Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Wednesday, May 7, 2014

Thank You Allah



La yukallifullahu nafsan illa wusa'ha

Allah will never give us a challenge that we cannot overcome.
Every difficulty we face is custom tailored to our capacity to handle it.

Counting the day , huuuu

Smile

-----------------------------------------------------------



Suka sangat dengar bunyi daun kering bila dipijak,
Satu ketenangan dan kegembiraan bagiku,
Kadang-kadang sanggup berhenti diliku-liku jalan yang dipenuhi dengan daun-daun kering semata-mata nak dengar bunyi daun - daun itu bila dipijak.

Pelik,

Ma ajmala Khaliq!
Betapa hebat dan indahnya ciptaan Allah,
Dengan hanya daun kering yang sudah gugur , mampu memberi ketenangan dan kegembiraan.

----------------------------------------------------------




Optimis dan yakin pada takdir-Nya

Pepatah arab pesan,
Kegembiraan dan harapan itu ada pada hati orang-orang yang redha pada ketentuan Allah
dan Alhamdulillah, aku tahu  dan aku yakin Allah ingin mencorakkan kehidupan yang lebih baik daripada apa yang aku rancang.

Aku tahu, aku bukan yang terbaik
Dan aku tahu, Allah sedang meletakkan diriku pada tempat yang aku mampu untuk berusaha yang terbaik kerana-Nya.

Kita semua ada kisah silam,
Aku, dia , mereka pasti tidak akan terlepas dari kisah silam yang sebenarnya sedang membentuk diri kita pada saat ini,
Jadi mengapa kita ingin kalah dengan kisah silam yang lalu  sedangkan  ada pelangi yang indah sedang menyinari  dihadapan.

Kalau ingin tahu yang sebenar,
Jangan hanya dengar-dengar,
Jumpa dan tanya,
Barulah jadi manusia yang benar.

------------------------------------------------------

Antara persiapan penting sebelum berumah tangga adalah lebih kerap berqiamullail.

Peluh besar. -APG-



Allah...Allah
Pimpin langkahku

- Al-alifat -

Monday, November 11, 2013

Langit itu

Pagi-pagi subuh,
Naik atas bumbung rumah.

Cantik,
Bintang begemerlapan,
Suasana gelap yang mendamaikan,
Angin bayu yang membelai.

Manusia,
Fitrahkan,
Mesti suka benda yang cantik,
Yang sempurna,
Yang tenang,
Hakikatnya kita tak akan pernah sempurna.
Kecuali Pencipta kita,
Allah Rabbula'lamin.

Bila berdoa pada Allah,
Selalu mengharapkan Allah bagi yang Terbaik.
Kadang-kadang apa yang kita nampak buruk,
Sebenarnya yang paling cantik Allah hadiahkan untuk kita,
Cuma kita kena belajar satu benda je,

(  Apa ? )

Bersyukur :)

Cuba tenung  kearah langit ,
Cantikkan,
Bersyukurlah,
Jika tida kerana nikmat penglihatan yang dikurnikan ini,
Kita tak tahu pun cantiknya bintang,
Terangnya bulan.

( Jika kamu bersyukur , akan-Ku tambahkan nikmat kepada kamu )

Pasti kan kurindui~



Tuesday, November 5, 2013

“Tidaklah engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah kecuali Allah akan mengganti bagimu sesuatu yang lebih baik daripada apa yang engkau tinggalkan.” (HR Abu Qatadah)


Saturday, October 26, 2013

The Da'ie Life cycle

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah Rabbul'alamin kita masih diberi nikmat keimanan dan kehidupan,
Selawat dan salam kepada Rasulullah nabi penyuluh ummat.

( masa berlari pantas )

Teori kata Daie itu kena jadi multi-tasking,
Diri kata, kalau tak berusaha macam mana nak berjaya.
Nafsu kata, tak penat ke ? .

Kita aka Saya,
Hamba,
Daie,
Mutarobbi,
Murobbi,
Anak,
Penuntut Ilmu,
Anak murid,
Kakak,
Adik,
Sahabat,
Kawan,
Jiran,
Dll.

Ni baru tangga Individu Muslim, selepas ini Baitul Al-muslim, Masyarakat muslim dan seterusnya...
Akan tetapi tangga inilah proses yang paling penting,
Mana mungkin kita boleh mencapai Ustaziyatul Alam yang hebat dan Gah jika tangga Individu Muslim itu rapuh dan goyah.

Kita sedang membina angka satu bukan kosong.


 “….sesungguhnya umat yang berjuang amat berhajat kepada pembinaan jiwa dan pengukuhan akhlak dan mencorak generasinya dengan akhlak rajulah (ketokohan) sehingga mereka teguh pendirian dalam menghadapi segala rintangan dan berupaya mengatasinya dari segala kepayahan. Sesungguhnya seorang rajul (tokoh) adalah rahsia hidup umat dan sumber kebangunannya,dan sejarah umat-umat terdahulu adalah sejarah yang melahirkan rijal yang pintar dan kuat jiwa dan kemahuannya. Bahawa kekuatan satu-satu umat atau kelemahannya dinilai kepada kesungguhan dan keseriusan dalam memproduk (menghasilkan) rijal yang melengkapi syarat-syarat kerajulan yang sahihah (betul)” – Imam Al-Bana ( risalah adakah kita kaum yang bekerja )


Fikir-fikirkan dan Muhasabah,

:)

___________________________________________________________



( Kita mampu mengubahnya, in sya Allah )


Teringat pesan seorang Ukhti, suatu ketika dahulu saat diri ini baru mula bertatih-tahih mengenal Dakwah dan Tarbiyah.

" Ukhti, waktu sekarang nilah ukhti kena berlari laju, berusaha sehabis baik membina IM, jangan mengharapkan selepas BerBM baru nak bina dan melaju, waktu itu tanggungjawab kita semakin bertambah, jika kita tak didik diri kita dari awal, takut-takut terfutur. "

Peluh,
Wondering pun ada ? , dahsyat sangat ke fasa ini dan fasa-fasa seterusnya,
Seorang Akh ada berkata,

"Ana tak percaya antum semua akan thabat dan istiqamah dalam jalan DnT, selepas antum lalu semua 4 fasa hidup ni.."

Fasa 1,
Back for Good.

Fasa ke-2.
Bila kita bekerja.

Fasa ke-3
Bila kita berumah tangga.

Fasa ke-4,
Bila kita beranak-pinak nanti.

"kalau kesemua fasa2 ni, antum (kita) masih thabat dengan DnT.. baru boleh kata antum (kita) Istiqamah dengan jalan DnT."

Fasa ke-5,
kakak murobbiku tambah,
Bila kita bertemu dengan Allah nanti.

Okey,
Nampaklah disini, tapisan-tapisan Allah,
Allah sedang memilih siapakah diantara hamba-hambanya yang bersungguh-sungguh berlari mengejar untuk mencapai RedhoNya,
Berusaha mencontohi Rasulullah dan para sahabat yang meletakkan DnT sebagai priority pertama hidup mereka tanpa meninggalkan tanggungjawab mereka yang lain.

Menjadi pemimpin, peminpin yang ehsan kepada rakyatnya,
Mereka menjadi anak, anak yang ehsan kepada kedua ibubapa mereka,
Menjadi suami, suami yang ehsan kepada isterinya,
Menjadi ahli keluarga, ahli keluarga yang ehsan pada keluarganya.
Menjadi sahabat, sahabat yang ehsan pada sahabatnya,
Menjadi A'meelin, a'meelin yang ehsan pada amalnya,
Dan lain-lain lagi tanggungjawab manusia.

Hakikatnyam Tarbiyah mengajar kita menjadi manusia yang seimbang dan bijak membahagikan tiga aspek penting di dalam kehidupan iaitu doruriyat, hajiat dan tahsiniat.

Kita tetap juga manusia, bukanlah dijadikan fitrahnya seperti malaikat, kadang-kadang kita kalah juga dengan diri sendiri,

No problemlah !,

Setiap mujahadah kita untuk kembali membina IM dan menggapai Redho Allah pasti ada imbalannya.

Yang penting Usaha.

Kan,
:)

( hanya mampu tersenyum )

Tiba-tiba, teringat,
Seorang adik bertanya padaku,
Akak, akak pon main game Talking Gina ( sambil membelek-belek telefonku )
Sambil tersenyum aku menjawab, Eh akak ni manusia ke awak rasa?
Akak!, hehehehe.

____________________________________________

Fasa 1 dan seterusnya, semakin menghampiri,
Ya Muqallibal qulub Thabit qulubana a'la dinik wa a'la thoa'tiq.

- Al-Alifat -


Monday, October 21, 2013

Alahamdulillah,

Tumpang gembira untuk Ukhti Azeelah dan Ukti Muna,
Antuma dah jadi Ibu,
Dua-dua baby Boy,
Semoga Allah memimpin dan memandu antuma menjadi Ibu harapan Ummah,
Seorang bakal Salahuddin Al-ayubi the Junior,
Seorang lagi bakal Sultan Muhammad Al-fateh the Junior.

okey.

(Flashback)

Part 1,
Umme, ana dah tak larat dah nie,
Muntah-muntah , tak selera makan,
Balik rumah kejap lagi nak masak, tapi bila bau makanan yang dimasak rasa nak pitam.

Okey-okey, kalau macam tu ana tolong masakkan,
Anti nak makan apa ?,
Haaa, nasi lemak.
Wah bila tang org lain tolong masakkan , hilang pula semua pening-pening.
 ^_^

Part 2,
Apa harapan anti lagi beberapa bulan nak jadi Ibu ni ,
Ana berharap dia menjadi  Mujahid harapan Ummah,
Ikur DnT...hehe
Owhh, antilah Murobbi dia.
Tak nak, ana nak hantar kat anti.
Wah2, boleh2 tunggu dan nanti apa yang akan ana lakukan,
Terima jelah ehh :p,

Kenangan akan terus menjadi kenangan,
Semoga Allah menguatkan tali ukhuwah ini,
Selamat menjadi "IBU"

- Al-Alifat-

Sunday, September 29, 2013

Bekalan si pengembara

Alhamdulillah. minggu lepas "berblogwalking", sehinggalah sampai ke sebuah blog ini namanya zaiedun saerin ) bekalan si pengembara, Blog Sheikh Hamid. Rasa sangat zuuq dan terisi .

So ana sahaja-sahaja lahterjemah, bolehlah share dengan orang lain, kerana pesanan ini untuk kita semua.

Semoga bermanfaat.

 الربانية أولاً


بقلم الأستاذ عوض القهوجي رحمه الله 

Roh Rabbaniyyah …. Bekalan kita dan panduan kita


أيها الإخوان المسلمون: ينبغي أن تكون الربانية في قمة أولوياتكم وأن تعملوا جاهدين على تحقيقها بكل ما أوتيتم من قوة وجهد، فحققوا صفات أولياء الله يكلأكم بكنفه ويشملكم بحفظه(فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ) ولا يجعل للشيطان عليكم سبيلاً { إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ } [ الإسراء : 65] هذا ما نريده وما نسعى إليه وهذا واجب كل فرد على حدته في إطار مسؤوليته الفردية ليبذل أقصى جهده في تحقيق

موجبات الربانية و العبودية.


Wahai saudara seislamku sekalian : Hendaklah kamu menjadikan Rabbaniyyah   ( hubungan keterikatan kita dengan Allah ) “priority” utama kamu, dan berusahalah untuk mencapai keterikatan sebaik mungkin,  dan yakinlah Allah akan sentiasa bersamamu dan menjagamu ( apabila kita sentiasa menjaga Allah ) .Inilah yang kami mahukan daripada setiap antara kamu ( wahai para D’uat ) iaitu memastikan diri kita sentiasa dipenuhi dan dibekali dengan bekalan Rabbaniyah dan U’budiyyah kepada Allah Azzawajalla ( sebagai bekalan utama untuk kita berjuang dipentas dunia ini ).


واجبات
أيها الإخوان المسلمون : عليكم بإحياء الإيمان داخل نفوسكم، فالإيمان هو المؤدي لكل ما ينشده الفرد في الدنيا والآخرة، ووسائل تجديد الإيمان وتمكينه في النفس كثيرةٌ ومتعدِّدة، وأهمها إحسان الصلة بالله بإقامة الفرائض والإكثار من الطاعات والأعمال الصالحات.


Wahai saudara seislamku sekalian : Hendaklah kamu menghidupkan roh keimanan di dalam jiwa kamu, maka keimanan itulah yang menjadi pendorong bagi setiap apa yang kita lakukan  samada untuk dunia mahupun akhirat. Dan ketahuilah jalan-jalan untuk meningkatkan dan menumbuhkan keimanan di dalam diri itu mempunyai pelbagai cara. Yang paling penting adalah, kita ihsan  ( hadith 2 ) dalam membina hubungan dengan Allah Azzawajalla iaitu dengan mendirikan segala yang fardhu dan memperbanyakkan taat dan patuh pada perintahnya serta berbuat kebaikan.

Hendaklah kamu menyahut seruan Allah dengan sebenar-benar sahutan sepertimana dalam sebuah “Al-asar” :-


فعليكم أن تقبلوا على الله إقبالاً صادقًا كما جاء في الأثر: “إذا أقبل عليَّ عبدي بقلبه وقالبه أقبلت عليه بقلوب عبادي مودَّةً ورحمة”.


“ jika hamba-Ku menerima aku dengan sepenuh hati ( yakni mentaatiku ), aku akan menerima hamba-Ku dengan penuh mawaddah, rahmah dan kasih sayang”


Ma ajmala Khaliq !

Betapa Rahmatnya Pencipta kita.


واجعلوا الله عزَّ وجلَّ الغاية الأسمى والهدف الأعلى لكم واجعلوه حاضرًا في قلوبكم وأمامكم في كل أعمالكم وأخلصوا التوجه له وأدركوا حقيقة ما خلقكم الله من أجله: {وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ}. وحققوا في أنفسكم معنى شعارنا الدائم “الله غايتنا

وحوِّلوه إلى واقع ملموس.


Dan jadikan Allah Azzawajalla matlamat tertinggi dalam kehidupanmu dan hadirkan-Nya di dalam hati-hati kamu, sebagai keutamaan di dalam setiap amal yang kamu lakukan dan ikhlas hanya kerana-Nya serta ketahuilah hakikat penciptaanmu adalah untuk : “ Tidak aku jadikan jin dan manusia hanyalah untuk beribadah kepada-Ku “. Maka sentiasa pahatkan syiar utama kita ini,الله غيتنا di jiwa-jiwa kamu dan jadikan ia realiti yang menggerakkan kamu.



