Saturday, July 13, 2013

Tamparan yang berterusan

Ramadhan Ke-4

Alhamdulillah sangat bersyukur hari ini,
Mungkin ini hadiah, Rahmat dan Kasih sayang Allah S.W.T.

Dan Alhamdulillah juga, hari ini balik rumah tak perlu berjalan kaki mendaki bukit nan tinggi,
Aku dihantar oleh seorang adik yang sangat-sangat baik hati dan osem,
Walaupun ada imtihan masih tak keberatan untuk menghantarku.

Semoga Ramadhan kali memberi kita kesan dan impak yang sangat besar,
Tak nak bermain-main lagi dah,
Umur semakin meningkat,
Kematangan  dan kefahaman semakin berkembang.

Maka, Amal juga juga sepatutnya sejajar.

Jazakillahukhairul jaza'

Okey,

Eh, kenapa pula tajuk "Tamparan yang berterusan"

Sebenarnya, ia adalah kerana ini, setiap kata-kata beliau ibarat sebuah tamparan yang sangat - sangat menyakitkan.

Aku tahu beliau sedang bercakap dengan golongan seperti diriku ,
Dan aku sebenarnya sedang berusaha ,
Lebih terasa  aku agak menguasai dua elemen terpenting yang diperkatakan walaupun masih merangkak-rangkak dan bertatih-tatih.

Teringat pula pada UkhtikuFillah Sundus, anak kepada ayah angkatku,
Seminggu yang lepas kami berjumpa,
Lama juga kami tidak bersua dan bercanda bersama.
Mungkin nak dekat sebulan.
Ummi pun  sering bertanya dimanalah Umme Ayman ni, tak datang-datang pun pergi menjenguk dirinya, huhu.
Hari itu Sundus bagitahu dia telah diterima untuk sambung  PHD dalam bidang Syariah di Turkiye, Istanbul.

Ya Allah rasa sangat gembira hari tu kerana aku tahu Sundus sangat-sangat berharap dan  bercita untuk mendalami ilmu di Bumi Al-Fateh itu, walaupun sedih untuk berpisah, In sya Allah, Allah tahu apa yang lebih baik.

Selepas itu, kami sempat lunch bersama-sama  dan berqodoya mengenai keadaan Saudara kita di Mesir, Ermm memang sangat dahsyat konspirasi yang dirangcang oleh pihak Kuffar dan tali barut mereka sanggup mereka ( Emirates, saudi dan Kuwait ) menjadi penyumbang utama kepada pemberontak yang menentang Morsi dengan sogokan duit. Selagi mereka terus menerus menyogok selagi itu pemberontakan akan terus berlaku, kesian mereka menjadi mangsa keadaan kerana ketidak fahaman tentang konsep Islam yang Syumul ( tiada sekular didalam Islam ), maknanya disini KITA kena berusaha lebih gigih lagi! .

Sebelum pulang, Sundus seperti biasa akan mengajak dan memujukku untuk sambung Master bersama-sama dengannya di Turkiye, ermm banyak perkara yang perlu aku pertimbangkan, hanya senyuman sebagai jawapan, huhu.

"Umme Ayman, nanti kalau awak duduk dengan dengan saya, Kita belajar bahasa Arab sama-sama, awak masih perlu perkukuhkan lagi  penguasaan bahasa Arab dan ilmu Syariah ini, sayangnya, kalaulah saya dapat kenal awal lebih awal" .

"In sya Allah, saya pun masih berfikir lagi, betul apa yang awak kata tu, kadang-kadang saya rasa macam tak ada apa-apa pula, asalnya saya berhasrat untuk pergi mengukuhkan bahasa Arab di Mesir, cuma sekarang faktor keselamatan tak mengizinkan".

"Eh jangan begitu, Ulama'-ulama' terdahulu mengambil masa berbelasan tahun untuk menguasai bidang ini hatta ada juga puluhan tahun, logiklah, awak pun baru  empat tahun. Tak mengapa yang penting adalah keazaman, semangat  untuk terus mendalami dan memahami serta beramal. Degree ini cumalah permukaan laut sahaja, selepas ini awak kena sambung lagi sampai PHD atau lebih dari itu. Baru awak akan memahami setelah awak selami nanti".

Kalau tak dapat di Mesir, Tunisia, Morocco, Sudan ada hehe, "hendak seribu daya", Sundus berseloroh.

In sya Allah,

Ya Allah Thabit Qulubana a'la dinik wa a'la Thoa'tiq.

Ya Allah kurniakanlah kami kefahaman dalam agama dan tunjukkan kami jalan yang lurus.

Ameen.



- Al- Alifat -

No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai