Showing posts with label Akhlak. Show all posts
Showing posts with label Akhlak. Show all posts

Saturday, October 26, 2013

The Da'ie Life cycle

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah Rabbul'alamin kita masih diberi nikmat keimanan dan kehidupan,
Selawat dan salam kepada Rasulullah nabi penyuluh ummat.

( masa berlari pantas )

Teori kata Daie itu kena jadi multi-tasking,
Diri kata, kalau tak berusaha macam mana nak berjaya.
Nafsu kata, tak penat ke ? .

Kita aka Saya,
Hamba,
Daie,
Mutarobbi,
Murobbi,
Anak,
Penuntut Ilmu,
Anak murid,
Kakak,
Adik,
Sahabat,
Kawan,
Jiran,
Dll.

Ni baru tangga Individu Muslim, selepas ini Baitul Al-muslim, Masyarakat muslim dan seterusnya...
Akan tetapi tangga inilah proses yang paling penting,
Mana mungkin kita boleh mencapai Ustaziyatul Alam yang hebat dan Gah jika tangga Individu Muslim itu rapuh dan goyah.

Kita sedang membina angka satu bukan kosong.


 “….sesungguhnya umat yang berjuang amat berhajat kepada pembinaan jiwa dan pengukuhan akhlak dan mencorak generasinya dengan akhlak rajulah (ketokohan) sehingga mereka teguh pendirian dalam menghadapi segala rintangan dan berupaya mengatasinya dari segala kepayahan. Sesungguhnya seorang rajul (tokoh) adalah rahsia hidup umat dan sumber kebangunannya,dan sejarah umat-umat terdahulu adalah sejarah yang melahirkan rijal yang pintar dan kuat jiwa dan kemahuannya. Bahawa kekuatan satu-satu umat atau kelemahannya dinilai kepada kesungguhan dan keseriusan dalam memproduk (menghasilkan) rijal yang melengkapi syarat-syarat kerajulan yang sahihah (betul)” – Imam Al-Bana ( risalah adakah kita kaum yang bekerja )


Fikir-fikirkan dan Muhasabah,

:)

___________________________________________________________



( Kita mampu mengubahnya, in sya Allah )


Teringat pesan seorang Ukhti, suatu ketika dahulu saat diri ini baru mula bertatih-tahih mengenal Dakwah dan Tarbiyah.

" Ukhti, waktu sekarang nilah ukhti kena berlari laju, berusaha sehabis baik membina IM, jangan mengharapkan selepas BerBM baru nak bina dan melaju, waktu itu tanggungjawab kita semakin bertambah, jika kita tak didik diri kita dari awal, takut-takut terfutur. "

Peluh,
Wondering pun ada ? , dahsyat sangat ke fasa ini dan fasa-fasa seterusnya,
Seorang Akh ada berkata,

"Ana tak percaya antum semua akan thabat dan istiqamah dalam jalan DnT, selepas antum lalu semua 4 fasa hidup ni.."

Fasa 1,
Back for Good.

Fasa ke-2.
Bila kita bekerja.

Fasa ke-3
Bila kita berumah tangga.

Fasa ke-4,
Bila kita beranak-pinak nanti.

"kalau kesemua fasa2 ni, antum (kita) masih thabat dengan DnT.. baru boleh kata antum (kita) Istiqamah dengan jalan DnT."

Fasa ke-5,
kakak murobbiku tambah,
Bila kita bertemu dengan Allah nanti.

Okey,
Nampaklah disini, tapisan-tapisan Allah,
Allah sedang memilih siapakah diantara hamba-hambanya yang bersungguh-sungguh berlari mengejar untuk mencapai RedhoNya,
Berusaha mencontohi Rasulullah dan para sahabat yang meletakkan DnT sebagai priority pertama hidup mereka tanpa meninggalkan tanggungjawab mereka yang lain.

Menjadi pemimpin, peminpin yang ehsan kepada rakyatnya,
Mereka menjadi anak, anak yang ehsan kepada kedua ibubapa mereka,
Menjadi suami, suami yang ehsan kepada isterinya,
Menjadi ahli keluarga, ahli keluarga yang ehsan pada keluarganya.
Menjadi sahabat, sahabat yang ehsan pada sahabatnya,
Menjadi A'meelin, a'meelin yang ehsan pada amalnya,
Dan lain-lain lagi tanggungjawab manusia.