وعليكم التطلَّع الدائم إلى الدرجات العلا، وأن تجعلوا هدفكم في الحياة هو إرضاء الله عزَّ وجلّ، والعمل من أجل الفوز بالفردوس الأعلى، وأن تعملوا جاهدين على تحقيق هذه الأهداف السامية لتنالوا رضا الله. واغتنموا كلَّ دقيقةٍ وكلَّ لحظةٍ وكلَّ خلجة قلبٍ واجعلوها زيادة في رصيدكم الإيماني (لِلْفُقَرَاءِ الْمُهَاجِرِينَ الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً وَيَنْصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ)(الحشر:8)


Dan jadikanlah setiap tujuan dalam kehidupan kamu adalah untuk meraih reda Allah Azzawajalla , dan beramallah dengan amalan ahli “firdaus” ( yakni bersungguh-sungguh untuk mendapatkan syurga Firdaus  ), dan penuhilah setiap detik dan masa dengan menambahkan keimanan kepadanya , “Harta rampasan itu juga untuk orang-orang faqir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan meninggalkan  harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredhaanNya, serta demi menolong agama Allah dan RasulNya mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya)” .


وحققوا الأخوة بينكم وطبقوها عمليًّا، بدءًا من سلامة الصدر وحتى الإيثار (وَالَّذِينَ تَبَوَّأُوا الدَّارَ وَالْأِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ)(الحشر:9) فنحن نريد الأخوة الحقيقية التي تعين على الطاعة والقرب من الله ، وتثري العمل وتدفعه للأمام.


Dan kukuhkanlah kekuatan ukhuwah diantara kamu, bermula dengan berlapang dada sehinggalah ke “ ithar” ( melebihkan orang lain daripada diri kita )Dan orang-orang (Ansaar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula di dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. Kita inginkan sebuah ikatan ukhuwah yang suci dan hakiki yang mendorong kita untuk mentaati dan mendekatkan diri kepada Allah, serta memimpin kita untuk bersama-sama beramal mengorak langkah ke hadapan.


إن الربانية هي مدد الحياة الإيمانية ؛ فحافظوا على صلاة الجماعة والصف الأول وبخاصة الفجر واقرءوا القرآن واستمعوا إليه وتدبروه وقوموا بمعانيه، واعلموا أنه لا سير إلى الله بدون قيام الليل فإنه شرف المؤمن وزاده الحقيقي على تحمل تبعات الدعوة ومشقاتها فهو وقود الدعوة، واجتهدوا في الدعاء وقت السحر واغتنام هذه الأوقات الفاضلة ، واعلموا أن قيام الليل هو أفضل معين لتحمل أعباء النهار { إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلاً } واشغلوا أوقاتكم بالذكر والتفكر والصيام ونوافل الخير والطاعات واعملوا جاهدين على

التخلص من كل جواذب الأرض التي تعطلكم عن أداء رسالتكم.


Sesuungguhnya Roh Rabbaniyaah adalah bekalan iman sepanjang hayat  ; oleh itu jagalah solat jemaah dan beradalah di saf hadapan  lebih-lebih lagi pada waktu subuh, bacalah Al-quran, dengarlah, tadabburlah  dan hayatilah makna-maknanya, dan ketahuilah kekuatan ( untuk berdakwah ) tidak akan dapat diperolehi tanpa Qiyamullail, dan Allah sangat memuliakan seorang mukmin yang mengimarahkan malam-malamnya dengan Qiyamullail , dan bersungguhlah  berdoa kepada-Nya pada waktu pagi ( sebelum fajar) kerana pada waktu ini terdapat banyak fadhilat dan kebaikan. Sesungguhnya malam Qiyamullail adalah waktu yang terbaik untuk kita bersedia menangung beban keesokan harinya “ sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu . Sungguh, bangun malam itu lebih kuat ( mengisi jiwa ) ; dan ( bacaan di waktu itu  lebih berkesan “. Oleh itu “busykanlah” waktu-waktu kamu dengan mengingati Allah, bertafakkur, puasa ,solat sunat, berbuat baik dan ketahuilah bahawa penduduk dunia ini dahagakan sesuatu daripada kamu ( kesungguhan kita menyampaikan Risalah Lillah ini )


وصلوا أرحامكم وكونوا بارين بأهلكم وذويكم وأطيعوا الله فيهم وأعطوا من أنفسكم القدوة الصالحة لدعوتكم ولدينكم وكونوا لهم بمثابة الواحة التي بها يأنسون.


Semoga kita menjadi Daie yang diredai dan diberkati oleh-Nya, Ameen.

Semalam, akhawat ajak sharing-sharing, Alhamdulillah sangat minggu lepas terdetik nak terjemah, so semalam dapatlah sharing-sharing Mabit sama-sama dengan mereka, bila baca balik sangat tersentuh dengan kata-kata dan pesanan pak cik Aud ( penulis artikel ini ), pesanan dari seseorang yang "beramal" beza dengan orang yang hanya bercakap.

Sebak bila lihat ukhti-ukhti mula mengalirkan air mata tapi bibir tersenyum, " sabar ye Ukhti, "Kita sabar sesaat untuk kemenangan yang abadi" dan " jadi diri sendiri serta sentiasa bercakap benar". 

Jom!
"go back to the track"
"Allahu ghayatuna"

p/s: Ana budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan ye ( salah terjemahke kan)

- Al- Alifat -

Monday, September 23, 2013

Hai Sahabat !


Ukhti,
Semalam kita Berukhuwah dan Berusrah disana,
Ukhti,
Kubu Pertahanan Salahuddin Al-Ayubi menjadi saksi kita,
Ukhti,
Ana menyayangimu kerana-Nya,
Ukhti,
Kita menderu bersama ye.
Ukhti,
Bagaimana ana nak tinggal bumi Barakah ini, sedangkan Cinta ana disini ?
Ukhti,
Ana tahu kita pasti akan bersama kembali jika tidak di Dunia insya Allah di SyurgaNya.

"Aihhh, bawang jordan ni "

Ameen Ya RAB.




_________________________________________
(Sandiwara RI baru)

Mereka first timer nak menDf, guide mereka ye,
In sya Allah.
" Ukhti, kita jangan rehat sangat-sangat kat dunia nie, nanti kat Syurga bosan dah...hehe "

Aikk, mcm tu yee.

Okeyh, klo mcm tu, meh tolong ana angkat tong gas ni, nak terkehel dah tangan,

Alamakk!

Ukhti!

 - Al-alifat -

________________________________________

Sebenarnya selalu nak share something yang serius ' Islam, tarbiyah dan Kita, tapi bercakap berbeza dgn menulis, jujur tak reti menulis, asif-asif .

ke Alasan wahai diri.

*Gulp*



Friday, August 16, 2013

Kerana aku

Kerana aku ingin menjadi anakmu yang Solehah,
Kerana aku sangat-sangat Mencintaimu kerana Tuhanku,
Kerana Tarbiyah ini ingin menghasilkan Manusia yang Faham dan berAmal,
Kerana itu Redholah akanku kerana Tuhanmu.

