Wednesday, May 29, 2013

Jalan ini

Hati itu satu dan tidak akan pernah menjadi dua. Andai engkau sudah meletakkan yang tidak sepatutnya ditempat itu , maka engkau akan kehilangan apa yang sepatut engkau letakkan.


Allah tidak menjadikan bagi seseorang itu dua hati di dalam rongga dadanya…” [33:4]


Sungguh inilah Jalan yang aku pilih, ia tetap menjadi yang pertama melebihi diriku.
In sya ALLAH



Friday, May 24, 2013

Malu itu benteng Imanmu

"Bila cahaya wajah berkurang,
maka berkurang pula rasa malunya
Tidak ada keindahan pada wajah,
Bila cahayanya berkurang
Rasa malumu peliharalah selalu,
Sesungguhnya sesuatu yang menandakan kemuliaan seseorang,
Adalah rasa malunya".

( Puisi, Muhammad Ibnu Abdullah Al-Baghdadi )

Thursday, May 23, 2013

Countdown

(4 hari lagi)

Bismillahirahmanirrahim,
Alhamdulilah, thumma alhamdulillah,

Selesai juga Imtihan Qawaid Feqhiyah yang sangat-sangat mencabar, terasa sedikit lega walaupun sebenarnya berbaki lagi dua paper yang tak kurang hebatnya , Qodoyah Mustajidah fil Ibadah ( perkara-perkara baru didalam ibadah ) dan juga Nahu.

Alhamdulillahhhh, Ya ALLAH permudahkan.

---------------------------------
Okey,
Imtihan tidak menjadi sebab untuk aku berkura-kura didalam DnT, banyak lagi perancangan yang perlu disusun bersempena dengan cuti sebelum bermulanya kuliah Musim Panas.

-Hadhonah Ukhuwah
-Konferens Riang
-Rehlah

-checklistchecklistchecklist-

----------------------------------
Guest?



Semalam, akhirnya tercapai juga hasrat untuk memiliki kitab "Tarikh Islami yang dikarang oleh Doktor Ali Muhammad As-sollabi, abi ( ayah angkatku di urrdun) yang cadangkan buku ini, selepas dia mengetahui minatku didalam bidang sejarah. Abi ada kedai buku namanya " Dar Al-Farouk" di Abdali , aku dan anaknya berkawan rapat, Sundus namanya.

Insya ALLAH, inilah projectku pada musim panas, menkaji dan memahami sendiri sejarah islam bermulah dari zaman Rasulullah dan para sahabat hinggalah Era selepas kejatuhan Khilafah. So tidaklah typical sahaja fakta ISK yang disampaikan dan diketahui.

Bila diminta dalil dan bagaimana sejarah ini berlaku, takkkan nak kata "Ermm, saya pon dengar-dengar dan dapat dari kakak". Kata 'Rijal A'mmah in progress" so, kenalah berusaha intuk menguasai dengan baik bukan semata-mata dengar dan ikut tanpa pengkajian tambahan.

Saya sedang mencabar diri sendiri nie , tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun mati :)

Aim high, tak mengapa kalau tak sempat  habiskan, at least ada usaha.

Wassalam.

-Al-alifat-





Wednesday, May 22, 2013

"Erti Hidup kerana mencintai"



Pabila kita sudah mencintai, kita akan banyak memberi, kerana kita banyak memberi, kita akan dicintai.


Ada manusia keran cinta, hidupnya merana,
Ada manusia kerana cinta, hidupnya bahagia,

Maka,

jangan disalahkan cinta , jika kita tidak pandai menggunakannya

-------------------------------

Buku The Art of Loving yang dikarang Erich Fromm, menganggap manusia moden merupakan golongan yang paling menderita.Mereka diajar untuk dicintai bukan untuk mencintai.Kesannya, anak muda menghabiskan masa dan wang berkubang dalam lembah maksiat. Dalam rumahtangga, para isteri bersusah payah menguruskan tubuh badan sehingga sanggup memperjudikan nyawa. Ahli politik tidak segan-silu berdusta dan memanipulasi wang demi cintakan kerusi.

Semua usaha mereka itu masih tidak dapat menghalang diri daripada kekecewaan dan putus asa.

Oleh itu, manusia kini,
"Sudah tiba masanya kita belajar untuk mencintai,"sambung Erich Fromm.
 
( wilayah ilmu )
 
-----------------------------
 
Kita pula ummat islam, dididik dengan aqidah yang Salim, mencintai Pemilik cinta terlebih dahulu sebelum mencintai Makhlunya-Nya. Agar setiap apa yang kita lakukan ada keterbatasan.
 
Dunia jika kita terlebih cinta, akan kecundang di akhirat sana.
Ilmu jika kita terlebih cinta, akan ternoda dengan kesombongannya,
Manusia jika terlebih cinta, akan lemas didalam lautan derita.
 
Akan tetapi Allah,
 
Jika kita lebih mencintai-Nya, akan berbahagia selama-lamaya.
 
 
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
 
 
Orang beriman,
 
"...adalah mereka yang beriman itu bersangatan cinta (mereka) kepada Allah..." (Surah Al-Baqarah : 165)

Mereka yang mencintai Allah SWT sudah tentu mencintai Rasulullah SAW & mengikuti petunjuknya:

"Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."(Surah Ali Imran:31)
 
 
Ummat terdahulu, Rasulullah dan para sahabat, kerana mereka mencintai  mereka berbahagia sehingga abadi.



KITA?
 
"Erti Hidup kerana mencintai"
 
 
Note : Esok saya exam.
 



- Si Al- alifat perindu syahid-