Hakikatnyam Tarbiyah mengajar kita menjadi manusia yang seimbang dan bijak membahagikan tiga aspek penting di dalam kehidupan iaitu doruriyat, hajiat dan tahsiniat.

Kita tetap juga manusia, bukanlah dijadikan fitrahnya seperti malaikat, kadang-kadang kita kalah juga dengan diri sendiri,

No problemlah !,

Setiap mujahadah kita untuk kembali membina IM dan menggapai Redho Allah pasti ada imbalannya.

Yang penting Usaha.

Kan,
:)

( hanya mampu tersenyum )

Tiba-tiba, teringat,
Seorang adik bertanya padaku,
Akak, akak pon main game Talking Gina ( sambil membelek-belek telefonku )
Sambil tersenyum aku menjawab, Eh akak ni manusia ke awak rasa?
Akak!, hehehehe.

____________________________________________

Fasa 1 dan seterusnya, semakin menghampiri,
Ya Muqallibal qulub Thabit qulubana a'la dinik wa a'la thoa'tiq.

- Al-Alifat -


Wednesday, September 25, 2013

Analogi " Barrel Law"

 Assalamualaikum,
Perkongsian dari Dr. Amjad Qurshah, seorang Dr Syariah Usuluddin yang sangat ana kagumi.

Semoga ia dapat memberi manfaat :)











Bermuhasabah kembali, menilai diri.

( tulisan dan lukisan itu adalah seni walaupun buruk kui3 )

- Al-Alifat -

Monday, September 2, 2013

Muntalaq

Salaam a'laikum warah matullah,

Aaseef ats kelewatan saya membalas email kamu. IAllah saya cuba jawab secara ringkas.

Konsep dalam hal ini adalah iman itu ada naik dan turunnya. Of kos, kita bukan malaikat, tapi kita semestinya mahu mengejar kesempurnaan bukan..? Dalam kita galak dan bersungguh mengejar kesempurnaan ini, pasti ada masa-masa kita jatuh dan tersungkur.

Kadang-kadang kita tertengok movie. Kadang2 kita gelak2 kuat, lagha dgn kawan2 lama. Kadang2 kita tgk aurat org lain. Kadang2 kita lewatkan solat.

Tapi kita bangkit kembali. Kita teruskan berlari. Kerana kita tahu, sorga itu hanya untuk orang yang bersegera dan bersungguh-sungguh mencari keredhaanNya.

Point saya adalah, jahiliyyah tu mesti ditinggalkan. Paling koman pon, kita tak tunjuk depan org lain. Belakang2, itu urusan kita dengan Allah. 

Kalau kita sengaja membiarkan diri kita larut dengan kemaksiatan jahiliiyyah, khuatir nanti kita akan membuka pintu yang lebih besar untuk dosa dan maksiat yang lebih besar. Nau'dzubillah.. Dgn jahiliyyah kita kena bertegas dan tak tinggalkan satu ruang pon utk dia masuk. Sbb mmg Syaitan dah janji depan Allah, yg dia akan buat apa sahaja untuk sesatkan anak2 Adam.

Tanggungjawab kita? Pertahankan diri dengan benteng iman yang kukuh dan kikis karat2 jahiliyyah yang ada pada hati agar hati kita benar-benar tulus dan suci.

Uhm, begitulah kurang lebih. Moga melegakan hati kamu yang sedang kekusutan.

Moga Allah permudahkan. ;)


Jazakumullahu khairan katheera.

Wassalamu a'laikum.


Tadi, membelek-belek kembali E-mail yang kian lama semakin bertambah, tiba-tiba terjumpa email ini, *tersenyum*

Suatu ketika dahulu, saat hati dan diri berperang diantara satu sama lain, samada aku mahu kekiri atau kekanan. 

Nampaknya , email ini akan terus valid menjadi nasihat untuk aku hingga nafas yang terakhir. Ya hingga ke hujung nyawa.

APG kata,

Dosa tidak mungkin ada titik noktahnya. Tapi ia bisa punya titik koma; letakkanlah ia sebanyak mungkin dalam perjalanan hidup kita di dunia!

In sya ALLAH.

--------

Malaysia,

Kepulangan kali ini, berbeza dari sebelumnya, tambahan aku nak BFG dah,
Syukur sangat kesempatan berjumpa dengan manusia -manusia yang Qawiy didalam DnT ini, memang sangat kebetulan , bak kata orang Rezeki.

Memahami waqiq Malaysia bersama mereka, Terima kasih Antunna, walau kita tidak pernah bersua dan bertemu kini kita ibarat  A dan T :) .

Dan yang paling Best sekali, antunna ajak ana masuk ketengah-tengah masyarakat , sapa mereka , terangkan tentang Islam dan keadaan Saudara seislam kita di Mesir. Ya Allah, gagap pun ada , takut lagilah ( tapi First time yang sangat berharga bagi ana ) , memang beza dengan waqiq ana di Jordan, Di Malaysia adalah Medan yang sebenar. Ini lah saat bermula titik " Muntalaq".

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Ummi dan Abah,

Alhamdulillah,

tadi terkejut bila ummi tanya

Ateh hari ini  dan esok, ateh ada apa2 program ke ?
Aku terdiam seketika, ( wah ummi tanya soalan ini )

Tak ada Ummi , tapi hujung minggu ini In sya ALLAH.

okey, Buat yang Terbaik


Haza min Fadhli Rabbi, Terima Kasih YA ALLAH
Semoga ALLAH tetapkan hati ini diatas Agama islam ini dan ketaatan kepada-Nya
Ameeen.


Kuncinya, berazam dan berusaha dan buang JAhiliyyyyyah ,
( geram betul dengan jahiliyyah nie )

Al-alifat
Yang sedang berusaha nak jadi S******.

Note: Ada something nak share tentang Kita , Palestine , Mesir dan Syria. ( otw )

Monday, June 10, 2013

Budaya mereka mendoakan kebaikan

Hari ni adalah hari berdoa sedunia,
Eh tidak, setiap hari kita perlu berdoa pada Allah Rabbul A'lamin,
Cuma hari ini agak special.

Hari Pertama Sem Musim Panas,
Cuba bayangkan anda ibarat seorang Bos yang baru masuk pejabat.

Kaif haluki?.

Ash looneq?.

 Kullu A'm wa anti bilkhair.

Ukhti, Allah yaftah a'laiki futuhal a'rifin.

Allah yajzikal khair.

Allah yubariq a'laik.

Sangat terasa, budaya mereka yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk sahabatnya, inilah budaya negara arab yang paling  di"salute".

Haa, ada lagi satu iaitu memberi salam, tidak kisahlah anda adalah orang dikenali atau tidak, ia pasti akan memberi salam dengan senyuman.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَفَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى أَمْرٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ

Rasulullah (SAW) bersabda: Kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu saling mencintai. Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu jika kamu melakukannya kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesama kamu, (Bukhari Muslim)

Ermm, sedikit sebanyak budaya yang baik ini semakin menyerap ke dalam capilary darah, Semoga Allah Berkati!

Friday, May 24, 2013

Malu itu benteng Imanmu

"Bila cahaya wajah berkurang,
maka berkurang pula rasa malunya
Tidak ada keindahan pada wajah,
Bila cahayanya berkurang
Rasa malumu peliharalah selalu,
Sesungguhnya sesuatu yang menandakan kemuliaan seseorang,
Adalah rasa malunya".

( Puisi, Muhammad Ibnu Abdullah Al-Baghdadi )

Wednesday, May 22, 2013

"Erti Hidup kerana mencintai"



Pabila kita sudah mencintai, kita akan banyak memberi, kerana kita banyak memberi, kita akan dicintai.


Ada manusia keran cinta, hidupnya merana,
Ada manusia kerana cinta, hidupnya bahagia,

Maka,

jangan disalahkan cinta , jika kita tidak pandai menggunakannya

-------------------------------

Buku The Art of Loving yang dikarang Erich Fromm, menganggap manusia moden merupakan golongan yang paling menderita.Mereka diajar untuk dicintai bukan untuk mencintai.Kesannya, anak muda menghabiskan masa dan wang berkubang dalam lembah maksiat. Dalam rumahtangga, para isteri bersusah payah menguruskan tubuh badan sehingga sanggup memperjudikan nyawa. Ahli politik tidak segan-silu berdusta dan memanipulasi wang demi cintakan kerusi.

Semua usaha mereka itu masih tidak dapat menghalang diri daripada kekecewaan dan putus asa.

Oleh itu, manusia kini,
"Sudah tiba masanya kita belajar untuk mencintai,"sambung Erich Fromm.
 
