So ana sahaja-sahaja lahterjemah, bolehlah share dengan orang lain, kerana pesanan ini untuk kita semua.
Semoga bermanfaat.
الربانية أولاً
بقلم الأستاذ عوض القهوجي رحمه الله
Roh
Rabbaniyyah …. Bekalan kita dan panduan kita
أيها الإخوان المسلمون: ينبغي أن تكون الربانية في قمة
أولوياتكم وأن تعملوا جاهدين على تحقيقها بكل ما أوتيتم من قوة وجهد، فحققوا صفات
أولياء الله يكلأكم بكنفه ويشملكم بحفظه(فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ
الرَّاحِمِينَ) ولا يجعل للشيطان عليكم سبيلاً { إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ
عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ } [ الإسراء : 65] هذا ما
نريده وما نسعى إليه وهذا واجب كل فرد على حدته في إطار مسؤوليته الفردية ليبذل
أقصى جهده في تحقيق
موجبات
الربانية و العبودية.
Wahai
saudara seislamku sekalian : Hendaklah kamu menjadikan Rabbaniyyah ( hubungan keterikatan kita dengan Allah )
“priority” utama kamu, dan berusahalah untuk mencapai keterikatan sebaik
mungkin, dan yakinlah Allah akan
sentiasa bersamamu dan menjagamu ( apabila kita sentiasa menjaga Allah ) .Inilah
yang kami mahukan daripada setiap antara kamu ( wahai para D’uat ) iaitu
memastikan diri kita sentiasa dipenuhi dan dibekali dengan bekalan Rabbaniyah
dan U’budiyyah kepada Allah Azzawajalla ( sebagai bekalan utama untuk kita
berjuang dipentas dunia ini ).
واجبات
أيها الإخوان المسلمون : عليكم بإحياء الإيمان داخل
نفوسكم، فالإيمان هو المؤدي لكل ما ينشده الفرد في الدنيا والآخرة، ووسائل تجديد
الإيمان وتمكينه في النفس كثيرةٌ ومتعدِّدة، وأهمها إحسان الصلة بالله بإقامة
الفرائض والإكثار من الطاعات والأعمال الصالحات.
Wahai saudara seislamku sekalian : Hendaklah kamu menghidupkan roh
keimanan di dalam jiwa kamu, maka keimanan itulah yang menjadi pendorong bagi
setiap apa yang kita lakukan samada
untuk dunia mahupun akhirat. Dan ketahuilah jalan-jalan untuk meningkatkan dan
menumbuhkan keimanan di dalam diri itu mempunyai pelbagai cara. Yang paling
penting adalah, kita ihsan ( hadith 2 )
dalam membina hubungan dengan Allah Azzawajalla iaitu dengan mendirikan segala
yang fardhu dan memperbanyakkan taat dan patuh pada perintahnya serta berbuat
kebaikan.
Hendaklah kamu menyahut seruan Allah dengan sebenar-benar sahutan
sepertimana dalam sebuah “Al-asar” :-
فعليكم
أن تقبلوا على الله إقبالاً صادقًا كما جاء في الأثر: “إذا أقبل عليَّ عبدي بقلبه
وقالبه أقبلت عليه بقلوب عبادي مودَّةً ورحمة”.
“ jika hamba-Ku menerima aku dengan sepenuh hati ( yakni mentaatiku
), aku akan menerima hamba-Ku dengan penuh mawaddah, rahmah dan kasih sayang”
Ma ajmala Khaliq !
Betapa Rahmatnya Pencipta kita.
واجعلوا
الله عزَّ وجلَّ الغاية الأسمى والهدف الأعلى لكم واجعلوه حاضرًا في قلوبكم
وأمامكم في كل أعمالكم وأخلصوا التوجه له وأدركوا حقيقة ما خلقكم الله من أجله: {وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ
وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ}. وحققوا في أنفسكم معنى شعارنا
الدائم “الله غايتنا”
وحوِّلوه
إلى واقع ملموس.
Dan jadikan Allah Azzawajalla matlamat tertinggi dalam kehidupanmu
dan hadirkan-Nya di dalam hati-hati kamu, sebagai keutamaan di dalam setiap
amal yang kamu lakukan dan ikhlas hanya kerana-Nya serta ketahuilah hakikat
penciptaanmu adalah untuk : “ Tidak aku jadikan jin dan manusia hanyalah untuk
beribadah kepada-Ku “. Maka sentiasa pahatkan syiar utama kita ini,“الله غيتنا di jiwa-jiwa kamu dan jadikan ia realiti yang menggerakkan kamu.
وعليكم
التطلَّع الدائم إلى الدرجات العلا، وأن تجعلوا هدفكم في الحياة هو إرضاء الله عزَّ وجلّ، والعمل من أجل الفوز
بالفردوس الأعلى، وأن تعملوا جاهدين على تحقيق هذه الأهداف السامية لتنالوا رضا
الله. واغتنموا كلَّ دقيقةٍ وكلَّ لحظةٍ وكلَّ خلجة قلبٍ واجعلوها زيادة في رصيدكم
الإيماني (لِلْفُقَرَاءِ الْمُهَاجِرِينَ
الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنَ
اللَّهِ وَرِضْوَاناً وَيَنْصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ هُمُ
الصَّادِقُونَ)(الحشر:8)
Dan jadikanlah setiap tujuan dalam kehidupan kamu adalah untuk
meraih reda Allah Azzawajalla , dan beramallah dengan amalan ahli “firdaus” (
yakni bersungguh-sungguh untuk mendapatkan syurga Firdaus ), dan penuhilah setiap detik dan masa dengan
menambahkan keimanan kepadanya , “Harta rampasan itu juga untuk orang-orang
faqir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan
meninggalkan harta bendanya (kerana
berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah
dan keredhaanNya, serta demi menolong agama Allah dan RasulNya mereka itulah
orang-orang yang benar (imannya dan amalnya)” .
