Friday, June 7, 2013

Bersabar seketika, demi kebahagiaan selamanya

Assalamualaikum,



Wahai Mutarobbi,

Hadiah paling bermakna diri ini, apabila Antunna  menjadi lebih baik dari diri ini,
Tiada yang lebih gembira melainkan melihat antunna sangat bersemangat untuk melakukan Mujahadah,
Bersinar-sinar di dalam Daurah,
Perkataan "Faham" di dalam Usrah,
Tak sabar menanti Rehlah.

Mutarobbi ku,

Bersabarlah sedikit sahaja untuk berjuang di pentas Dunia ini,
Kerana Akhirat yang abadi sedang menanti,
Diri ini tahu, bukan  mudah,
Tetapi berusahalah!,
In sya ALLAH pasti ada Barokah,
Tidak mahukah, kita berjumpa kembali di Jannatur Firdaus?,
Oleh itu kuat, kuatlah bertahan.

Mutarobbi yang dikasihi,

Menjadi Seorang Murobbi ini bukan mudah,
Jujur diri ini katakan,
Siang malam, detik dan ketika, tidak pernah diri ini melupakan,
Apatah lagi mahu meninggalkan,
kerna sebahagian diri ini telah dimiliki olehmu,
Oleh itu , Mutarobbi jangan nakal-nakal ye,
Istiqomah dan bersungguhlah bersama.

Mutarobbi,

Sekian lama kita bersama,
Maka ingatlah  Dakwah dan Tarbiyah ini tidak cukup hanya menjadi  pengikut,
Kita perlu menjadi pendokong, pendokong yang mengerakkan ,
yang berusaha membina bangunan, bukan hanya penghuni,
Bukan juga penonton,
Tetapi Pengerak. Maka berusahalah untuk itu :) .

Bolehkan Mutarobbi, katakanlah dan sematkanlah di dalam hati serta pohon pada ILLAHI,
Agar thabatkan hati hingga ke akhir hayat nanti,
Demi Ummah ini.

Syukran Mutarobbi, kerana sentiasa mentarbiyah diri ini dan Jazahunnallahu khairun jaza'.
*crying without tears*

--------------------------

!!!خيبر خيبر يا يهود جيش محمد سوف يعود

Alhamdulillah, dah jumpa hadithnya, pengajaran, kena tukar uslub,
Ya!!!, dengan izin Allah, saya bisa menjadi salah seorang yang memasuki Jannah tanpa hisab dengan syarat saya tidak mensyirikkan Allah dan bertawakal sepnuhnya kepada-Nya.

-Thiqah Billah wa thiqah binafsi-

--------------------------

Ahla soifi berakhir, kuliyah bermula ,
Kali ini kena buat yang terbaik!!!,
Sucikan hati, kerana ilmu itu cahaya.

-Al-Alifat-

No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai