Sunday, June 23, 2013

Seorang rijal untuk ummah ini telah pergi

Dari-Nya kita datang, dan kepada-Nya jualah kita kembali.
إنا لله وإنا إليه راجعون



Seorang rijal untuk ummah ini telah pergi.
 
Dia antara orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan diantara mereka ada yang gugur, dan diantara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya.
 (Al-ahzab, 33:23)

Ukhti Sumaiyah Binti Romli, ana tak sangka anti pergi dahulu meninggalkan kami, pertemuan yang pada asalnya anti akan menziarahi RI Kahansa', rumah dimana ana duduki akhirnya tidak kesampaian hingga akhirnya.

Malam yang ana sangkakan hanya mainan tidur, rupanya ana bakal mendengar berita yang merundum jiwa, wahai ukhti baik-baik yee disana, sudah semalaman anti di dunia sana, ana yakin dengan kalimah syahadah yang lahir dibibir anti sebelum menemui ajal menandakan anti baik-baik disana, tersenyum sambil memerhatikan kami

Ana rindu nak berjumpa dengan anti, Si Mujahidah ini, hanya air mata yang dapat terungkap tanpa kata-kata.

Kedatangan anti disini untuk merasai dang menyingkap kisah perjuangan nabi dan para sahabat , menjejaki dan menapaki tanah syahid dan bumi aliran darah merah Mujahidin sungguh bermakna,
                                                                   
                                     Kerna anti menyesuluri mereka akhirnya.

Ana tahu, anti sedang menanti kami, Insya Allah kami akan terus thabat dan kukuh untuk berjuang di dunia yang fana ini, semoga Allah memberi kekutan dan mengakhirkan nafas ini dengan nafas (kematian) husnul khatimah.

Ana dapat berita, anti akan dibawa ke Amman untuk urusan selanjutnya, In sya Allah selepas ana tamat kuliah hari ini ana akan pergi menzirahi anti ye, semoga ana berkesempatan.

Ili, kakak naqibah anti juga akan dihantar ke Hospital Amman, Alhamdulillah Ili sudah sedar, cuma Doktor  Nidhal kata, ili kena berehat dalam 3 ke 4 minggu untuk urusan pemulihan kecederaannya yang agak teruk, patah ditulang bahu, tulang rusuk dan tulang pinggang.

Ya Allah, berikan kekuatan dan ketabahan pada mereka dan juga ahli keluarga mereka, keampunan dan belas kasihan-Mu Ya Rab .

Selain itu, bersama-sama dengan mereka, ada seorang pemandu pelancong namanya shukri, keadaanya kini agak kritikal akibat hentaman yang kuat dikepala semasa kereta terbabas jatuh ke dalam gaung, bukan itu sahaja malah seorang pasangan suami isteri yang turut sama di dalam kereta mengalamai kecederaan yang parah, Humaira, mengalami keguguran selepas 7 bulan setengah  mengandung, Alhmdulillah, mereka semua masih bisa bernafas dan mengambil ibrah di sebalik musibah ini. Sungguh disebalik musibah yang pedih ini pasti Allah ganjarkan kebaikan yang besar untuk mereka.

Semoga Kita yang masih bisa bernafas dengan baik dan bersenang hati ini, mengambil pengajaran dan bermuhasabah.
 
Allah berfirman didalam Al-quran , (Al-Ankabut:57)

 


Oleh itu kita kenalah bersedia menjadi hambanya yang paling terbaik, agar pabila kematian menjemput, Iman kita pada tahap itu berada di tahap puncak, Ameen Ya Rabbal A'lamin.

Kerna,

"..........tiap jiwa itu tidak mengetahui apakah yang bakal dia lakukan esoknya, dan tidak juga mengetahui di bumi manakah dia akan meninggal... ". (Luqman:34)


اللهم اجعل مثواها الجنة. اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها. اللهم اخلفنا خيرا منها و اجرنا خيرا منها.


Sahabat seperjuangan mu
 Ya Muqallibal Qulub thabit qubana a'la dinik wa a'la thoa'ti

Tuesday, June 11, 2013

Pembaris Lurus

Assalamualaikum,



Bismillah,
Selawat dan salam buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

HIKMATU AS-SYUYUKH wa HAMASATU AS-SYABAB
(kebijaksanaan veteran dan semangat pemuda)

Di saat, semangat sang pemuda sedang melonjak
Jangan dilupakan pengalam si syuyukh yang penuh hikmah,
Pada waktu pemuda mudah kalah dengan natijah, 
Datangnya Syuyukh mengingatkan.

Ustaz Atiq, 
Antum tahu tak, kerja yang Antum buat sekarang ini, kerja yang senang sahaja,
( Wondering juga )
Maksud Ustaz?, 
Iyalah, bukan ke Antum sekarang ini sedang buat  garisan yang lurus, 
Tidak susah bukan?,  cuma kena amik pembaris, pensil, dan buat satu garisan. 
Selepas itu ajak sekali orang lain buat bersama-sama. Mudah!
Aku dan sahabat tersenyum dengan analogi ini, slumber tapi bermakna.


Yee!, Mari kita buat satu garisan yang lurus.
Di dalam Surah Al-Fatihah Allah berfirman,


ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ


Kita mengajak manusia, bersama-sama membina satu garisan yang lurus, garisan yang membawa mereka menuju Rabul'Alamin,

Bukan kuasa kita untuk mengubah manusia, akan tetapi usaha kita untuk membuat perubahan di dalam diri mereka, last but not least pada diri kita juga hingga tercapai Ustaziyatul Alam dengan kata lain "hingga ke liang lahad".

"Haa, sebelum ana terlupa, Istiqamahlah! ", Ustaz Atiq

Okey , Dare  to be different aka Ghuroba' (Tarik nafas panjang)

------------------------------------------

To ukhti fillah  aka Aminah Kamilen,

Syukran Ukhti , 



Aminah ana dah lama berhasrat nak hadiahkan anti buku,  oleh itu sudilah memilih salah satu tajuk buku diatas yang mana menjadi pujaan hati dan bermanfaat untuk anti atau anti nak request tajuk lain ke ? No prob, sebab ana nak pergi kedai buku nanti. 

Dalam masa 3 hari sila respond kalau tidak "burn" :P , sempat lagi kalau nak istikharah.

Fi amanillah :)

- Al-Alifa t-

Monday, June 10, 2013

Persediaaan

Assalamualaikum,

Membaca pos Muharikah
ini sahaja sudah meresahkan,
Terbayang keadaan di Malaysia, bagaimana ingin survive ?,
Banyak Faktor perlu diambil kira , dipertimbangkan dan diaulakan,
Dan faktorku yang  agak besar adalah keizinan ummi dan abah untuk anaknya bergerak di luar sana.

Memang benar apa yang diperkatakan Kak Aisyah Z aka Muharikah,
Kali pertama saya berjumpa dengan akak, masa tu saya tahun 2 di Jordan,
Akak seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam, selepas satu ke satu mantiqah akak bergerak, bayangkan dalam satu malam akak sampaikan "sharing" pada dua tempat yang berbeza dan agak jauh. Uishh, speechless.

Selepas baca nukilan akak di Muharikah 2 , Saya pohon Allah Thabatkan kita hingga ke nafas yang terakhir.

Bila berbincang  dengan sahabat di UIA, Masters Al-quran Sunnah,
Katanya tidak sama Jordan atau negara arab yang lain, cara pebelajarannya sangat berbeza,
Sistem pembelajaran di Malaysia sangat menyibukkan manusia,
Katanya lagi, Tunngu dan rasai sendiri !. *Gulp*

---------------------------------------------------

Pesan kak Muharikah,
Bagaimana ingin istiqamah di Malaysia ?

Yakinlah. Ini sahaja kuncinya, Dan anda harus faham dengan hati yang faqih:

i) Iman yang mendalam ( Imanu ameeq)
ii) Pembentukan yang rapi (Takwin Daqeeq )
iii) Amal berterusan ( Amal Mutawasil)

-Al-Alifat-

Budaya mereka mendoakan kebaikan

Hari ni adalah hari berdoa sedunia,
Eh tidak, setiap hari kita perlu berdoa pada Allah Rabbul A'lamin,
Cuma hari ini agak special.

Hari Pertama Sem Musim Panas,
Cuba bayangkan anda ibarat seorang Bos yang baru masuk pejabat.

Kaif haluki?.

Ash looneq?.

 Kullu A'm wa anti bilkhair.

Ukhti, Allah yaftah a'laiki futuhal a'rifin.

Allah yajzikal khair.

Allah yubariq a'laik.

Sangat terasa, budaya mereka yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk sahabatnya, inilah budaya negara arab yang paling  di"salute".

Haa, ada lagi satu iaitu memberi salam, tidak kisahlah anda adalah orang dikenali atau tidak, ia pasti akan memberi salam dengan senyuman.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَفَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى أَمْرٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ

Rasulullah (SAW) bersabda: Kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu saling mencintai. Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu jika kamu melakukannya kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesama kamu, (Bukhari Muslim)

Ermm, sedikit sebanyak budaya yang baik ini semakin menyerap ke dalam capilary darah, Semoga Allah Berkati!