( wilayah ilmu )
 
-----------------------------
 
Kita pula ummat islam, dididik dengan aqidah yang Salim, mencintai Pemilik cinta terlebih dahulu sebelum mencintai Makhlunya-Nya. Agar setiap apa yang kita lakukan ada keterbatasan.
 
Dunia jika kita terlebih cinta, akan kecundang di akhirat sana.
Ilmu jika kita terlebih cinta, akan ternoda dengan kesombongannya,
Manusia jika terlebih cinta, akan lemas didalam lautan derita.
 
Akan tetapi Allah,
 
Jika kita lebih mencintai-Nya, akan berbahagia selama-lamaya.
 
 
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
 
 
Orang beriman,
 
"...adalah mereka yang beriman itu bersangatan cinta (mereka) kepada Allah..." (Surah Al-Baqarah : 165)

Mereka yang mencintai Allah SWT sudah tentu mencintai Rasulullah SAW & mengikuti petunjuknya:

"Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."(Surah Ali Imran:31)
 
 
Ummat terdahulu, Rasulullah dan para sahabat, kerana mereka mencintai  mereka berbahagia sehingga abadi.



KITA?
 
"Erti Hidup kerana mencintai"
 
 
Note : Esok saya exam.
 



- Si Al- alifat perindu syahid-

Monday, May 13, 2013

Humaira : Lipatan kertas

( di bilik study)

Tadi berborak dan bercerita dengan salah seorang housemateku, umurnya 15 tahun mak dan ayahnya amanahkan kami untuk menjaganya.Namanya Mawaddah, akan bersekolah di sini nanti.

Kak, boleh saya amik masa akak sekejap, aku yang baru pulang dari jamiah  dalam kepenatan sambil mengangguk.

Ye Mawaddah, sambil tersenyum menyembunyikan wajah kepenatanku.

Akak ada tak kertas kosong yang tidak digunakan.

Aku tersengih cuka sambil berkata , ada-ada.

Okey,kejap lagi Adah datang balik ehh, nak tunjuk sesuatu kat akak.

Okeyyy, apalah tu, jawabku.

( seminit berlalu )

Akak mana kertas tadi, okehh akak tadi Adah dapat sesuatu, sambil melipat-lipat kertas A4 yang aku berikan, Dia terus menerus melipat kertas itu hingga akhirnya menjadi satu perkataan "ISLAM & SYURGA", akak Islam itu agamanya bersifat fitrah, kalau kita buat baik Allah kurniakan Syurga, tapi kalau kita malas dan buat jahat selalu Nerakalah jawabnya.

Okeh akak, jaditak Adah buat huruf dari kertas, senang je  segalanya di jarimu, hehe.

Aku tersenyum hilang kepenatan , sucinya mereka tidak ternoda dengan permainan dunia, aku yang kini sudah semakin bertambah usia, kembalilah menghisab diri, layakkah Syurga dikurniakan untukku. Sudah segigih mana aku menyampaikan Risalah Syahadatul Haq ini.

Tiba-tiba percikan air bawang yang dipotong Ikrimah didapur terkena mataku, aishh pedih betul.

Jangan dipersiakan masa bersama mereka, bagi mereka itulah perkara paling menarik yang dipelajari hari ini, walaupun hanya melipat kertas A4, belajarlah untuk menghargai.Ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Yang muda menghormati yang Tua, yang tua menghargai yang muda.

Okey setakat ini, :)
 
Sincerly,
diary Humaira.

Bersambung...
 
-Al-Alifat-

Thursday, May 9, 2013

Pergabungan dua Dunia



Kamu tahu tak mengapa Allah jadikan manusia itu fitrahnya hidup berpasang-pasangan, Kata Dr. A'baz  Albaz di dalam dewan kuliah tadi, dia seorang pensyarah yang sangat aku kagumi. Aku memandangnya sambil tersenyum dan bermonolog "mesti ada sesuatu yang ingin disampaikan "

Cuba kamu lihat lukisan yang aku lakarkan disini, manusia itu sifatnya terbahagi kepada dua, iaitu A'qli  dan A'thifi, kebiasaanya lelaki akan lebih cenderung bersifat a'qli dan perempuan  bersifat a'thifi (kasih-sayang). Jika kita lebih cenderung bersifat a'qli kita akan kurang bersifat a'thifi, tapi ia bukan bermaksud kita tidak a'thifi  cuma akan kurang diaplikasikan didalam kehidupan kita.

Apa yang kita nampak negatif pada sifat seseorang itu ,ia sebenarnya adalah positif. Okey, cuba kamu bayangkan jika seorang anak kecil  melakukan kesalahan, kebiasaanya abahlah yang akan marah dan mungkin memukulnya sebagai tanda memberi pengajaran bahawasanya apa yang anak itu lakukan adalah salah sama sekali. Betul tak?, Tapi, ibu pula bagaimana?, dia pasti  akan memeluk dan memujuk anak itu supaya berhenti menangis sambil berkata "haa, tengok abah dan marah, ummi tak tahu,  okey lain kali jangan buat lagi yaa, kan ummi dah kata sebelum ini jangan, kenapa Uwais buat juga"

Aiwah, nampak tak keseimbangan diantara dua didikan dari sifat yang telah Allah kurniakan pada hambanya.Si abah bertindak dengan a'qli dan ummi pula dengan a'thifi. Cuba bayangkan sekiranya anak kecil itu setelah dimarahi dan di'babab' oleh abahnya, selepas itu umminya pula sambung memarahi dan mem'bababnya' tanpa disertakan sentuhan kasih-sayang iaitu a'thifi, bagaimana pembinaan dan tumbesaran saikologi anak kecil itu, dia pasti membesar dengan sifat yang tidak seimbang, baginya kekerasan dan kegoaan adalah ciri yang perlu ada jika ingin teruskan kehidupan dimuka bumi ini. Setiap apa yang dipandang dan dirasai semuanya bersifat negatif dan kasar.

Sama juga, jika kedua ummi dan abahnya, bersifat sangat-sangatlah a'thifi tanpa disertai dengan a'qli, setiap kesalahan yang dilakukan anaknya, " alaaaa tak apalah , biarlahh, nanti dia dah besar fahamlah tuu, anak nak duit bagi jelah, tak nak belajar, tak apa duduk rumah rehat-rehat ehh" , adeh, sangat belemaklah dan berkolestrol sifat yang akan terbentuk dalam diri anak-anaknya nanti. Manja terlebih dan tidak pandai berdikari, segalanya akan dilihat baik dan tidak ada yang salah sama sekali.

*tersenyum*

Allah SWT berfirman:

“Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat: 49)


Agungkan Pencipta kita, penciptaannya sangat memenuhi fitrah manusia yang bersifat insani, Dia jadikan salah satu sifat diantara pasangan itu ada kurang dan ada lebih, supaya mereka memenuhi diantara satu sama yang lain dan saling berkenal-kenalan.

Maka, anak yang lahir akan membesar dengan seimbang, dia tahu apa yang salah dan apa yang betul, kucing yang jatuh didalam longkang perlu dibantu dan dikasihani, mencuri dan berkata bohong perlu dijauhi dan dihindari. Serta saudara dipalestine yang diseksa perlu disimpati, Isarel perampas negara adalah salah sama sekali.

Nampak tak?

Oleh itu doktor menegaskan pada kami, tempat da suasana yang paling penting untuk mentarbiyah dan membentuk manusia adalah "Usrah" , iaitu daripada keluarganya sendiri yang terdiri daripada ibu dan bapa.

Tambahan bonus, jika ibu dan bapanya lahir dan ditarbiyah dengan fikrah kehidupan islam yang syumul.

Jadi Tidak mustahillah RIJAL seperti Sultan Muhammad Al-Fateh bisa lahir dan wujud dimuka bumi ini.

"Ma ajmala Khaliq!"

*senyum*

Abah dan Ummi Terima kasih, kerana menyakinkan diri ini supaya sambung dan belajar dalam bidang pengajian Islam di Bumi Syam Jordan, walaupun anakmu ini pada masa itu tidak tahu langsung berbahasa arab . hehh ( tawakkal betul masa tu )

Note: saya nak masuk kelas bahasa melayu!!, (sengih nampak gigi)

-Al-alifat-

Wednesday, May 8, 2013

Hati akan tenang pada perkara yang baik,dan
Gundah gelana pada perkara yang salah.

Saya tidak tahu, saya buat salah ataupun tidak,
tapi yang saya rasa adalah tidak ketenteraman hati.

Minta maaf.

Tawakkal a'la Allah,
Pengalaman pertama, saya tak reti, tapi saya berusaha.


* baru call ummi tadi satu jam jugalah bercakap mendengar taujihat hayah ( kehidupan ), semalam sempat bermesej je, Alhamdulillah abah bertambah sehat.


Monday, February 18, 2013

Setiap hari-hari ku adalah hari-hari mu..


Setiap hari-hari ku adalah hari-hari mu..

Abah umi anakmu ini ingin mengucapkan ribuan, berjuta-juta, infinity terimakasih...tanpa abah dan umi, tidak wujudlah diriku di bumi ini..Mengenangkan susah payah, ketabahan dan kekuatan mu mendidik dan mentarbiyah diriku dan adik beradik, menjadikan aku terus bersemangat untuk berjuang di tanah syam ini...memang perit pabila duduk berjauhan, tp inilah kekuatan untuk diriku memahani rencah kehidupan...

Teringat malam-malam sebegini..abah memberikan peringatan dan cerita mengenai asam garam kehidupan...agar aku manjadi anaknya yang solehah..

Ummi, seorang wanita yang sangat gagah, kuat tapi mempuyai hati yang sangat lembut anakmu ini banyak belajar darimu..daku sangat mengkagumi kekuatanmu..


Singkap kembali,
Di dalam kitab Kabair (antara dosa-dosa besar) nombor yang kelapan adalah menderhakai IBUBAPA...ini menunjukkan betapa pentingnya menghormati dan mengkasihi ibu bapa dan melayani mereka dengan baik..

Ummi, Abah diwaktu saat begini...
Doakan Anakmu...

Wednesday, May 2, 2012

Smile


Lihat Rasulullah walaupon ditolak dicaci dan dihina, Baginda tetap membalas dengan senyuman, ambillah ibrah dan dan hayati akhlak Baginda.

" Ma ajmala Islam"

Kata Dr. Rayyan yang sentiasa murah dengan senyuman.

Apa lagi yang akan membezakan kamu dengan yang lain, jika kamu tidak berusaha menjaga diri dan berakhlak mulia. Bukankah daie itu dirinya mesti dihiasi dengan keindahan akhlak. Lihat sahaja Rasulullah hatta dengan musuh yang mencaci dan menghinanya pun baginda tetap berakhlak dan berlapang dada serta sedia untuk memaafkan dan bertolak ansur .

Janganlah kamu cepat melenting, berusahalah untuk mengawal emosi, in sya ALLAH ini juga adalah jihad, Jihad menundukkan dan melawan Nafsu Kita sendiri.

" Ma ajmala Islam " 
_________________________

Aduhh, Muhasabah balik diri Ini ~ 
OK, ready 4 Imtihan~



Jom baca Blog nie,  Kita tersedar sama 


~Al-alifat~

Sunday, March 4, 2012

Tanya pada hatimu

Rasulullah saw bersabda;


"Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan dosa adalah yang meresahkan jiwa dan meragukan hati. Meskipun manusia memberi fatwa kepadamu."


(HR Muslim)

Wednesday, October 13, 2010

Aku menulis untuk diriku yang lalai.

Aku menulis untuk diriku yang lalai.
Tidak aku tulis untuk mereka yang baik di luar sana.
Diriku yang perlu diingatkan dan terus diingatkan.
Tuhan ampuni diriku yang serba kurang ini.


Aku ingin meminta maaf jika aku banyak melakukan kesilapan.
Aku hamba yang lemah dan sering alpa.
Bantu aku .
Aku ingin berubah.
Menjadi.
Hamba yang setia dan bersyukur pada pencipta-NYA.
Menjadi makhluk yang disenangi oleh makhluk yang lain.

Aku insan yang tidak sempurna.
Sering saja melakukan kesilapan.
Kadang-kadang.
Tidak terdetik aku ingin melakukan nya.
Tapi.
Apakan daya sering sahaja hati ini tertewas dengan Nafsu yang meraja.
Duhai hati .


Ampun maaf diriku pinta.
Al-alifat.

Monday, March 8, 2010

Kematian Yang Indah..

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seorang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah. Dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun,sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah.

Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata, "Semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini...."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya,.. "Demi Allah sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu..."

"Sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith..."

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga..."

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, si suami telah meletakkan tangan di kepala isterinya dan berkata: "Wahai Sesungguhnya aku sangat redha kepadanya, maka redhailah ia."... Si suami berulang-ulang kata-kata itu dgn tenang dan puas.

"Ketahuilah sekalian sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini....Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya...."

"Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhaan-Nya."....

nasihat buat diriku
dan sahabat sekalian..