Sunday, June 9, 2013

Ceritera bersama UkhtiFillah

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, kini tiba Sem soifi iaitu sem kedua terakhir aku di University of Jordan,
dan kemungkinan  sem kedua terakhir aku bersama university of Tarbiyah juga. Teringat bulatan gembira ku bersama adik - beradik beberapa hari yang lepas sememangnya  akulah satu-satunya yang akan pulang dahulu meninggalkan mereka walaupun ada diantara kalangan kami yang sama umur denganku akan tetapi  al-maklumlah perjalanan mereka masih lama di Bumi Kinanah ini dek kerana Coarse Perubatan yang sememangnya mengambil tempoh 6 tahun.

Sungguh!, banyak yang aku pelajari daripada mereka, pertembungan dua pemikiran akan tetapi mempunyai tugas dan hadaf yang sama.

Aku diprogramme untuk menjadi Doktor Hati, setiap masa dan detik aku di jamiah perlu mendalami hukum hakam dan asal usul aqidah islamiyah.
Mereka pula Doktor Jasadi, sibuk dengan clinical, bedah-membedah serta diagnosis setiap inci badan pesakit untuk mengenal pasti penyakit.
Akan tetapi akhirnya bertemu jua kami di dalam bulatan Hadafi (mencapai ustaziyatul Alam).
(Eh ada lagi seorang pelajar Masorif Islami)

Wahh, sungguh ajaib!
Benarlah sebaik-baik perancangan, adalah perangan Allah.

( Aishh, Tersenyum sendiri )

Pernah suatu hari aku mengadu pada mereka,akan kikekokan aku untuk "masuk" dengan salah seorang adik yang agak berbeza personaliti denganku. Uishh peluh besar juga, aku yang mungkin Feminine dan dia agak "rock-rock". Ooo..ooo, seharian juga aku ligat berfikir apakah cara terbaik untuk bertaaruf dengannya. Adakah aku perlu mengikut rentak seperti dia yang sememangnya nanti akan nampak "palsu" atau  tetap dengan personalitiku.

So, setelah beristisyarah ( brainstorming ) bersama mereka, lahirlah  taktik terbaru mengdiagnosis manusia berdasarkan principal kedoktoran dan syariah (ehh, bunyi macam hebat ngat).

Selepas itu, aku mula memtatbiqkan skill mendiagnosis dengan harapan agar aku berjaya memecah tembok "akward moment" bersama adik itu. Di bawah rendangan pokok dan bayu salju yang menenangkan aku mula bermuayashah. Akhirnya, setelah hampir 4 jam aku berborak dan bertaaruf dengan menggunakan skill diognosis yang diajar aku boleh dikira berjaya. Kunci yang selama ini dicari-cari telahpun kutemui. Alhamdulillah.

Kehadiran adik ini banyak mentarbiyah diriku sebenarnya.

Teringat akan firman Allah S.W.T,

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Al-Hujurat:13

Semoga Ukhuwah kita ini berbumbungkan keTaqwaan kepada Allah Rabbul'alamin.

Okey kembali kepada ceritera asal,

( menekan button rewinnd )

Dua tahun yang lepas sewaktu aku di tahun 2 nak masuk  3, aku bersama enam akhawat tercinta disyurakan untuk berjaulah ke bumi " Abu A'la Al-Maududi ".

Hah, kenapa Bumi itu yang dipilih, bukan ke agak jauh dari Jordan?
Aku sebenarnya pada masa itu agak berangan-rangan untuk ke Bumi Eropah.
Disebabkan kejelesan pada akhwat-akhwat yang pernah pergi kesana. Mereka dapat berjumpa dengan syuyukh-syuyukh DnT dan kakak-kakak osem.

Sedangkan aku ke  "Bumi Tandus Maududi" 

Ya Allah, pada masa itu aku diuji adakah benar aku Ikhlas dijalan ini atau hanya kerana Hawa.
Iyalah, diantara keenam-enam akhwat yang akan bersamaku ke India, aku dan Ehsan  sahaja yang belum pernah ke Eropah, agak terkilan juga. ( Aishh, umme..umme )

Allah berfirman,

Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Qur'an) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu (QS. Al Mu'minuun :71)
(Ayat yang menembak)


Hujan yang disangka gelap akhirnya menghadirkan pelangi yang indah,

Sungguh tidak sangka, Bumi itu bukan bumi yang biasa, ia mentarbiyahku , Apa aku betul-betul Ikhas di jalan ini atau sebaliknya?, jika tidak, tak mengapa pasti akan ada manusia lain yang akan menggantikan aku.

Bertemankan Jaulahmates yang sangat Osem, sebahagian dari mereka merupakan Usrahmatesku kini, aku dapat bertaaruf dengan lebih mendalam, Ukhti yang dulu aku agak akward untuk bercurhat akan tetapi kini
kami ibarat adik beradik kembar yang tidak bisa dipisahkan (Insya Allah).

Ya Allah, tidak pernah aku menyesal ditakdirkan untuk berjaulah kesana, walaupun banyak cabaran dan rintangan yang dihadapi ada ibrah yang aku perolehi. Bumi India memang bumi kekuatan. Hari pertama aku dan mereka tiba di Mumbai, ia sudah cukup membulatkan mata.

Agak berbezalah dengan Eropah , negaranya bersih dan rakyatnya polite tambahan berjumpa dengan akhwat yang sweet-sweet, sampaikan mereka pulang dengan obesity a'thifi dan kasih sayang (okey, hiperbola).

Kami pula, naik turun bas, berlari kesana kemari, menziarahi keluarga India disana, mengharungi lecak dan lumpur, panas terik yang memancar, berjalan ditengah-tengah timbunan sampah yang menggunung ( tempat didalam cerita Slumdog ), melihat manusia berebut-rebut dan memanjat keretapi ketika ia sedang bergerak laju, makanan rempah yang yang cukup pedas, anak-anak yang sedang menangis kelaparan, disetiap penjuru dipenuhi dengan manusia, semuanya sedang bekerja tiada siapa yang hanya duduk-duduk diam, sampaikan mengasah pisau juga dikira sebagai satu pekerjaan dan perlu dibayar gaji, Tidak lupa juga pasti ada Lembu yang akan disembah dan api yang dipuja. Ohh, ia memang Bumi Tarbiyah. Tidak mustahil akhwat disana sungguh cekal dan tabah.

Ceritera hari pertama ku di India, kakak naqibahku aka ketua Jaulah, menasihati kami agar bersedia dengan apu jua kemungkinan yang mendatang termasuk DnT setelah berjumpa dengan Akhwat India nanti.

Kemudian kami diterbangkan ke Bangalore, tempat dimana ramai Akhwat ditempatkan, setiba sahaja di sana pukul 11 malam  kami disambut dengan penuh senyuman, sungguh mengujakan.

Haa! sebelum terlupa,
Sebelum di terbangkan ke India kami diberikan taklifan untuk mengkhatam segala bahan yang pernah diperolehi atau tidak, maknanya kena baca dan kaji sendiri. Tiga hari sebelum berlepas kami ibarat ulat buku yang tidak keluar dari kepompong, semuanya dengan Mp3 mendengar recording dan buku-buku Tarbiyah, hatta didalam kapal terbang pon.

Keesokan harinya, jet lag dan kepenatan badan menyelubungi kami, iyalah 6 jam berbeza Jordan dan India.
Setelah menunaikan Soalat Subuh dan membaca Mathurat bersama, ketua jaulah kami, kak Atiqah menghampiri aku dan Nad, Okey Umme dan Nad hari ini awak berdua bagi daurah sekian..sekian yee.

Aku dan Nad terkejut sangkaanku kak Atiqah hanya berseloroh sahaja, rupa-rupanya ia benar.
Akak, kenapa akak tak bagitahu awak-awal huhu, daurah yang akak minta saya sampaikan itu saya tak sempat dengar lagi,
Aiwah kalau macam itu awak dengarlah sekarang, bersedia ye daurah itu akan diadakan tengah hari ini dan malam. Intabeh ye akhwat-akhwat yang datang adalah akhawat p********.

Ya Allah, pada masa itu, apa yang mampu aku dan Nad lakukan adalah melekat dengan laptop, hatta makan pun tak dihiraukan berharap agar Allah berikan kefahaman.

Jaulahmates ku yang lain, semuanya terus membuat persediaan, happlylah mereka dapat tahu awal, rupa-rupanynya Jaulah kali itu adalah Jaulah membantu perkasakan DnT di India.

Kenangan..kenangan, daurah pada hari itu adalah pengalamn pertamaku menjadi "m******", tak sangka Bumi Abu 'Ala' Al-Maududi menjadi saksi.

Sebenarnya panjang lagi , dan banyak yang ingin aku ceritakan,
Pada malam itu, setelah aku menyampaikan daurah, Nad menghampiriku sambil menunjukkan "Thumb up" dan berbisik, Umme anti tahu tak , setiap kata-kata dan fikrah yang anti sampaikan datangnya daripada Allah anti hanya sebagai wasilah, beristighfar dan bersyukur pada-Nya.

Allah...Allah Nad syukran sangat, ana rasa sangat tak cukup persediaan sebenarnya tapi Allahlah sebaik-baik tempat bergantung.

