Showing posts with label Humaira. Show all posts
Showing posts with label Humaira. Show all posts

Monday, June 3, 2013

Humaira : Seorang Perindu



kredit : muharrikdaie

( Di waktu malam yang sepi  bertemankan bunyi cengkerik dan cicak bersatu)

Umai, ( Nadhirah bertanya kepada Humairah)
Macammana conferens riang tadi,
Ohh, Osem!!!

Aah laa Umai memang ooosem sangat, untungla dia tu pelajar dirasat paham apa yang sheikh sampaikan, ( dengan nada perli )
Ehh anti nie, ana pon berjuhud jugalah, habis semua neuron kat otak ana ni berkerja keras, 
Ye ke Ukhti, Masya Allah A'laik, semua neuron yee! ( sambil mencebikkan bibirnya )
Dah..dah, esok nanti kita duduk sebelah-sebelah yee, kalau ada yang tak faham anti tanya jee ana, Insya Allah kanku bersedia berkhidmat untuk ukhtiku tersayang  ni.
Aiwah, ini baru dikatakan berkasih sayang hingga ke Syurga.
Yeee. ( Humairah tersenyum setia )

( selepas setengah jam kemudian )

Umai!
Yee,
Ehh, anti tak tidur lagi,
Aah, ana sedang berfikirlah,
Anti fikir apa tu,
Nad, anti rasa, ana ni layak tak mendapat Syahid,
Ukhtiku, bukan ana orang yang selayaknya menjawab soalan ni, tapi anti!. 
Hurmm... ( Humairah termenung )
Antilah yang menentukan pengakhiran hidup anti bagaimana ( baik atau buruk, berdasarkan amal kita ), berdoalah selalu pada Allah, semoga kita semua dianugerahkan Syahid yakni mati dalam keadaan beriman. Kita saling mendoakan ehh, nanti malaikat aminkan, kita berdua Syahid.
Usaha pun kena bertambah, pengorbanan kena lagi berlipat kali ganda, ( Sambil mengenggam erat tangan Humairah )
Anakan kalau diberi pilihan Syahid ketika sedang melahirkan anak atau syahid ketika sedang berDnT, Ana pilih untuk syahid ketika berDnT. Ana nak mati dalam keadaan sedang berjasa demi Ad-Deen ini.
Ermm Umai, Ibu yang syahid ketika sedang melahirkan pun tidak ada kurangnya , cuba bayangkan anti sedang melahirkan seorang mujahid yang akan meneruskan perjuangan anti nanti, menjadi Khalifah memakmurkan Bumi. Tak hebat ke tu!.
Uishh hebat..hebat, hehe.
Kalau begitu, ana doa semoga Allah kurniakan ana Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik).
Haa macam itulah, doakan ana jugak !

----------------------------------
( ketika sedang berconference paginya )

Wahai anak-anakku, kejayaan dakwah (kami) sehingga kini bukanlah kerana ramainya ahli yang bersama atau kuatnya hujah untuk kehadapan, akan tetapi ,kerana ini  ( sambil menunjukkan kitab suci Al-Quran ) adalah ghayah bagi perjuangan kami yakni keredhaan Allah. Berusahalah setiap dari kalangan kamu membina benih iman yang sejati. Jaga hubungan  dengan Allah Rabbul A'lamin ,masakan bisa risalah yang suci ini dibawah dari bekas yang kotor.

Selepas itu, hasil daripada iman yang sempurna akan keluarkan buah kecintaan iaitu "Hubbul wasik", bila kita sudah cinta, kita akan suka, bila kita sudah suka kita akan gembira, dan itu adalah tanda Hati yang tenang. Tenang dan cinta berkerja di dalam jalan Dakwah dan Tarbiyah ini.

Kemudian, tidak lari Cinta ini daripada pengorbanan yakni " Tadhiyyah", didiklah diri kamu untuk senang melakukan perngorbanan, bermula dengan pengorbanan yang kecil iaitu  daripada duit poket dan masa sehinggalah tiba pengorbanan yang besar "An-Nafs", pabila tiba seruan jihad nanti. 

Cuba kamu katakan, dimanakah kubur Abu Ayub Al-Ansori
Turkey.
Bilal bin Rabah pula,
Syria.

Lihat, para sahabat  mereka berkorban meninggalakan keluarga dan harta, demi menyampaikan risalah suci ini. Kita pula, aishh...kadang-kadang nak pergi usrah pun berlengah , Betul kee? ( sebahagian mengelengkan kepala, sebahagian lagi tersenyum sahaja )

Ayuh! Ikhwah dan akhawat, ayuh! bangkit kita berganding bahu mengembeling tenaga, kalian adalah aset pada dakwah ini, bumi ini sudah tenat, ayuh bangkit!, kita bawakan sinar , sinar yang tenang menerangi alam ini.

Allahu Ghayatuna,
Al-Quran Dusturuna
Ar-Rasul Qudwatuna.
Al-Jihad Sabiluna,
Al-Mautu fisabilillah 
Asma Amanina.

Humaira, bagaimana Imanmu?

Bersambung ...

-Al-Alifat-

Monday, May 13, 2013

Humaira : Lipatan kertas

( di bilik study)

Tadi berborak dan bercerita dengan salah seorang housemateku, umurnya 15 tahun mak dan ayahnya amanahkan kami untuk menjaganya.Namanya Mawaddah, akan bersekolah di sini nanti.

Kak, boleh saya amik masa akak sekejap, aku yang baru pulang dari jamiah  dalam kepenatan sambil mengangguk.

Ye Mawaddah, sambil tersenyum menyembunyikan wajah kepenatanku.

Akak ada tak kertas kosong yang tidak digunakan.

Aku tersengih cuka sambil berkata , ada-ada.

Okey,kejap lagi Adah datang balik ehh, nak tunjuk sesuatu kat akak.

Okeyyy, apalah tu, jawabku.

( seminit berlalu )

Akak mana kertas tadi, okehh akak tadi Adah dapat sesuatu, sambil melipat-lipat kertas A4 yang aku berikan, Dia terus menerus melipat kertas itu hingga akhirnya menjadi satu perkataan "ISLAM & SYURGA", akak Islam itu agamanya bersifat fitrah, kalau kita buat baik Allah kurniakan Syurga, tapi kalau kita malas dan buat jahat selalu Nerakalah jawabnya.

Okeh akak, jaditak Adah buat huruf dari kertas, senang je  segalanya di jarimu, hehe.

Aku tersenyum hilang kepenatan , sucinya mereka tidak ternoda dengan permainan dunia, aku yang kini sudah semakin bertambah usia, kembalilah menghisab diri, layakkah Syurga dikurniakan untukku. Sudah segigih mana aku menyampaikan Risalah Syahadatul Haq ini.

Tiba-tiba percikan air bawang yang dipotong Ikrimah didapur terkena mataku, aishh pedih betul.

Jangan dipersiakan masa bersama mereka, bagi mereka itulah perkara paling menarik yang dipelajari hari ini, walaupun hanya melipat kertas A4, belajarlah untuk menghargai.Ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Yang muda menghormati yang Tua, yang tua menghargai yang muda.

Okey setakat ini, :)
 
Sincerly,
diary Humaira.

Bersambung...
 
-Al-Alifat-

Saturday, May 11, 2013

Humaira: Al-waqiah


( hutan rimba )
Burung-burung berterbangan riang,
Sejuk angin bayu mengusap kalbu,
Deru air mengalir laju,
Memberi ketenangan pada jiwa yang mahu,
Bunga orkid berkembang mekar
Terulik kekiri dan kanan,
Arnab kecil berlari-lari,
Cengkerik berbunyi dicelahan rerumput.

"Ya Allah, dimanakah aku sekarang, sungguh indah bagaikan syurga idaman gayanya." monolog Humaira pada dirinya.

Tiba-tiba, alunan ayat-ayat Al - Waqiah menyelinap masuk ke gegendang pendegarannya, lalu Humaira tersedar sambil terukir senyuman dibibir, "ohh! , aku bermimpi  rupanya, sangkakan  aku sudah menjadi bidadari kayangan. Ehh terperasantan pula, beramal masih seciput  ada hati mahu jadi bidadari kayangan", tegur Humaira pada dirinya.

Lantas humaira bingkas bangun mengalihkan selimut yang menutupi tubuhnya dan menggapai telefon samsung Nexus hadiah pemberian dari abah tersayang, "pukul berapa sekarang ,ohh 3.30 pagi, aiwah sempat lagi ni, Subuh masuk pukul 4.15 "

Selesai berwudhu' Humaira menggerakkan sahabatnya, Atiqah, Ikrimah...jom! bangun, kata semalam ada temujanji, kau suruh aku kejutkan.

"Temujanji dengan sapa pula, sambil menggosok- gosok matanya yang tidak gatal",  ujar Ikrimah.

"Dengan Allah, hehe, kata semalam  dah baca buku berkali- kali tapi tak paham-paham so, jomlah kita ngadu pada-Nya, sharing- maring",sambil tersengih, Humaira.

" kau ni ada-ada jelah umai, syukran!!!! Kejutkan" , ujar Atiqah.

Humaira lantas bergerak ke ruang solat, bertahajud pada pencipta-Nya memohon keampunan dan kekuatan untuk berjihad dipentas dunia ciptaan Tuhan Rabbal a'lamin.

Selesai sajaha menunaikan solat, Humaira teringat kembali mimpinya tadi, syukran Ya Allah tak sangka aku dihadiahkan mimpi seindah itu, tapi apa ehh maksud disebalik mimpi ini.

" pelik tapi benar "

Sementara itu, Humaira menggapai al-quran kesayangannya untuk dibaca sambil menanti Azan Subuh berkumandang.

Dibukanya, tiba-tiba, bibirnya tersenyum dan matanya sedikit bundar, " Ya Allah, Surah Al- waqiah "

Bersambung....

---------------------------
Note: Semoga Allah memberkati Kita semua :)
Note: Tengah study week nie, sempat lagi bintu Ayub , heh.

-Al-alifat-