وحققوا
الأخوة بينكم وطبقوها عمليًّا، بدءًا من سلامة الصدر وحتى الإيثار (وَالَّذِينَ تَبَوَّأُوا
الدَّارَ وَالْأِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا
يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى
أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ
فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ)(الحشر:9) فنحن نريد الأخوة الحقيقية التي تعين
على الطاعة والقرب من الله ، وتثري العمل وتدفعه للأمام.
Dan kukuhkanlah kekuatan ukhuwah diantara kamu, bermula dengan berlapang
dada sehinggalah ke “ ithar” ( melebihkan orang lain daripada diri kita ) “Dan
orang-orang (Ansaar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum
mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada
pula di dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada
orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang
berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam
keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang
menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya,
maka merekalah orang-orang yang berjaya. Kita inginkan sebuah ikatan ukhuwah
yang suci dan hakiki yang mendorong kita untuk mentaati dan mendekatkan diri
kepada Allah, serta memimpin kita untuk bersama-sama beramal mengorak langkah
ke hadapan.
إن
الربانية هي مدد الحياة الإيمانية ؛ فحافظوا على صلاة الجماعة والصف الأول وبخاصة الفجر واقرءوا
القرآن واستمعوا إليه وتدبروه وقوموا بمعانيه، واعلموا أنه لا سير إلى الله بدون
قيام الليل فإنه شرف المؤمن وزاده الحقيقي على تحمل تبعات الدعوة ومشقاتها فهو
وقود الدعوة،
واجتهدوا في الدعاء وقت السحر واغتنام هذه الأوقات الفاضلة ، واعلموا أن قيام
الليل هو أفضل معين لتحمل أعباء النهار { إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ
هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلاً } واشغلوا أوقاتكم بالذكر والتفكر والصيام ونوافل الخير والطاعات
واعملوا جاهدين على
التخلص
من كل جواذب الأرض التي تعطلكم عن أداء رسالتكم.
Sesuungguhnya Roh Rabbaniyaah adalah bekalan iman sepanjang
hayat ; oleh itu jagalah solat jemaah
dan beradalah di saf hadapan lebih-lebih
lagi pada waktu subuh, bacalah Al-quran, dengarlah, tadabburlah dan hayatilah makna-maknanya, dan ketahuilah
kekuatan ( untuk berdakwah ) tidak akan dapat diperolehi tanpa Qiyamullail, dan
Allah sangat memuliakan seorang mukmin yang mengimarahkan malam-malamnya dengan
Qiyamullail , dan bersungguhlah berdoa
kepada-Nya pada waktu pagi ( sebelum fajar) kerana pada waktu ini terdapat
banyak fadhilat dan kebaikan. Sesungguhnya malam Qiyamullail adalah waktu yang
terbaik untuk kita bersedia menangung beban keesokan harinya “ sesungguhnya
kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu . Sungguh, bangun malam itu
lebih kuat ( mengisi jiwa ) ; dan ( bacaan di waktu itu lebih berkesan “. Oleh itu “busykanlah”
waktu-waktu kamu dengan mengingati Allah, bertafakkur, puasa ,solat sunat,
berbuat baik dan ketahuilah bahawa penduduk dunia ini dahagakan sesuatu
daripada kamu ( kesungguhan kita menyampaikan Risalah Lillah ini )
وصلوا
أرحامكم وكونوا بارين بأهلكم وذويكم وأطيعوا الله فيهم وأعطوا من أنفسكم القدوة
الصالحة لدعوتكم ولدينكم وكونوا لهم بمثابة الواحة التي بها يأنسون.
Semoga kita menjadi Daie yang diredai dan diberkati oleh-Nya,
Ameen.
Semalam, akhawat ajak sharing-sharing, Alhamdulillah sangat minggu lepas terdetik nak terjemah, so semalam dapatlah sharing-sharing Mabit sama-sama dengan mereka, bila baca balik sangat tersentuh dengan kata-kata dan pesanan pak cik Aud ( penulis artikel ini ), pesanan dari seseorang yang "beramal" beza dengan orang yang hanya bercakap.
Sebak bila lihat ukhti-ukhti mula mengalirkan air mata tapi bibir tersenyum, " sabar ye Ukhti, "Kita sabar sesaat untuk kemenangan yang abadi" dan " jadi diri sendiri serta sentiasa bercakap benar".
Jom!
"go back to the track"
"Allahu ghayatuna"
p/s: Ana budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan ye ( salah terjemahke kan)
- Al- Alifat -
Semalam, akhawat ajak sharing-sharing, Alhamdulillah sangat minggu lepas terdetik nak terjemah, so semalam dapatlah sharing-sharing Mabit sama-sama dengan mereka, bila baca balik sangat tersentuh dengan kata-kata dan pesanan pak cik Aud ( penulis artikel ini ), pesanan dari seseorang yang "beramal" beza dengan orang yang hanya bercakap.
Sebak bila lihat ukhti-ukhti mula mengalirkan air mata tapi bibir tersenyum, " sabar ye Ukhti, "Kita sabar sesaat untuk kemenangan yang abadi" dan " jadi diri sendiri serta sentiasa bercakap benar".
Jom!
"go back to the track"
"Allahu ghayatuna"
p/s: Ana budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan ye ( salah terjemahke kan)
- Al- Alifat -
No comments:
Post a Comment
suaramu amat ku hargai
Note: Only a member of this blog may post a comment.