruf dari kertas, senang je  segalanya di jarimu, hehe.

Aku tersenyum hilang kepenatan , sucinya mereka tidak ternoda dengan permainan dunia, aku yang kini sudah semakin bertambah usia, kembalilah menghisab diri, layakkah Syurga dikurniakan untukku. Sudah segigih mana aku menyampaikan Risalah Syahadatul Haq ini.

Tiba-tiba percikan air bawang yang dipotong Ikrimah didapur terkena mataku, aishh pedih betul.

Jangan dipersiakan masa bersama mereka, bagi mereka itulah perkara paling menarik yang dipelajari hari ini, walaupun hanya melipat kertas A4, belajarlah untuk menghargai.Ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Yang muda menghormati yang Tua, yang tua menghargai yang muda.

Okey setakat ini, :)
 
Sincerly,
diary Humaira.

Bersambung...
 
-Al-Alifat-