Kerana aku sangat menghormatimu,
Kerana aku tidak mahu mengguris hatimu,
Kerana aku sangat-sangat inginkan kamu memahami sebuah perjuangan Dakwah dan tarbiyah ini,
Memerlukan pengorbanan dan keterbukaan,
Kerana itu Redholah akanku kerana Tuhanmu.

Akan aku berusaha dan tidak akan pernah berhenti, kerana dirimu sangat berharga buatku. Tanpa kamu tiada aku disini.

Hingga nafas terakhirku.

Ya Allah Redholah keatas diriku.
Thabatkan Hatiku kerana agamaMu dan ketaatan kepadaMu.

- Andai kamu mengetahui -

Wednesday, August 14, 2013

Thursday, July 18, 2013

Berlari dan terus berlari





Ramadhan ke-7

Aku bersegera kepadaMu ya Rab, agar engkau Redho kepada aku ( Toha : 83-84 )

Pecut laju-laju, kalau berlengah nanti takut-takut ketinggalan.

Bulan Ramadhan , bulan mengenal Diri,
Jangan lagi menyalahkan syaitani,
Kalau diri yang tidak mahu berjihad melawan nafsu yang terang tang-tang merajai.

JUHUD ! 

Please Diri.
In sya Allah BOLEH !

"Allahu Ghayatuna"

-Al - alifat -

Saturday, July 13, 2013

Tamparan yang berterusan

Ramadhan Ke-4

Alhamdulillah sangat bersyukur hari ini,
Mungkin ini hadiah, Rahmat dan Kasih sayang Allah S.W.T.

Dan Alhamdulillah juga, hari ini balik rumah tak perlu berjalan kaki mendaki bukit nan tinggi,
Aku dihantar oleh seorang adik yang sangat-sangat baik hati dan osem,
Walaupun ada imtihan masih tak keberatan untuk menghantarku.

Semoga Ramadhan kali memberi kita kesan dan impak yang sangat besar,
Tak nak bermain-main lagi dah,
Umur semakin meningkat,
Kematangan  dan kefahaman semakin berkembang.

Maka, Amal juga juga sepatutnya sejajar.

Jazakillahukhairul jaza'

Okey,

Eh, kenapa pula tajuk "Tamparan yang berterusan"

Sebenarnya, ia adalah kerana ini, setiap kata-kata beliau ibarat sebuah tamparan yang sangat - sangat menyakitkan.

Aku tahu beliau sedang bercakap dengan golongan seperti diriku ,
Dan aku sebenarnya sedang berusaha ,
Lebih terasa  aku agak menguasai dua elemen terpenting yang diperkatakan walaupun masih merangkak-rangkak dan bertatih-tatih.

Teringat pula pada UkhtikuFillah Sundus, anak kepada ayah angkatku,
Seminggu yang lepas kami berjumpa,
Lama juga kami tidak bersua dan bercanda bersama.
Mungkin nak dekat sebulan.
Ummi pun  sering bertanya dimanalah Umme Ayman ni, tak datang-datang pun pergi menjenguk dirinya, huhu.
Hari itu Sundus bagitahu dia telah diterima untuk sambung  PHD dalam bidang Syariah di Turkiye, Istanbul.

Ya Allah rasa sangat gembira hari tu kerana aku tahu Sundus sangat-sangat berharap dan  bercita untuk mendalami ilmu di Bumi Al-Fateh itu, walaupun sedih untuk berpisah, In sya Allah, Allah tahu apa yang lebih baik.

Selepas itu, kami sempat lunch bersama-sama  dan berqodoya mengenai keadaan Saudara kita di Mesir, Ermm memang sangat dahsyat konspirasi yang dirangcang oleh pihak Kuffar dan tali barut mereka sanggup mereka ( Emirates, saudi dan Kuwait ) menjadi penyumbang utama kepada pemberontak yang menentang Morsi dengan sogokan duit. Selagi mereka terus menerus menyogok selagi itu pemberontakan akan terus berlaku, kesian mereka menjadi mangsa keadaan kerana ketidak fahaman tentang konsep Islam yang Syumul ( tiada sekular didalam Islam ), maknanya disini KITA kena berusaha lebih gigih lagi! .

Sebelum pulang, Sundus seperti biasa akan mengajak dan memujukku untuk sambung Master bersama-sama dengannya di Turkiye, ermm banyak perkara yang perlu aku pertimbangkan, hanya senyuman sebagai jawapan, huhu.

"Umme Ayman, nanti kalau awak duduk dengan dengan saya, Kita belajar bahasa Arab sama-sama, awak masih perlu perkukuhkan lagi  penguasaan bahasa Arab dan ilmu Syariah ini, sayangnya, kalaulah saya dapat kenal awal lebih awal" .

"In sya Allah, saya pun masih berfikir lagi, betul apa yang awak kata tu, kadang-kadang saya rasa macam tak ada apa-apa pula, asalnya saya berhasrat untuk pergi mengukuhkan bahasa Arab di Mesir, cuma sekarang faktor keselamatan tak mengizinkan".

"Eh jangan begitu, Ulama'-ulama' terdahulu mengambil masa berbelasan tahun untuk menguasai bidang ini hatta ada juga puluhan tahun, logiklah, awak pun baru  empat tahun. Tak mengapa yang penting adalah keazaman, semangat  untuk terus mendalami dan memahami serta beramal. Degree ini cumalah permukaan laut sahaja, selepas ini awak kena sambung lagi sampai PHD atau lebih dari itu. Baru awak akan memahami setelah awak selami nanti".

Kalau tak dapat di Mesir, Tunisia, Morocco, Sudan ada hehe, "hendak seribu daya", Sundus berseloroh.

In sya Allah,

Ya Allah Thabit Qulubana a'la dinik wa a'la Thoa'tiq.

Ya Allah kurniakanlah kami kefahaman dalam agama dan tunjukkan kami jalan yang lurus.

Ameen.



- Al- Alifat -

Monday, June 10, 2013

Persediaaan

Assalamualaikum,

Membaca pos Muharikah
ini sahaja sudah meresahkan,
Terbayang keadaan di Malaysia, bagaimana ingin survive ?,
Banyak Faktor perlu diambil kira , dipertimbangkan dan diaulakan,
Dan faktorku yang  agak besar adalah keizinan ummi dan abah untuk anaknya bergerak di luar sana.

Memang benar apa yang diperkatakan Kak Aisyah Z aka Muharikah,
Kali pertama saya berjumpa dengan akak, masa tu saya tahun 2 di Jordan,
Akak seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam, selepas satu ke satu mantiqah akak bergerak, bayangkan dalam satu malam akak sampaikan "sharing" pada dua tempat yang berbeza dan agak jauh. Uishh, speechless.

Selepas baca nukilan akak di Muharikah 2 , Saya pohon Allah Thabatkan kita hingga ke nafas yang terakhir.

Bila berbincang  dengan sahabat di UIA, Masters Al-quran Sunnah,
Katanya tidak sama Jordan atau negara arab yang lain, cara pebelajarannya sangat berbeza,
Sistem pembelajaran di Malaysia sangat menyibukkan manusia,
Katanya lagi, Tunngu dan rasai sendiri !. *Gulp*

---------------------------------------------------

Pesan kak Muharikah,
Bagaimana ingin istiqamah di Malaysia ?

Yakinlah. Ini sahaja kuncinya, Dan anda harus faham dengan hati yang faqih:

i) Iman yang mendalam ( Imanu ameeq)
ii) Pembentukan yang rapi (Takwin Daqeeq )
iii) Amal berterusan ( Amal Mutawasil)

-Al-Alifat-

Budaya mereka mendoakan kebaikan

Hari ni adalah hari berdoa sedunia,
Eh tidak, setiap hari kita perlu berdoa pada Allah Rabbul A'lamin,
Cuma hari ini agak special.

Hari Pertama Sem Musim Panas,
Cuba bayangkan anda ibarat seorang Bos yang baru masuk pejabat.

Kaif haluki?.

Ash looneq?.

 Kullu A'm wa anti bilkhair.

Ukhti, Allah yaftah a'laiki futuhal a'rifin.

Allah yajzikal khair.

Allah yubariq a'laik.

Sangat terasa, budaya mereka yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk sahabatnya, inilah budaya negara arab yang paling  di"salute".

Haa, ada lagi satu iaitu memberi salam, tidak kisahlah anda adalah orang dikenali atau tidak, ia pasti akan memberi salam dengan senyuman.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَفَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى أَمْرٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ

Rasulullah (SAW) bersabda: Kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu saling mencintai. Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu jika kamu melakukannya kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesama kamu, (Bukhari Muslim)

Ermm, sedikit sebanyak budaya yang baik ini semakin menyerap ke dalam capilary darah, Semoga Allah Berkati!

Sunday, June 9, 2013

Ceritera bersama UkhtiFillah

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, kini tiba Sem soifi iaitu sem kedua terakhir aku di University of Jordan,
dan kemungkinan  sem kedua terakhir aku bersama university of Tarbiyah juga. Teringat bulatan gembira ku bersama adik - beradik beberapa hari yang lepas sememangnya  akulah satu-satunya yang akan pulang dahulu meninggalkan mereka walaupun ada diantara kalangan kami yang sama umur denganku akan tetapi  al-maklumlah perjalanan mereka masih lama di Bumi Kinanah ini dek kerana Coarse Perubatan yang sememangnya mengambil tempoh 6 tahun.

Sungguh!, banyak yang aku pelajari daripada mereka, pertembungan dua pemikiran akan tetapi mempunyai tugas dan hadaf yang sama.

Aku diprogramme untuk menjadi Doktor Hati, setiap masa dan detik aku di jamiah perlu mendalami hukum hakam dan asal usul aqidah islamiyah.
Mereka pula Doktor Jasadi, sibuk dengan clinical, bedah-membedah serta diagnosis setiap inci badan pesakit untuk mengenal pasti penyakit.
Akan tetapi akhirnya bertemu jua kami di dalam bulatan Hadafi (mencapai ustaziyatul Alam).
(Eh ada lagi seorang pelajar Masorif Islami)

Wahh, sungguh ajaib!
Benarlah sebaik-baik perancangan, adalah perangan Allah.

( Aishh, Tersenyum sendiri )

Pernah suatu hari aku mengadu pada mereka,akan kikekokan aku untuk "masuk" dengan salah seorang adik yang agak berbeza personaliti denganku. Uishh peluh besar juga, aku yang mungkin Feminine dan dia agak "rock-rock". Ooo..ooo, seharian juga aku ligat berfikir apakah cara terbaik untuk bertaaruf dengannya. Adakah aku perlu mengikut rentak seperti dia yang sememangnya nanti akan nampak "palsu" atau  tetap dengan personalitiku.

So, setelah beristisyarah ( brainstorming ) bersama mereka, lahirlah  taktik terbaru mengdiagnosis manusia berdasarkan principal kedoktoran dan syariah (ehh, bunyi macam hebat ngat).

Selepas itu, aku mula memtatbiqkan skill mendiagnosis dengan harapan agar aku berjaya memecah tembok "akward moment" bersama adik itu. Di bawah rendangan pokok dan bayu salju yang menenangkan aku mula bermuayashah. Akhirnya, setelah hampir 4 jam aku berborak dan bertaaruf dengan menggunakan skill diognosis yang diajar aku boleh dikira berjaya. Kunci yang selama ini dicari-cari telahpun kutemui. Alhamdulillah.

Kehadiran adik ini banyak mentarbiyah diriku sebenarnya.

Teringat akan firman Allah S.W.T,

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Al-Hujurat:13

Semoga Ukhuwah kita ini berbumbungkan keTaqwaan kepada Allah Rabbul'alamin.

Okey kembali kepada ceritera asal,

( menekan button rewinnd )

Dua tahun yang lepas sewaktu aku di tahun 2 nak masuk  3, aku bersama enam akhawat tercinta disyurakan untuk berjaulah ke bumi " Abu A'la Al-Maududi ".

Hah, kenapa Bumi itu yang dipilih, bukan ke agak jauh dari Jordan?
Aku sebenarnya pada masa itu agak berangan-rangan untuk ke Bumi Eropah.
Disebabkan kejelesan pada akhwat-akhwat yang pernah pergi kesana. Mereka dapat berjumpa dengan syuyukh-syuyukh DnT dan kakak-kakak osem.

Sedangkan aku ke  "Bumi Tandus Maududi" 

Ya Allah, pada masa itu aku diuji adakah benar aku Ikhlas dijalan ini atau hanya kerana Hawa.
Iyalah, diantara keenam-enam akhwat yang akan bersamaku ke India, aku dan Ehsan  sahaja yang belum pernah ke Eropah, agak terkilan juga. ( Aishh, umme..umme )

Allah berfirman,

Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Qur'an) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu (QS. Al Mu'minuun :71)
(Ayat yang menembak)


Hujan yang disangka gelap akhirnya menghadirkan pelangi yang indah,

Sungguh tidak sangka, Bumi itu bukan bumi yang biasa, ia mentarbiyahku , Apa aku betul-betul Ikhas di jalan ini atau sebaliknya?, jika tidak, tak mengapa pasti akan ada manusia lain yang akan menggantikan aku.

Bertemankan Jaulahmates yang sangat Osem, sebahagian dari mereka merupakan Usrahmatesku kini, aku dapat bertaaruf dengan lebih mendalam, Ukhti yang dulu aku agak akward untuk bercurhat akan tetapi kini
kami ibarat adik beradik kembar yang tidak bisa dipisahkan (Insya Allah).

Ya Allah, tidak pernah aku menyesal ditakdirkan untuk berjaulah kesana, walaupun banyak cabaran dan rintangan yang dihadapi ada ibrah yang aku perolehi. Bumi India memang bumi kekuatan. Hari pertama aku dan mereka tiba di Mumbai, ia sudah cukup membulatkan mata.

Agak berbezalah dengan Eropah , negaranya bersih dan rakyatnya polite tambahan berjumpa dengan akhwat yang sweet-sweet, sampaikan mereka pulang dengan obesity a'thifi dan kasih sayang (okey, hiperbola).

Kami pula, naik turun bas, berlari kesana kemari, menziarahi keluarga India disana, mengharungi lecak dan lumpur, panas terik yang memancar, berjalan ditengah-tengah timbunan sampah yang menggunung ( tempat didalam cerita Slumdog ), melihat manusia berebut-rebut dan memanjat keretapi ketika ia sedang bergerak laju, makanan rempah yang yang cukup pedas, anak-anak yang sedang menangis kelaparan, disetiap penjuru dipenuhi dengan manusia, semuanya sedang bekerja tiada siapa yang hanya duduk-duduk diam, sampaikan mengasah pisau juga dikira sebagai satu pekerjaan dan perlu dibayar gaji, Tidak lupa juga pasti ada Lembu yang akan disembah dan api yang dipuja. Ohh, ia memang Bumi Tarbiyah. Tidak mustahil akhwat disana sungguh cekal dan tabah.

Ceritera hari pertama ku di India, kakak naqibahku aka ketua Jaulah, menasihati kami agar bersedia dengan apu jua kemungkinan yang mendatang termasuk DnT setelah berjumpa dengan Akhwat India nanti.

Kemudian kami diterbangkan ke Bangalore, tempat dimana ramai Akhwat ditempatkan, setiba sahaja di sana pukul 11 malam  kami disambut dengan penuh senyuman, sungguh mengujakan.

Haa! sebelum terlupa,
Sebelum di terbangkan ke India kami diberikan taklifan untuk mengkhatam segala bahan yang pernah diperolehi atau tidak, maknanya kena baca dan kaji sendiri. Tiga hari sebelum berlepas kami ibarat ulat buku yang tidak keluar dari kepompong, semuanya dengan Mp3 mendengar recording dan buku-buku Tarbiyah, hatta didalam kapal terbang pon.

Keesokan harinya, jet lag dan kepenatan badan menyelubungi kami, iyalah 6 jam berbeza Jordan dan India.
Setelah menunaikan Soalat Subuh dan membaca Mathurat bersama, ketua jaulah kami, kak Atiqah menghampiri aku dan Nad, Okey Umme dan Nad hari ini awak berdua bagi daurah sekian..sekian yee.

Aku dan Nad terkejut sangkaanku kak Atiqah hanya berseloroh sahaja, rupa-rupanya ia benar.
Akak, kenapa akak tak bagitahu awak-awal huhu, daurah yang akak minta saya sampaikan itu saya tak sempat dengar lagi,
Aiwah kalau macam itu awak dengarlah sekarang, bersedia ye daurah itu akan diadakan tengah hari ini dan malam. Intabeh ye akhwat-akhwat yang datang adalah akhawat p********.

Ya Allah, pada masa itu, apa yang mampu aku dan Nad lakukan adalah melekat dengan laptop, hatta makan pun tak dihiraukan berharap agar Allah berikan kefahaman.

Jaulahmates ku yang lain, semuanya terus membuat persediaan, happlylah mereka dapat tahu awal, rupa-rupanynya Jaulah kali itu adalah Jaulah membantu perkasakan DnT di India.

Kenangan..kenangan, daurah pada hari itu adalah pengalamn pertamaku menjadi "m******", tak sangka Bumi Abu 'Ala' Al-Maududi menjadi saksi.

Sebenarnya panjang lagi , dan banyak yang ingin aku ceritakan,
Pada malam itu, setelah aku menyampaikan daurah, Nad menghampiriku sambil menunjukkan "Thumb up" dan berbisik, Umme anti tahu tak , setiap kata-kata dan fikrah yang anti sampaikan datangnya daripada Allah anti hanya sebagai wasilah, beristighfar dan bersyukur pada-Nya.

Allah...Allah Nad syukran sangat, ana rasa sangat tak cukup persediaan sebenarnya tapi Allahlah sebaik-baik tempat bergantung.

Hari terus berlalu, tahun semakin bertambah, selepas satu ke satu daurah, rehlah mukhyyam dan berbagai wasail tarbiyyah kita hadapi bersama, ikutkan hati inginku coret semuanya, akan tetapi tak termampu, cukup kenangan ini tersimpan didalam memory hatiku.

Inilah ceriteraku bersama Ukhti-ukhti tersayang, terima kasih kerana dahulu menjeratku memasuki gerabak Dakwan dan Tarbiyah ini, tidak pernah diri ini menyesal berukhuwah bersama Antunna.

Ukhuwah Fillah Abadan Abada.

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Al Hujurat: 10)

Semoga kita dapat bertemu dan bulatan Gembira di Syurganya, ditepi sungai susu yang mengiurkan, Cewah.

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam surga (taman-taman) dan mata air-mata air (yang mengalir). (Dikatakan kepada mereka): “Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman ” . Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan.(QS Al Hijr: 45-47)

Ameee Ya Rab

Note: Mungkin pengalaman ini ada sedikit tokoh tambah akan tetapi keaslianya tetap terjamin. maklumlah rewind kembali pengalaman yang lepas. 
-Al-Alifat-

Friday, June 7, 2013

Bersabar seketika, demi kebahagiaan selamanya

Assalamualaikum,



Wahai Mutarobbi,

Hadiah paling bermakna diri ini, apabila Antunna  menjadi lebih baik dari diri ini,
Tiada yang lebih gembira melainkan melihat antunna sangat bersemangat untuk melakukan Mujahadah,
Bersinar-sinar di dalam Daurah,
Perkataan "Faham" di dalam Usrah,
Tak sabar menanti Rehlah.

Mutarobbi ku,

Bersabarlah sedikit sahaja untuk berjuang di pentas Dunia ini,
Kerana Akhirat yang abadi sedang menanti,
Diri ini tahu, bukan  mudah,
Tetapi berusahalah!,
In sya ALLAH pasti ada Barokah,
Tidak mahukah, kita berjumpa kembali di Jannatur Firdaus?,
Oleh itu kuat, kuatlah bertahan.

Mutarobbi yang dikasihi,

Menjadi Seorang Murobbi ini bukan mudah,
Jujur diri ini katakan,
Siang malam, detik dan ketika, tidak pernah diri ini melupakan,
Apatah lagi mahu meninggalkan,
kerna sebahagian diri ini telah dimiliki olehmu,
Oleh itu , Mutarobbi jangan nakal-nakal ye,
Istiqomah dan bersungguhlah bersama.

Mutarobbi,

Sekian lama kita bersama,
Maka ingatlah  Dakwah dan Tarbiyah ini tidak cukup hanya menjadi  pengikut,
Kita perlu menjadi pendokong, pendokong yang mengerakkan ,
yang berusaha membina bangunan, bukan hanya penghuni,
Bukan juga penonton,
Tetapi Pengerak. Maka berusahalah untuk itu :) .

Bolehkan Mutarobbi, katakanlah dan sematkanlah di dalam hati serta pohon pada ILLAHI,
Agar thabatkan hati hingga ke akhir hayat nanti,
Demi Ummah ini.

Syukran Mutarobbi, kerana sentiasa mentarbiyah diri ini dan Jazahunnallahu khairun jaza'.
*crying without tears*

--------------------------

!!!خيبر خيبر يا يهود جيش محمد سوف يعود

Alhamdulillah, dah jumpa hadithnya, pengajaran, kena tukar uslub,
Ya!!!, dengan izin Allah, saya bisa menjadi salah seorang yang memasuki Jannah tanpa hisab dengan syarat saya tidak mensyirikkan Allah dan bertawakal sepnuhnya kepada-Nya.

-Thiqah Billah wa thiqah binafsi-

--------------------------

Ahla soifi berakhir, kuliyah bermula ,
Kali ini kena buat yang terbaik!!!,
Sucikan hati, kerana ilmu itu cahaya.

-Al-Alifat-

Thursday, May 23, 2013

Countdown

(4 hari lagi)

Bismillahirahmanirrahim,
Alhamdulilah, thumma alhamdulillah,

Selesai juga Imtihan Qawaid Feqhiyah yang sangat-sangat mencabar, terasa sedikit lega walaupun sebenarnya berbaki lagi dua paper yang tak kurang hebatnya , Qodoyah Mustajidah fil Ibadah ( perkara-perkara baru didalam ibadah ) dan juga Nahu.

Alhamdulillahhhh, Ya ALLAH permudahkan.

---------------------------------
Okey,
Imtihan tidak menjadi sebab untuk aku berkura-kura didalam DnT, banyak lagi perancangan yang perlu disusun bersempena dengan cuti sebelum bermulanya kuliah Musim Panas.

-Hadhonah Ukhuwah
-Konferens Riang
-Rehlah

-checklistchecklistchecklist-

----------------------------------
Guest?



Semalam, akhirnya tercapai juga hasrat untuk memiliki kitab "Tarikh Islami yang dikarang oleh Doktor Ali Muhammad As-sollabi, abi ( ayah angkatku di urrdun) yang cadangkan buku ini, selepas dia mengetahui minatku didalam bidang sejarah. Abi ada kedai buku namanya " Dar Al-Farouk" di Abdali , aku dan anaknya berkawan rapat, Sundus namanya.

Insya ALLAH, inilah projectku pada musim panas, menkaji dan memahami sendiri sejarah islam bermulah dari zaman Rasulullah dan para sahabat hinggalah Era selepas kejatuhan Khilafah. So tidaklah typical sahaja fakta ISK yang disampaikan dan diketahui.

Bila diminta dalil dan bagaimana sejarah ini berlaku, takkkan nak kata "Ermm, saya pon dengar-dengar dan dapat dari kakak". Kata 'Rijal A'mmah in progress" so, kenalah berusaha intuk menguasai dengan baik bukan semata-mata dengar dan ikut tanpa pengkajian tambahan.

Saya sedang mencabar diri sendiri nie , tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun mati :)

Aim high, tak mengapa kalau tak sempat  habiskan, at least ada usaha.

Wassalam.

-Al-alifat-





Wednesday, May 22, 2013

"Erti Hidup kerana mencintai"



Pabila kita sudah mencintai, kita akan banyak memberi, kerana kita banyak memberi, kita akan dicintai.


Ada manusia keran cinta, hidupnya merana,
Ada manusia kerana cinta, hidupnya bahagia,

Maka,

jangan disalahkan cinta , jika kita tidak pandai menggunakannya

-------------------------------

Buku The Art of Loving yang dikarang Erich Fromm, menganggap manusia moden merupakan golongan yang paling menderita.Mereka diajar untuk dicintai bukan untuk mencintai.Kesannya, anak muda menghabiskan masa dan wang berkubang dalam lembah maksiat. Dalam rumahtangga, para isteri bersusah payah menguruskan tubuh badan sehingga sanggup memperjudikan nyawa. Ahli politik tidak segan-silu berdusta dan memanipulasi wang demi cintakan kerusi.

Semua usaha mereka itu masih tidak dapat menghalang diri daripada kekecewaan dan putus asa.

Oleh itu, manusia kini,
"Sudah tiba masanya kita belajar untuk mencintai,"sambung Erich Fromm.
 
( wilayah ilmu )
 
-----------------------------
 
Kita pula ummat islam, dididik dengan aqidah yang Salim, mencintai Pemilik cinta terlebih dahulu sebelum mencintai Makhlunya-Nya. Agar setiap apa yang kita lakukan ada keterbatasan.
 
Dunia jika kita terlebih cinta, akan kecundang di akhirat sana.
Ilmu jika kita terlebih cinta, akan ternoda dengan kesombongannya,
Manusia jika terlebih cinta, akan lemas didalam lautan derita.
 
Akan tetapi Allah,
 
Jika kita lebih mencintai-Nya, akan berbahagia selama-lamaya.
 
 
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
 
 
Orang beriman,
 
"...adalah mereka yang beriman itu bersangatan cinta (mereka) kepada Allah..." (Surah Al-Baqarah : 165)

Mereka yang mencintai Allah SWT sudah tentu mencintai Rasulullah SAW & mengikuti petunjuknya:

"Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."(Surah Ali Imran:31)
 
 
Ummat terdahulu, Rasulullah dan para sahabat, kerana mereka mencintai  mereka berbahagia sehingga abadi.



KITA?
 
"Erti Hidup kerana mencintai"
 
 
Note : Esok saya exam.
 



- Si Al- alifat perindu syahid-

Monday, May 13, 2013

Humaira : Lipatan kertas

( di bilik study)

Tadi berborak dan bercerita dengan salah seorang housemateku, umurnya 15 tahun mak dan ayahnya amanahkan kami untuk menjaganya.Namanya Mawaddah, akan bersekolah di sini nanti.

Kak, boleh saya amik masa akak sekejap, aku yang baru pulang dari jamiah  dalam kepenatan sambil mengangguk.

Ye Mawaddah, sambil tersenyum menyembunyikan wajah kepenatanku.

Akak ada tak kertas kosong yang tidak digunakan.

Aku tersengih cuka sambil berkata , ada-ada.

Okey,kejap lagi Adah datang balik ehh, nak tunjuk sesuatu kat akak.

Okeyyy, apalah tu, jawabku.

( seminit berlalu )

Akak mana kertas tadi, okehh akak tadi Adah dapat sesuatu, sambil melipat-lipat kertas A4 yang aku berikan, Dia terus menerus melipat kertas itu hingga akhirnya menjadi satu perkataan "ISLAM & SYURGA", akak Islam itu agamanya bersifat fitrah, kalau kita buat baik Allah kurniakan Syurga, tapi kalau kita malas dan buat jahat selalu Nerakalah jawabnya.

Okeh akak, jaditak Adah buat huruf dari kertas, senang je  segalanya di jarimu, hehe.

Aku tersenyum hilang kepenatan , sucinya mereka tidak ternoda dengan permainan dunia, aku yang kini sudah semakin bertambah usia, kembalilah menghisab diri, layakkah Syurga dikurniakan untukku. Sudah segigih mana aku menyampaikan Risalah Syahadatul Haq ini.

Tiba-tiba percikan air bawang yang dipotong Ikrimah didapur terkena mataku, aishh pedih betul.

Jangan dipersiakan masa bersama mereka, bagi mereka itulah perkara paling menarik yang dipelajari hari ini, walaupun hanya melipat kertas A4, belajarlah untuk menghargai.Ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Yang muda menghormati yang Tua, yang tua menghargai yang muda.

Okey setakat ini, :)
 
Sincerly,
diary Humaira.

Bersambung...
 
-Al-Alifat-

Saturday, May 11, 2013

Humaira: Al-waqiah


( hutan rimba )
Burung-burung berterbangan riang,
Sejuk angin bayu mengusap kalbu,
Deru air mengalir laju,
Memberi ketenangan pada jiwa yang mahu,
Bunga orkid berkembang mekar
Terulik kekiri dan kanan,
Arnab kecil berlari-lari,
Cengkerik berbunyi dicelahan rerumput.

"Ya Allah, dimanakah aku sekarang, sungguh indah bagaikan syurga idaman gayanya." monolog Humaira pada dirinya.

Tiba-tiba, alunan ayat-ayat Al - Waqiah menyelinap masuk ke gegendang pendegarannya, lalu Humaira tersedar sambil terukir senyuman dibibir, "ohh! , aku bermimpi  rupanya, sangkakan  aku sudah menjadi bidadari kayangan. Ehh terperasantan pula, beramal masih seciput  ada hati mahu jadi bidadari kayangan", tegur Humaira pada dirinya.

Lantas humaira bingkas bangun mengalihkan selimut yang menutupi tubuhnya dan menggapai telefon samsung Nexus hadiah pemberian dari abah tersayang, "pukul berapa sekarang ,ohh 3.30 pagi, aiwah sempat lagi ni, Subuh masuk pukul 4.15 "

Selesai berwudhu' Humaira menggerakkan sahabatnya, Atiqah, Ikrimah...jom! bangun, kata semalam ada temujanji, kau suruh aku kejutkan.

"Temujanji dengan sapa pula, sambil menggosok- gosok matanya yang tidak gatal",  ujar Ikrimah.

"Dengan Allah, hehe, kata semalam  dah baca buku berkali- kali tapi tak paham-paham so, jomlah kita ngadu pada-Nya, sharing- maring",sambil tersengih, Humaira.

" kau ni ada-ada jelah umai, syukran!!!! Kejutkan" , ujar Atiqah.

Humaira lantas bergerak ke ruang solat, bertahajud pada pencipta-Nya memohon keampunan dan kekuatan untuk berjihad dipentas dunia ciptaan Tuhan Rabbal a'lamin.

Selesai sajaha menunaikan solat, Humaira teringat kembali mimpinya tadi, syukran Ya Allah tak sangka aku dihadiahkan mimpi seindah itu, tapi apa ehh maksud disebalik mimpi ini.

" pelik tapi benar "

Sementara itu, Humaira menggapai al-quran kesayangannya untuk dibaca sambil menanti Azan Subuh berkumandang.

Dibukanya, tiba-tiba, bibirnya tersenyum dan matanya sedikit bundar, " Ya Allah, Surah Al- waqiah "

Bersambung....

---------------------------
Note: Semoga Allah memberkati Kita semua :)
Note: Tengah study week nie, sempat lagi bintu Ayub , heh.

-Al-alifat-

Thursday, May 9, 2013

Pergabungan dua Dunia



Kamu tahu tak mengapa Allah jadikan manusia itu fitrahnya hidup berpasang-pasangan, Kata Dr. A'baz  Albaz di dalam dewan kuliah tadi, dia seorang pensyarah yang sangat aku kagumi. Aku memandangnya sambil tersenyum dan bermonolog "mesti ada sesuatu yang ingin disampaikan "

Cuba kamu lihat lukisan yang aku lakarkan disini, manusia itu sifatnya terbahagi kepada dua, iaitu A'qli  dan A'thifi, kebiasaanya lelaki akan lebih cenderung bersifat a'qli dan perempuan  bersifat a'thifi (kasih-sayang). Jika kita lebih cenderung bersifat a'qli kita akan kurang bersifat a'thifi, tapi ia bukan bermaksud kita tidak a'thifi  cuma akan kurang diaplikasikan didalam kehidupan kita.

Apa yang kita nampak negatif pada sifat seseorang itu ,ia sebenarnya adalah positif. Okey, cuba kamu bayangkan jika seorang anak kecil  melakukan kesalahan, kebiasaanya abahlah yang akan marah dan mungkin memukulnya sebagai tanda memberi pengajaran bahawasanya apa yang anak itu lakukan adalah salah sama sekali. Betul tak?, Tapi, ibu pula bagaimana?, dia pasti  akan memeluk dan memujuk anak itu supaya berhenti menangis sambil berkata "haa, tengok abah dan marah, ummi tak tahu,  okey lain kali jangan buat lagi yaa, kan ummi dah kata sebelum ini jangan, kenapa Uwais buat juga"

Aiwah, nampak tak keseimbangan diantara dua didikan dari sifat yang telah Allah kurniakan pada hambanya.Si abah bertindak dengan a'qli dan ummi pula dengan a'thifi. Cuba bayangkan sekiranya anak kecil itu setelah dimarahi dan di'babab' oleh abahnya, selepas itu umminya pula sambung memarahi dan mem'bababnya' tanpa disertakan sentuhan kasih-sayang iaitu a'thifi, bagaimana pembinaan dan tumbesaran saikologi anak kecil itu, dia pasti membesar dengan sifat yang tidak seimbang, baginya kekerasan dan kegoaan adalah ciri yang perlu ada jika ingin teruskan kehidupan dimuka bumi ini. Setiap apa yang dipandang dan dirasai semuanya bersifat negatif dan kasar.

Sama juga, jika kedua ummi dan abahnya, bersifat sangat-sangatlah a'thifi tanpa disertai dengan a'qli, setiap kesalahan yang dilakukan anaknya, " alaaaa tak apalah , biarlahh, nanti dia dah besar fahamlah tuu, anak nak duit bagi jelah, tak nak belajar, tak apa duduk rumah rehat-rehat ehh" , adeh, sangat belemaklah dan berkolestrol sifat yang akan terbentuk dalam diri anak-anaknya nanti. Manja terlebih dan tidak pandai berdikari, segalanya akan dilihat baik dan tidak ada yang salah sama sekali.

*tersenyum*

Allah SWT berfirman:

“Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat: 49)


Agungkan Pencipta kita, penciptaannya sangat memenuhi fitrah manusia yang bersifat insani, Dia jadikan salah satu sifat diantara pasangan itu ada kurang dan ada lebih, supaya mereka memenuhi diantara satu sama yang lain dan saling berkenal-kenalan.

Maka, anak yang lahir akan membesar dengan seimbang, dia tahu apa yang salah dan apa yang betul, kucing yang jatuh didalam longkang perlu dibantu dan dikasihani, mencuri dan berkata bohong perlu dijauhi dan dihindari. Serta saudara dipalestine yang diseksa perlu disimpati, Isarel perampas negara adalah salah sama sekali.

Nampak tak?

Oleh itu doktor menegaskan pada kami, tempat da suasana yang paling penting untuk mentarbiyah dan membentuk manusia adalah "Usrah" , iaitu daripada keluarganya sendiri yang terdiri daripada ibu dan bapa.

Tambahan bonus, jika ibu dan bapanya lahir dan ditarbiyah dengan fikrah kehidupan islam yang syumul.

Jadi Tidak mustahillah RIJAL seperti Sultan Muhammad Al-Fateh bisa lahir dan wujud dimuka bumi ini.

"Ma ajmala Khaliq!"

*senyum*

Abah dan Ummi Terima kasih, kerana menyakinkan diri ini supaya sambung dan belajar dalam bidang pengajian Islam di Bumi Syam Jordan, walaupun anakmu ini pada masa itu tidak tahu langsung berbahasa arab . hehh ( tawakkal betul masa tu )

Note: saya nak masuk kelas bahasa melayu!!, (sengih nampak gigi)

-Al-alifat-