Hari terus berlalu, tahun semakin bertambah, selepas satu ke satu daurah, rehlah mukhyyam dan berbagai wasail tarbiyyah kita hadapi bersama, ikutkan hati inginku coret semuanya, akan tetapi tak termampu, cukup kenangan ini tersimpan didalam memory hatiku.

Inilah ceriteraku bersama Ukhti-ukhti tersayang, terima kasih kerana dahulu menjeratku memasuki gerabak Dakwan dan Tarbiyah ini, tidak pernah diri ini menyesal berukhuwah bersama Antunna.

Ukhuwah Fillah Abadan Abada.

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Al Hujurat: 10)

Semoga kita dapat bertemu dan bulatan Gembira di Syurganya, ditepi sungai susu yang mengiurkan, Cewah.

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam surga (taman-taman) dan mata air-mata air (yang mengalir). (Dikatakan kepada mereka): “Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman ” . Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan.(QS Al Hijr: 45-47)

Ameee Ya Rab

Note: Mungkin pengalaman ini ada sedikit tokoh tambah akan tetapi keaslianya tetap terjamin. maklumlah rewind kembali pengalaman yang lepas. 
-Al-Alifat-

Saturday, June 8, 2013

Assalamualaikum,



Sedang menanti anak Along dilahirkan
7 bulan penantian,
Membesar dengan baik ye Baby .


Sabda Nabi SAW : "Ajarlah anak-anakmu BERENANG dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda." Hadis Riwayat Ahmad


Friday, June 7, 2013

Bersabar seketika, demi kebahagiaan selamanya

Assalamualaikum,



Wahai Mutarobbi,

Hadiah paling bermakna diri ini, apabila Antunna  menjadi lebih baik dari diri ini,
Tiada yang lebih gembira melainkan melihat antunna sangat bersemangat untuk melakukan Mujahadah,
Bersinar-sinar di dalam Daurah,
Perkataan "Faham" di dalam Usrah,
Tak sabar menanti Rehlah.

Mutarobbi ku,

Bersabarlah sedikit sahaja untuk berjuang di pentas Dunia ini,
Kerana Akhirat yang abadi sedang menanti,
Diri ini tahu, bukan  mudah,
Tetapi berusahalah!,
In sya ALLAH pasti ada Barokah,
Tidak mahukah, kita berjumpa kembali di Jannatur Firdaus?,
Oleh itu kuat, kuatlah bertahan.

Mutarobbi yang dikasihi,

Menjadi Seorang Murobbi ini bukan mudah,
Jujur diri ini katakan,
Siang malam, detik dan ketika, tidak pernah diri ini melupakan,
Apatah lagi mahu meninggalkan,
kerna sebahagian diri ini telah dimiliki olehmu,
Oleh itu , Mutarobbi jangan nakal-nakal ye,
Istiqomah dan bersungguhlah bersama.

Mutarobbi,

Sekian lama kita bersama,
Maka ingatlah  Dakwah dan Tarbiyah ini tidak cukup hanya menjadi  pengikut,
Kita perlu menjadi pendokong, pendokong yang mengerakkan ,
yang berusaha membina bangunan, bukan hanya penghuni,
Bukan juga penonton,
Tetapi Pengerak. Maka berusahalah untuk itu :) .

Bolehkan Mutarobbi, katakanlah dan sematkanlah di dalam hati serta pohon pada ILLAHI,
Agar thabatkan hati hingga ke akhir hayat nanti,
Demi Ummah ini.

Syukran Mutarobbi, kerana sentiasa mentarbiyah diri ini dan Jazahunnallahu khairun jaza'.
*crying without tears*

--------------------------

!!!خيبر خيبر يا يهود جيش محمد سوف يعود

Alhamdulillah, dah jumpa hadithnya, pengajaran, kena tukar uslub,
Ya!!!, dengan izin Allah, saya bisa menjadi salah seorang yang memasuki Jannah tanpa hisab dengan syarat saya tidak mensyirikkan Allah dan bertawakal sepnuhnya kepada-Nya.

-Thiqah Billah wa thiqah binafsi-

--------------------------

Ahla soifi berakhir, kuliyah bermula ,
Kali ini kena buat yang terbaik!!!,
Sucikan hati, kerana ilmu itu cahaya.

-Al-Alifat-

Monday, June 3, 2013

Humaira : Seorang Perindu



kredit : muharrikdaie

( Di waktu malam yang sepi  bertemankan bunyi cengkerik dan cicak bersatu)

Umai, ( Nadhirah bertanya kepada Humairah)
Macammana conferens riang tadi,
Ohh, Osem!!!

Aah laa Umai memang ooosem sangat, untungla dia tu pelajar dirasat paham apa yang sheikh sampaikan, ( dengan nada perli )
Ehh anti nie, ana pon berjuhud jugalah, habis semua neuron kat otak ana ni berkerja keras, 
Ye ke Ukhti, Masya Allah A'laik, semua neuron yee! ( sambil mencebikkan bibirnya )
Dah..dah, esok nanti kita duduk sebelah-sebelah yee, kalau ada yang tak faham anti tanya jee ana, Insya Allah kanku bersedia berkhidmat untuk ukhtiku tersayang  ni.
Aiwah, ini baru dikatakan berkasih sayang hingga ke Syurga.
Yeee. ( Humairah tersenyum setia )

( selepas setengah jam kemudian )

Umai!
Yee,
Ehh, anti tak tidur lagi,
Aah, ana sedang berfikirlah,
Anti fikir apa tu,
Nad, anti rasa, ana ni layak tak mendapat Syahid,
Ukhtiku, bukan ana orang yang selayaknya menjawab soalan ni, tapi anti!. 
Hurmm... ( Humairah termenung )
Antilah yang menentukan pengakhiran hidup anti bagaimana ( baik atau buruk, berdasarkan amal kita ), berdoalah selalu pada Allah, semoga kita semua dianugerahkan Syahid yakni mati dalam keadaan beriman. Kita saling mendoakan ehh, nanti malaikat aminkan, kita berdua Syahid.
Usaha pun kena bertambah, pengorbanan kena lagi berlipat kali ganda, ( Sambil mengenggam erat tangan Humairah )
Anakan kalau diberi pilihan Syahid ketika sedang melahirkan anak atau syahid ketika sedang berDnT, Ana pilih untuk syahid ketika berDnT. Ana nak mati dalam keadaan sedang berjasa demi Ad-Deen ini.
Ermm Umai, Ibu yang syahid ketika sedang melahirkan pun tidak ada kurangnya , cuba bayangkan anti sedang melahirkan seorang mujahid yang akan meneruskan perjuangan anti nanti, menjadi Khalifah memakmurkan Bumi. Tak hebat ke tu!.
Uishh hebat..hebat, hehe.
Kalau begitu, ana doa semoga Allah kurniakan ana Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik).
Haa macam itulah, doakan ana jugak !

----------------------------------
( ketika sedang berconference paginya )

Wahai anak-anakku, kejayaan dakwah (kami) sehingga kini bukanlah kerana ramainya ahli yang bersama atau kuatnya hujah untuk kehadapan, akan tetapi ,kerana ini  ( sambil menunjukkan kitab suci Al-Quran ) adalah ghayah bagi perjuangan kami yakni keredhaan Allah. Berusahalah setiap dari kalangan kamu membina benih iman yang sejati. Jaga hubungan  dengan Allah Rabbul A'lamin ,masakan bisa risalah yang suci ini dibawah dari bekas yang kotor.

Selepas itu, hasil daripada iman yang sempurna akan keluarkan buah kecintaan iaitu "Hubbul wasik", bila kita sudah cinta, kita akan suka, bila kita sudah suka kita akan gembira, dan itu adalah tanda Hati yang tenang. Tenang dan cinta berkerja di dalam jalan Dakwah dan Tarbiyah ini.

Kemudian, tidak lari Cinta ini daripada pengorbanan yakni " Tadhiyyah", didiklah diri kamu untuk senang melakukan perngorbanan, bermula dengan pengorbanan yang kecil iaitu  daripada duit poket dan masa sehinggalah tiba pengorbanan yang besar "An-Nafs", pabila tiba seruan jihad nanti. 

Cuba kamu katakan, dimanakah kubur Abu Ayub Al-Ansori
Turkey.
Bilal bin Rabah pula,
Syria.

Lihat, para sahabat  mereka berkorban meninggalakan keluarga dan harta, demi menyampaikan risalah suci ini. Kita pula, aishh...kadang-kadang nak pergi usrah pun berlengah , Betul kee? ( sebahagian mengelengkan kepala, sebahagian lagi tersenyum sahaja )

Ayuh! Ikhwah dan akhawat, ayuh! bangkit kita berganding bahu mengembeling tenaga, kalian adalah aset pada dakwah ini, bumi ini sudah tenat, ayuh bangkit!, kita bawakan sinar , sinar yang tenang menerangi alam ini.

Allahu Ghayatuna,
Al-Quran Dusturuna
Ar-Rasul Qudwatuna.
Al-Jihad Sabiluna,
Al-Mautu fisabilillah 
Asma Amanina.

Humaira, bagaimana Imanmu?

Bersambung ...

-Al-Alifat-