Friday, August 16, 2013

Kerana aku

Kerana aku ingin menjadi anakmu yang Solehah,
Kerana aku sangat-sangat Mencintaimu kerana Tuhanku,
Kerana Tarbiyah ini ingin menghasilkan Manusia yang Faham dan berAmal,
Kerana itu Redholah akanku kerana Tuhanmu.

Kerana aku sangat menghormatimu,
Kerana aku tidak mahu mengguris hatimu,
Kerana aku sangat-sangat inginkan kamu memahami sebuah perjuangan Dakwah dan tarbiyah ini,
Memerlukan pengorbanan dan keterbukaan,
Kerana itu Redholah akanku kerana Tuhanmu.

Akan aku berusaha dan tidak akan pernah berhenti, kerana dirimu sangat berharga buatku. Tanpa kamu tiada aku disini.

Hingga nafas terakhirku.

Ya Allah Redholah keatas diriku.
Thabatkan Hatiku kerana agamaMu dan ketaatan kepadaMu.

- Andai kamu mengetahui -

Wednesday, August 14, 2013

Wednesday, July 24, 2013

Hadid 20-21




Kehidupan  ini hanyalah permainan dan senda gurauan,
Janganlah terpedaya,
Sesungguhnya org beriman itu tahu memilih diantara dunia dan akhirat iaitu  kebahagiaan yang abadi,
Bagi yang terus leka, di akhirat azabnya sangat keras,
Kehidupan di dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang Palsu.

Bulan Barakah,
Berlumba-lumbalah mendapatkan ampunan dari Tuhan
Agar kamu bertaqwa
Dulu , kini dan selamanya.


The three Knots




Alkahf : 110.......... maka barangsiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya.

Ya Allah bantu aku menjadi Hamba yang lebih baik,
Ameeen Ya Rabbala'lamin.

Ramadhan 16
Agar kamu berTAQWA.