Sunday, June 23, 2013

Seorang rijal untuk ummah ini telah pergi

Dari-Nya kita datang, dan kepada-Nya jualah kita kembali.
إنا لله وإنا إليه راجعون



Seorang rijal untuk ummah ini telah pergi.
 
Dia antara orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan diantara mereka ada yang gugur, dan diantara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya.
 (Al-ahzab, 33:23)

Ukhti Sumaiyah Binti Romli, ana tak sangka anti pergi dahulu meninggalkan kami, pertemuan yang pada asalnya anti akan menziarahi RI Kahansa', rumah dimana ana duduki akhirnya tidak kesampaian hingga akhirnya.

Malam yang ana sangkakan hanya mainan tidur, rupanya ana bakal mendengar berita yang merundum jiwa, wahai ukhti baik-baik yee disana, sudah semalaman anti di dunia sana, ana yakin dengan kalimah syahadah yang lahir dibibir anti sebelum menemui ajal menandakan anti baik-baik disana, tersenyum sambil memerhatikan kami

Ana rindu nak berjumpa dengan anti, Si Mujahidah ini, hanya air mata yang dapat terungkap tanpa kata-kata.

Kedatangan anti disini untuk merasai dang menyingkap kisah perjuangan nabi dan para sahabat , menjejaki dan menapaki tanah syahid dan bumi aliran darah merah Mujahidin sungguh bermakna,
                                                                   
                                     Kerna anti menyesuluri mereka akhirnya.

Ana tahu, anti sedang menanti kami, Insya Allah kami akan terus thabat dan kukuh untuk berjuang di dunia yang fana ini, semoga Allah memberi kekutan dan mengakhirkan nafas ini dengan nafas (kematian) husnul khatimah.

Ana dapat berita, anti akan dibawa ke Amman untuk urusan selanjutnya, In sya Allah selepas ana tamat kuliah hari ini ana akan pergi menzirahi anti ye, semoga ana berkesempatan.

Ili, kakak naqibah anti juga akan dihantar ke Hospital Amman, Alhamdulillah Ili sudah sedar, cuma Doktor  Nidhal kata, ili kena berehat dalam 3 ke 4 minggu untuk urusan pemulihan kecederaannya yang agak teruk, patah ditulang bahu, tulang rusuk dan tulang pinggang.

Ya Allah, berikan kekuatan dan ketabahan pada mereka dan juga ahli keluarga mereka, keampunan dan belas kasihan-Mu Ya Rab .

Selain itu, bersama-sama dengan mereka, ada seorang pemandu pelancong namanya shukri, keadaanya kini agak kritikal akibat hentaman yang kuat dikepala semasa kereta terbabas jatuh ke dalam gaung, bukan itu sahaja malah seorang pasangan suami isteri yang turut sama di dalam kereta mengalamai kecederaan yang parah, Humaira, mengalami keguguran selepas 7 bulan setengah  mengandung, Alhmdulillah, mereka semua masih bisa bernafas dan mengambil ibrah di sebalik musibah ini. Sungguh disebalik musibah yang pedih ini pasti Allah ganjarkan kebaikan yang besar untuk mereka.

Semoga Kita yang masih bisa bernafas dengan baik dan bersenang hati ini, mengambil pengajaran dan bermuhasabah.
 
Allah berfirman didalam Al-quran , (Al-Ankabut:57)

 


Oleh itu kita kenalah bersedia menjadi hambanya yang paling terbaik, agar pabila kematian menjemput, Iman kita pada tahap itu berada di tahap puncak, Ameen Ya Rabbal A'lamin.

Kerna,

"..........tiap jiwa itu tidak mengetahui apakah yang bakal dia lakukan esoknya, dan tidak juga mengetahui di bumi manakah dia akan meninggal... ". (Luqman:34)


اللهم اجعل مثواها الجنة. اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها. اللهم اخلفنا خيرا منها و اجرنا خيرا منها.


Sahabat seperjuangan mu
 Ya Muqallibal Qulub thabit qubana a'la dinik wa a'la thoa'ti

No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai