Saturday, July 23, 2011

Antara "aku" dan "diri"


Diri,
Bila hati terasa sepi,
Itu tanda aku harus memuhasabahkan diri,
Mengimbas kembali saat aku tiba disini,
Bumi urduni yang aku kasihi,
Mengajar aku mengharungi duniawi,
Dunia yang penuh onak dan duri.

Diri,
Harus dikau ketahui hidupmu ini singkat sekali,
Ibu, ayah keluarga dan rakan hanya peneman setakat disini,
Bila engkau telah pergi,
Mereka hanya mampu bersedih hati,
Tinggallah engkau disana berseorang diri,
Izinkan aku bertanya diri,
Sudahkan diri bersedia untuk menghadapi,
Buat bekalan disana nanti.

Diri
Kini engkau masih tersenyum berdiri,
Menyangkakan perjalanan masih jauh untuk dihadapi,
Maka engkau pun terus dan terus bergembira meriangkan hati,
Tanpa menyedari akibatnya nanti,


Wahai diri yang daku kasihi ,

Janganlah dikau terus begini,
Terus bahagia mengalpakan diri,
Membiarkan nagsu merajai.

Diri,
Bukankah dulu engkau sudah berjanji,
Pada tuhan yang Maha Mengetahui,
Untuk hidup diatas bumi ini,
Menegakkan syariat islami,
memakmurkan bumi .

Wahai diri ,
Ayuh kita kembali membuka hati,
menginsafi diri,
mendambakan redho illahi,
Agar tuhan terus memberkati
Diri ini yang kecil sekali.

Kerana aku seorang " diri "

~Jumaat~
22-o7-11

Tuesday, July 19, 2011

Perjalananku

~berkelah di sungai nil~

bismillahirahmanirrahim...

Wahai bumi sahara..
Kini aku telah pergi meninggalkan mu..
Hanya kesan langkah-langkah tapak ku masih tertinggal..
Sungguh ku harap agar ia tidak akan pudar untuk selamanya....


Wahai bumi sahara..
Sungguh banyak aku pelajari dari mu..
Dari debu-debu kecil yang berterbangan di awangan..
Dari keperitan panas yang memedihkan..
Dari kedinginan angin yang menyejukkan..
Dari ketenangan sungai nil yang mendamaikan....
Ku berharap dikau mengerti akan rasa hatiku ini..

Betapa indahnya pabila ku imbas kembali memori kita bersama..

Wahai BUMI SAHARA yang ku rindui..
sudan bumi sahara


Al-alifat
9-11-2009
Maktabah jamiah urduniah..

Sunday, July 17, 2011

6 - 1= 0

Bismillahirrhamanirrahim


Sifir dan kira-kira dalam Rukun Iman adalah pelik. Andai kita sebelum ini telah diajar bahawa 6 – 1=5, namun dalam sistem matematik Rukun Iman, 6 – 1 = 0.

Ya. enam, tolak satu, adalah kosong.

Menjadi seorang muslim beriman tidak memberikan kita kelonggaran untuk menolak salah satu dari 6 rukun iman yang ada.


  • Beriman kepada Allah

  • Beriman Kepada Malaikat

  • Beriman Kepada Rasul

  • Beriman Kepada Kitab

  • Beriman kepada hari kiamat

  • Beriman kepada Qadha dan Qadar

Andai kita tolak salah satu daripadanya, maka gugurlah kesemuanya; menjadi kosong dan tak bererti. 6 – 1 =0.

betulkan?
^_^

~Bicara Qalbu~
__________________________________________________________

Taman Idaman





Rasulullah S.A.W. bersabda: "Apabila kamu melalui taman-taman syurga, minumlah sehingga puas.

"Para sahabat bertanya:” Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman

syurga itu?Nabi menjawab : "Majlis-majlis ilmu".

(Hadith Riwayat At-Tabrani

_______________________________________________________


note1: lagi imtihan nak dekat lagi tu nak post kat blog..aishh, doakan diriku ini yee..^^,

note2: dah tukar wajah..tadi jalan2 kat blog..pastu nampak template y cantik..pastu kopi..hik2

Wednesday, July 13, 2011

Siapa dengan kamu?

Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai 'kifarah' dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya.

Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah: 286 yang bermaksud,

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya".

Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan sematkan di dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka".

(At-Taubah: 111)

CARA MENGATASI MASALAH

1. Sandarkan Harapan Pada Allah

Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Nasyrah ayat 1 hingga 8 yang antara lain maksudnya "...Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan..."

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."

(At-Taubah: 129)

2. Minta Pertolongan Dari Allah

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."

(Al-Baqarah: 45)

3. Jangan Sedih dan Kecewa

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."

(Al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".

(Yusuf : 12)

4. Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5. Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah.

Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

- "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." –

(Al-Baqarah: 216)

Sumber Text: SYAHRILKADIR


Terima kasih tuan penulis ..
^___^
Al-alifat

____________________________

note : menghitung hari untuk pulang...