Monday, June 3, 2013

Humaira : Seorang Perindu



kredit : muharrikdaie

( Di waktu malam yang sepi  bertemankan bunyi cengkerik dan cicak bersatu)

Umai, ( Nadhirah bertanya kepada Humairah)
Macammana conferens riang tadi,
Ohh, Osem!!!

Aah laa Umai memang ooosem sangat, untungla dia tu pelajar dirasat paham apa yang sheikh sampaikan, ( dengan nada perli )
Ehh anti nie, ana pon berjuhud jugalah, habis semua neuron kat otak ana ni berkerja keras, 
Ye ke Ukhti, Masya Allah A'laik, semua neuron yee! ( sambil mencebikkan bibirnya )
Dah..dah, esok nanti kita duduk sebelah-sebelah yee, kalau ada yang tak faham anti tanya jee ana, Insya Allah kanku bersedia berkhidmat untuk ukhtiku tersayang  ni.
Aiwah, ini baru dikatakan berkasih sayang hingga ke Syurga.
Yeee. ( Humairah tersenyum setia )

( selepas setengah jam kemudian )

Umai!
Yee,
Ehh, anti tak tidur lagi,
Aah, ana sedang berfikirlah,
Anti fikir apa tu,
Nad, anti rasa, ana ni layak tak mendapat Syahid,
Ukhtiku, bukan ana orang yang selayaknya menjawab soalan ni, tapi anti!. 
Hurmm... ( Humairah termenung )
Antilah yang menentukan pengakhiran hidup anti bagaimana ( baik atau buruk, berdasarkan amal kita ), berdoalah selalu pada Allah, semoga kita semua dianugerahkan Syahid yakni mati dalam keadaan beriman. Kita saling mendoakan ehh, nanti malaikat aminkan, kita berdua Syahid.
Usaha pun kena bertambah, pengorbanan kena lagi berlipat kali ganda, ( Sambil mengenggam erat tangan Humairah )
Anakan kalau diberi pilihan Syahid ketika sedang melahirkan anak atau syahid ketika sedang berDnT, Ana pilih untuk syahid ketika berDnT. Ana nak mati dalam keadaan sedang berjasa demi Ad-Deen ini.
Ermm Umai, Ibu yang syahid ketika sedang melahirkan pun tidak ada kurangnya , cuba bayangkan anti sedang melahirkan seorang mujahid yang akan meneruskan perjuangan anti nanti, menjadi Khalifah memakmurkan Bumi. Tak hebat ke tu!.
Uishh hebat..hebat, hehe.
Kalau begitu, ana doa semoga Allah kurniakan ana Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik).
Haa macam itulah, doakan ana jugak !

----------------------------------
( ketika sedang berconference paginya )

Wahai anak-anakku, kejayaan dakwah (kami) sehingga kini bukanlah kerana ramainya ahli yang bersama atau kuatnya hujah untuk kehadapan, akan tetapi ,kerana ini  ( sambil menunjukkan kitab suci Al-Quran ) adalah ghayah bagi perjuangan kami yakni keredhaan Allah. Berusahalah setiap dari kalangan kamu membina benih iman yang sejati. Jaga hubungan  dengan Allah Rabbul A'lamin ,masakan bisa risalah yang suci ini dibawah dari bekas yang kotor.

Selepas itu, hasil daripada iman yang sempurna akan keluarkan buah kecintaan iaitu "Hubbul wasik", bila kita sudah cinta, kita akan suka, bila kita sudah suka kita akan gembira, dan itu adalah tanda Hati yang tenang. Tenang dan cinta berkerja di dalam jalan Dakwah dan Tarbiyah ini.

Kemudian, tidak lari Cinta ini daripada pengorbanan yakni " Tadhiyyah", didiklah diri kamu untuk senang melakukan perngorbanan, bermula dengan pengorbanan yang kecil iaitu  daripada duit poket dan masa sehinggalah tiba pengorbanan yang besar "An-Nafs", pabila tiba seruan jihad nanti. 

Cuba kamu katakan, dimanakah kubur Abu Ayub Al-Ansori
Turkey.
Bilal bin Rabah pula,
Syria.

Lihat, para sahabat  mereka berkorban meninggalakan keluarga dan harta, demi menyampaikan risalah suci ini. Kita pula, aishh...kadang-kadang nak pergi usrah pun berlengah , Betul kee? ( sebahagian mengelengkan kepala, sebahagian lagi tersenyum sahaja )

Ayuh! Ikhwah dan akhawat, ayuh! bangkit kita berganding bahu mengembeling tenaga, kalian adalah aset pada dakwah ini, bumi ini sudah tenat, ayuh bangkit!, kita bawakan sinar , sinar yang tenang menerangi alam ini.

Allahu Ghayatuna,
Al-Quran Dusturuna
Ar-Rasul Qudwatuna.
Al-Jihad Sabiluna,
Al-Mautu fisabilillah 
Asma Amanina.

Humaira, bagaimana Imanmu?

Bersambung ...

-Al-Alifat-

Saturday, June 1, 2013

Usaha


Kesenangan yang datang tak akan selamaya
begitulah selepas susah ada kesenangan.

usaha lagi,
Bukankah ALLAH lihat pada usaha, jangan kalah pada natijah, Usaha lagi!!!
Dunia ini hanya sedetik sahaja berbanding dengan akhirat yang selamanya.




Wednesday, May 29, 2013

Jalan ini

Hati itu satu dan tidak akan pernah menjadi dua. Andai engkau sudah meletakkan yang tidak sepatutnya ditempat itu , maka engkau akan kehilangan apa yang sepatut engkau letakkan.


Allah tidak menjadikan bagi seseorang itu dua hati di dalam rongga dadanya…” [33:4]


Sungguh inilah Jalan yang aku pilih, ia tetap menjadi yang pertama melebihi diriku.
In sya ALLAH



Friday, May 24, 2013

Malu itu benteng Imanmu

"Bila cahaya wajah berkurang,
maka berkurang pula rasa malunya
Tidak ada keindahan pada wajah,
Bila cahayanya berkurang
Rasa malumu peliharalah selalu,
Sesungguhnya sesuatu yang menandakan kemuliaan seseorang,
Adalah rasa malunya".

( Puisi, Muhammad Ibnu Abdullah Al-Baghdadi )