Thursday, May 2, 2013

PKS

Assalamualaikum,

Alhamdulillah berkesempatan juga daku mendengar kata-kata taujihat bapak Anis Matta, kata-katanya hidup dan membara, mungkin kerana beliau tidak bersifat " Taqulu ma la tafa'lun", ( huhu, sangat terasa diri ini)




Perkongsian bersama Pak Anis Matta

Kita sebagai mahasiswa islam, pertamanya perlu dibina dan membina dengan pemikiran “ عقلية هندسية “ iaitu pemikiran mencorak dan “ design” bukan hanya duduk dan  menadah akan tetapi berani mencorak perubahan terutamanya pada diri kita dan masyarakat sekeliling sehingga Negara dan seterusnya Ustaziyatul Alam.

Yang kedua, “عقلية تسخيرية “ , mindset penakluk, memandang apa jua masalah, cabaran dan tentangan sebagai wilayah taklukan, tiada apa yang mustahil jika kita tekad dan berusaha. ( aktivis islam itu mestilah mempunyai semangat, visi dan misi yang luar biasa”.

Yang ketiga, “ عقلية تجريبية “ , mindset experiment, berani memcuba sesuatu yang baru, belajar dari sejarah, tak mengapa jika kita salah atau kalah, akan tetapi semangat mencuba itulah yang sangat penting bagi aktivis islam, jika kita salah atau kalah mesti ada sebabnya, maka belajarlah dari kesalahan dan kekalahan itu, tambahan Bapak Anis matta  mengalakkan  kita banyak menjelajah bumi ciptaan Tuhan, luaskan pengalaman dan pengetahuan , lihat sejarah dan geografi sesuatu tempat , dua ilmu ini ( tambah satu lagi, ilmu adab dan sastera) sangat penting jika kita ingin menakluk Bumi, bukankah tujuan hidup kita adalah abid dan Khalifah maka inilah permulaan usaha-usaha kita kearah itu.

Dan akhir sekali, “عقلية ابداع “ , mulakan langkah , masa hadapan kita adalah daripada cita-cita kita. Maka binalah cita-cita yang besar untuk menghasilkan masa hadapan yang unggul.

( semoga bermanfaat)


*Currently di mantiqah Mutah, bersama akhawat :)

-Al-alifat-

No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai