Thursday, May 9, 2013

Pergabungan dua Dunia



Kamu tahu tak mengapa Allah jadikan manusia itu fitrahnya hidup berpasang-pasangan, Kata Dr. A'baz  Albaz di dalam dewan kuliah tadi, dia seorang pensyarah yang sangat aku kagumi. Aku memandangnya sambil tersenyum dan bermonolog "mesti ada sesuatu yang ingin disampaikan "

Cuba kamu lihat lukisan yang aku lakarkan disini, manusia itu sifatnya terbahagi kepada dua, iaitu A'qli  dan A'thifi, kebiasaanya lelaki akan lebih cenderung bersifat a'qli dan perempuan  bersifat a'thifi (kasih-sayang). Jika kita lebih cenderung bersifat a'qli kita akan kurang bersifat a'thifi, tapi ia bukan bermaksud kita tidak a'thifi  cuma akan kurang diaplikasikan didalam kehidupan kita.

Apa yang kita nampak negatif pada sifat seseorang itu ,ia sebenarnya adalah positif. Okey, cuba kamu bayangkan jika seorang anak kecil  melakukan kesalahan, kebiasaanya abahlah yang akan marah dan mungkin memukulnya sebagai tanda memberi pengajaran bahawasanya apa yang anak itu lakukan adalah salah sama sekali. Betul tak?, Tapi, ibu pula bagaimana?, dia pasti  akan memeluk dan memujuk anak itu supaya berhenti menangis sambil berkata "haa, tengok abah dan marah, ummi tak tahu,  okey lain kali jangan buat lagi yaa, kan ummi dah kata sebelum ini jangan, kenapa Uwais buat juga"

Aiwah, nampak tak keseimbangan diantara dua didikan dari sifat yang telah Allah kurniakan pada hambanya.Si abah bertindak dengan a'qli dan ummi pula dengan a'thifi. Cuba bayangkan sekiranya anak kecil itu setelah dimarahi dan di'babab' oleh abahnya, selepas itu umminya pula sambung memarahi dan mem'bababnya' tanpa disertakan sentuhan kasih-sayang iaitu a'thifi, bagaimana pembinaan dan tumbesaran saikologi anak kecil itu, dia pasti membesar dengan sifat yang tidak seimbang, baginya kekerasan dan kegoaan adalah ciri yang perlu ada jika ingin teruskan kehidupan dimuka bumi ini. Setiap apa yang dipandang dan dirasai semuanya bersifat negatif dan kasar.

Sama juga, jika kedua ummi dan abahnya, bersifat sangat-sangatlah a'thifi tanpa disertai dengan a'qli, setiap kesalahan yang dilakukan anaknya, " alaaaa tak apalah , biarlahh, nanti dia dah besar fahamlah tuu, anak nak duit bagi jelah, tak nak belajar, tak apa duduk rumah rehat-rehat ehh" , adeh, sangat belemaklah dan berkolestrol sifat yang akan terbentuk dalam diri anak-anaknya nanti. Manja terlebih dan tidak pandai berdikari, segalanya akan dilihat baik dan tidak ada yang salah sama sekali.

*tersenyum*

Allah SWT berfirman:

“Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat: 49)


Agungkan Pencipta kita, penciptaannya sangat memenuhi fitrah manusia yang bersifat insani, Dia jadikan salah satu sifat diantara pasangan itu ada kurang dan ada lebih, supaya mereka memenuhi diantara satu sama yang lain dan saling berkenal-kenalan.

Maka, anak yang lahir akan membesar dengan seimbang, dia tahu apa yang salah dan apa yang betul, kucing yang jatuh didalam longkang perlu dibantu dan dikasihani, mencuri dan berkata bohong perlu dijauhi dan dihindari. Serta saudara dipalestine yang diseksa perlu disimpati, Isarel perampas negara adalah salah sama sekali.

Nampak tak?

Oleh itu doktor menegaskan pada kami, tempat da suasana yang paling penting untuk mentarbiyah dan membentuk manusia adalah "Usrah" , iaitu daripada keluarganya sendiri yang terdiri daripada ibu dan bapa.

Tambahan bonus, jika ibu dan bapanya lahir dan ditarbiyah dengan fikrah kehidupan islam yang syumul.

Jadi Tidak mustahillah RIJAL seperti Sultan Muhammad Al-Fateh bisa lahir dan wujud dimuka bumi ini.

"Ma ajmala Khaliq!"

*senyum*

Abah dan Ummi Terima kasih, kerana menyakinkan diri ini supaya sambung dan belajar dalam bidang pengajian Islam di Bumi Syam Jordan, walaupun anakmu ini pada masa itu tidak tahu langsung berbahasa arab . hehh ( tawakkal betul masa tu )

Note: saya nak masuk kelas bahasa melayu!!, (sengih nampak gigi)

-Al-alifat-

No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai